Tampilkan postingan dengan label annoying. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label annoying. Tampilkan semua postingan

Minggu, 19 Desember 2010

Fashionista sangat ke?

REAL fashionistas do not believe in trends.That type of person would be more correctly labeled a fashion whore or a shallow bitch.

- Urban Dictionary.
Girls always self pro claimed them are fashionista enough because the fashion trend that they are following is so up to date. Yes. Trend. If they are following trend 24 hours so who will be the fashion victim? or in a very rude way FASHION WHORE.

Just because you wear something very nice and gorgeous that doesn't mean you are fashionistas. Just because you have a picture in Lookbook also doesn't mean you are fashionistas. But depends on what picture you are posting over there. If it is a very unique fashion and people never seen before. So you WIN. You are fashionistas.

Please. Stop humiliate yourself by claiming you are so fashionistas but you are not.

Ouh.
This blog already 3 years old. Happy birthday - 16/12/2010
Sorry. I am still not in the mood writing any. #jiwakacau.
I will writing a love tips on Terfaktab. So wait and see my new post over there.

p/s: ada unsur-unsur menyindir. siapa makan gula dia yang terasa manisnya! eh.

Sabtu, 28 Agustus 2010

Pengejar Earning Nuffnang Terunggul

Hello all my dear readers.

Seronok tak mengenal Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog? Ok. Kali ini mari kita mengenal ciri-ciri blogger yang kemaruk dengan duit nuffnang plak. Ala. Jangan cakap kau tak tahu langsung pasal Nuffnang ni ye. Kalau tak letak iklan Nuffnang dalam blog pun I bet you know jugak lah kan Nuffnang ni company iklan yang kasi earning kat bloggers kalau letak iklan dorang. Got it? Banyak benda aku nak elaborate dengan hujah-hujah ugly truth aku ni. Bahan-bahan explicit pun dah bersedia nak keluar dari kepala otak aku ni.muahahahahaha (evil laugh with evil look)

-muka sanggap duit

Selain Nuffnang banyak lagi company ads yang lain. Tapi lets we focus more on Nuffnang since blogger yang aku maksudkan pun ialah manusia yang laparkan earning nuffnang.kah kah kah. Hidup dia aku rasa 99% semuanya pasal duit dari Nuffnang Nuffnang Nuffnang.

Tayang Buffered Earning(BE) kat blog. Some bloggers really doing this now a days. Dok tayang berapa BE yang dia dapat dari Nuffnang. Lupa nak terangkan BE ni apa. BE ni ialah iklan yang akan selalu keluar kat blog kau nanti. Means makin banyak BE makin mashyuk lah jawabnya duit nuffnang kau tu nanti.

Bila dah dapat BE terus buat satu entri pasal BE dia. Kat entri tu mesti dia tulis dia bersyukur tahap dewa dewi sebab dapat BE lagi hari tu. Kalau hari tu dia dapat iklan Digi. So dia akan tulis pasal iklan Digi tu. Dia akan buat research pasal iklan tu. Dia akan promote baik punya pasal Digi. Percayalah. Ini kes nak mengampu sponsor atau nuffnang? Tamaknya! Bodek kedua pihak. Apa kau ingat pihak-pihak tu akan pandang jenis bodek kau yang murah ni? Tidak sama sekali.kah kah kah.

Cerita panjang-panjang kat blog pasal BE yang kau dapat tapi asal tak print screen sekali BE kau tu ha? Ni mesti kes earning BE kau ciput kan. Tu yang malu nak tayang. Baru BE. Bukan cash out pun tapi dah riak semacam je aku tengok. Cuba kalau sekali cash out, aku syak mesti riak tahap ketinggian gunung everest tu padahal jumlah cash out baru RM50. kah kah kah. Come on. Nak cash out pun biarlah beribu ringgit. Baru bangga sikit kau nak riak segala.

Ada yang suka pagi-pagi bukak mana-mana newspaper online ke apa. Terus baca tajuk utama. Terus up entri pasal tajuk utama tu. Kau ni tak reti dah ke carik bahan explicit sikit kasi orang baca? Nak buat apa kau nak up entri benda yang orang dah baca kat newspaper online tu right? Ouh. Jawapannya mesti lah nak kejar keywords. Bangun pagi tanam niat nak jadi blog pertama yang ada entri pasal tu and ada keywords pasal tu kat Google sana. Ataupun kalau bukan kat newspaper online kau cekau story. Kau mesti carik kat Facebook apa yang tengah panas.

Contohnya kes bapak sakit mental sembelih anak umur 3 tahun tu. Cepat je kau up entri pasal tu. Padahal entri copy paste dari hmetro sana kalau tak pun copy paste dari blog lain. Kalau takat tambah ayat kau kesian kat si mangsa dengan mak dia kat bawah entri kau. Aku rasa tak ada point langsung entri kau. Meaningless entry I mean. Again. Kejar keywords kejar traffic seperti biasa. Isu tu tengah panas macam cendawan goreng. So aku rasa kau mesti expect ramai akan baca kan. Dalam pala otak kau mesti dah plan awal-awal kan entri tu mesti dapat sambutan kan. Aha

Nuffnangers yang aktif join semua contest yang dianjurkan. Ada contest yang best tawarkan hadiah lumayan sikit je terus join. Terus dalam otak merangka-rangka story apa kau nak tulis. Bila Nuffnang tak pilih kau sebagai pemenang terus kau sentap lebih. Dah tak menang tu diam je lah. Buat cara orang kalah. Jangan nak buat cara orang kalah macam cara orang menang. Ada paham maksud aku? Ini tak termasuk lagi segala event Nuffnang mesti dia nak join. Berhajat nak buat personal contact dengan pihak Nuffnang sana denga berharap cara macam tu pihak Nuffnang kasi iklan lebih kat blog kau katakan.kah kah kah.

Aku tak pernah cash out duit Nuffnang aku lagi. Sekali pun tak pernah. Aku tak pernah lagi bersemuka face to face dengan bloggers lain selain Iss, Shu'bah dengan Macha.LOL! Well. Aku low profile punya budak. Rendah diri katakan.muahahaha!

Apa kau dah miskin sangat kah sampai nak jadi kemaruk sangat kejar earning kau tu? Aku cadangkan gini lah. Kau masuk program Bersamamu TV3 tu. Lepas tu jangan lupa promote blog kau sekali dalam program tu. Bukan sahaja kau dapat duit derma free dari orang. Kau dapat traffik free kat blog sekali youuu. Ok tak? kah kah kah!

Aku nak tanya. Kau blogging sebab apa? Sebab nak kejar earning ini semua kah. Kalau semata-mata blog untuk duit aku rasa tak ada point kau kasi blog kau hidup sampai sekarang. Earning dengan traffik je kau rasa penting dalam blog kau sehingga kau abaikan kualiti satu entri tu. Traffik blog tak akan terkejar punya lah sampai bila-bila pun. Bawak-bawaklah berubat penyakit kemaruk kau ni.kah kah kah!

p/s: jom makan satay kajang. aku nak belanja ni pakai duit nuffnang aku. teeeetttt. itu propa sahaja. fikir aku ni murah hati sangat ke? kah kah kah.

post signature

Selasa, 17 Agustus 2010

Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog

Again. Tulis satu entry yang aku menyampah dengan segelintir bloggers tapi seperti biasa aku tak akan namakan siapakah mangsa itu yer. Sampai sekarang tak ada siapa yang boleh teka siapa yang aku maksudkan dalam entri Camwhore Dalam Blog Sangat Annoying. Fikir aku tulis suka hati je ke. Siapa makan gula dia yang terasa manisnya right?LOL

Hari ini aku nak tulis pasal shoutbox yang kau semua taruk dalam blog kau tu. Hampir 80% blog yang aku pergi mesti ada shoutbox kan. Tapi aku nak cakap pasal shoutbox aku lah. Malas nak kutuk shoutbox blog orang lain padahal shoutbox sendiri pun macam tu gak.LOL.

Aku tak tahu berapa banyak point aku akan isi nanti. Sebab aku tulis ikut apa yang terlintas dari kepala otak aku yang tak berapa betul dua tiga hari ni.HAHA. Tapi yang pasti mesti ada sekor dua lanun yang terasa dengan point aku.muahahahaha! (evil laugh with evil look)


Kalau kau hanya berniat blog walking dan tinggalkan mesaage kat shoutbox aku seperti ini : "hye. Come and visit my blog" etc etc itu semua. Aku tak kisah. Kadang-kadang aku tergerak hati gak nak tahu kau siapa. Bila aku dah masuk blog kau tu. Aku view and scroll from top to bottom. Mana tahu ada entri best dari blog kau aku boleh komen. Tapi tak ada yang menarik perhatian aku.LOL. Bosan-bosan aku ajak kau sembang cik kiah kat shoutbox blog kau :DD.

Lepas dua tiga hari kau masuk lagi blog aku. And you leave the same message again in my shoutbox! *sigh. Dan kau expect aku nak buat apa dengan message kau tu? Masuk blog kau lagi sekali and start over again our conversation? No way! Dari sana aku dah tahu apa motip kau tinggal message yang sama kat shoutbox aku dan jugak shoutbox orang lain. Tak lain dan tak bukan sebab nak kejar traffic kan! Huh.


Sanggup plak duduk depan PC selama 3 jam untuk blog walking and blog walking. Bisul kang bontot kau.kah kah kah. Alasan cuma satu. Nak kasi maintan jumlah visitor dalam sebulan. Penting sangat ke jumlah visitor tu? Masa yang terluang tu baik kau pergi cari bahan untuk updated entry. Kalau entry kau best kau tak payah panggil pun orang masuk blog kau sebab mesti dorang rela nak masuk punya.


Ada lagi satu jenis lanun yang suka membanggakan alexa rank dia kat shoutbox aku tu dulu. Entah apa kes dengan perempuan tu. Dok masuk blog aku mesti ada je kata dia baru updated entry pasal blog rank dia yang dah ke berapa minggu ni. Kau dah kenapa weyh? Aku tak minat langsung nak tahu rank blog kau. Kalau rank blog kau tu lagi tinggi dari blog aku kenapa? Kau fikir aku akan jeles ke? kah kah kah. And obviously aku tak akan masuk langsung jenis blog macam ni. Buat apa nak kasi traffik free kepada traffik lover macam tu. Sila bayar aku sejuta dollar baru hari-hari aku masuk blog kau. Fikir semua nak free je!

Ada lagi ni jenis lanun yang suka inform kat aku yang dia dah click nuffnang aku. So? Kau expect aku akan click nuffnang kau semula ke sebab kau dah tolong click kan? No way ok! Macam aku yang suruh kau click nuffnang aku. Ada ke kat mana-mana dalam blog ni aku tullis "please click my nuffnang. And I will click yours too". TAK ADA kan? Lain kali bukak mata tu besar-besar! Suka hati kau nak click ke tak. Aku tak paksa dan tak kisah. Dan ini mouse aku suka hati aku lah nak click nuffnang kau ke tak. Point ni include untuk lanun dapatwang tu yang suka benar tinggalkan link dapatwang dorang kat shoutbox tu. MENYAMPAH ok.

Dan yang last. Bila dah masuk bulan puasa ni ada je yang datang tulis "Selamat Berpuasa". Ha? Aku tak pernah puasa weyh. Asal kau cakap macam tu. Tak tahu ke penulis blog ni cina? Lagipun benda ni tak payah lah kot. Semua orang dah tahu dah masuk bulan puasa. Lepas tu bila raya akan ada message "Selamat Hari Raya. Puasa penuh tak?". LMAO! Benda ni ikut musim. Bila musim bola. Akan ada message "Sokong team mana malam ni?". Tak payah jadik typical untuk tulis message tu sebagai tanda kau blog walking.

Sebab tu aku remove shoutbox aku terus. Lepas raya aku masukkan balik itu pun aku ingat mana aku campak code shoutbox aku tu.HAHA. Kalau tak nak sembang kat Twitter sana boleh sembang kat shoutbox. Boleh bergosip macam program cik kiah. Bukak kopitiam sendiri. Sembang pasal dunia pun boleh. Kau nak marah-marah aku atau nak carik pasal pun boleh tapi tolong tinggalkan link atau email. Jangan jadi manusia yang hanya tahu menyorok kat belakang batu belah batu bertangkup tu!

Tapi bila ada manusia yang tak reti pakai shoutbox. Jadi macam kes yang aku mention kat atas ni lah. Mungkin jalan penyelesaian yang terbaik ialah adakan kelas Mari Menggunakan Shoutbox dengan Cara Lebih Efektif. Yuran pendaftaran adalah PERCUMA! Siapa nak join sila angkat bulu hidung masing-masing! kah kah kah.

Ok. Itu sahaja point aku untuk kali ini. Ada apa-apa penambahan ke my dear readers? Kalau ada rasa tak puas hati ke apa boleh komen kat bawah ni. Jangan risau. Aku memang baca setiap komen kau orang kat blog ni walaupun aku ada penyakit liat balas komen blog. LOL :D

p/s: I wrote an entry on another blog. If you interested to read it, just visit Fitri's blog :D. Tq.

post signature

Senin, 09 Agustus 2010

6 Perkara Annoying Bila Tengok Wayang

Aku nak story pengalaman aku masa tengok wayang. Benda yang sangat annoying kan pala otak aku selama tayangan wayang tu dari mula sampai habis. 6 perkara je yang sangat buat aku pissed off sebab aku jarang pergi tengok wayang. Disebabkan 6 perkara ini aku lebih rela sedut sahaja movie itu semua dari warez dari pergi tengok kat panggung.

"Ala cakap je kau kedekut nak keluar kan duit tiket wayang dengan popcorn" Aha. Aku hanya tengok movie kat cinema dari director yang betul-betul genius dalam hasilkan satu filem yang berkualiti seperti movie Inception [nada berlagak]. miahahahaha~

1. Tendang kerusi dari belakang
This totally making me so pissed off sepanjang movie tu oke. Apa kaki kau panjang sangat ke sampai nak tendang kerusi aku ha? Kalau aku sound time tu gak kecoh plak satu panggung tu and kacau orang lain tengah feel dengan movie tu. So aku diam kan sahaja. But dalam hati satu ton sumpah seranah aku kasi kat orang tu. Kalau nak seat yang boleh lunjur kaki tu, kau tak payah datang tengok movie lagi bagus. Duduk kat rumah tengok dengan dvd player. Duduk kat sofa rumah kau. Boleh baring tergolek bogel. Suka hati kau.

2. Talking.
Hey! Kau datang nak tengok movie ke atau bukak kopitiam kau sendiri ha? Kalau kau dah tahu sangat jalan cerita movie tu apa motip kau nak berlagak dengan kawan sebelah kau yang belum tengok movie tu? Kesian kawan kau. Dia tengah try FOKUS kat movie depan mata dia. Tapi mulut kau kepoh dari tadi dok story apa jadi next and next until the end of the movie. Bangang! Kalau dah pernah tengok duduk diam-diam sudah. Berlagak macam penulis script murahan plak. Nanti lepas movie keluar dari panggung pergi Food Court tak boleh nak story ke?

3. Henfon
Aku sangat tak paham apa motip manusia tu datang tengok wayang tapi dok tilik henfon dia. Yela aku tahu lah kau nak tengok pukul berapa or ada message ke tak. Tapi kau tak tahu ke cahaya dari henfon kau tu menganggu konsentrasi aku masa tengok movie tu. Tilik-tilik pun takat nak tengok gambar awek. Heroin dalam movie kat depan mata kau tu 1000 kali lebih sexy dari gambar awek kau tu oke.huh. Depan mata ada screen besar tapi lagi suka tenung screen kecik kat henfon kau tu dah kenapa?

Lagi-lagi yang tak pernah reti nak silent phone masa movie tu ditayangkan. Apa susah sangat silent untuk selama sejam or dua jam? Please lah. Can you learn how to silent your phone?

