Terjaga daripada tidur.
Aku masih terduduk di kerusi malas. Bilik ini sangat gelap. Aku tidak mahu melihat cahaya daripada tingkap bilik ini. Aku benci! Mataku masih merenung pintu bilikku yang tertutup rapat. Tiada manusia yang kunjung tiba. Maksud aku manusia yang selayaknya kembali ke diriku.
Diam.
Berfikir sejenak dengan jiwa yang tenang. Inikah hukuman untuk aku setelah apa yang telah aku lakukan? Ya. Ini hukuman yang selayaknya. Semua manusia yang aku sayangkan meninggalkan diriku. Dan tinggal lah aku seorang diri di dalam bilik yang gelap tanpa harapan. Tanpa sinar harapan.
Masih diam.
Jika aku bersuara sekalipun. Tiada siapa yang akan mendengarnya. Aku hanya mampu menjerit di dalam hati. Aku hanya mampu menangis di dalam hati.
Memandang semula pintu bilik yang tertutup rapat.
Di mana wajah yang teringin aku lihat di saat ini? Adakah kata-kata ku telah membuat kau hilang semangat terhadap diriku? Apa lagi yang harus aku katakan di kala ini? Seribu kemaafaan pun masih tidak layak untuk aku tuturkan..
Aku bungkam.
Diriku semakin sesat di dalam bilik kosong ini. Dan aku berjalan ke arah katil.
Lalu berbaring. Lelap. Biarkan aku tidur. Aku tidak mahu bangun. Tidak mahu berhadapan dengan kenyataan ini.
Aku ingin jiwaku terbang bebas. Biarlah apa jua masalah yang berada di luar pintu bilik itu kekal di luar sana. Aku tidak mampu berhadapan dengan realiti lagi. Aku cuma mahu ke dunia khayalan aku bersama dia..
Lelap jua.
DOF Project Bersama Meraih Mimpi YouTube
4 tahun yang lalu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar