Selasa, 23 November 2010

surat penuh "kasih sayang" ini untuk bakal suamiku

I get inspired by The Poyo Me although I don't even read what she wrote for her future husband. But I think every lady out there that are not married yet should write a letter for their future husband. This letter will be show to my future husband a day before we will get married and start our new life!

Yes. I am a girl. That will end my single life. Will be a wife that could not cook well. Will be a mom that dislike to change baby drypers and will be a very rock and sporting grandmother! Yeah. So this letter special to my very future husband, MR___________________- i will fill it later when I have found my Mr.Right that love me no matter how ugly am I.haha.

Kepada bakal suami aku yang aku sayangi cintai sepenuh hati aku. I will call you baby when we are married! Baby is much more romantik walaupun awak rasa panggilan macam tu buat bulu hidung awak geli ye!

So lets start it with the basic one. Home. Tolong. Lepas balik kerja tu. Sila kemas kasut tu dalam rak kasut ye. Saya tak suka lah kasut-kasut sepah kat pintu rumah. Not nice. Saya tak nak malam-malam saya kena bangun untuk kemas kasut busuk awak tu walaupun awak dah spray dengan perfume Hugo Boss awak tu. Better do it or later you have to suffering from my sulking all day!

Hujung minggu jangan ingat nak keluar minum teh tarik dengan kawan plak. Awak kena tolong saya kemas rumah kita tu yang dah macam tongkang pecah. Of course kerja cuci tandas itu semua kerja awak. Saya nak kemas ruang tamu dengan bilik tidur kita. Awak cuci semua tandas ye dalam rumah tu. Awak kena tolong betulkan semua kerosakkan barang letrik dalam rumah tu. Awak lelaki okayh. Suppose awak lebih tahu baiki barang ini semua.

Awak jangan lupa pakai cincin kawin kita sepanjang masa. Saya nak buktikan kat semua perempuan kat luar sana yang awak dah kawin dengan bini comel macam saya ni. Saya tak nak mereka semua dekat dengan awak. Awak tu dah lah muka macam playboy. Hensem plak tu walaupun tak sekacak Fahrin Ahmad kesayangan saya tu dan seputih Lee Min Ho saya tu. Please behave okayh. Jangan ingat diri tu masih bachelor ye.

Awak jangan ingat awak boleh keluar malam selalu sangat. Malam-malam haruslah masa kita bersama. Saya tak nak masa kita berdua pun tak ada. Yela. Masing-masing kerja dari pagi ke petang. Malam sahajalah kita boleh bermesra macam laki bini.hihi. Kalau awak nak keluar malam sangat. Awak kena balik sebelum pukul 11PM. Ye. Saya mengamalkan curfew. Suka hati saya lah. Awak milik saya! weeekkk.

Kalau kita gaduh. Awak kena tidur lantai. Saya tak sekejam nak dera suami saya tidur kat lantai yang sejuk tu. Of course saya akan bagi awak tilam, bantal busuk awak dengan selimut awak. Saya tak nak awak tidur ruang tamu sambil tengok bola. So tidur kat lantai bilik ni bila saya tengah marah dengan awak. Ala nanti saya dah tertidur pandai-pandai lah awak naik balik atas katil tu. Macam itu pun saya kena ajar kah?haha.

Kita kena sama-sama taw pergi shopping barang dapur. Tak kan saya je yang kena susah payah pergi supermarket. Angkat barang segala tu masuk kereta plak. Kita kena bayar 50-50 tahu semua barang yang kita beli tu. Saya tak suka awak bayar semua. Saya pun nak rasa tanggungjawab sebagai isteri tercinta awak. Ha. Jangan pilih barang mahal sangat. Amik yang murah ok. Kalau barang buy 1 free 1 is better. Ada free gift!haha.

Kalau basuh baju. Saya tak suka baju kerja awak dengan spender boxer segala tu campur dengan baju saya. Saya akan sediakan bakul untuk saya dengan awak. Saya guna mesin basuh 3 hari sekali je. Awak jangan nak berebut mesin basuh dengan saya plak. Kalau nak tunggu lepas saya dah habis basuh baju.

Kalau saya period pain ke apa. Awak kena tolong saya pergi supermarket atau kedai runcit beli pad jenama Kotex untuk saya taw. Jangan silap beli plak. Tolong peka sikit akan keperluan isteri awak ini. Tak kan susah sangat nak hafal perkataan Kotex tu. Padahal tiap-tiap hari awak nampak dalam almari baju kita tu.hiks!

Saya harap awak ada ingatan yang sangat kuat. Sebab saya nak awak ingat semua date penting kita. Dari birthday date saya sampai birthday tok nenek moyang saya kat kampung tu. Include our anniversary date. Tak apa. Nanti saya senyap-senyap amik IPHONE 10G awak tu taruk semua reminder date penting dalam tu. Kalau nak celebrate. I prefer romantic candle light dinner kat hotel 10 binatang! Errr.. Kalau awak masak pun saya suka. Sebab saya tahu awak cuba nak perli cara masakan saya yang agak hampeh kat tekak awak tu!

Awak jangan cemburu sangat bila saya keluar lunch dengan kawan lelaki saya. Tapi awak kena ingat ini sampai bila-bila. Perasaan cinta saya pada awak tak akan pudar langsung taw. Kalau tak kenapa 10 kali lelaki persis Fahrin Ahmad yang datang propose kat saya itu hari saya tolak tapi saya hanya akan terima cincin propose dari awak sahaja walaupun cincin tu bukan lah mahal sangat. Saya tahu awak beli kat Petaling Street dengan gaji awak yang tak seberapa tu tapi saya tak kisah. Sebab saya sayangkan awak sangat-sangat..I ♥ YOU

Terima kasih kerana sudi berkahwin dengan saya!

Dari binimu yang tak reti masak.
Ditulis dalam keadaan insomnia
dan speed internet yang ngok ngek.
XOXO ♥

Minggu, 21 November 2010

.deactivate Facebook.

a few words from me.

.geng group comrade. - sorry. tunang aku jadi admin lagi sekali. kalau tak ada admin aku tak boleh deactivate. Tu pasal aku selalu jadikan tunang aku tu as admin. Plus I need someone to monitor you guys. Takut terjadi gayness dalam tu ke apa. Member dalam group pun paling ramai lelaki straight. haha~

.yang like fan page rojakstory. - tak ada admin lain selain aku. so aku deactivate je fan page tu jadi tak wujud. sorry guys.

.yang nak like fan page rojakstory. - seperti yang awak boleh tengok kat sidebar sebelah ni. itu lah dia. lain kali sahaja lah awak like okay :DD

.kawan-kawan campus. - hey you guys still can text or call me to my maxis number. Not celcom please. Sebab aku jarang pegang phone celcom tu.haha.

There is a reason why I suddenly deactivate my Facebook. Nanti lah aku activate balik. Mungkin esok lusa. Mungkin seminggu dua lagi. I don't know.

Blogshop still berjalan seperti biasa. Twitter masih lagi hidup.

Tak ada Facebook pun still boleh hidup mang. Yeah!

Bila deactivate Facebook ni aku jadi malas nak updated blog tapi updated jugak kan?

Jumat, 19 November 2010

Pencerahan Minda untuk @hellioz666

Well. Well. Well. Aku ada design satu template ni untuk helly. Akhirnya dia dah rasmikan itu template. Bau kedai lagi hoi.

Template tu aku buat waktu aku cuti sem lepas. It takes me 3 days to complete the template. Bukan senang hoi nak design. Dah lah waktu tu aku dah lama tinggalkan HTML codes segala tu. Paling payah of course lah drop down menu dia tu. Susah nak align drop down menu dia kepada kedudukan yang cantik dan statik - sangat menguji kesabaran aku masa tu. But I manage to find the solution finally.haha~

Dari background sehingga ke sidebar, 100% pakai Photoshop CS5. Damn helly. Aku jatuh cinta dengan template tu hoi. Berapa kali aku refresh blog kau semata-mata nak tengok hasil template tu kat blog kau. kah kah kah!

Actually this is the third template I design for people. Jangan nak rekues kat aku buat template. Banner dengan header orang pun tak buat-buat lagi. Aku sangat busy sekarang ni. Dengan FYP yang tak start buat lagi - Project Website Reservation System. Assignment yang berlambak tengah pending. Tak lama lagi nak mid term. Damn crazy and hectic trimester!

Anyway, do you like the template helly? Any feedback from you? Kalau ada masalah dengan template tu kau boleh tanya aku :DD.

p/s: hoi hoi. blogshop dah launch. nanti lah cerita pasal blogshop tu plak. :DD. Boleh tengok kat Paper Queen.

Selasa, 16 November 2010

seronok dapat barang free. siapa tak suka ye tak?

*sexcited (bukan typo)

HAHA. Aku dapat barang free. Bukan buy 1 free 1 tu. Dapat pun sebab owner kepada barang tu dah tak nak. Untung tak? ( tahu tak berapa lama baru aku rajin pergi claim barang ni kat opis bawah ni? ) - haha.

Aku dapat perfume dari Wanie. Perfume yang dia dah tak nak guna tu. Aku ingatkan dah separuh botol dia pakai.haha. Rupanya suku botol pun tak sampai lagi. Perfume tu kuat gila bau dia dari bau pak arab kat sini. Sekali spray memang harum semerbak bilik aku ni. Aku rasa kalau orang yang tak mandi spray perfume tu, terus jadi macam baru habis mandi. LOL.

Sekarang ni aku pening-pening lalat bau perfume ni. Bau dia belum hilang dari bilik aku and tangan aku walaupun aku dah cuci tangan aku pakai sabun Lifebuoy. Aku ni jenis yang tak suka pakai perfume. Sebab aku tak suka bau perfume. Kuat sangat. Badan aku plak jenis yang tak berbau. Buat apa nak pakai kan? Pakai pun sebab ada special event je.hihi.

Asalnya aku nak bolot semua barang yang dia nak bagi kat blog dia tu. Tapi dia cakap satu barang untuk seorang. Laju-laju aku taip nak perfume. Orang tamak selalu untung kan? kah kah kah!

Sekarang ni aku dah ada 4 botol perfume. Ada yang aku beli start dari Form 4. Simpan sampai sekarang. Baunya tetap sama walaupun dah perap lama dalam kotak :D. Sejak bila kan perfume ada expire date?

[off topic] Macam nak start bisnes online jual dress korea dengan taiwan. Supplier pun aku dah jumpa. Tinggal nak ke tak nak sahaja. Boleh untung tak? Aku tengah sanggap dengan duit. Money. Money. Please come to me now !

p/s: lain kali buat lah lagi Give Away macam ni banyak-banyak kali! I suka okayh. :D

Sabtu, 13 November 2010

aku dah rogol abang Tumblr . opss.


Siapa tak kenal Tumblr? Salah satu platform untuk blog gak. Tapi Tumblr is more different from Blogger and Wordpress of course. 24 jam windows Tumblr aku ni akan sentiasa terbuka so do Facebook.LOL. Memang. Aku dah tahap ketagih dengan Tumblr. Siapa yang ada follow aku kat Tumblr or ada Facebook account aku. Memang tahu lah tahap ketagihan aku.

Disebabkan ketagihan ini dah tiba ke klimkas. Sampai dashboard Tumblr pun aku pergi ubah ikut cita rasa aku.

Sebelum ni Tumblr dashboard kaler biru gelap kan? Aku tak suka sungguh kaler tu. Tak ceria langsung.

Lepas dah rogol dashboard Tumblr. Akhirnya, hasilnya jadi macam ini. Bertukar ! Kepada lebih ceria. Pinky pink around dashboard. Bestnyewwww - haha.


Cara nak tukar dashboard dia.

Masuk link ini. Lepas tu pilih theme yang kau nak. Lepas tu install. Refresh Tumblr. Now you have your desire Tumblr dashboard theme. Yeah~

Bila dah ketagih sangat. Memang aku kasi teroka badan Tumblr ni sampai sehabis dalam.hihi. Banyak lagi benda best kat Tumblr ni actually. :DD. Contohnya kat dalam Directory tu semua list of Tumblr Blog yang memang awesome and worth to follow up.

Walaupun Tumblr ni tak ada tempat untuk comment section macam Blogger. But who needs the comment section right? Tumblr is all about reblog and reblog tanpa rasa bersalah.

Selamat ber-tumblr-ing.

p/s: dulu ingat Tumblr ni tempat upload gambar. Tak terfikir langsung Tumblr ni ialah salah satu platform untuk blog. Tumblr = Thumbnail - haha.

Rabu, 10 November 2010

Rabu Pahing

Ijinkan saya bercerita sedikit, meski saya yakin cerita ini babar blas gak penting buat sampeyan dan sejujurnya ini juga gak begitu penting buat saya, tapi entah kenapa ada dorongan dari dalam hati saya untuk menceritakannya kepada sampeyan. Baiklah, cerita ini bermula dari aktifitas pagi saya yang kali ini memaksa untuk mampir ke mesin anjungan tunai mandiri, yang selanjutnya akan ditulis dengan

Minggu, 07 November 2010

ada binatang kacak kat rumah aku. Meh tengok.

Ini binatang kacak yang dimaksudkan. Dua ekor ular sawa yang dibela oleh papa and abang aku. Don't worry. Papa ada lesen dari Perhilitan untuk bela binatang ni kat rumah. Dulu aku ada jugak feature ular ni masa ular ni still baby masa baru beli somewhere kat Johor. Tapi tak jumpa plak entri tu. Either aku dah delete atau entri tu lost kat mana-mana label aku.LOL.

Ceritanya macam ni. Mula-mula abang aku bela kat campus. Aku tak tahu lah hostel tu boleh bela binatang-binatang macam ni kat sana. Bila abang aku dah graduate of course lah kena bawak balik ular ni kan. Tak kan tinggalkan kat hostel gitu je kan? Sekali dengan papa aku pun terminat nak bela ular sawa gak. So sekarang ni kat rumah aku dah ada dua ekor ular sawa ni.

Sampai sekarang aku tak ada keberanian nak bermanja dengan dengan binatang kacak ni. Takut weh. Mama aku pun takut nak dekat.hihi. Dulu abang aku suka acah aku dengan ular tu. Dikejarnya aku satu rumah dengan ular tu. Macam celaka.LOL.

Apa binatang kacak ni makan? Tikus. Bukan tikus rumah yang berkeliaran kat belakang rumah tu. Tu tikus kotor. Mahunya sakit perut ular tu kang. Tikus yang papa aku bela dalam lagi satu sangkar. Berpuluh ekor kot papa aku bela. Aku pernah tengok tikus dalam sangkar tu beranak anak tikus. Masa tu aku rasa anak tikus yang baru dilahirkan tu comel sangat.hihi.

Itu sekali seminggu sahaja lah binatang kacak tu boleh makan mewah. Kadang-kadang papa aku feed binatang kacak tu dengan burung kecik. Kesian gila aku tengok burung tu jadi korban taw :((. Ular ni kan tak payah bagi makan hari-hari. Sebab ular ni reti tidur je.haha~

Kadang-kadang aku nakal. Aku ketuk-ketuk sangkar ular tu waktu ular tu tengah sedap berhibernasi.hihi. Binatang ni paling senang nak bela. Tak payah ada komitment yang tinggi.

Agak-agak bila lah ular ni make love kan? Boleh gak memanjangkan zuriat ular ni. LOL. Aku tak tahu ular yang papa dengan abang aku bela ni betina ke jantan. Macam mana nak check weyh? Tak nampak pun tempat kemaluan ular tu.kah3.

Korang suka bela bintang apa selain binatang common macam kucing eh? - Let me know your experience yay.

Senin, 01 November 2010

20 Perkara Yang Mungkin Kau Tak Tahu.

Some random stuff about myself.
1. Dia tak suka bawang dengan tomato. - muntah
2. Dia tak pakai anting-anting. - Takut kena tindik.
3. Anak bongsu. - ada satu kakak and satu abang sahaja.
4. Dia suka warna pink dengan biru.
5. Dia seorang yang sangat degil.
6. Dia suka camwhore. - Every girl does it too. Camwhoring !
7. Dia suka dress and legging.
8. Cepat marah. Cepat sejuk.
9. Suka tangguhkan kerja. Buat kerja last minute.
10. Lebih berminat kepada lelaki melayu daripada lelaki cina. - Confession.
11. Lahir tahun 1991.
12. Minat Photoshop. Minat drama Korea. Minat baca novel cinta.
13. Dia bukan dalam kategori perempuan cun.
14. Dia seorang yang mementingkan perfectionist.
15. Dia tak ada life yang best. Hidup dia hanya Twitter, Facebook, Tumblr and Blogger.
16. Seorang yang sangat berterus terang.
17. Tak pandai memasak selain masak meggi ayam tambah telur. - kah kah kah!
18. Tak pandai nak make up.
19. Suka kumpul benda kait contohnya topi kait or handband kait.
20. Sangat kedekut orangnya tapi sangat baik hati terhadap kawan-kawan baiknya (puji diri sendiri).
Sebenarnya banyak lagi to the infinity. Never ends.