Rabu, 16 November 2011

ketawa pada benda sama banyak kali.

Running Man Episode 27. Aku asyik play episode dia banyak kali. Ketawa pun dah banyak kali pada scene sama. Episode ni guest dia U-Know dengan Changmin dari TVXQ. Suara U-Know lain kot. Dia cakap lebih lembut. XD

Aku suka masa mission dorang kena melukis tu. Macam-macam bentuk jadi. Dari orang suruh lukis tandas boleh lukis robot. Start dari episode ni aku suka Joong Ki. Woi. Muka dia sangat tak bersalah walaupun dia dah silap lukis.

Game dia macam ni. Orang depan tu akan suruh lukis contohnya lukis tandas. Jadi orang sebelah dia kena lukis tandas supaya orang kat belakang sekali akan tahu apa quest dorang. Dalam masa 10 saat kena lukis. Jadi bermacam-macam bentuk rupa dorang akan lukis.

Dorang kena lukis jamban/tandas. Tapi Joong Ki fikir apa yang Gwang Soo lukis tu ialah robot. T_T. Aku tengok pun tahu tu jamban. kehkehkeh.

*still muka Joong Ki tak bersalah*

Aku selalu cari variety shows Running Man kat Isubs. Malas nak tengok kat Kshownow.net sebab dia jenis kena stream online. Kalau dorang ada download link kan best. Sebab Kshownow.net cepat sikit keluar subtitle dia berbanding Isubs.

Setakat ni aku rasa paling best dan paling kelakar episode 27 dengan episode 50-episode 51 time dorang kat Thailand dengan Nichkhun.hihi. Tapi sebenarnya semua episode Running Man kelakar nak mati. Nak pecah perut aku ketawa terbahak-bahak sampai bapak aku pun terintai-intai laptop aku. kahkahkah!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar