Senin, 21 Februari 2011

cara bermain game flash secara offline. Doodle flash game seronok!

Exam dah habis. Sekarang masa untuk duduk bersenang lenang dengan bergoyang kaki di hadapan PC sambil online sampai lebam. Aktiviti aku selepas exam hanyalah bermain permainan PC. Sepertinya permainan Sally's Spa. Lagi 5 level aku akan habis bermain Sally's Spa itu. Lagi. Aku juga bermain game flash seperti daripada website MiniClip.com. Tetapi aku bermain game flash secara offline bermakna tanpa internet connection langsung. Bagaimana itu?

Hey. Hey. Ada caranya. Dah lama aku pratikan cara ini pada game flash.
Mula mula kau kena download dulu aplikasi dia. Download sini -> Flash Offliner 8.91MB

Lepas tu extract semua folder dia pakai WinRaR. Tak ada WinRar? Boleh download sini -> Winrar 3.93 1.66MB

Dah download dah extract Flash Offliner kan? Masuk folder Install FlashOffliner lepas tu install lah dulu. Lepas tu lepas tu..

Langkah 1
Masuk File2Hd.com tau. Contohnya kau nak install game Doodle dari Miniclip. Copy paste dulu link dari Miniclip tu. Tick kau agree Term and Condition dia. Lepas tu pilih option Objects. Lepas tu GET FILES.

Pastikan setiap URL/Link bermula dengan http://------------.com ye. Kalau bermula dengan www.----------.com nanti tak jadi langsung.

Dah tekan Get Files nanti website tu akan tunjuk hasilnya. Contohnya untuk game Doodle ada dua hasil. Aku try link pertama. Right click dan select Save Link As. Kalau aku, aku boleh save pakai IDM :D !



Langkah 2
Lepas tu. Kau right click pada Flash Offliner kau yang sedang aktif kat system tray kau tu. Dan pilih Create New FlashOffliner Package.



Dah pilih. Dia akan keluar lagi satu window kan.


Kau isi dulu nama kau. Nama manja pun boleh. Lepas tu isi nama packer kau. Nama apa apa pun boleh. Kalau mahu masukkan url blog kau pun boleh. Tak nak isi pun boleh. Up2U.com lah. hehe.

Lepas tu tekan butang Select Game File. Cari semula game Doodle yang baru download tu. Lepas tu tekan butang Select Output Folder. Yang ni fungsinya untuk kau simpan kat mana file packer kau nanti. Contohnya aku simpan dalam folder FlashOffliner juga. Senang nak cari nanti. Last sekali tekan butang Start Packing.

Nanti ada lah pop up message kata game kau tu dah completed package.

Langkah 3
Lepas tu right lagi FlashOffliner kau tu. Kali ini pilih Install FlashOffliner Package.



Lepas tu dia akan keluar window suruh kau pilih file jenis .fop kan. Pilih file yang baru kau buat package tadi kat langkah 2 tadi. Dah pilih kau tunggu dia habis extract sendiri.



Dah habis extract cuba right click kat FlashOffliner tu lagi sekali. Ha. tengok. Kan dah ada nama game Doodle kat situ. Lepas tu click lah kat game tu. Ta daaaaa.. Kau dah boleh main game tu tanpa internet connection :D !


Nota Tambahan: Kalau kau right click kat FlashOffliner tu lepas tu cari Windows Size. Kau boleh pilih windows size berapa yang kau nak. Game Doodle tu aku taruk Full Screen :D !

Recommended Flash Games Site: MiniClip.com , GirlGamesNow.com

p/s: tengah sibuk main game Virtual Families, Sally's Spa dengan Runescape. :D !

Tidak ada komentar:

Posting Komentar