Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.
Entri kali ini membincangkan Hubungan Platonik. Bukan ikan plankton ye pembaca sekalian. Hubungan platonik ni hubungan PERSAHABTAN antara perempuan dengan lelaki yang sangat akrab tanpa wujud perasaan cinta. Pasangan ini selalunya berkongsi rahsia sesama sendiri. Tak kira la dari yang luar dan dalam. Mereka tetap akan berkongsi.
Hubungan platonik juga jarang ditemui. Sebab apa? Mana mungkin tidak wujud sebarang perasaan cinta bila dah bersahabat dengan teman lelaki/perempuan yang dengan rapat. Hubungan sebegini akan wujud bila sesama sendiri sematkan dalam hati yang mereka hanya bersahabat. Tidak lebih dari itu.
Ye. Aku sendiri ada hubungan platonik. Aku boleh je cakap apa aku nak kat dia. Aku boleh je terang-terang cakap "I LOVE YOU" kat dia sebab aku hanya anggap dia sahabat aku. Kadang-kadang aku lebih seronok berkawan dengan lelaki berbanding bercintan-cintun sebab perbuatan aku tidak akan terbatas.
Yela. Bila dah kapel, sure kena kasi komitment. Komitment yang satu itu la aku sukar nak bagi. Jadi lebih elok berkawan je. Memang sukar bila kita dah berkawan lama dengan orang tu, tetiba nak tukar status "Just Friend" kepada "Love". Memang sukar. Dah no feeling love untuk dia. Cam ne nak tukar status. Renungkanlah.
Korang pun ada hubungan sebegini?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar