Tampilkan postingan dengan label INFO HANGIT. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label INFO HANGIT. Tampilkan semua postingan

Senin, 21 Maret 2011

5 perkara yang kau perlukan kalau download movie.

Hai semua. Dah seminggu lebih mendiamkan blog ni tanpa sebarang updated. Sibuk juga sejak dah mula practical. Ha! Sekarang nak updated lah ni.


Ini aku nak ajar apa menda yang kau perlukan sebelum, semasa dan selepas menyedut movie. Ni khas untuk beginner yang baru excited download pakai direct link bukan torrent tau. Direct link macam kau download dari website hosting contohnya mediafire, rapidshare, megaupload dan banyak lagi website hosting untuk file size besar besar ni.

First. Kau perlukan sebijik koneksi internet yang laju dan tak terputus putus. Sebab ada web hosting macam rapidshare yang tak support resume dan pause download. Kalau terputus putus kat tengah jalan masa download tak ke mati nak start over balik download kau tu?

Second, browser. Tak ada browser mana kau nak download? Ingat benda download tu turun dari langit lepas tu masuk PC kau lepas tu pop keluar depan mata kau? haha.

Third. Ini tak wajib kena ada pun. Aku tak berapa berkenan kalau download pakai built in downloader dalam browser ni. Dah lah slow. Kau kena dapatkan Internet Download Manager(IDM) atau Orbit Downloader ataupun mana mana downloader yang awesome.

Fourth. Biasanya kalau direct download ni. Kau kena download part by part. Kalau ada 100 part. Kau wajib download 100 part tu supaya kau boleh cantum semua part kepada satu movie. Jadi untuk cantum atau nama lain dia extract kau boleh download 7zip ataupun WinRar. Lepas tu kalau part yang kau download tu berakhir dengan extension .001 , .002 dan sewaktu dengannya kau kena cantum pakai HJ Split ye.

Fifth. Media player. Selalunya movie yang kau download tu paling common mesti file dia dalam .mkv atau .rmvb. Kalau macam aku ni PC masih menggunakan windows XP di mana windows media player memang tak support jenis file macam tu, jadi kena lah download media player yang support file macam tu. Go for Storm Codec atau VLC. Both are a very good media player.

Aku pernah tulis entri Top 5 Website Untuk Download Movie. Best best semuanya site yang aku rekemen tu. Entri lepas ni nak rekemen site download yang menggunakan mediafire. Sebab ramai sangat tanya dah. Ada banyak ni dalam bookmark list aku. XD

Cara pasang subtitle boleh tengok sini ok?

Rabu, 09 Desember 2009

Hubungan Platonik Memang Wujud

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Entri kali ini membincangkan Hubungan Platonik. Bukan ikan plankton ye pembaca sekalian. Hubungan platonik ni hubungan PERSAHABTAN antara perempuan dengan lelaki yang sangat akrab tanpa wujud perasaan cinta. Pasangan ini selalunya berkongsi rahsia sesama sendiri. Tak kira la dari yang luar dan dalam. Mereka tetap akan berkongsi.


Hubungan platonik juga jarang ditemui. Sebab apa? Mana mungkin tidak wujud sebarang perasaan cinta bila dah bersahabat dengan teman lelaki/perempuan yang dengan rapat. Hubungan sebegini akan wujud bila sesama sendiri sematkan dalam hati yang mereka hanya bersahabat. Tidak lebih dari itu.

Ye. Aku sendiri ada hubungan platonik. Aku boleh je cakap apa aku nak kat dia. Aku boleh je terang-terang cakap "I LOVE YOU" kat dia sebab aku hanya anggap dia sahabat aku. Kadang-kadang aku lebih seronok berkawan dengan lelaki berbanding bercintan-cintun sebab perbuatan aku tidak akan terbatas.

Yela. Bila dah kapel, sure kena kasi komitment. Komitment yang satu itu la aku sukar nak bagi. Jadi lebih elok berkawan je. Memang sukar bila kita dah berkawan lama dengan orang tu, tetiba nak tukar status "Just Friend" kepada "Love". Memang sukar. Dah no feeling love untuk dia. Cam ne nak tukar status. Renungkanlah.

Korang pun ada hubungan sebegini?

post signature


Jumat, 20 November 2009

Tanda-Tanda Awal Jatuh Cinta / Angau

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Fuhhh. Lama dah kan aku tak updated blog neh. Yela. Aku nak updated la neh. Tak updated sebab dah malas nak bukak Blogger yang super lambat loading neh. Entri kali ni agak ala-ala jiwang sikit. Ikut mood tuan punya blog neh la ;p. Mood tengah angau.haha.:023::023:



Di sini aku sediakan 10 tanda-tanda awal anda menghidap penyakit ANGAU.haha.


1. Kamu melihat ada sesuatu yang berbeza dalam dirinya walaupun orang lain kata tak hensem la, itu la, ini la. (dia bukan Hot Stuff. So aku tak tahu kenapa aku suke sangat dengan dia)
2. Suka senyum-senyum atau ketawa-ketawa sendiri. (bukan gila.hahaha. Aku sedang sengih sorang-sorang)
3. Suka curi-curi pandang ke arah target (betul. nampak dia aritu kat Food Court terus mata ke arah sana)
5. Mengkhayal yang indah-indah tentang kamu dan dia (ini sudah semestinya)
6. Hilang nafsu makan (kenyang lepas tengok si dia, BAHAGIA)
7. Hari-hari dengar lagu jiwangssss (sedang dengar lagu That's When I Love You)
8. Nak tahu semua tentang dia (betul. kalau tak, tak kan hari-hari tengok Facebook dia)
9. Tengok gambarnya hari-hari dalam Facebook ataupun Myspace (perkara ini sudah jadi rutin aku sejak angau padanya)
10. Saat baca artikel ini, kamu jadi teringat pada seseorang. Petanda kamu benar-benar lagi jatuh cinta!!!

Ini kali kedua aku angau. Dulu kapel-kapel tak angau sampai tahap nak tulis nama dia kat nota-nota kuliah aku.haha. Kali pertama aku angau sama je perasaan aku angau sekarang ni. Jangan tiang lampu tepi jalan tu aku ingat dia sudah. Dah kronik namanya. Hati aku tengah berbunga-bunga riang je sekarang ni.:004::004:

Lagu yang sedang aku layan sekarang neh, That's When I Love You by Aslyn.



I LOVE YOU~~:023::023:

post signature


Selasa, 20 Oktober 2009

Jika Dunia Ini Tanpa Internet

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




*What The F. No INTERNET??!!*

Mari renungkan bersama :001::001: jika dunia ini tiada internet ataupun internet tidak dicipta langsung. What would you be if you don't have internet??



*that guy in the video is so cute*

Video di atas membuat aku berfikir sejenak. Jika tiada internet walaupun sehari apa aku jadi pada diri aku.hoho. Dari pagi aku bangun sampai la malam aku tidur aku still lagi menggunakan Internet. Updated twitter, masuk facebook boleh jek pakai telefon bimbit kan asalkan telefon bimbit tu ada connection with the INTERNET.

Sehari kalau aku tak pakai Internet memang boleh bikin nazak nightmare woo. Tak caya? Sila percaya. Bayangkan kalau Internet tak dicipta langsung mesti kita semua akan jadi "katak di bawah tempurung".hoho.

Tanpa Internet Facebook even Blogger pun aku tak kan kenal. Tanpa Internet aku tak kan kenal dengan ramai otai Blogger. Tanpa Internet aku tak kan pandai dalam code HTML. Tanpa Internet aku tak kan dapat siapkan assignment aku. Tanpa Internet aku tak kan dapat bayar yuran semester aku. Tanpa Internet aku tak kan dapat ber-tweet dan updated blog. Tanpa Internet aku tak dapat download movie-movie atau lagu. Tanpa Internet aku..bla bla bla bla. Memang banyak sebab kenapa aku tak boleh hidup TANPA INTERNET.

In other place, I still thinking why I still using Streamyx even memang macam Hell connection dia kan. Sebab aku TAK BOLEH HIDUP TANPA INTERNET. Teruk or slow macam mana pun la aku still gunakan Streamyx. Aku seorang student yang tak mampu 1 nak bayar bil bulanan broadband yang mencecah ratusan ringgit itu. Cukup la aku berkongsi Internet dengan housemate aku.hoho.

So, how about you guys. Apa akan jadi pada diri kamu semua kalau TANPA INTERNET? ngupil

post signature


Minggu, 11 Oktober 2009

Telefon Bimbit Masa Depan (Future Phones)

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Pernah terfikir akan rupa bentuk telefon bimbit masa depan? Take a look:


01. Telefon Senipis Paper



02. Telefon Serba Guna Even Boleh Cukur Segala BULU Dan Bancuh Kopi



#so, TERKESIMA kanss?
#Teringin nak beli? Sila tunggu MASA DEPAN :018::018:.
#Harga setiap telefon tu pun mesti "CANTIK" kanss? :010::010:


post signature


Selasa, 06 Oktober 2009

Torrent VS Direct Download

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Akhirnya aku telah terjerumus dalam kancah download movie. Kalau dulu hanya pandai download lagu MP3 je tapi sekarang ni sudah reti download movie. Kenapa dulu aku tak pernah download movie? Sebab aku hanya kenal torrent pada masa itu. Innocent kan? Ok. Mari aku kenalkan Torrent dan Direct Download. Aku tahu untuk pengguna tegar internet macam Darkk sudah pasti tahu apa yang akan aku rungkaikan kat entri ini.


01. Torrent



Biasanya file torrent yang korang download dari website Mininovaa dan website torrent yang lain, tu bukan la file sebenar tapi dipanggil file sementara dalam pemahaman aku la. Kemudian korang kena bukak file sementara tu dengan menggunakan client torrent contohnya uTorrent ataupun Bit Torrent. Anda boleh pause-kan downloading torrent tersebut bila-bila masa pun yang anda suka. Itu yang bestnya pasal torrent. Tapi harus diingat proses meng-download akan menjadi cepat jika ramai yang seed. Semakin ramai seed (download) semakin laju fail tersebuat habis di-download. Seed adalah automatik. Kita tak leh suka-suka nak seed. Itu kata Macha.

02. Direct Download



Direct download ialah kita download file dari server terus contohnya file itu di-upload dalam Media Fire dan maksudnya kita akan download fail tersebut dari server Media Fire. Jika server Media Fire down maka downloading kita pun akan jadi down. Yang bestnya direct download adalah lebih laju dari torrent jika anda adalah pengguna internet Streamyx Like Hell. Tapi ada sesentengah fail yang di-download melalui direct download tidak boleh di-pause atau di-resume. Jadi kena la on PC tu 24 jam sampai la download tu berjaya. Dengan menggunakan aplikasi seperti IDM downloading akan menjadi cepat dari download menggunakan web browser.

Softwara yang perlu dan wajib ada jika memuat turun tak kira pakai Torrent atau Direct Download ialah WinRAR atau WinZIP. Jika tiada software tersebut terutama sekali semasa anda men-download movie atau drama memang susah nak combine sume part tersebut menjadi satu.

Pada pandangan saya, saya lebih prefer Direct Download kerana Streamyx Like Hell di tempat saya. Lagipun Streamyx dah capped downloding melalui torrent. Takut terlebih bandwidth. Jadi direct download adalah sangat sesuai untuk pengguna macam saya. Jika saya berada di US atau luar dari negara Malaysia saya prefer torrent dan direct download.

Ini adalah link Direct Download movie Haeundae With English Subs. Thanks to Kraetiv sebab membaca request saya akan movie ini.

-Selamat Mendowload-16

post signature


Minggu, 27 September 2009

Study Last Minute

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





3 hari lagi aku dah nak start final exam aku 1. Ya aku berjaga 35 sehingga 5 6 pagi untuk study business management . Ya aku menghafal sampai muntah :008::008:. Ya aku telah menghidap penyakit sawan 21 Final Exam. Sebenarnya aku tak pernah study last minute tapi aku study LAST SECOND.haha. Ok ini ada tips unutk mereka yang study last SECOND.


01. Sediakan air rebus untuk vitamin hati
02. Masukkan garam secukup rasa untuk otak
03. Masukkan lada penambah perisa kecergasan otak
04. Masukkan ajinomoto untuk lebih sedap dalam exam hall.
05. Kemudian..
06. Masukkan nota ke dalam air rebus tersebut
07. Tunggu hingga masak.
08. Makan.

Itu resipi untuk jadi sawan Final
.haha. Ok stop the crap Tee Ngin Rui! Tips yang sebetulnya:


01. Untuk subjek yang melibatkan kira-kira, study formula dia. Hafal jalan kerja dia. Try buat satu dua latihan dari buku teks.

02. Untuk subjek yang memerlukan menghafal, salin semula nota tersebut sambil membacanya sekuat hati. Nescaya, akan mudah ingat. Percayalah. Aku melalak dua tiga hari ni untuk hafal nota bisnes.haha.marah3

03. Lecturer mesti ada bagi soalan spot kan. So cari jawapan untuk soalan-soalan tersebut. Sambil cari jawapan jangan lupa studynya sekali. Jangan cari jawapan then esok lusa terus lupa.

Tu je tips dari aku. Ajaran sesat betul kan. Ikut cara masing-masing kalau dah study last SECOND neh. Sebenarnya adalah satu bakat kalau study last SECOND boleh dapat 4 flat. Ada manusia macam tu ke? haha. Sila tonjolkan diri 36.

Video tentang Last Minute Studying Tips



and video di bawah ini ibarat aku. Study depan PC. Main tenet sambil study. Multitasking 29 kan.haha.



-Selamat Berjaya Dalam Proses Study Last SECOND-lulus

post signature


Kamis, 17 September 2009

15Malaysia (15 Filem Pendek dari 15 Pembikin Filem)

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




*klik untuk paparan lebih jelas*

Baru sahaja khatam abis 15 film pendek dari 15malaysia. Apa itu 15Malaysia? 15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah turut menampilkan nama-nama terkemuka di Malaysia termasuklah pelakon, ahli muzik dan ahli politik yang dikenali ramai. Anda boleh anggapkan filem-filem ini sebagai filem ringkas funky yang dihasilkan oleh 15 suara hati rakyat Malaysia untuk orang Malaysia.

Ini antara filem pendek yang mudah aku paham message yang cuba disampaikan.



SLOVAK SLING

*sanggup bagi rasuah sampai berbogel.haha. "Don't naked in front of your enemies" *

HALAL

*pasal cara nak sembelih ayam supaya daging ayam tersebut menjadi halal* Funny!

METER

*masalah yang dihadapi oleh rakyat: Local and International Footbal, English and so on*

LOLIPOP

*pasal masa kecik-kecik kena cabul dengan bapak sendiri, bila dah besar jadi perogol + penculik* masih ingat akan kes kehilangan Nurin Jazlin and Sharlinee? Itu la yang cuba disampaikan dalam video tersebut

POTONG SAGA

*budak cina yang mimpi kemaluan dia disunatkan semata-mata mahu membuka akaun di Bank Islam* This was funny enough!


Itu komen aku selepas menonton filem-filem pendek neh. Everyone's got their own opinion right?

Aku masih tak paham message yang cuba disampaikan melalui filem pendek Chocolate. Anyone can explain to me?


CHOCOLATE



Overall, good job 15Malaysia!

post signature


Selasa, 08 September 2009

Cerita Tentang Pengasas Facebook



**kacak sungguh Mark Zuckerberg**



Tertarik dengan artikel Bergaduh di Belog yang ditulis oleh Dark lalu aku mula search sikit-sikit tentang pengasas Facebook. Kita sedia maklum pengasas Myspace ialah Tom Anderson tapi pernah tak kita nak amik tahu tentang pengasas Facebook yang merangkap jutawan termuda? Jangan keluarkan tagline Azwan Ali : "Ada aku kesah?" or so on. Muak! :008::008:haha.



Ok. Kita mulakan membaca sejarah terjadinya Facebook yang baru berusia 5 tahun.:004: Correct me if I am wrong.





Nama sebenar pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg. Beliau dilahirkan pada 1984 di New York. Semasa beliau mahu membangunkan website Facebook, beliau hanya la seorang student dari Harvard University. Facebook pada masa itu hanya digunakan oleh kalangan pelajar Harvard untuk berinteraksi antara satu sama lain. Pastu, beliau mula menyebarkan Facebook kepada universiti lain. Universiti yang terawal mendapat penyebaran ni ialah Stanford, Dartmouth, Columbia, Cornell dan Yale. Last-last Facebook telah dibuka kepad orang ramai sehingga la sekarang.



Lepas 2 tahun Facebook jadi fames, Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion. "Facebook bukan untuk dijual" kata beliau dengan selamba. Walaupun orang ramai berkata beliau tidak relevant kerana tidak menjual Facebook tetapi beliau tetap dengan prinsipnya "FACEBOOK BUKAN UNTUK DIJUAL".



Then, 3 tahun berlalu Mark Zuckerberg ditabalkan menjadi jutawan termuda atau "world youngest self-made billionaire" oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai blogger-emoticon.blogspot.comUSD$1.5 billion (bape banyak la tu kan kalau convert masuk ringgit malaysia. Cukup aku bayar yuran MMU aku yang banyak tu kot.haha):015:.



Kalau nak tahu lebih cerita Mark Zuckerberg sila masuk Wikipedia. Kat sana ada cerita cam ne beliau disaman oleh ConnectU sehingga menjadi kontoversi.





#facebook lain dari lain. Ada kehebatan yang tersendiri jika dibandingkan dengan Myspace dan Friendster#

#dalam masa 5 tahun Facebook dah jadi fames ke seluruh dunia sampai kekanak riang pun ada Facebook.haha.#

#jika anda mempunyai Facebook, boleh la jadi Fans kepada Mark Zuckerberg ni#









Via: Sifu-lah



post signature



Sabtu, 02 Mei 2009

10 Software Yang Perlu Berada Di Dalam Komputer Anda.

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Gambar di atas hanya sekadar hiasan sahaja dan tiada kena-mengena dengan entri kali ni. Entri kali ni aku nak tulis pasal software yang penting dan HARUS berada di dalam komputer/laptop anda. Tak kira la software tu dalam Freeware or Shareware tapi dikira penting dan aku menggunakannya dalam kehidupan seharian aku bila aku online. Sebenarnya ada banyak lagi software yang ada kat komputer aku ni tapi aku bagi tahu 10 sudah cukup. Jangan terkejut lak kalau jumpa software pelik-pelik kat komputer aku.haha:06:.


1. Media Player Classic (MPC)
Software ni sangat penting selain Windows Media Player (WMP). Pernah tak anda dah download movie/drama yang best then bila anda play kat WMP tiba-tiba keluar suara je. Gambar tak keluar pun. Aku dulu pun pernah mengalami masalah macam tu. Sebenarnya WMP tak menyokong semua format video. Penyelesaiannya adalah dengan men-download MPC ke dalam komputer anda.


2. Instant Messenger (IM)
Aku rasa tak lengkap kalau aku online tanpa buka mana-mana IM aku. IM yang aku maksudkan seperti Windows Live Messenger (WLM), Yahoo Messenger (YM), Myspace IM, Digsby. Percaya atau tidak. Setiap kali aku online aku pasti buka ke semua IM tersebut.



3, WinRAR , WinZip
Tanpa WinRAR aku rasa komputer aku tak lengkap langsung. Kalau yang belum ada sama ada WinRAR ataupun WinZip anda patut memiliki salah satu software tersebut. Aku rasa setiap komputer pun dah ada kan software ni setidak-tidaknya WinZip.


4. Photoshop, Gimp, Photoscape
Untuk yang suka edit gambar mesti kenal kan ketiga-tiga software yang agak popular tu kan? Aku pernah memiliki kesemua software tersebut tapi sekarang tinggal Photoshop and Photoscape je sebab tak larat la nak belajar cara guna Gimp tu. Kalau yang berminat boleh la download software tersebut. Photoscape software edit gambar yang paling senang and mudah difahami.


5. Internet Download Manager (IDM), Orbit Downloader.
Siapa yang tak kenal IDM yang memang laju bab download-download ni?haha. Komputer aku di-support oleh IDM. Life make easy kalau ada IDM tu sebab sume kerja nak download apa-apa software/movie/drama jadi lebih laju. IDM ni shareware, so pandai-pandai la anda crack atau beli terus IDM tu. Kalau nak freeware aku sarankan pakai Orbit Downloader.


6. Web Browser
Kalau tak ada web browser mana boleh online. Web browser yang aku minat dan menjadi pilihan utama aku ialah Firefox sebab Firefox ada add-ons yang memang best-best.haha. Selain Firefox ada lagi web browser lain contohnya Internet Explorer , Opera dan Google Chrome.


7. Ccleaner
Ccleaner ni tujuannya untuk menghapuskan temporary internet file. Kalau kita tak hapuskan fail-fail sementara tersebut komputer kita akan run dengan slow dan juga internet. Sesuai untuk orang macam aku yang online 24 jam sehari ni.haha.:06:


8. TuneUp
TuneUp boleh detect masalah komputer kita dengan cepat. TuneUp ni pun boleh cari semula fail-fail yang telah dihapuskan dari Recylce Bin. Boleh remove unwanted program dengan senang. Banyak lagi fungsi TuneUp ni. Kalau tak percaya anda patut download TuneUp.


9. Ares, Limewire
Ares dengan Limewire ni sama dengan Torrent. Aku tak pernah nak test Limewire lagi. Aku rasa Ares dan Limewire sama je fungsi dia iaitu donwload video. Tapi aku lebih suke menggunakan direct link sebab lebih cepat.


10. FastStone Capture (FSC)
Aku suka sangat software ni. Senang kerja aku bila aku nak buat PrintScreen. Pastu aku tak yah penat-penat masuk Photoshop atau Photoscape untuk edit Print Screen aku tu sebab FSC ada mini Paint dalam tu.


Fuhhhh..:Onion44:Habis jua aku review software yang perlu ada dalam komputer/laptop anda tu. Ada banyak lagi aku nak review sebenarnya tapi aku rasa cukup la kalau 10 je. Aku nak tahu software apa yang ada dalam komputer anda. Mai la share sama-sama. Sharing is caring maa.haha.:06:



-Sekian Untuk Entri Kali Ini-:Onion48:


post signature