Minggu, 13 Juni 2010

Blog ni dah pakai IntenseDebate

Ok. Aku dah pasang third party comment form ni iaitu IntenseDebate.

Ini semua pengaruh daripada Iss. Cemburu melihat blog dia yang pasang widget ni. Aku pun nak try!haha. Lagipun katanya laju je loading. Sebab Iss ni hanya sukakan blog yang ringan-ringan. Yang berat-berat dia pangkah. So aku percaya lah kalau tenet kau slow ke apa, comment form aku ni mesti loading kan.

Ni masih dalam tempoh percubaan aku pasang IntenseDebate. Kalau lepas seminggu aku rasa tak best langsung, aku akan uninstall widget ni. Ini juga salah satu cara mencegah aku dari malas nak reply komen korang semua.haha. Tapi entri lama-lama masih menggunakan comment form dari Blogger. :DD

So apa kata korang? I need your feedback :DD

post signature

Jumat, 11 Juni 2010

[Download] Supermario 12 in 1

Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik aku suka benar main game mario ni. Keluarga aku miskin so papa hanya mampu beli game mario yang main kat TV tu. Aku pun tak ingat dah apa nama alat tu. Itu lah yang aku, akak and abang aku tiap-tiap hari layan. Kadang-kadang layan game lawan-lawan tu. Last-last dah rosak alat tu tinggal kenangan sahaja.

Sekarang mana ada alat player yang main kat TV tu dah. Sekarang semua layan playstation kan. And game Mario pun dah banyak version kan. Yang bestnya dah boleh download sebagai PC Games. Itu lah yang aku tengah layan sekarang ni. Addicted siot.

Yang game ni dalam satu installer ada 12 game Mario berlainan version. Tak tahu lah siapa yang create benda ni and extract dalam satu program. Senang sikit. Dari kau nak download satu-satu game Mario kan. Lagipun program ni ringan sahaja. And walaupun program ni dinamakan sebagai autorun, tapi tak ada virus ke trojan ke malware ke and segala-mala jenis virus kat dunia ni.

Kalau kau macam aku juga, peminat fantatik game Mario marilah download :DD
Download SuperMario 12 in 1 (58.06 MB) (mediafire)
Lepas dah download extract semua. And buka file yang bernama AIO_Super_Mario. Tunggu dia loading sekejap. Ini menu utama program tu. Pilih sahaja kau nak main game Mario yang mana satu. Tapi kena pandai lah control keys dia kat mana. Mula-mula kalut gak aku nak cari control keys dia. Caranya, tekan satu-satu butang kat keyboard ni macam orang gila.haha.

Dah. Sila cakap aku macam kekanak riang sebab main Mario. Biar lah. ;))

post signature

Kamis, 10 Juni 2010

I am Sorry.

Baiklah. Baca tajuk entri pun dah tahu kan entri ini berbaur maaf-maafan even belum lagi raya. Kalau sayangkan persahabatan turunkan ego tu sikit. Ok. Aku akan turunkan ego yang selama ni di tahap paling MAKSIMUM kepada di tahap MINIMUM. Sesiapa yang kenal aku akan tidak percaya aku turunkan ego aku ni.heh. Sila percaya sekarang.

Aku tahu aku dah lukakan hati kau, err mungkin sangat dalam sehingga kau boleh bengang gila kat aku. Aku sedar aku dah lukakan hati kau di saat aku melemparkan ayat-ayat bodoh dan bangang tu serta tak masuk akal. Ayat-ayat tu keluar dalam keadaan yang sangat marah dan tidak terkawal. Ayat-ayat tu bukan muncul atau terbit dari dasar hati aku.

Aku tak maksudkannya begitu. Dan aku bukan jenis orang seperti yang kau sangkakan tu. Hati aku juga bukan begitu ;(. Aku sayangkan persahabatan kita ni weh. Siapa lagi yang sanggup dengar aku melenting tak tentu hala kalau bukan kau. Siapa lagi yang sanggup dengar masalah aku yang tak pernah selesai tu. Dan siapa lagi nak ejek kau budak gemuk ;) dan siapa nak panggil aku budak buncit lepas ni ;(.

Aku tak nak kehilangan kau. Macam kau tak tahu aku ni jenis yg susah nak luahkan masalah kat orang lain even kat parents sendiri pun. Kau lah kawan aku yang boleh aku luahkan segala-mala masalah aku dan berkongsi kegembiraan dalam hidup aku ni. Ingat lagi aku call kau pasal aku gembira sebab isu rumah sewa aku dah selesai? Aku betul-betul happy hari tu sebab ada orang share kegembiraan aku tu. Lepas ni mungkin dah tak ada sebab keadaan dah jadi macam ni ;(.

Aku ikhlas meminta maaf dari kau. Maafkan lah aku. Maafkan aku juga part aku melenting tak tentu hala hari tu. Maafkan juga insiden aku melemparkan ayat kurang ajar kat kau tu. Sememangnya aku tak reti nak kawal tahap suhu mendidihnya hati aku ni ;(. Dah tak mampu nak putuskan satu lagi persahabatan. Macam kau tak tahu apa masalah aku selama ni. I am not so perfect ;(. Maafkan aku..
Aku hanya mampu tulis kat sini. Kalau aku duduk dekat dengan kau, sekarang juga aku cari kau untuk bincang pasal insiden ni. Aku yang mulakan dulu kan perbalahan kita tu? So aku nak setelkan dengan cara baik. Kalau boleh aku nak pulihkan semula persahabatan kita ni. Kalau boleh lah..kalau kau memaafkan aku ;(

Tak payah lah tahu aku tujukan untuk siapa. Nanti timbul gosip yang kurang enak pula contohnya scandal aku lah, boyfriend aku lah. Aku tak suka ok satu friendship boleh disalah ertikan.hoho. And for YOU, you are reading this right?

Ok bye ;(

post signature

Selasa, 08 Juni 2010

Apabila Perempuan Yang Mahu Memutuskan Hubungan

*kalau perempuan yang minta putus?

Apa alasan yang biasa kaum perempuan akan berikan apabila dia mahu memutuskan satu hubungan cinta dengan si jejaka? Jom semak :D

Mula-mula kaji dulu simptom-simptom akan putusnya satu hubungan.
1. Sering mencari alasan untuk bergaduh dengan kamu.
2. Buat endah tak endah akan dirimu.
3. Mula memuji jejaka/gadis lain. Tidak lagi menjaga perasaan kamu seperti biasa.
4. Sudah tidak bertanya khabar kamu langsung (ini tahap kronik)

Banyak lagi kan tanda-tanda bahawa esok lusa hubungan kau dengan dia akan putus. Tak larat aku nak senaraikan kat sini. Kang lari dari topik pula.

Berbalik kepada tajuk..apa alasan yang perempuan akan berikan bila mahu menamatkan satu hubungan? Korang tak perasan ke dunia sekarang ni. Perempuan mudah sahaja tamatkan satu perhubungan yang terjaln hampir 10 tahun :o.

Ini top 5 alasannya.
1. Tidak bersefahaman
Apa kau cakap? Tak bersefahaman? Eh. Bukan ke selama ni kau perempuan yang cari pasal dengan si dia? Bukan ke sejak akhir-akhir ni kau mengada-ada merengek bagai nak itu nak ini. Last-last bergaduh. Mula lah bagi alasan sering salah faham. Padahal diri sendiri yang mulakan.

2. Tidak memahami si dia
Ini alasan paling keji. Dah kau sendiri tak cuba untuk memahami jiwa lelaki dia. Kau nak cakap sekarang kau tak memahami dia pula kan. Lebih-lebih lagi dah dekat 6-7 tahun kau bercinta dengan dia. Tak cukup lagi ke kau memahami si dia? Ditambah tempoh korang bersahabat. TAK CUKUP MEMAHAMI LAGI KE?

3. Pihak ketiga
Huh. Pelik. Si dia dah cuba bagi apa yang kau mahukan. Kau merengek bagai si dia tetap bersabar. Tapi last-last kau cari lelaki lain. Sebab? Sebab kau bosan dengan si dia. Eh. Kalau macam tu dengan semua lelaki pun kau akan cepat bosan. Esok lusa ganti dengan lelaki lain pula.

4. Tidak bersedia untuk bercinta
Satu lagi alasan paling tak logik. Kalau dah tak bersedia nak bercinta buat apa nak bercinta dengan si dia dari awal lagi? Menyusahkan perasaan orang lain. Tak tahan godaan kot. Yela tengok orang lain bercouple-couple kau pun nak lah eh? Lepas tu bagi alasan TAK BERSEDIA.

5. Takut bagi komitmen
Hek eleh. Takut bagi komitmen kononnya. Habis selama kau bercinta dengan si dia bukan kau dah bagi komitmen ke? So, kenapa sekarang baru nak cakap TAKUT BAGI KOMITMEN? Ha. Jawab! Tak terjawab kan?
Dan kamu lelaki. Dah perempuan tu yang minta putus. Buat apa kau nak terhegeh-hegeh kat dia lagi? TAK PERLU ok. Baik kau pergi cari 'bunga' lain. Show off kat dia betapa kau bahagianya dengan 'bunga' baru kau tu. Biar dia rasakan betapa ruginya dia lepaskan lelaki macam kau.

aku menulis entri ini dengan penuh amarah.huh.

post signature

Budak nama Abdul Asyraf dah umur 20!

Aku dah buka sem 4 dah. Baru sahaja start sem. Memang busy gila ahh dua tiga hari ni. So tak tahu bila boleh updated lagi or blog walking macam selalu. Kalau cuti tak apa gak. 24 jam depan PC ;((. Game-game dalam PC yang aku download masa cuti hari tu langsung tak terusik sejak mula sem ni. CSI NY, CSI 3D, Women's Murder Club dan Diner Dash 5. Siapa nak habiskan?

Cerita Nanny McPhee The Big Bang lagi lah aku tak tengok lagi walaupun dah download habis hari tu. Entah apa yang aku sibukkan. T.T

Dalam sibuk-sibuk ini, aku check kalender phone aku. Lalu aku ternampak lah 9 Jun 2010 ialah besday budak nama acap. Siapa dia ni? Boyfriend ka? Classmate ka? Suami ka? Err. Tak. Tak. Tak. Semua bukan.

Dia salah seorang kawan blog aku yang agak rapat. Rapat ni meaning bukan tegur sekali dua. Banyak kali aku tegur dia kat Facebook tu. heh heh heh. Kira rapat lah kan? Jangan fikir bukan-bukan tahu. ;DD

URL BLOG: http://cybernetic88.blogspot.com/
Pandai-pandai lah usha blog dia ni. Jangan lupa download juga program menarik yang pernah dia hasilkan. Mungkin dia adalah hacker selepas hacker Cuci Otak.lol.

*gambar cilok dari myspace ;))
opss. jangan marah dengan ayat kat dalam gambar tu acap. chill :DD.

btw, selama ni aku ingatkan umur kau 22 sebab url blog kau ada nombor 88.hoho. tertipu aku bila aku tahu kau hanya tua aku setahun. vavi kan.haha.


Happy Birthday! :)

post signature

Sabtu, 05 Juni 2010

Sorokkan Komen (blogspot)

Ada reader tanya aku kat Fan Page Rojakstory, macam mana nak sorokkan kotak komen. Ha! Itu gunanya ada Fan Page tu. Untuk senang aku baca soalan korang instead of Formspring atau by e-mail. Sebab aku MALAS nak buka e-mail atau Formspring ok. Entah apa lah fungsinya Contact Me tu kan. Mesti ada yang cakap macam tu. Maaf aku tak ada jawapan untuk itu.haha.

Baiklah. Tutorial ini hanya untuk blogspot yang memakai embedded comments. Kalau pop up pun boleh tapi kotak komen akan hilang. ;). Btw, trick ni tak jalan kat blog yang pakai comment form dari third party contohnya Disqus Comment yang slow nak loading tu!

Tutorial ni aku dapat dari Teratak Muncet. Template blog ni pun aku cekau dari dia dan dengan SUKA SUKInya aku edit jadi theme lollipop.haha.

01. Dashboard > Layout > Edit HTML > TICK EXPAND WIDGET

02. Cari code ini: ]]></b:skin> dan copy paste code berikut kat bawah ]]></b:skin> tadi tu.

#HideComments {
width: 230px;
font-size: 13px;
background: #F0F0F0;
border: 1px solid #cccccc;
font-weight: bold;
padding: 5px;
}
p/s: code atas ni boleh edit. Suka hati lah nak tukar kaler background ke. Tukar font size ke. Up to u :)

03. Letakkan code berikut kat sebelum </head>

<script language="javascript">
function toggle() {
var ele = document.getElementById("toggleText");
var text = document.getElementById("displayText");
if(ele.style.display == "block") {
ele.style.display = "none";
text.innerHTML = "Click Here To See Comments";
}
else {
ele.style.display = "block";
text.innerHTML = "Hide Back";
}
}
</script>
p/s: yang di-boldkan dengan kaler merah tu kau boleh tukar ke ayat lain :D

*Apabila komen disorokkan

*Apabila komen di-expand

04. Ni langkah terakhir. Rujuk code kat bawah ni. Yang berwarna merah kau kena tambah. Yang berwarna hitam tu code yang memang dah ada dalam blog kau tu. Tambah code merah tu ikut code kat bawah ni tahu. p/s: coding kat bawah hanya ada pada coding minima template. sorry.

<div id='HideComments'>
<a href='javascript:toggle();' id='displayText'>Click Here To See Comments</a>
</div>
<div id="toggleText" style="display: none;">

<dl id='comments-block'>
<b:loop values='data:post.comments' var='comment'>
<dt expr:class='&quot;comment-author &quot; + data:comment.authorClass' expr:id='data:comment.anchorName'>
<b:if cond='data:comment.favicon'>
<img expr:src='data:comment.favicon' height='16px' style='margin-bottom:-2px;' width='16px'/>
</b:if>
<a expr:name='data:comment.anchorName'/>
<b:if cond='data:comment.authorUrl'>
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'><data:comment.author/></a>
<b:else/>
<data:comment.author/>
</b:if>
<data:commentPostedByMsg/>
</dt>
<dd class='comment-body'>
<b:if cond='data:comment.isDeleted'>
<span class='deleted-comment'><data:comment.body/></span>
<b:else/>
<p><data:comment.body/></p>
</b:if>
</dd>
<dd class='comment-footer'>
<span class='comment-timestamp'>
<a expr:href='data:comment.url' title='comment permalink'>
<data:comment.timestamp/>
</a>
<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>
</span>
</dd>
</b:loop>
</dl>

</div>

05. Save template.

So, menjadi tak? Leave me a feedback ok :DD

post signature

Rabu, 02 Juni 2010

SupaSync atau Selective Tweets? (sync status Twitter to Facebook)


Hye all. Macam dah lama tak updated blog and blog walking. Al-maklumlah sedang busy menjadi detective. Banyak kes pembunuhan kena selesaikan. Pembunuh masih berleluasa ni.haha

Siapa ada Twitter dan Facebook? Mesti ada kan. Mana main Myspace lagi kan.hoho. Ok. Kalau Twitter status boleh sync ke Myspace kenapa tidak ke Facebook? Ada dua apps aku pernah cuba. SupaSync dan Selective Tweets. Mana lebih bagus? Jom. Buat perbandingan harga sekarang juga! (macam iklan Tesco pula)

01. Selective Tweets
Pengalaman: Aku pernah setting kaw-kaw punya kat sana. Tapi apa boleh buat. Masih tak nak sync status Twitter aku ke Facebook. Padahal setting semua betul. Kat status Twitter ada hashtag #fb. Bagi aku apps ini sangat bermasalah dan pilih kasih juga! Sebab kenapa ada twitterer yang boleh sync ke Facebook? Kenapa ada twiterer yang tak boleh sync? Bukan pilih kasih ke tu.grrr. Lalu aku curang pada Selective Tweets sehingga aku blocked apps ni kat Facebook. PADAN MUKA.haha.

02. SupaSync
Aku bukan nak puji lah kekacakkan apps SupaSync ni. Tapi apps ni memang "kacak" masa sync Twitter status aku ke Facebook. Setakat ni tak ada masalah dalam sync ke Facebook. Kadang-kadang ada juga masalahnya contohnya masalah lack of API sehingga susah nak sync. Kiranya ramai sangat guna SupaSync sehingga API SupaSync ni sanggap nak nafkah batin.haha. Sekacak mana pun SupaSync ni tetap ada kelemahan. Kelemahan yang ketara status Twitter akan di-sync ke Facebook selepas 5 minit. Walau apa pun aku masih setia dengan SupaSync sehingga kini :D.

It's up to you all nak pakai apps apa pun untuk sync status Twitter masuk Facebook. Nak pakai Tweet Deck pun boleh. Dipersilakan. Tepuk dada tanya Facebook.haha.

Mahu sambung main CSI: New York The Game! See yah ^.^

post signature