I am not moving on. the phase is too long. I can't just wipe u away. u mean me a lot.
apa lagi yang harus aku harapkan. jika kau sudah salah faham terhadap ayat ku.
kau bukan loser.
kau hebat. kerana kau sangat bersabar dengan aku selama ini. kau berani sayangkan aku selepas banyak perkara tak sedap berlaku antara kita.
tapi akhirnya aku lepaskan kau pergi.
dan kini aku yang terseksa. terseksa kerana merindui kau.
aku berasa sangat bodoh kerana melepaskan kau pergi. aku yang tak pandai menghargai diri kau. bukan kau yang tak pandai menghargai.
kadang kadang aku mengimbau semula kenangan kita bersama.
alangkah seronoknya jika aku mampu kembali semula saat saat gembira itu. saat bahagia itu. saat kau masih lagi menuturkan kata sayang pada aku. ye alangkah seronoknya jika masa ini boleh diputar semula.
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
aku diselubungi bersalah bila fikirkan semula ayat yang telah aku tuturkan kepada kau. mengeluh.
bukan kemaafaan yang ku pohon. aku tak layak untuk kau maafkan.
aku sangat sakit hati bila tuturkan sebegitu pada kau. aku turut merasainya apa yang kau rasakan.
aku tak kata kau refuser keseluruhannya. kau salah sangka dengan ayat aku di sana.
jangan risau. aku tidak akan burukkan kau pada orang lain. kerana kau pernah menjadi manusia yang aku sayangkan dan cintakan.
Harap sangat dah tidur tak payah bangun untuk face dunia realiti yang kau telah keluar dari kamus hidup aku. Mungkin sebab ini lah ramai bunuh diri kerana cinta tak kesampaiaan.
aku masih berharap kita mampu menjadi kawan walaupun bukan menjadi kekasih.
dan aku tidak akan berhenti berharap walaupun lagu untuk entri ini ialah berhenti berharap.
2:04AM , 6 Jan 2011 - aku merinduimu saat ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar