Tampilkan postingan dengan label SPM 2008. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label SPM 2008. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 26 September 2009

Cara Meniru Zaman Sekolah

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Masih aku ingat cara-cara aku meniru zaman sekolah. Tak kira dalam ujian bulanan atau peperiksaan akhir tahun aku tetap akan meniru. Cara ini telah dipraktikan dari aku form 1 sampai form 5. Masa sekolah rendah jadi budak baik nanana. TAK PERNAH meniru. Naek sekolah menengah jadi nakal gila. Bukan jahat okay! Kalau jahat tu maknanya jadi samseng sekolah! haha. Moh lihat cara-cara meniru aku and kawan-kawan aku.haha.4



01. Tulis nota kat kalkulator.



Tulis je segala formula atau nota kat cover kalkulator tu. Dulu kalkulator aku tu penuh dengan formula fizik. Nak padam balik pun susah.haha. Tapi cikgu memang tak perasan sebab dorang tak kan larat :003::003: nak check satu-satu kalkulator setiap student kan. Lain la cikgu yang betul-betul gigih nak membasmi peniruaan.haha.

02. Simpan nota dalam test pad.



Masa exam korang mesti bawak test pad masuk kan. So dalam timbun-timbun test pad tu tulis la nota-nota nak meniru. For sure kalau bernasib baik dapat cikgu yang tak berapa mata tajam :018: korang selamat la. Kalau tak MAMPUS 38.haha. Sebab aku hampir terkantoi dulu buat cam tu.

03. Simpan nota dalam poket.



Cara ni untuk manusia yang rajin meniru. Sebab kena rajin pergi toilet. Korang buat je kunun-kunun nak pergi tandas. Then dalam tandas keluarkan nota tu and hafal dalam masa sepantas 15 mungkin. Tapi harus diingat jangan terlalu kerap pergi tandas nanti orang syak kau BUASIR nightmare.haha.

04. Pergi tanya junior.



Kalau korang dapat soalan macam untuk budak-budak junior elok la melencong pergi kelas dorang and rujuk buku rujukan dorang. Seperti cara di atas, buat-buat nak pergi tandas tapi pergi kelas lain.haha. Dulu tandas perempuan sekolah aku sebelah kelas budak form 4. Masa tu tak dapat nak jawab soalan Biologi Form 4. Apa lagi pergi kelas tu amik buku Biologi dorang and hafal dalam sepantas kilat 15.haha.

05. Bertukar-tukar nota.



Set timing dengan kawan kelas sebelah sama-sama pergi tandas. Lepas tu kat tandas bincang and tukar-tukar nota. Sebelum tu kena la message dulu kat kawan tu kau nak nota or jawapan yang mana satu. Kalau nak message pandai-pandai la 28. Kang terkantoi bukan dengan kau terkantoi henfon kau jadi barang rampasan pengawas or cikgu.haha.

#Jangan salahkan blog ini jika kau terkantoi. Sebab cara meniru ini hanya untuk orang professional je#wuakakakaka.

Sebenarnya ada macam-macam cara nak meniru lagi kan. Aku hanya senaraikan cara meniru aku zaman sekolah.hoho. Masa sekolah tiru la selagi boleh tiru 17 sebab bila dah masuk universiti memang tak ada chance nak meniru. Kalau terkantoi meniru masa sekolah maybe hukuman tak berat kena sebatan je. Tapi kalau terkantoi meniru masa kat universiti hukuman sangat-sangat la berat. Unutk MMU, pelajar yang terkantoi meniru akan di-bar 1 dari mengambil sebarang exam dalam masa setahun. Setahun tu kejap je tapi bukan boleh refund balik yuran sem.haha.

Lagipun memang tak de chance nak meniru masa test or exam kat universiti. Memang kitaorang dikawal ketat. Kalau masa kuiz boleh la tiru tapi markah kuiz bukan berapa pun. Sebab tu lecturer mana 28 kisah kalau student tiru masa kuiz.haha.

So, adik-adik sekalian. Selamat Meniru. Jangan Tekantoi.haha. Or jangan la meniru. Study last second belajar atau cari soalan-soalan ramalan kalau tak spot je soalan-soalan yang maybe akan keluar nanti.

-Selamat Meniru-6

p/s: Gud luck untuk pelajar PMR dan SPM yang akan menduduki peperiksaan tak lama lagi.:001::001:

post signature


Senin, 22 Juni 2009

Mathematical Tecniques

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



MATHEMATICAL TECHIQUES 1

Sem ni aku amik subjek tu. TERSANGAT la BOSAN subjek tu~!~:Onion57:. Dua jam duduk kat lecture room buat aku mengantukkkkkk...zzzzzzzzz....:05:




Aku yang dulu masa sekolah punya la suka subjek Math tetiba jadi sangat BLUR bila study subjek ni. Pasal Algebra and Indices untuk bab kali ini tapi kenapa aku rasa susah sangat? Padahal aku rasa budak form 5 boleh jawab. Sungguh memalukan~~:Onion41:

Pasni kena la bukak balik buku rujukan Maths SPM aku tu.haha. Seriusly aku dah lupa semua tu :Onion42:. Ingatkan aku tak kan bertemu semula Algebra ni tapi "jodoh" kitaorang nampaknya masih panjang.~~

-Sekian Untuk Rungutan Aku-:Onion62:

post signature


Jumat, 15 Mei 2009

Politeknik atau Multimedia University(MMU)?

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Sekarang ni aku tengah decide where to go lepas SPM. Setelah gagal Matrik dengan UPU kini aku dapat tawaran dari Poli and MMU. Sebelum ni aku pernah cerita kan aku dapat dah tawaran Unisel tu tapi aku tolak sebab aku lebih suka Poli and MMU. Now aku dah blur tak tahu nak pilih yang mana satu:Onion41:.




Poli yang aku dapat tu kat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Ada kat nun utara Perlis tu. Kalau la aku dapat dekat-dekat dengan sini contohnya Johor atau Melaka sure aku berkobar-kobar nak pergi tapi aku mula fikir sejenak. Kat Arau? Jauhnya. Aku takut nanti jauh-jauh aku homesick lak:01:. Updated: Poli memang murah dari MMU tapi berkualiti ke? Aku terfikir satu perkara. Kelayakan untuk Poli dalam Dip IT ialah SATU KEPUJIAN DALAM MANA-MANA DALAM SUBJEK KUMPULAN SAINS. Aku mana ada kepujian dalam subjek-subjek sains tu. So, Poli pilih aku atas dasar apa?



Kalau MMU aku dapat kat kampus Melaka. Negeri jiran kepada tempat tinggal dan tempat aku lahir iaitu Negeri Smebilan. Kalau aku homesick at least aku reti naik bas dari Melaka balik ke Negeri Sembilan. MMU ni salah satu IPTS kat Malaysia ni. Dan agak mahal ar. Aku tak nak susahkan bapak aku nak bayar yuran sem aku yang mencecah ribuan ringgit tu. Everyone life is hard:01:. Dengan duit PTPTN aku boleh survive ke untuk 2 tahun 3 bulan kat MMU tu? Anyone boleh jelaskan tak pasal kewangan kat MMU tu?:Onion27:. Updated: Lepas habis study kat MMU aku boleh kerja kat Les Copaque atau Telekom Malaysia.



Aku dapat course yang sama kat MMU and Poli; Diploma Teknologi Maklumat. Sememangnya aku tak decide mana aku nak pergi lagi. Pergi Poli jauh sangat. Pergi MMU mahal sangat. Separuh hati aku suruh pergi je Poli tu. Separuh hati aku lagi surauh pergi MMU tu. Tak boleh tukar ke tempat Poli tu?



Notakaki: Kualiti atau murah?



Mood: Runsing:Onion36:.



Updated 17/05/2009: Aku dah buat keputusan. Aku pilih MMU Melaka. MMU Melaka! Here I come.ngeh3.


post signature


Kamis, 12 Maret 2009

RESULT SPM AKU!

Sila BERI KOMEN selepas membaca entri ini supaya penulis tahu kamu suka akan entri ini




Tengah hari tadi aku dah ambil pun result SPM aku. Nak kata teruk tak juga nak kata cemerlang tak juga. Sib baik aku tak ada FAIL/G pun. Sangat-sangat bersyukur!
Aku tak la happy dengan result aku tu tapi sungguh tak caya aku lulus ADD MATH walaupun tanpa kredit. Korang tengok sendiri la result aku ni:








Maafkan aku. Bahagian lain aku sensored sebab malu:Onion07: la satu dunia tahu. Kalau yang dah tahu result aku tu diam-diam sudah kalau bising-bising aku tembak sorang-sorang kang:Onion06:.



Notakaki: Nak apply UNISEL dengan UNITEN la
:Onion23:.



*INI ADALAH POSTING AKU YANG KE-200!*:22:

Rabu, 11 Maret 2009

SURAT TAWARAN/IKLAN

Sila BERI KOMEN selepas membaca entri ini supaya penulis tahu kamu suka akan entri ini





:crab1: Seperti yang diketahui ramai, 10/3/2009 ialah tarikh result STPM 2008 keluar dan bakal menyusul pada keesokan hari ialah result SPM 2008, aku sekarang ni dalam mood NERVOUS+EXITED pun ada
:Onion31:. Kurang daripada 24 jam je lagi result SPM akan dikeluarkan! Oh tidak! Aku tidak mempercayai perkara ini akan terjadi!



Apa yang aku nak tulis kat sini bukan la pasal kecuakan aku nak ambil result. Itu esok lusa pun aku boleh tulis tapi aku nak tulis pasal surat tawaran yang lebih kepada iklan. Apa yang aku maksudkan? Surat tawaran/iklan yang aku maksudkan ialah sepeti ini:








dan lagi..







Semenjak aku habis SPM itu la surat-surat yang sampai ke rumah aku. Macam dah jadi "buruan" lak:crab1:.



:crab1:. Petang tadi aku dapat surat dari COSMOPOINT. Itulah yang terbaru sehingga hari ini ( 11/12/2009 ). Aku rasa lepas ambil result mesti lagi banyak surat macam tu sampai kat rumah. Aku sungguh teruja menunggu surat-surat sebegitu:09::09:.



Sorry la kalau entri kali ini aku sekadar merepek je. Lepas ambil result aku nak buat tutorial PEEL SHEET, maaf aku tak tahu kalau dalam bahasa melayu apa panggil dia. Nantikan ya!



-SEKIAN UNTUK ENTRI KALI INI-:crab1: