Selasa, 13 Juli 2010

Top 5 Website Untuk Download Movie

Update 21/3/2011: Baca entri ini kalau ada masalah dengan file WinRar, ZipFile dan .001 dan perkara perkara basic yang kau perlu tahu kalau men-download - 5 Perkara Yang Kau Perlukan Untuk Download Movie

Update 22/7/2011: Baca entri ni untuk tahu cara cara masuk website warez-bb.org dengan website lain yang telah disekat. - Macam mana nak masuk website warez-bb.org?

Update 22/8/2011: Senarai website untuk drama korea/taiwan/jepun boleh baca sini - Website untuk download drama korea/taiwan/jepun.

Announcement : Untuk senarai website lain, sini aku dah senaraikan semuanya dari koleksi aku sendiri. Harap dapat membantu dalam download movie ye! Yang aku senaraikan bukan terhad kepada movie sahaja. Asian drama dan TV Series pun include tahu! Semuanya boleh view sini : http://tinypaste.com/5b48fe

Aku nak share 5 websites yang aku selalu pergi untuk download movie. Kalau orang Malaysia sebut sedut movie.keh keh keh. Tak kira lah latest ke old school punya movie ke, kalau pandai search mesti jumpa kan. Ouh. Ini semua direct download. Aku bukan lah pencinta torrent yang sejati.keh keh keh.

Maka yang pakai broadband macam aku ni, aku tak sarankan download pakai direct. Kalau nak sangat download pergi CC download. Jimat bandwidth beb.kah kah kah. Ok. Stop merepek. Karang jadi entri ke laut.keh keh keh

01. Warez-BB
Forum ni dah jadi top list aku kalau aku nak cari movie ke apa. Kalau dead link, mesti cepat je link tu renew kepada yang baru. Cepat dan efisien.keh keh keh. Download link yang selalu ada Rapidshare, Megaupload dan HotFile. Tapi forum ni kena register dulu lah baru boleh dapatkan link download untuk movie tu. Games yang macam Diner dash, Sally Spa etc etc itu semua pun ada. Full. No trial. Member dalam forum tu dah crack awal-awal untuk kasi semua orang download. Dan zero virus.

02. Mediafire4u
Kat website ni hanya ada link download dari Mediafire sahaja. Siapa tak sayang Mediafire. Server laju kalau nak sedut tapi ikut time gak kadang-kadang. Website ni hanya kasi movie untuk disedut. Kepada yang peminat fanatik Hindustan. Korang boleh jumpa movie Hindi kat sini gak. Nak request movie? Tinggalkan movie apa kau nak kat shoutbox website tu.

03. Teh Paradox
Ini satu lagi forum yang sediakan link untuk download. Kena register gak baru boleh merasai kenikmatan senarai list movie yang ada dalam tu.kah kah kah. Aku jarang pergi kat forum ni sebab selalunya movie yang aku nak dah ada kat Warez-BB. Kalau tak ada baru search kat sini. Ouh. Sama macam forum Warez-BB. Download link yang selalu ada kat sana Rapidshare, Megaupload dan HotFile.

Itu antara port aku untuk search movie omputih.keh keh keh. Yang kat bawah ni port untuk cari movie malaysia dan movie omputih sekali.

04. Aku Muzik Hampa
05. Syok.org

Sebenarnya, banyak lagi website download dalam bookmark aku. Tapi yang 5 ni je aku rasa paling ok setakat ini. Korang lak selalu cari movie kat mana? Ke beli yang original je? LOL

Cara pasang subtitle boleh tengok sini ok?

Minggu, 11 Juli 2010

The Future Has Been Written

Aku hanya boleh katakan di sini..

Spain Juara World Cup 2010
Dah tak larat nak taip panjang-panjang.
Mata aku dah layu.
Dah pukul 6am.
Tunggu 120 minit semata-mata nak tunggu Spain goal.
wala!

David Villa~ ♥


and..



p/s: England. Sila cuba tahun 2014. Make sure you guys play better than before!grr!

post signature

Sabtu, 10 Juli 2010

Facebook. Wall post.

Aku benci bila aku tulis kat wall facebook orang tu, lepas tu ada third party nak komen wall post tu. Boleh lak pakat sembang dalam tu. Menyirap aku weyh masuk-masuk je dapat banyak notification.

Kau tak paham ke wall post tu untuk budak tu je. Yang kau sibuk macam mak minah tu nak komen pesal. Kalau nak sembang sangat, tu pergi tulis sendiri kat wall budak tu. Apa susah. Orang macam ni aku panggil lalat atau langau.

Boleh plak budak tu kata aku pelik sebab aku benci macam ni. Heh. Lantak aku lah. Ni cara aku. Kan aku dah cakap banyak kali kat kau aku benci si lalat komen wall aku dengan kau tu. Kalau kau nak sangat sembang dengan si lalat, pergi facebook dia and tulis kat wall dia. Simple as that.

Aku kecewa beb kau cakap aku pelik tu. Nama je KAWAN BAIK aku kat Facebook. Tapi pernah ke kau ambil serius dengan kata-kata aku tu? You supposed to be alert since I already told you a million times right.

Aku tak kisah orang nak komen status kau ke apa. But not in my wall post please. Dan sampai bila-bila pun aku tak kan tulis kat wall kau lagi.

post signature

Kamis, 08 Juli 2010

Dunia Pagi, Pagi Dunia..!!

Selama beberapa tahun terakhir, saya praktis jarang atau hampir tidak pernah menyapa udara dan sinar mentari pagi yang, kata orang, segar dan menyehatkan itu. Sebagai mahasiswa yang harus nge-kos, pola hidup yang tidak sadar terbentuk adalah begadang kalo malam, dan bangun setelah hawa panas memenuhi kamar kos yang membuat keringat bercucuran dan membuat tidur tidak nyaman lagi, bisa dipastikan

Unofficial Ending For Doraemon (fan made)


Ah. Aku semakin sibuk dengan Mid Term aku (yela tu sangat). Online pun kejap je. Check FB. Check Twiitter. Check e-mail. Off. Main game. keh keh keh. Bukan nak study pun. Banyak benda nak updated kat blog. Tapi macam malas jari ni nak taip.huh.

Oh. Berbalik kepada tajuk asal entri ni. Aku dah lama nak share Unofficial Ending For Doraemon ni. Kenapa unofficial pulak?

Actually begini. Fujiko, penulis/pelukis Doraemon ni mangkat sebelum beliau berjaya plan untuk tamatkan cerita Doraemon ni. So, fans fanatik Doraemon pun create lah satu unofficial ending untuk Doraemon. Maka ini lah hasilnya.


Aku touching giler tengok video ni. Ah. Memang meleleh air mata aku weyh. Lagi-lagi part Nobita cakap sorang-sorang dengan Doraemon yang duduk macam patung dalam bilik tu. Touching seyh. T_____________T

Actually ada 3 ending yang fans Doremon ni hasilkan. Tapi dorang rasa yang ni yang terbaik. Ah. Memang terbaik!

Aku tak harap pun ada ending untuk Doraemon. Sebab kebanyakan anime tak pernah ada ending. Contohnya komik Hajime Kindaichi. Sampai sekarang still tak ada ending. Masih lagi diterbitkan. Komik Conan. Sampai sekarang still budak. Tak tahu bila boleh jadi besar balik. Sin Chan tu dah berapa lama bertapak kat NTV7. Dari aku darjah 6 kot Sin Chan mula ditayangkan kat NTV7. Berapa ratus lah episod Sin Chan tu agaknya.

Doraemon ni cerita kanak-kanak. Haruslah happy ending macam dalam video itu. Last-last Nobita berjaya cipta Doraemon balik dan kembalikan memori Doraemon dengan dia.

Untuk aku. Biarlah Doraemon ni jadi legend dalam childhood aku. Ah. Aku membesar dengan kartun Doraemon. Kat rumah pun still ada komik Doraemon ni masa mula-mula terbit. Dah kuning dan kusam pun komik tu.keh keh keh.

Ok lah bye. Banyak benda nak hafal ni. Study last minute woi. Ke pergi layan video Ariel dengan Luna Maya atau dengan Cut Tari? kah kah kah.

post signature

Minggu, 04 Juli 2010

Jom tengok movie Inception


Inception. Dijangka akan tayang kat Malaysia 15 Julai 2010! Ni bukan review movie ke apa. Sebab tayang pun belum nak tengok amendenya.haha.

Aku tertarik dengan cerita ni lepas tengok trailer dia. Ahaks! Trailer dia gempak gila weyh. Mula-mula aku nampak pasal movie ni kat iklan nuffnang blog Hellioz. Aku ingatkan movie ni ala-ala cerita 2012 tu. Tidak yer.keh keh keh.


Bukan sebab Leonardo berlakon dalam cerita tu. Tapi aku suka tengok efek yang dorang hasilkan dalam movie ni. Macam cool je.
Contoh efek seperti ini:




dan banyak lagi..
Boleh tengok kat Inception IMDB.

Cerita ni pasal apa?
Pasal mengawal minda manusia semasa tidur.
Nanti aku cerita lebih lepas aku tengok cerita ni ok. =)

Yang pasti cerita ni lebih gempak dari Twilight tu. Ah. I hate vampires story. Maaf lah yer peminat fanatik Twilight.kah kah kah.


Your mind is the scene of the crime -Inception
post signature

Jumat, 02 Juli 2010

[Respon] Pencen Game Facebook

Ini entri respon untuk Pencen Game Facebook yang ditulis oleh Syafiq a.k.a TmuKmkd. Weyh Syafiq, kau baru nak pencen game Facebook ke? Aku dah pencen dari awal tahun dah. Masa pertengahan Sem 3 aku itu hari.keh keh keh. Akhirnya kau berhenti main juga game-game tu kan termasuk Pet Society kesayangan kau tu. Ah. Taniah taniaha.hahaha.

Bila buka balik album game yang ada kat Facebook aku tu kan, baru aku terfikir banyaknya game aku dah main weyh. Banyaknya masa aku dah terbazir sebab main game Facebook ni. Ahaks!

Ada beberapa game yang aku dah block siap-siap kat Facebook tu. Sebab? Ah sebab kawan-kawan Facebook asyik hantar gift kat aku. Rasa rimas lak nak ignore satu-satu. So aku block lah game tu. Senang!


8 game yang dah kena block dengan aku. Sorry lah kawan-kawan yang masih main game yang dah aku block. Aku dah malas nak main. HAHA


Ini game Facebook yang pertama aku main. Restaurant City. Huihh. Mula-mula main memang addicted sial. Pagi, petang, malam aku hadap game ni. Suka benar tengok kawan-kawan aku jadi kuli dalam kedai makan aku.keh keh keh. Aku dah tak ingat aku tinggalkan game ni dalam level berapa.

Lepas tu muncul lak Farm Ville.


Yang ni game paling aku addicted. Sebab aku boleh lak bangun pepagi buta pukul 5 6 pagi semata-mata nak harvest sayur aku.kah kah kah. Dah macam petani yang berdedikasi untuk kebun dia lak.haha. Lepas tu berkomplot dengan kawan-kawan dari MMU Cyber hantar gift untuk selesaikan satu bangunan.


Game ni nama dia Roller Coaster Kingdom. Boleh bina fun fair sendiri. Lihat lah fun fair ciptaan aku. Ikut suka hati aku je bina.haha. Kalau banyak coin boleh lah beli permainan lain lepas tu taruk kat fun fair sendiri. Tapi kejap je aku dah boring dengan game ni. T_____________T


Sebab Chokilala aku terjebak dalam main game yang bernama Cute Cube ni. Ahaks! Hari-hari aku hadap game ni nak tangkap patung lah. Tangkap gula lah. Kenapa kena tangkap tu semua? Kena selesaikan satu task baru leh tukar level. Last-last itu lah hasilnya. Tengok ada patung Snow Man. Aku main masa mat salleh sibuk nak sambut Christmas.hehe.

Dan banyak lagi game Facebook yang pernah aku main..

Korang yang dok addicted dengan game Facebook ni dengar lah nasihat aku ni, tak lama je game yang kau main tu. Nanti developers Facebook tu keluar lagi satu game baru. Lepas tu kau tak menang tangan nak handle banyak game weyh.keh keh keh.

Sila tinggalkan dunia game Facebook dengan kadar segera sebelum kau jadi ketagih macam aku dulu.kah kah kah.

p/s: best gak main respon-respon entri blog orang.keh keh keh

post signature