4. Over
Apa yang selalu aku perhatikan. Yang selalu over ni budak sekolah menengah. Macam masa aku tengok The Last Airbender. Budak yang duduk depan aku looks like a school boy. Dia nak over gelak masa tengok satu babak lawak tu. Padahal tak lawak sangat pun. And his laughing sounds is totally a fake to me. Bukan sekali dua. Banyak kali dia buat fake laughing sound yang sama. Kawan dia pun dah start sound dia suruh berhenti buat bunyi gelak tu.

And some girls so over reacting masa tengok iklan sebelum movie tu start. Contohnya iklan Twilight tu. Sekali keluar muka Jacob terus jerit-jerit hensem lah apa lah. Bingit telinga aku. Kau ingat ni concert ke apa ha?

5. Bawak budak kecik
Amaran kepada mak apak sekalian. Kau nak tengok movie please lah tak payah bawak budak-budak sekali. Anak kau bukan paham pun movie tu pasal apa. Kalau movie cartoon aku boleh lagi terima. Bila anak start meragam mula lah anak kau tu menangis and meraung. Bingit telinga aku. Aku macam nak tampar je mulut anak kau tu suruh diam. Sabar moi. Tu anak orang. Hilang fokus aku kat movie tu. Tinggal sahaja anak kau tu kat day care center. Senang.

6. Berjalan
Yang ni aku menyampah. Kau nak terkucil ke terberak ke setel lepas habis movie tu tak boleh ke? Lebih-lebih lagi orang tu duduk tengah-tengah and depan aku. Mesti susah kan nak keluar dari situ dengan keadaan hall theater yang gelap. Tengah feel movie tu boleh plak aku nampak susuk badan kau tengah try nak keluar pergi toilet. See. Aku dah terlepas satu babak movie. Cis!

Nak kencing ke berak ke lepas habis tengok wayang aha. Macam tak boleh tahan. Lain kali pakai pampers masa tengok wayang tau.kah3. 30 minit sebelum habis movie Inception aku dah rasa pundi aku ni nak keluarkan air kencing tapi aku tahan je sebab tak nak miss any part of the movie.haha. Lagipun aku duduk paling dalam sekali masa tu. Malas nak menyusahkan diri sendiri dan orang lain untuk keluar dari barisan kerusi aku. Tahan.

Perkara tu je lah yang bisa buat aku annoying sangat setiap kali nak pergi tengok wayang. Takat ni belum pernah lagi tengok couple beromen depan mata aku kat dalam hall theater tu.haha. Itu pun orang annoying kan? Cheap punya laki. Tak mampu lah tu keluar duit beromen kat 5 stars hotel.kah3.

Korang plak ada pape nak tambah ke pasal perkara yang annoying masa tengok wayang? Sila tulis feedback korang kat komen form tu. :D

p/s: baru habis tengok The Last Airbender. Boleh tahan gak movie tu although I don't like fantasy movie much as I like Sci-Fi movie :D. Waiting for Narnia to release this December :D

post signature

Rabu, 04 Agustus 2010

Camwhore Dalam Blog Sangat Annoying

[Ini entri draft yang dah berkurun aku simpan]

Satu fenomena telah berlaku kat Malaysia. Terutama sekali dalam dunia blog Malaysia. Lebih-lebih lagi dalam blog seorang gadis remaja. Kenapa? Aku dah lama perhatikan perkara ini. Ye. Aku suka jadi pemerhati. Ada camwhore dalam blog. First..

Mari kita pahamkan apa kejadah camwhore tu.
Whore = Sundal. Itu yang Google Translate dari English kepada Malay.keh3.
Cam = Kamera. Itu yang Rojak Translate dari English kepada Malay.LOL.

*Picture credit to Pei-Pei Untalented.

Then kenapa dengan camwhore dalam blog?
Aku seorang perempuan. Asal masuk toilet je, betulkan rambut. Touch up sikit dengan bedak. Lepas tu amik gambar depan cermin toilet. Itu salah satu kejadian camwhore dalam toilet. Ada macam-macam cara lagi nak menyundal dengan kamera ni.opsss. Bahasa sopan sikit camwhore right?

Tapi kau nak camwhore pun agak-agak lah! Tak kan sampai dalam blog pun kau nak taruk gambar camwhore kau? Dari aku puji kau lawa. Aku terus kutuk kau hodoh nak mampus. Sebab aku dah naik muak tengok muka kau di setiap penghujung entry kau. MUAK. Tak habis-habis buat muka innocent habis lepas tu snap gambar. Upload masuk blog. Ingat comel sangat ke kalau asyik posing sama sahaja?

Ouh. Camwhore ni kan setiap posing pun sama sahaja. Nak tahu apa sebabnya? Sebabnya kalau posing cara lain, nampak kehodohan muka dorang tu. Tu pasal setiap kali snap gambar, mesti posing sama. Alahai. Aku muak dan menyampah tengok ok gambar-gambar camwhore dalam blog kau tu. Heh. Siapa kata aku jeles? Tidak yer. Aku dah cukup cun dan cantik sehingga aku tak sampai hati nak sundalkan blog aku dengan gambar-gambar aku.keh3. Perasan kau moi! Menyampah ai dengar. grrr.

Tak cukup dengan setiap penghujung entry mesti ada gambar camwhore dia tu, tambah plak sidebar pun ada. Memanjang sidebar tu dengan gambar dia yang semuanya posing sama. Yang tak samanya warna baju dan background dalam gambar tersebut.

Kau nak upload gambar kau sampai 1000 keping sehari dalam Facebook pun aku tak kisah lah. Sebab tak luak pun kalau news feed Facebook aku flood dengan gambar camwhore kau tu. Apa susah? Hide sahaja news feed kau. Tapi kalau kat blog mana boleh hide. Aku minat baca entry kau tu. Blog kau tu pun aku suka. Tapi bila dah ada gambar kau kat akhir entry tu, aku rasa macam sakit mata. Balik-balik posing sama. Boringggg.!

Aku tahu tu blog kau. Kau lah admin blog tu. Tapi kau tak kisah ke orang lain search gambar kat Google Image Search, lepas tu terpampang plak muka kau. Then dorang buat perkara tak senonoh kat gambar kau. Apa kau rasa ha? Kalau Facebook tu secure lah sikit. Sikit je aha. Yang selebihnya tak secure sangat pun. But at least kalau orang asing search gambar aku kat Google, tak ada lah keluar hasil dari album gambar Facebook aku.

Aku tahu lah blog kau tu blog personal. Tulis pasal life kau. Tapi perlu ke ada gambar kau menyemak kat entry kau? Padahal gambar kau tu tak ada kaitan dengan entry kau langsung.

Camwhore ni lagi satu. Dorang suka snap gambar dengan angkat kamera tu setinggi yang boleh sampai nampak bulu ketiak. Ini pengalaman aku lah sebagai salah seorang ahli Persatuaan Camwhore Malaysia. Sebab apa dorang buat macam tu? Sebab nak cover bahagian yang tak lawa tu. Lagipun snap cara macam tu nampak lebih kurus padahal badan besar seladang tak sedar diri.keh3.

Aku rasa aku ada cara penyelesaiaan untuk yang suka sangat camwhore kat blog ni. Caranya, kau buat entry khas pasal MY HOT AND SEXY CAMWHORE PICTURE. Lepas tu kat situ kau upload lah banyak-banyak gambar kau. Mesti best kan ramai kasi feedback macam ni "cun lah u ni. boleh kenal?" atau "muka macam miyabi je. u harga berapa satu malam?". Lepas tu sentap and melalak kat blog kata ada laki kurang ajar tanya macam tu. Padahal diri sendiri yang camwhore bagai, mana tak nya laki gatal batang nak tanya.keh3. Ouh. Jangan lupa gak jadikan entry tu sebagai entry sticky kat blog kau tu. Ha. Bagus tak idea bernas aku ni? Jarang aku dapat keluarkan idea sebernas ni.kah3.

Ok. Aku pun seorang perempuan yang suka camwhore. Everyone love to camwhoring but please don't makes people annoying with your camwhore picture with the same posing *sigh. Kasi lah gambar camwhore yg hot sikit. Camwhore gambar bogel ke. Baru orang lain tak annoying kan. Mesti ada yang simpan gambar kau tu sebagai kenangan. Paling tidak pun jadikan wallpaper desktop dorang.keh3.

Kang aku makin membebel makin ramai plak yang terasa dengan ayat aku. Takut ada plak yang berhati lembik dan butt hurt dengan statement aku nanti. Payah. Korang pandai-pandai lah yer mengubat hati yang terasa tu. Tak kuasa aku nak kasi penawar.haha.

p/s: don't misuse the term of camwhore. :D

post signature

Jumat, 18 Juni 2010

siapa YM dengan aku mesti rasa annoying

Kenapa nak rasa annoying bila YM dengan aku? Sebab..sebab..hahaha. Semalam aku YM dengan Azrie. Dia cakap annoying YM dengan aku. Heh. Bukan dia seorang je tahu yang pernah cakap macam tu. Ramai lagi. Actually kenapa annoying sangat YM dengan aku?

Meh..meh..tengok printscreen kat bawah ni. heeee

Apa yang kau perasan dalam setiap perbualan aku dengan Azrie? Setiap ayat aku mesti diakhiri dengan smiley ini kan: .

Lepas tu. Lepas tu..dia dah start sound aku.

Haha. Tapi aku tetap akan letak smiley tu pada masa akan datang lagi. heeee =p

And last..aku tanya pendapat Hellioz..


Wah. Aku rasa macam tak best pula kalau YM tak ada smiley tu. Mesti akan letak sama ada smiley ataupun . Dah jari aku dah biasa tekan smiley tu nak buat macam mana.hehe. Sorry beb. ;))

Even masa aku tensen pun aku boleh lagi letak smiley tu. Orang tengah cerita masalah kat aku, aku masih boleh letak smiley tu. Heh. Macam tak hormat perasaan orang pula. Tapi ini lah yang jadi kalau aku dah start YM. Habis window YM spam dengan smiley tu.

Ni kes aku tak ada idea nak updated apa. So lately banyak updated pasal personal life aku. Eh. Blog ni memang personal pun walaupun tak berapa nak personal .

Ok bye

post signature

Jumat, 21 Mei 2010

Bahasa SMS Yang Menggerunkan

Idea untuk tajuk dapat dari blog HudaLuna. Gerunnnn Gerunnnn Gerunnnn. Tapi aku nak tulis pasal Bahasa SMS Yang Menggerunkan. Serius aku gerun kot nak baca.

Mari lihat contoh Bahasa SMS Yang Menggerunkan.

Bahasa SMS yang digunakan untuk updated status Facebook. (gambar cekau dari blog Yonna):D
Setahu aku Facebook tak limitkan berapa patah perkataan boleh ditulis. Ok.Ok. Mungkin kau akan cakap "eh suka hati aku lah. Facebook aku" but tak terfikir ke orang yang baca tu akan salah anggap dengan short form yang kau pakai. Aku mengambil seminit untuk paham apa maksud ayat-ayat di atas. Baca dekat dua tiga kali. Ouh. Baru paham

Bahasa Yahudi digunakan.
Ni penggunaan hurup w kat belakang setiap perkataan. Contohnya "je" jadi "jew". Apa tu? JEWISH - tengah cakap pasal yahudi ke? Nape - napew. Heh. Langsung tak fun apatah lagi comel tulis macam tu. Rosak bahasa wehh. Kena buang segala mala hurup w kat belakang tu baru aku paham.

Istilah maths digunakan.
Contohnya: "dia" di-short formkan menjadi "dy". Aku hanya mengenali dy/dx dalam calculus. Tak tahu pula "dy" tu maksudnya "dia". Hebat heh korang. Istilah maths jadikan Bahasa Melayu. Bravo!

Pernah ke korang pergi mana-mana blog mat salleh tu dia short form-kan English dia? Tak pernah rasanya. Yang tulis short form kat blog tu cuba korang translate-kan blog korang kepada English. Apa jadi? Kucar kacir. Satu patah haram pun tak faham kan. So apa jadi kalau blog korang ada readers asing? Pengsan kot tengok English yang kucar kacir.lol.

Sayangilah Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa.

p/s: Kalau dalam SMS aku boleh considered lagi :D

post signature