Rabu, 30 September 2009

Happy Birthday To Me (Always 8teen)

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





1 Oktober 1991 pada pukul 2 pagi di Hospital Besar Seremban kedengaran suara bayi perempuan menangis-nangis baru dilahirkan. Itu la aku. Si Amoi Rojak atau nama betul Tee Ngin Rui.


Kini aku dah umur 18. Dah 18 dah kau. Boleh tengok cerita 18SX 12 kan.haha. Nak pergi disko pun dah boleh. Bahaya betul aku bila dah 18. Sempena menyambut hari lahir aku yang paling mulia ni (mulia ke) aku ada buat Kontest. Sesiapa pun boleh join janji anak jati Malaysia.

Paling tak best 18 masa birthday aku ialah Final aku tepat-tepat hari ini (1/10/09). Tak best kan? Nak-nak lak paper damn shit :013::013: Business Management. Oh gosh! Susah nak MAMPUS soalan-soalan dia. Nak tensen aku bila nak jawab. Macam nak pecah pala!! grrr! Tapi semuanya dah berakhir. Aku masih berharap aku pass subject ni aww.

Ramai gak yang wish birthday aku termasuk DIA. Siapa DIA? Biarlah rahsia. Terima kasih eh kepada yang wish kat SMS, meng-calling telefon aku, Facebook, blog ni, YM dengan Twitter. Sangat-sangat menghargainya :004::001:.

Jangan Lupa Join Kontest Ini :001::001:

"Happy Birthday To Me"32

post signature


Cara Menghasilkan Frame Bulat ( Photoshop CS4 )

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Ini tutorial pertama Photoshop yang saya tulis. Jadi kalau ada kekurangan sila kritik dengan bernas.haha. Tujuan tutorial ini dihasilkan kerana saya sering terlupa cara menghasilakn frame bulat. Jadi terpaksa saya search di Google semula untuk mencari tutorial sebegini. Saya menggunakan Photoshop CS4. Saya bukan la pandai crack untuk upgrade ke versi Photoshop yang lain. Jadi tutorial kali ini adalah untuk Photoshop CS4 ke bawah. Untuk CS4 ke bawah fungsinya tetap sama walaupun Panel agak berlainan.


Langkah pertama:
Sila buka gambar yang ingin di-edit. Saya menggunakan gambar saya sendiri dalam tutorial ini.



Langkah kedua:
Sila pilih Rounded Rectangle Tool dengan right click.



Radius boleh di-adjust. Suka suki nak letak bape pixel pun.



Kemudian lukis menggunakan Rounded Rectangle Tool tadi ke atas gambar yang ingin di-edit. Hasilnya akan menjadi seperti ini. Gelap di tengah. Mengikut warna Foregroud Color. Kalau Foreground Color anda berwarna putih maka putih la di tengahnya.



Untuk menghilangkan warna di tengah tersebut sila ke Layer Palate dan right click pada Shape dan pilih Blending Option.



Kemudian satu window baru akan keluar kan? Pergi ke Advanced Blending dan di bawahnya terdapat Fill. Sila pilih 0% untuk Fill. Tadaaa..sila lihat gambar yang di-edit. Warna tengah dah hilang.



Langkah kedua:
Anda sudah berjaya melukis rounded corners. Taniah diucapkan! Langkah kali ini akan mengajar anda memotong bahagian yang tidak diperlukan untuk menghasilkan frame bulat yang cantik.

Sila ke Layer Palate dan klik pada Path.



Setelah itu sila right click pada Shape 1 Vector Mask dan pilih Make Selection.



Sila klik OK di window Make Selection.


Setelah klik Make Selection, gambar yang di-edit akan mendapat garisan putus-putus yang berkelip kan di bahagian rounded corners yang anda lukis tadi. Kemudian sila ke Menu dan klik pada Select dan plih Inverse. Selepas memilih Inverse akan muncul satu lagi garisan putus-putus yang bergerak.



Langkah ketiga:
Sikit je lagi anda akan berjaya menghasilkan frame bulat.

Sila ke Layer Palate dan pilih background. Kemudian anda tekan butang DELETE yang berada di keyboard anda ataupun CTRL + X. Kemudian CTRL + D



Dan hasilnya:
Jika mahu tukar warna tersebut sila klik Paint Bucket Tool dan set kan Foreground Color yang anda mahukan.



Tambahan, jika anda tidak mahu warna putih yang berada di luar frame bulat tersebut sila ikut langkah-langkah di bawah.

Langkah pertama:
Sila ke Menuh dan pilih Select. Dalam menu select pilih Reselect.



Selepas Reselect sila ke Menu dan pilih Select kemudian klik pada Inverse. Biarkan garisan putus-putus itu bergerak dan kekal aktif pada gambar.



Langkah kedua:
Klik Edit pada Menu dan pilih Copy Merged.



Setelah itu pergi ke File dan pilih New.



Setting haruslah seperti pada gambar rajah:
Present: Clipboard, Background Content: Transparent.



Selepas itu akan keluar lagi satu window pada tab Photoshop anda.



Langkah ketiga:
Masih lagi berada di window New yang anda hasilkan tadi. Anda hanya perlu klik semula Edit dan Paste. Nampak perbezaannya frame bulat yang anda hasilkan sebelum ini mempunyai background color tapi kali ini tidak lagi. Telah menjadi background petak-petak kan (transparent).



Langkah keempat:
Untuk menyimpan gambar frame bulat anda sila ke File dan klik pada Save As.



Pilih extension PNG. Hanya extension .png yang menghasilakn transparent background. Jika anda memilih extension .jpg frame bulat anda itu akan menghasilkan backgroud putih semula.



Klik OK.



Syabas! Anda telah berjaya menghasilkan satu gambar berbingkai bulat yang cantik. Ini hasil kerja saya:
Kiri bingkai bulat tanpa backgorund color dan kanan bingkai bulat dengan background color.



Sekian sahaja tutorial kali ini. Masa akan datang saya akan hasilkan lebih banyak tutorial Photoshop CS4. Sebarang pertanyaan tentang tutorial ini? Sila tinggalkan pertanyaan anda dalam ruangan komen. Kritikan pun boleh 12.

bye

post signature


Selasa, 29 September 2009

Feltwishes

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Entah dah berapa bulan aku order barang dari Feltwishes baru hari tu aku ada masa nak bank in duit padanya. Yela. Masa order tak de langsung duit. Bila PTPTN dah masuk baru reti nak bank in. Sorry ye Haida sebab bank in lambat. Walau apa pun barang yang aku order tu dah sampai petang tadi. Sangat teruja!23



Sebelum keluar dari plastiknya:



Memperagakannya pada telefon bimbitku yang sekupang:



Sebenarnya aku order banyak lagi. Just segan nak amik gambar-gambar yang lain. Kang ada yang tanya "kenapa ko order untuk budak itu" "kenapa order untuk budak ini". SADAP OKAY :003:!! haha.

#Thanks kepada Haida#
#Rajin-rajin la ke Feltwishes untuk order phone strap korang#

Lepas ni aku tunggu Blowie aku lak dari Ribbon Tales. Oit, Sickchild! Bila kau nak bagi tahu harga Blowie yang aku tempah hari tu? 1

post signature


Senin, 28 September 2009

Drama Korea Yang Mampu Mengalirkan Air Mata

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Entri ini tersangat la feeling 17. Motip feeling-feeling nak Final ni? Sebab aku dah lama tak feeling-feeling la. So mari kita berfeeling-feelingan :001:.

Pasti korang ingat lagi kan drama-drama korea yang mampu membuat sesiapa sahaja mengalirkan air mata jika paham message yang cuba disampaikan. Antara yang paling terawal masuk Malaysia: Winter Sonata dengan Autumn in My Heart. Ok. Aku tak nak cerita pasal Winter Sonata sebab aku tak pernah tengok. Aku tidak memahami cerita tersebut. Mari cerita tentang Autumn In My Heart dengan Stairway To Heaven.:001:


01. Autumn In My Heart.



Cerita ni drama korea pertama yang aku tengok. Pada mulanya agak boring 31. Yela. Baru pestime tengok cerita korea masa tu tapi lelama terasa best. Terasa nak tahu endingnya bagaimana. Lalu aku tengok sampai habis.For the first time masa aku tu aku mengalirkan air mata untuk cerita tu masa episod terakhir dia. Sebabnya dah berminggu-mingu layan habis cerita tu pasti aku akan rindu pada rupa Song Seung Heon(Hero) bukannya Won Bin ok. Apa-pun semasa menonton semula video Autumn In My Heart OST tersebut membuatkan hati aku tetiba sebak. Maybe sudah matang dah mula boleh paham message sepenuhnya.

02. Stairway To Heaven



Oh! Drama ini sangat menyayat hati. Percaya atau tidak setiap episode yang aku tonton aku akan menangis 1. Sungguh! Sedih aku tengok setiap babak dia. Habis lebam biji mata lepas tengok cerita ni. Tak pernah miss. So tak pernah la miss menangis depan kaca TV.huhu. Cerita ni lebih kurang serupa Autumn In My Heart tadi tu tapi Stairway To Heaven lebih menyayat hati. Dengan pengorbanan seorang abang tiri kepada adik tirinya sudah cukup membuatkan tisu rumah aku habis kerana mengelap air mata.

Aku cukup suka kedua-dua drama tersebut. Top drama sepanjang zaman aku.haha.Sekarang drama korea dah tak berapa nak best dah. Dah tak hot dah kan macam zaman-zaman mula-mula Autumn In My Heart kan? Lagipun drama korea sekarang aku tak tertarik langsung untuk tonton sampai habis. Sebab not my taste.haha. Maybe aku suka cerita yang sedih macam Autumn In My Heart. Kalau ada cerita macam tu pasti aku akan tonton. Percayalah .

Anda bagaimana? Minatkah drama korea yang sadis? Sila beri pendapat.^^:019::019:

post signature