Kamis, 17 Februari 2011

mendengar suara perempuan mengerang daripada jiran sebelah

Terjaga daripada tidur.
Credit Picture.
Ini plastic porn kata pemilik gambar ini.

Pukul 11 pagi. Terjaga selepas mendengar suara perempuan mengerang kesakitan. Tahu macam mana perempuan mengerang semasa berasmara? Begitulah bunyinya. Masih tidak tahu bagaimana bunyinya? Aku syorkan baik kau masuk redTube atau youJizz. Di situ ada pelbagai jenis mengerang dari gred A hingga F. Pilih sahaja mana yang berkenan.

Dalam keadaan mamai , masih terbaring di atas katil. Telinga ini cuba mencari dari mana punca suara mengerang itu. Punya lama aku amati suara itu. Rupanya. Bunyi tersebut datangnya daripada jiran cina aku. Sebelah rumah. Ini bukan mencuri dengar. Bunyi itu terlalu kuat.

Aku masih tidak percaya apa yang ku dengari. Semakin diamati diri aku semakin yakin bahawasanya yang jiran aku , lelaki cina sedang menonton video lucah di kala hampir tengah hari. Walaupun berjiran. Bilik kami dekat. Cuma dipisahkan oleh dinding yang bukan kalis bunyi. Jika kalis bunyi sudah tentu aku tidak mendengar apa-apa.

Celaka sungguh! Jerit aku dalam hati.

Ini yang aku bayangkan sepanjang mendengar bunyi tersebut.

Selama 20 minit telinga aku disajikan dengan bunyi perempuan mengerang kesakitan. Sepertinya suara perempuan jepun. Oh. Tak mengapalah. Aku sudah biasa mendengar bermacam-macam bunyi daripada biliknya. Cuma kali ini lain.

Selalunya lagu black metal. Kadang-kadang lagu cina. Kadang-kadang lagu english. Yang akan aku dengar hampir setiap pagi menjelang subuh. Memang nocturnal sungguh jiran aku ini !

Aku tak tahu siapa yang menduduki bilik itu. Aku tidak mengenali mereka. Cuma pernah salah seorang daripada mereka menegur aku di lif apartment.

Habis dengar bunyi mengerang. Baru aku turun daripada katil. Online. Membebel akan perkara ini di Twitter dan Facebook.

Kemudian menjelang 2.00 petang aku pun pergi ke exam terakhir aku untuk semester ini. Ah. Itu nantilah cerita.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar