Jumat, 25 Februari 2011

hasil kerja tangan kasar : keychain felt yang tak berapa nak comel

Rupanya baru aku tahu. keychain felt yang dijahit sangat susah. Selama ini suka benar order felt dari blogshop. Sekarang ini sudah berani terei buat sendiri. Walaupun hasil dia tak secantik mereka yang dah pro. Tapi aku puas hati. Kerana ini hasil tangan kasar daripada aku. Ye. Tangan aku kasar. Tak pakai pun losyen tangan seperti gadis lain. Hanya membasuh tangan menggunakan lifebuoy sudah mencukupi.

Ini felt keychain pertama yang aku hasilkan. Punya excited masa kain felt dah sampai rumah. Dengan bahan yang tak cukup. Benang dah nak habis. Guna sahaja apa yang ada. Akhirnya terhasil keychain bulat ini. Tak kemas sangat.

Lepas tu rehat sekejap. Sebab dah masuk minggu peperiksaan.

Felt gitar merupakan keychain felt kedua yang aku buat. Sangat mencabar buat bentuk gitar ni terutama sekali ketika menjahit. 5 kali aku jahit. Kerana mahu nampak kemas.

Kemudian felt lain yang aku buat sempena minggu peperiksaan dah tamat.



Felt rerama ialah felt yang terakhir aku hasilkan setakat ini. Belum jumpa idea untuk hasilkan bentuk apa pula. Kalau mahu jahit plushies memang jauh lagi gamaknya.

Maaf. Aku tak buat bisnes keychain felt. Felt yang dihasilkan merupakan koleksi peribadi aku.

Mungkin selepas ini akan belajar mengait topi. Sekadar mengisi masa lapang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar