Jangan persoalkan logik ke tak cerita ni. Jawapan hanya satu : INI CERITA ILLUSI =)
Tak ada kaitan dengan yang dah mati ataupun masih hidup. Dan of course belum terjadi kepada diri aku lagi.Ingat lagi tak masa mula-mula awak kenal saya. It was a very disaster day for me. Masa tu saya baru kena tinggal dengan budak laki tu - putus cinta pertama. Sedih gila sampai nak hiding dalam toilet. Lepas dah puas menangis air mata hitam - eyeliner dan maskara tak waterproof ye. Baru lega hati saya. Saya pun keluar daripada tandas menuju ke sinki dengan selamber ayamnya untuk touch up muka yang dah macam hantu.
Lepas awak dah kencing kat jamban lelaki tu awak berpaling ke bahagian sinki. Masa tu lah saya rasa bumi macam nak meletup. Kenapa. Kenapa. Ada lelaki dalam tandas ni. Perlu ke saya persoalkan soalan bodoh macam tu. Sebab saya sendiri ada kat tandas lelaki. Baru saya tersedar saya dah tersilap masuk tandas selama 30 minit dan 10 saat masa tu.
Ada ke patut awak ingat saya nak rogol awak - erk. Awak boleh plak kata saya dah cabul awak walaupun tak ada fizikal touching antara kita pun taw. Hey! Saya tak nampak apa-apa pun masa awak kencing ok. Saya sendiri tak perasan awak tengah kencing kat situ!
Awak semakin menghampiri saya. Ah sudah. Apa akan berlaku lepas ni kepada diri ini. Semakin hampir and treetttt..treettt. Saya pandang kepada bunyi itu. OMFFFG. Awak terpijak gincu merah Maybelline saya! Ish. Bila masa plak gincu ni terjatuh. Habis terpatah dua and bekas dia pecah. Saya minta ganti tapi awak tak nak sebab awak kata itu bayaran ganti rugi sebab dan 'cabul' awak kononnya. Huh. Sebab tu saya kata disaster day. Hilang gincu. Hilang bf. sobs sobs!
Saya tak sangka pula pertemuan kita yang tu bukan kali terakhir. Malang betul. Rupanya awak tu jiran baru belakang rumah mak cik limah punya anak punya sepupu punya jiran. Tapi masa tu saya tahu kita tak akan bertemu sebab rumah kita pun boleh dianggap jauh. Selang dari 5 rumah je.
Satu malam tu yang sangat nyaman dan dingin itu. Saya tak ingat hari apa. Sorry. Saya ada short term memory. Saya tengah mandi dalam bilik air yang berdekatan dengan dapur usang mak saya of course. Awak boleh plak datang rumah saya nak baiki paip dapur rumah tu. Hey. Datang esok boleh? Tapi mak saya tetap suruh awak datang malam tu jugak. Mak apak saya semua ada kat ruang tamu tengah tengok TV.
Bila saya keluar dari bilik air sambil berkemban dengan towel RM10 tang-tang tu jugak awak terpandangkan saya. Hati dup dap dup dap. Pipi saya panas sebab segan dengan awak. Saya tergaman seketika dan saya jerit kasi satu rumah gegar. Of course waktu tu jugak awak kena halau dari rumah saya dengan ayah saya pegang parang nak tetak awak katanya - haha.
HAHA. Kali ni siapa 'cabul' siapa plak?
Sejak kejadian itu awak cuba meminta maaf daripada saya. Awak dah pun ganti semula gincu merah saya tu walaupun bukan brand Maybelline tapi err brand apa ni? Unknown brand sebab memang tak ada brand. Dan sejak itu kita berbaik dari seorang kawan biasa kepada kawan istimewa kepada teman tapi mesra dan akhirnya kepada kekasih..
Dan kita telah pun berkahwin sekarang ni. Hey. Awak jangan noty-noty. Saya tak suruh awak ingat semula malam pertama masa perkahwinan kita tu. Saya suruh awak ingat semula 'malam pertama' kita kat dapur tu. Kalau bukan kejadian kat dapur malam tu, saya rasa kita tak akan berbaik langsung. Jadi saya nak awak janji dengan saya. Awak akan ingat sampai bebila pun kejadian tu.
-TAMAT-
(ada moral jugak ke cerita illusi ni?)
moral of the story : sentiasa lah ingat setiap kejadian yang pernah kau lalui bersama si dia. Nanti esok-esok nak sembang gedik-manja ada jugak topik kan. :DD