Tampilkan postingan dengan label GAME. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label GAME. Tampilkan semua postingan

Jumat, 06 Mei 2011

[Video] Jika Permainan Super Mario Dijadikan Sebagai Kehidupan Sebenar!


What say you?

Yang pasti this video is so hilarious.

Eh. rindu pula dengan game mario yang aku tak pernah habis main tu. teeeheeee

Senin, 21 Februari 2011

cara bermain game flash secara offline. Doodle flash game seronok!

Exam dah habis. Sekarang masa untuk duduk bersenang lenang dengan bergoyang kaki di hadapan PC sambil online sampai lebam. Aktiviti aku selepas exam hanyalah bermain permainan PC. Sepertinya permainan Sally's Spa. Lagi 5 level aku akan habis bermain Sally's Spa itu. Lagi. Aku juga bermain game flash seperti daripada website MiniClip.com. Tetapi aku bermain game flash secara offline bermakna tanpa internet connection langsung. Bagaimana itu?

Hey. Hey. Ada caranya. Dah lama aku pratikan cara ini pada game flash.
Mula mula kau kena download dulu aplikasi dia. Download sini -> Flash Offliner 8.91MB

Lepas tu extract semua folder dia pakai WinRaR. Tak ada WinRar? Boleh download sini -> Winrar 3.93 1.66MB

Dah download dah extract Flash Offliner kan? Masuk folder Install FlashOffliner lepas tu install lah dulu. Lepas tu lepas tu..

Langkah 1
Masuk File2Hd.com tau. Contohnya kau nak install game Doodle dari Miniclip. Copy paste dulu link dari Miniclip tu. Tick kau agree Term and Condition dia. Lepas tu pilih option Objects. Lepas tu GET FILES.

Pastikan setiap URL/Link bermula dengan http://------------.com ye. Kalau bermula dengan www.----------.com nanti tak jadi langsung.

Dah tekan Get Files nanti website tu akan tunjuk hasilnya. Contohnya untuk game Doodle ada dua hasil. Aku try link pertama. Right click dan select Save Link As. Kalau aku, aku boleh save pakai IDM :D !



Langkah 2
Lepas tu. Kau right click pada Flash Offliner kau yang sedang aktif kat system tray kau tu. Dan pilih Create New FlashOffliner Package.



Dah pilih. Dia akan keluar lagi satu window kan.


Kau isi dulu nama kau. Nama manja pun boleh. Lepas tu isi nama packer kau. Nama apa apa pun boleh. Kalau mahu masukkan url blog kau pun boleh. Tak nak isi pun boleh. Up2U.com lah. hehe.

Lepas tu tekan butang Select Game File. Cari semula game Doodle yang baru download tu. Lepas tu tekan butang Select Output Folder. Yang ni fungsinya untuk kau simpan kat mana file packer kau nanti. Contohnya aku simpan dalam folder FlashOffliner juga. Senang nak cari nanti. Last sekali tekan butang Start Packing.

Nanti ada lah pop up message kata game kau tu dah completed package.

Langkah 3
Lepas tu right lagi FlashOffliner kau tu. Kali ini pilih Install FlashOffliner Package.



Lepas tu dia akan keluar window suruh kau pilih file jenis .fop kan. Pilih file yang baru kau buat package tadi kat langkah 2 tadi. Dah pilih kau tunggu dia habis extract sendiri.



Dah habis extract cuba right click kat FlashOffliner tu lagi sekali. Ha. tengok. Kan dah ada nama game Doodle kat situ. Lepas tu click lah kat game tu. Ta daaaaa.. Kau dah boleh main game tu tanpa internet connection :D !


Nota Tambahan: Kalau kau right click kat FlashOffliner tu lepas tu cari Windows Size. Kau boleh pilih windows size berapa yang kau nak. Game Doodle tu aku taruk Full Screen :D !

Recommended Flash Games Site: MiniClip.com , GirlGamesNow.com

p/s: tengah sibuk main game Virtual Families, Sally's Spa dengan Runescape. :D !

Kamis, 02 September 2010

Kaki Gosip

Ada story best ni.
Meyh dengar.
Gosip. Gosip.

Terkena!
tiada sebarang updated buat sekarang.
maybe lepas dua tiga hari baru rajin kembali.
tapi sekarang ni..

MALAS zone.

sebab sibuk dengan game SDO dancer online ni. Sibuk master 4 keys dia ni. So damn!
Sampai sekarang panik nak tekan mana satu keys! Sial.

*dalam bilik SDO.

Sorry lah tajuk lagi gempak dari isi. LOL

p/s: siapa main game ni? boleh join menari dengan aku. Tapi dengan syarat kena level 5 ke bawah baru aku layan. Kah kah kah!

ok. bye.

post signature

Jumat, 02 Juli 2010

[Respon] Pencen Game Facebook

Ini entri respon untuk Pencen Game Facebook yang ditulis oleh Syafiq a.k.a TmuKmkd. Weyh Syafiq, kau baru nak pencen game Facebook ke? Aku dah pencen dari awal tahun dah. Masa pertengahan Sem 3 aku itu hari.keh keh keh. Akhirnya kau berhenti main juga game-game tu kan termasuk Pet Society kesayangan kau tu. Ah. Taniah taniaha.hahaha.

Bila buka balik album game yang ada kat Facebook aku tu kan, baru aku terfikir banyaknya game aku dah main weyh. Banyaknya masa aku dah terbazir sebab main game Facebook ni. Ahaks!

Ada beberapa game yang aku dah block siap-siap kat Facebook tu. Sebab? Ah sebab kawan-kawan Facebook asyik hantar gift kat aku. Rasa rimas lak nak ignore satu-satu. So aku block lah game tu. Senang!


8 game yang dah kena block dengan aku. Sorry lah kawan-kawan yang masih main game yang dah aku block. Aku dah malas nak main. HAHA


Ini game Facebook yang pertama aku main. Restaurant City. Huihh. Mula-mula main memang addicted sial. Pagi, petang, malam aku hadap game ni. Suka benar tengok kawan-kawan aku jadi kuli dalam kedai makan aku.keh keh keh. Aku dah tak ingat aku tinggalkan game ni dalam level berapa.

Lepas tu muncul lak Farm Ville.


Yang ni game paling aku addicted. Sebab aku boleh lak bangun pepagi buta pukul 5 6 pagi semata-mata nak harvest sayur aku.kah kah kah. Dah macam petani yang berdedikasi untuk kebun dia lak.haha. Lepas tu berkomplot dengan kawan-kawan dari MMU Cyber hantar gift untuk selesaikan satu bangunan.


Game ni nama dia Roller Coaster Kingdom. Boleh bina fun fair sendiri. Lihat lah fun fair ciptaan aku. Ikut suka hati aku je bina.haha. Kalau banyak coin boleh lah beli permainan lain lepas tu taruk kat fun fair sendiri. Tapi kejap je aku dah boring dengan game ni. T_____________T


Sebab Chokilala aku terjebak dalam main game yang bernama Cute Cube ni. Ahaks! Hari-hari aku hadap game ni nak tangkap patung lah. Tangkap gula lah. Kenapa kena tangkap tu semua? Kena selesaikan satu task baru leh tukar level. