Jumat, 26 Maret 2010

[Entri Bergambar]: Photo Manipulation

Kali ni aku nak bagi sikit contoh gambar yang menggunakan teknik Photo Manipulation. Semua gambar yang ditunjukkan dipercayai dihasilkan dengan hanya Photoshop. Sebelum itu, aku nak terangkan Photo Manipulation tu apa. Karang ada yang blur je masa tengok gambar yang bakal aku tunjukkan.

Photo Manipulation ialah memberi satu ilusi kepada orang yang melihat gambar tersebut.

Setiap Photo Manipulation di-edit menggunakan teknik khas. Bukan takat blur-kan supaya tak nampak kedut di muka atau warnakan rambut pada gambar. Tapi lebih dari itu. Mesti korang akan jerit 'WOW' selepas melihat beberapa contoh Photo Manipulation (:







For more picture of Photo Manipulation please visit NOUPE WEBSITE.

Aku pasti orang yang edit gambar-gambar jenis ni ialah manusia yang mempunyai otak seni bukan takat dalam melukis dan mewarna tetapi mempunya daya imaginasi yang cukup tinggi. Tanpa imaginasi apakah terhasilnya semua gambar tu? Tidak sama sekali.

Cuba bayangkan korang diberi gambar segelas minuman dan sekeping gambar lelaki tengah memancing. Dan korang kena gabungkan kedua-dua gambar tersebut menjadi sekeping gambar jenis Photo Manipulation. Jadi apa yang korang boleh bayangkan?

Sesiapa yang dapat bayangkan gambar segelas minuman dan sekeping gambar lelaki tengah memancing digabungkan seperti ini, mungkin kamu la manusia yang mempunyai imaginasi yang tinggi:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Semua gambar yang aku tunjukkan bukan aku yang edit. Aku belum sampai tahap tinggi tu lagi.HAHA.

credit to Photoshop Tips, Noupe Website, Wikipedia (Photo Manipulation)

post signature


Senin, 22 Maret 2010

Top Up Oh Top Up!

Gambar di atas di-edit menggunakan Photoscape dan Photoshop CS4. Mengambil masa sejam untuk paham cara membuat curl di belah kanan [dalam nada bangga]Heh! off topic kejap~

Hari tu aku balik cuti untuk Mid Term Break. Masa tengah kemas bilik, aku terjumpa satu koleksi yang aku nak kongsi kat sini.haha. Satu koleksi yang korang semua pun mesti ada. :D

Aku simpan ni dari aku Form 4 (masa memula pakai henfon).Haha. Sampai la masa aku umur 18 sebelum masuk MMU. Oh kad top up aku~

Aku tak kan kira balik dah berapa ratus kad top up yang aku dah kumpul sebab buat sakit hati je tahu jumlah duit yang aku dah laburkan untuk top up. Grrrrr.

Korang tengok kad top up RM10 Maxis pun dah bertimbun. Memang banyak weh. Aku memang pengguna tegar Maxis.lol. Kad Maxis RM5 sekarang pun dah jarang jumpa kan. Kira unik gak la ehh. Dulu aku pernah la pakai DiGi. Tapi Happy Sim Card. Ala yang dulu telefon orang selama 45 minit 99 sen tu. Memang lalok pakai tu. Tak terasa kredit habis pun.haha.

Lepas tu pakai Celcom lak. Aku memula pakai Celcom XPAX lepas tu tukar Celcom Blue. Entah apa yang best sangat dengan Celcom Blue pun aku tak tahu. Sekarang sim card Celcom aku dah terminated dah. Then, hari tu baru beli Celcom baru kat MMU; kali ni pakai Celcom UOX lak.

Pokoknya, semua line telefon aku dah pernah guna kecuali U-Mobile. Heh! But yang utamanya kawan-kawan hubungi aku kat nombor Maxis. Aku kan pengguna tegar Maxis a.k.a Hotlink.hehe.

Kenapa aku cakap aku kumpul kad sampai sebelum aku masuk MMU? Sebab lepas aku masuk MMU aku dah tak top up sangat. Ala. Nak bergosip dengan kawan. FACEBOOOK je la. Nak meluahkan perasaan. FACEBOOK. Kalau tak pun pakai YM.haha. So siapa perlukan telefon bimbit?HEH! Kalau aku top up pun pakai Online Banking. Lebih cepat. Tak yah nak jalan kaki pergi kedai bawah UTEM nak top up.hehe.

Lagipun aku bukan ada boyfie. So telefon tak berapa penting untuk aku yang hidup tanpa komitmen seorang lelaki (dengan nada BANGGA).haha.24

post signature


Sabtu, 20 Maret 2010

[Review]: Alice In The Wonderland 3D

Ni bukan la review pasal movie Alice In The Wonderland (AITW). Saje nak share pengalaman tengok cerita 3D. In fact, ni kali pertama aku tengok cerita dalam 3D.hahaha. Agak jakun pada mulanya. Dulu pernah la test 3D ni kat Petrosains KLCC. Tapi tak syiokkk la.heh!


Disebabkan nak sangat tengok cerita 3D ni, aku dengan lin sanggup tunggu dekat 2 jam lebih untuk cerita ni. Asalnya nak beli tiket pukul 3.45pm tapi apakah dayanya, tiket sold out. Mungkin kerana AITW ni dalam 3D tu pasal cepat sold out. Last-last kiteorang decide tengok pukul 6pm je la. Kalau korang cadangkan aku reserved tiket kat website GSC, memang dah FULL.

Aku rasa yang datang tengok cerita AITW 3D ni bukan nak hayati cerita ni tapi mungkin jakun macam aku pasal 3D.hahaha. Mungkin la. Kalau tengok 3D korang mesti tahu kan objek yang kita tengok pakai cermin mata 3D tu akan nampak macam real and dekat sangat dengan mata kita kan. So itu yang berlaku.

Setiap kali ada je babak dia baling barang dekat dengan kamera aku terasa barang yang dia baling tu kena kat mata aku padahal tak pun. Itu yang aku exited sangat.haha. AITW 3D no subtitile. Jadi, untuk orang yang macam aku English tak berapa nak bagus ni agak susah la nak paham apa yang dorang cakapkan. Tapi aku paham cerita tu actually. Certain things je yang aku tak paham.huhu

Tapi kan..kalau cerita AITW ni dari mula sampai akhir 3D aku rasa lagi ok kot. Dia half 3D and half non-3D.hoho. Tapi sememangnya aku enjoy la dengan AITW 3D ni. ^.^

Memang kagum dengan orang yang buat filem 3D. Bukan mudah. Bravo kepada yang bersusah payah hasilkan filem 3D ni.

*sebelum wayang ditayangkan.
Sempat posing dengan cermin mata 3D. Besar dan beratkan batang hidung aku.haha.


post signature


Kamis, 18 Maret 2010

Hotel 626 Ada Hantu

[4:55am]: Perghhh. Aku berjaga sampai waktu macam ni untuk main game Hotel 626. Game ni agak scary la jugak. Kalau pertama kali main game ni mesti korang terperanjat beruk dan menjerit mengalahkan hantu dlm game ni punya la.haha.

Kali pertama aku main aku banyak skip sampai ending. Mana tak nya. Aku tak paham cara main dia.hehe. Lepas tu search kat Youtube pasal game ni dan main lagi dan lagi sampai la aku cukup berani main game ni tanpa skip.heh!

Game ni hanya boleh dimain pada pukul 6pm hingga 6am sahaja. Saje nak kasi saspen suruh orang main waktu-waktu macam tu.hahaha. Kalau nak main tapi malas sangat tunggu pukul 6pm, korang adjust je jam kat laptop korang tu ;pp.

Siapa yang ada penyakit jantung atau lemah semangat dan juga akak-akak yang tengah mengandung disarankan jangan la try game ni. Nanti ada side effect.hoho. Tapi kalau nak main jugak, dipersilakan. Sebarang kecelakaan semasa/selepas bermain game ni aku tak kan tanggung.heh!

Jom rasai ketakutan di Hotel 626. Korang boleh either pilih Commit atau Check In. Tapi aku lebih selesa Check In dengan mendaftarkan diri. Commit ni maksudnya korang main game ni pakai akaun Facebook/Twitter korang.

Kalau korang rasa unsecure sangat, tak yah la on web cam. Takat pasang headphone pun dah cukup. Sebab kalau korang pasang web cam nanti game tu secara senyap-senyap amik gambar korang masa muka korang tengah terkejut sampai muka macam alien dan terpampang kat dalam game tu.hahaha!

Paling tak leh blah ketakutan aku ni, masa tengok muka baby ni.
Mak aih. Kali pertama tengok terkejut sampai menjerit. Kali kedua tengok dan seterusnya hmmm dah biasa.haha.

Ni hantu@orang gila yang paling aku menyampah dalam game ni.
Serius aku menyampah gila. Kenapa? Sebab dia bising nak mati sampai aku tak leh dengar apa yang dicakap oleh suara berbisik yang memberitahu klue untuk aku lepaskan diri dari bilik orang gila ni.huh!

Ok. Kalau nak tahu ending game ni macam mana, korang kena la try scary game ni. Game ni boleh la tahan. Sound effect pun bagus. Just muka hantu tu, kasi takut sikit boleh?hehe.

Ok. Aku nak tidur. Maybe nak pergi tengok Alice In The Wonderland 3D punya. Harap-harap tiket masih ada :D.

post signature


Senin, 15 Maret 2010

Sparkling Cursor (Blogspot)

Ramai sangat dah request tutorial ni. So, aku dah tak ingat siapa yang request. Memandangkan dah ramai sangat request, aku dengan bermurah hati buat tutorial ni. Tutorial ni aku amik dari Nine. Thanks dude (:. Apa itu sparkling cursor? Ala tengok je blog aku neh, sila gerakkan mouse korang tu ye. Nampak tak?

Klik pada warna yang korang berkenan. Korang copy-paste dulu kaler yang korang nak then pastekan kat dalam Notepad. Cara nak bukak Notepad; Start>All Programs>Accessories>Notepad.

Putih
Kuning
Merah
Biru
Hijau
Merah Jambu
Hitam

Lepas dah pastekan code yang korang nak dalam Notepad,then SAVE. Pastikan diakhiri dengan .js cthnya; pink.js
Then dah save korang upload dalam web hosting korang. Kalau tak de web hosting boleh upload kat Ripway atau Stormpage.

*Link File korang (dipetakkan dalam kotak merah)

Lepas tu copy link file js korang tu ehh. Gantikan Link File kat bawah neh dengan Link File korang sendiri okey.
<script src='http://carnine9.fileave.com/CursorRed.js' type='text/javascript'/>

Then, sila login ke Blogger > Layout > Edit HTML dan cari code <head>. Lepas tu pastekan code tersebut kat bawah <head> tu. Save template.

Tujuan aku tak bagi link untuk setiap file cursor tu sebab aku tak nak kehabisan bandwidth dan pape hal jadi kat file korang tu aku tak tanggung. Ditanggung sendiri. hahahahaha. Selamat mencuba ;pp

post signature


Rabu, 10 Maret 2010

Result SPM 2009 - 11/3/2010

[Scheduled Post]: Hari ni result SPM 2009 keluar kan. Kalau aku silap tarikh maksudnya aku dapat silap info la ni.haha. Mana la aku nak amik tahu lagi pasal SPM dua tahun dah aku tinggalkan zaman SPM aku tu.haha. Cakap pasal result ni aku tingat zaman aku amik dulu. Ala. Result aku kantoi kot masa.heh.

Buat yang kantoi SPM macam aku ni, dah sah-sah IPTA pun susah nak dapat. So bersedialah apply IPTS. Asal ko banyak duit senang je ko dapat contohnya MMU. Aku memula masuk MMU dah habiskan dekat RM2ribu. T________T.

Kalau nak pilih IPTS hati-hati sikit. Silap-silap korang dapat IPTS yang low class means sijil Diploma korang tak diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang membawa kepada korang menjadi penganggur sepenuh masa bila dah habis study. Ala. Rilek la. Bila korang dah masuk IPT tak de seorang manusia pun akan tanya "Ko dapat bape A masa SPM?", sebaliknya mereka akan bertanya "Ko dapat pointer bape sem neh?".

Silap-silap result pointer korang tu lebih menyerlah berbanding result SPM korang tu. Heh. Ini benar-benar terjadi tawww. Kepada result SPM dorang yang agak tak kantoi pergi la apply Scholarship. Apply woi. Apa ko ingat yuran kat IPT murah macam yuran sekolah ke. Mahal. Aku satu sem dah cecah RM2ribu ikut berapa subjek yang aku register dan credit hours.

Yang dapat result cemerlang gemilang tahap cicak gaban tu pergi apply JPA taw. Boleh study kat oversea :D. Kalau tak dapat scholarship apa nak buat apply PTPTN je la. Aku dapat RM16k untuk dua tahun setengah kat MMU. Mahu terberak aku 24 jam nak bayar balik nanti.haha.

So, ini je la nasihat dari Kakak Amoi kali ni.heh. Kepada yang terbaca entri ni, share-share la result SPM korang. Tak kira la SPM batch mana. ;pp.

p/s: aku masih berada di Port Dickson. :D

post signature


Minggu, 07 Maret 2010

Bye. Cuti Seminggu.

Heh. Aku tak tahu nak tulis apa untuk entri kali. Banyak je idea nak tulis tapi nanti-nanti la k. Ehh. Ni scheduled post taww. Masa korang semua baca entri ni, aku dah ada dalam bus nak balik Port Dickson (PD) dan maybe dah sampai dah pun. Cuti beb. Mid Term Break.

Tak sabar nak balik PD woi. Sambil-sambil tu aku nak cari ketenangan kat sana. Aku duduk Melaka tak pernah tenang sebab macam-macam masalah aku kena fikir. T_T. Biasa la kan. Tiada satu manusia kat dunia ni yang tak ada langsung masalah kan.

Bye.

post signature