Senin, 07 Desember 2009

[Double Review Novel] Review: Novel Jiwa Merindu. Novel Cinta Datang Lagi #3

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Sejak 3 bulan neh aku suka sangat baca novel. Biarla masa tidak megizinkan aku kerana kesibukan aku dengan study tapi baca novel tetap diutamakan selain bermain Facebook. Baru-baru ni aku baru khatam dua novel. So mood sangat-sangat la jiwang.haha.:001::001:

Macam biasa setiap kali aku habis baca novel, pasti review akan ditulis. Mana la tahu korang berkenan ke sampai nak beli kan.


Novel Jiwa Merindu.



Ditulis oleh Erin Zehanna.
Beliau penulis baru. Jiwa Merindu novel pertama daripada beliau.
Sinopsis:


Petermuan semula dengan Luqman benar-benar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.

Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.

Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka.

Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh dengan curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh-sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.


Komen: Boleh la tahan. Tapi kena Luqman pasrah dah terima penceraiaan dari Natasha? Aku ingatkan kalau lelaki mesti tercabar egonya and fight it. Tambah-tambah masa tu Natasha mengandung. Luqman memang tahu dia ada anak kenapa tak cuba dapatkan hak penjagaan anak dia? mesti lebih menarik kalau ada babak-babak macam tu dalam novel Jiwa Merindu.hehe. Tapi after all, not bad.

Rating: 3 Stars Over 5 Stars.

Novel Cinta Datang Lagi.



Penulis: Bikash Nur Idris.
Beliau dah pernah menghasilkan 3 novel sebelum neh; Sambutlah Cintaku, Ria Qistina dan Kau Sayangku.
Info: Novel Kau Sayangku telah diadaptasi dalam drama Dari Mata Arisa yang pernah ditayangkan di TV2.
Sinopsis:


Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.

Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya mendorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya perngorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?


Komen: Aku memang minat sangat dengan Bikash, penulis muda ni. Agaknya cara penulisan dia memang kena dengan jiwa remaja aku. Dalam Cinta Datang Lagi bukan takat percintaan antara Raisya dengan Fariz, kat dalam tu diterapkan juga kisah percintaan antara Shereen dan Jaspal. Ada sikit kisah rumah tangga Zairy dan Neesa(adik Fariz). Kiranya 3 in 1 la. Namun, aku agak susah nak paham dalam ayat-ayat novel ini. Bukan kebanyakkanya la. Sikit je tak paham.

Rating: 5 Stars Over 5 Stars.

Whats Going On My Life Lately:
Selesai buat review.
Lepas ni kena peningkan pala dengan Final Exam.
Assignment yang dah nak dekat due date.
Dengan..tutorial yang tak siap-siap lagi.
and.. TAK SABARNYA TUNGGU CUTI SEM!!

p/s: Lepas Final, nak terjah novel Ternyata Cinta ditulis oleh Damya Hanna.

Via: MPH, Novel Bni.

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar