Senin, 21 Maret 2011

5 perkara yang kau perlukan kalau download movie.

Hai semua. Dah seminggu lebih mendiamkan blog ni tanpa sebarang updated. Sibuk juga sejak dah mula practical. Ha! Sekarang nak updated lah ni.


Ini aku nak ajar apa menda yang kau perlukan sebelum, semasa dan selepas menyedut movie. Ni khas untuk beginner yang baru excited download pakai direct link bukan torrent tau. Direct link macam kau download dari website hosting contohnya mediafire, rapidshare, megaupload dan banyak lagi website hosting untuk file size besar besar ni.

First. Kau perlukan sebijik koneksi internet yang laju dan tak terputus putus. Sebab ada web hosting macam rapidshare yang tak support resume dan pause download. Kalau terputus putus kat tengah jalan masa download tak ke mati nak start over balik download kau tu?

Second, browser. Tak ada browser mana kau nak download? Ingat benda download tu turun dari langit lepas tu masuk PC kau lepas tu pop keluar depan mata kau? haha.

Third. Ini tak wajib kena ada pun. Aku tak berapa berkenan kalau download pakai built in downloader dalam browser ni. Dah lah slow. Kau kena dapatkan Internet Download Manager(IDM) atau Orbit Downloader ataupun mana mana downloader yang awesome.

Fourth. Biasanya kalau direct download ni. Kau kena download part by part. Kalau ada 100 part. Kau wajib download 100 part tu supaya kau boleh cantum semua part kepada satu movie. Jadi untuk cantum atau nama lain dia extract kau boleh download 7zip ataupun WinRar. Lepas tu kalau part yang kau download tu berakhir dengan extension .001 , .002 dan sewaktu dengannya kau kena cantum pakai HJ Split ye.

Fifth. Media player. Selalunya movie yang kau download tu paling common mesti file dia dalam .mkv atau .rmvb. Kalau macam aku ni PC masih menggunakan windows XP di mana windows media player memang tak support jenis file macam tu, jadi kena lah download media player yang support file macam tu. Go for Storm Codec atau VLC. Both are a very good media player.

Aku pernah tulis entri Top 5 Website Untuk Download Movie. Best best semuanya site yang aku rekemen tu. Entri lepas ni nak rekemen site download yang menggunakan mediafire. Sebab ramai sangat tanya dah. Ada banyak ni dalam bookmark list aku. XD

Cara pasang subtitle boleh tengok sini ok?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar