Sabtu, 22 Mei 2010

[Download] Portable Photoshop CS5 Extended 66MB

Hari tu aku bising-bising sebab CS4 aku asyik crash manjang. Buka kejap crash. Nak buka file pun payah. CRASHHHHH. Last-last aku fed up, aku try search kat Google nak cari CS5 tapi haruslah dalam versi portable. Tak kuasa ouh nak download yang Master Collection punya. 12 GB dengan 26 part dari Rapidshare. Kalau aku pakai HSBB memang senang lenang aku download. Ni aku pakai Streamyx takat 1mbps ja.haha.

Now dah pakai CS5. Dah boleh berlagak sikit.haha. Well. Ni portable version so function pun sikit je. Tapi rasanya function dia masih tak jauh beza dari Master Collection punya. Pastikan ada function Puppet Wrap sudah. Itu kan salah satu kelebihan dalam CS5?hoho. Sampai sekarang aku tak pandai guna Puppet Wrap tu yang macam dalam YouTube.haha. Biar je lah.

Ok. Asyik membebel. Download link mana? Nah!

Photoshop CS5 Extended - Mediafire (66MB)

Btw, million thanks to Portable Appz for the awesome CS5 portable version. Visit their website for more portable version :D.

Photoshop CS5 ini percuma sepanjang hayat. Ini PORTABLE punya. Fungsi lebih kurang FULL INSTALL tapi mungkin ada setengah plug in tak boleh pakai dalam portable version. Kalau nak pakai full sila dapatkan Full Install.

Nota Tambahan: Kalau dapat message error macam "You are not allowed to write to the registry!!" etc etc cuba kau right click pada Photoshop tu dan pilih option RUN AS. Nanti dia keluar pop up windows. Kau pilih option Administrator.

Aku currently using windows XP.

Jumat, 21 Mei 2010

Bahasa SMS Yang Menggerunkan

Idea untuk tajuk dapat dari blog HudaLuna. Gerunnnn Gerunnnn Gerunnnn. Tapi aku nak tulis pasal Bahasa SMS Yang Menggerunkan. Serius aku gerun kot nak baca.

Mari lihat contoh Bahasa SMS Yang Menggerunkan.

Bahasa SMS yang digunakan untuk updated status Facebook. (gambar cekau dari blog Yonna):D
Setahu aku Facebook tak limitkan berapa patah perkataan boleh ditulis. Ok.Ok. Mungkin kau akan cakap "eh suka hati aku lah. Facebook aku" but tak terfikir ke orang yang baca tu akan salah anggap dengan short form yang kau pakai. Aku mengambil seminit untuk paham apa maksud ayat-ayat di atas. Baca dekat dua tiga kali. Ouh. Baru paham

Bahasa Yahudi digunakan.
Ni penggunaan hurup w kat belakang setiap perkataan. Contohnya "je" jadi "jew". Apa tu? JEWISH - tengah cakap pasal yahudi ke? Nape - napew. Heh. Langsung tak fun apatah lagi comel tulis macam tu. Rosak bahasa wehh. Kena buang segala mala hurup w kat belakang tu baru aku paham.

Istilah maths digunakan.
Contohnya: "dia" di-short formkan menjadi "dy". Aku hanya mengenali dy/dx dalam calculus. Tak tahu pula "dy" tu maksudnya "dia". Hebat heh korang. Istilah maths jadikan Bahasa Melayu. Bravo!

Pernah ke korang pergi mana-mana blog mat salleh tu dia short form-kan English dia? Tak pernah rasanya. Yang tulis short form kat blog tu cuba korang translate-kan blog korang kepada English. Apa jadi? Kucar kacir. Satu patah haram pun tak faham kan. So apa jadi kalau blog korang ada readers asing? Pengsan kot tengok English yang kucar kacir.lol.

Sayangilah Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa.

p/s: Kalau dalam SMS aku boleh considered lagi :D

post signature

Rabu, 19 Mei 2010

Jika Superhero Juga Mempunyai Account Facebook

Satu fenomena sedang melanda dunia iaitu setiap pengguna tegar Internet pasti ada Facebook account. Dah jadi satu budaya dah "eh, kau ada fb tak?".

Tapi kalau superhero dunia yang dalam Marvel Comics tu ada Facebook macam mana pula? Pernah terfikir tak? Mereka meng-updated status dan comment each others. HAHA. Meh aku tunjuk satu contoh superhero yang sedang ber-Facebooking.

Facebook Spider-man

Status yang lain boleh lihat di Superhero Facebook Status Updates.

post signature

Senin, 17 Mei 2010

[Review Novel]: Novel Hot Gimmick (boys over flowers Malaysia) #6


Ini bukan komik manga Hot Gimmick tu. Aku sendiri pernah baca komik manga Hot Gimmick dulu.hoho. Ok. Ini sebuah novel komedi romantik. Dan cerita ini lebih kurang cerita Boys Over Flowers tu. Baca sinopsis yang berada di kulit belakang novel ni pun dah dapat gambaran macam cerita popular Korea BOF tu taw. Dan sebab itu aku membelinya.

Yea. Walaupun serupa dengan cerita Boys Over Flowers tu tapi ada perbezaan di antaranya. Banyak perbezaan ketara. So tak leh cakap cerita Hot Gimmick ni ciplak cerita Boys Over Flowers :D.

Harga novel ni tak mahal. Murah sahaja. RM19 di Semananjung Malaysia dan di Sabah&Sarawak pula harganya RM22. Diterbitkan oleh KakiNovel Enterprice. Penulisnya Shasfa Alyahya.

Ok. Mari baca sinopsis yang aku cekau dari website KakiNovel.

Setelah lima tahun meninggalkan Malaysia, Natasya Shakilla pulang semula ke tanah tempat tumpah darahnya. Kepulangannya telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd sebelum ini.
Kewibawaan Harizd sebagai Ketua Pengawas telah tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah.

Secara terang-terangan Natasya Shakilla memang tidak sebulu dengan Harizd. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak, tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah.

Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan jika Harizd dan Natasya Shakilla berbalah sesama sendiri.Dek terlalu membenci Harizd, Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd.

Hubungan rapat Natasya Shakilla dan Amierul Mukminien telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla hingga hampir-hampir meragut nyawanya. Mujurlah Harizd tiba tepat pada waktunya, menyelamatkan Natsya Shakilla.

Rupa-rupanya tanpa pengetahuan masing-masing, Harizd dan Natasya Shakilla sama-sama ‘berkasih’ semasa mengharungi zaman kanak-kanak dahulu.
Apakah yang bakal meletus sekiranya kisah zaman kanak-kanak mereka dahulu terbongkar? Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?
HOT GIMMICK… akan membuatkan jantung anda berlari laju seperti roller coaster!
Apa yang serupa dengan Boys Over Flowers ialah BOF ada F4. Dan Hot Gimmick ada 3K. 3K yang terdiri daripada Amierul Mukminien, Izuan dan Harizd. Mereka semua belajar kat sekolah swasta dan boleh dikatakan tergolong dalam golongan elit.

Oh. Terus terang aku katakan, aku suka betul watak Amierul tu. Amierul yang taat kepada agamanya. Amierul yang pendiam dan jarang tersenyum seperti Jin Hoo dalam BOF. Tapi Amierul mudah ketawa dan tersenyum bila bersama si heroin; Natasya Shakilla. Watak Izuan lak serupa watak Yi Jung si playboy. Tapi Izuan still tak ada si heroin seperti Yi Jung yang dah ada Ga Eul. Ok. Watak Harizd serupa Gu Jun Pyo. Garang. Dingin. Dan perkataan faveret Harizd ialah "No Excuses!". Damn sarkastik sungguh!

Watak Natasya Shakilla tak serupa langsung dengan Jan Di yang lahir dari keluarga miskin. Natasya Shakilla anak bongsu dari keluarga berada. 5 tahun kat Australia telah menjauhkan dirinya daripada ajaran agama Islam. Bila balik Malaysia dia mula berubah kepada lebih solehah. Sebab itu novel ini banyak diterapkan tentang Islam. Bahasa arab pun ada sikit-sikit terselit dalam novel ni.

Pendapat aku, permulaan cerita dah 5 bintang tapi ending dia macam terburu-buru sangat. Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku lepas habis khatam novel ni. Siapa yang panggil Natasya Shakilla masa kat airport? Perbuatan jahat Adzharina terhadap Natasya Shakilla kat sekolah dan semasa mereka dalam kem masih belum terbongkar. Dan endingnya Natasya Shakilla hilang ingatan. So, apa jadi lepas tu? Heh. Kenapa habis macam tu je? Aku harapkan Harizd dengan Natasya Shakilla ada happy ending.

Sangat berharap ada kesinambungan novel ini. Tak salah ada sambungan untuk novel. Contohnya novel Ombak Rindu dah ada dekat 2 kali sambungan. So, kenapa tidak novel Hot Gimmick kan.

Credit: KakiNovel

post signature

Selasa, 11 Mei 2010

Wanita dan Facebook

Aku terbaca satu artikel menarik kat website AskMen. Website AskMen ni memang khas untuk laki pun untuk dapatkan tips percintaan, grooming dan sebagainya. Asal aku boleh tersesat masuk sana? Sebab aku ingin memahami jiwa seorang lelaki.haha.

Masa tengah syok-syok baca ruangan Dating&Love(ruangan faverat aku.haha) aku terbaca lah artikel ini; Crazy Things Women Do On Facebook. Ok. Memang 60% terkena batang hidung aku. Damn it.haha. Aku ringkaskan kat sini je k. Full article you can read it HERE.

1. Profile palsu
Lepas dah putus dengan boyfriend, perempuan akan remove/blocked bekas kekasih dia tu untuk menunjukkan dia protes akan perpisahan itu. Lepas tu pergi buat profile palsu semata-mata nak stalk Facebook bekas kekasihnya. Ok. Aku terbatuk kejap baca(tengah minum air Coke), aku juga pernah buat macam itu dahulu. Tapi sekarang tidak lagi. Oh mungkin akan berulang lagi.haha.

2. Gambar
Ok. Perempuan suka berposing. Lalu di-upload ke dalam Facebook dan tayangkan kepada satu dunia. Biasannya gambar yang anda lihat kat Facebook-nya tidak serupa dengan di realiti. Ok. Yang ni pun aku buat. Aku tak tahu kenapa korang boleh cakap rupa aku macam Alex Raja Lawak tu. Padahal orang yang pernah jumpa aku tak pernah nak kata muka aku macam Alex Raja Lawak tu.hoho.

3. Status
Perempuan suka updated status mengenai hubungan percintaan dia dengan kekasihnya. Asal gaduh besar je laju je updated. Nak meluahkan perasaan bagai kat status tu. Aku jarang tengok laki nak emo-emo kat status kecuali pasal bola.haha. Nak berbicara tentang awek sendiri kat status pun jarang sekali.

4. Gambar Melampau
Ok. Bukan gambar yang ada 18SX dan sewaktu dengannya. Maksud aku di sini gambar seorang perempuan yang beraksi seperti laga pipi, posing manja dengan lelaki yang bukan kekasihnya sehingga menyebabkan orang yang melihatnya membuat spekulasi sendiri.

5. Relationship Status
Perempaun suka buat relationship status yang palsu. Mereka akan meminta kawan perempuan mereka untuk "ber-relationship kat Facebook" Ini yang sedang berlaku kat aku. Relationship status aku ialah In A Relationship with Nur Afifah. haha. Oh~ Kami bukan lesbian. Kami hanya kawan biasa :D. Aku tak pernah tengok lagi lelaki "ber-relationship" dengan kawan lelaki mereka. Geli kot. pfft.
Amacam? Macam terkena batang hidung sendiri bukan. Tepuk dada tanya selera :D

post signature

Senin, 10 Mei 2010

Derita Merindu (Luahan Rasa Aku)

-selamat pagi 03.36am

Hmmm. Aku masih belum tidur waktu-waktu macam ni. Baru habis study untuk paper pagi ni. Paper last aku dalam Sem ni.

Pernah dengar lagu Derita Merindu tak? Ala lagu Ahli Fiqir yang pernah popular 5 6 bulan lepas tu. Lagu tu sangat sesuai untuk mood aku lagi-lagi liriknya yang mengambarkan apa yang aku sedang lalui.

Kenapa? Biarlahh aku terangkan liriknya menggunakan maksud yang sedang aku lalui. Ini entri luahan perasaan. Kalau rasa meluat nak baca tak yah baca. Boleh baca entri lain dalam blog ni :D


Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

-Janji? Kau pernah berjanji denganku suatu ketika dahulu.
Tapi kau tak pernah tunaikan.
Aku masih menunggu dengan penuh harapan janji itu ditunaikan


Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

-Pabila aku dah mula tak mengenal dirimu
(mungkin kau telah berubah), aku mula membencimu.


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata

-Macam mana nak lupa
kalau aku masih lagi curi-curi tengok Facebook kau.
Aku tiada keberanian nak remove/blocked kau
kerana hati ini menyayangi dirimu.


Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

-Hati aku nekad untuk membenci kau 100%.
Tapi kau tahu tak betapa aku rindukan dirimu.
Benci dalam merindu sangat menyeksa diri, emosi dan mental.


Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku

-Kau mesti tak nak kan jumpa aku.
Aku telah menyebabkan kau menyampah pada diri aku.T.T


Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan

-Kau minta tolong aku hari itu.
Aku tolong. Tapi senang sahaja kau mainkan perasaan ini dengan
kata-kata manismu.


Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku

-Pernahkah dirimu yang merindui ku? 99.99% diri ini mengatakan
TIDAK PERNAH.


Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

-Kau pernah gembirakan hatiku kejap. Kau mengisi kekosongan
jiwa ini dengan kata-katamu. Tapi hanya kejap.
Kenapa tidak memberi aku peluang untuk merasai bahagia
itu lebih lama? Maka..aku nekad membencimu. Membenci dan merindu.


Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Konflict apakah yang terlah berlaku pada diriku? Pandai-pandai lah korang memahami setiap maksud dalam lirik itu. Kalau nak tahu lebih sila pantau tumblr aku tu. Aku banyak updated secara harian kat situ.

Sesungguhnya aku merindui saat kita berkenalan. Waktu itu sangat bahagia rasanya. Andai masa boleh diputar ke saat itu..alangkah seronoknya.

Pesanan buat dia: Memandangkan kau ialah followers aku, mungkin kau sedang membaca entri ini. Kebencian aku pada kau dah 100%. Tunggu lah saat kebencian ini bertukar menjadi sayang semula baru aku tegur kau semula.

~erk. Mungkin kau tidak tahu yang aku membencimu.

post signature

Selasa, 04 Mei 2010

Aku dah ada Tumblr.

Ini entri aku yang ke-400.


Ok. Akhirnya aku dah ada Tumblr.

Ha! Mesti ada yang tertanya kann Tumblr tu apa kejadahnya. Tumblr tu macam blog. Updated je pape dalam tu. But more fun than Blogger.haha. Boleh pilih macam-macam option masa updated tu. Sama ada nak updated quotes, text dan macam-macam lagi lah.

Memang ketagih dengan Tumblr sebab readers kat sana sikit je. Boleh updated pendek-pendek macam updated status Twitter tu.hehe. Siap boleh REBLOG fungsinya sama dengan Retweet. Tekan je nak REBLOG mana-mana entri orang lain, nanti automatik Tumblr kau tu akan di-updated.

Just Tumblr tak ada tempat nak komen macam Blogger dan Wordpress. So, kena pasang third party macam Disqus Comments tu. Kalau terer HTML boleh lah edit coding theme tu. Aku edit sikit supaya Tumblr aku ada identiti sendiri.haha.

p/s: Oh. I am currently so busy with my Final Exam. I will blog walking to your blog soon :D. Love you all ♥♥

-bye.

post signature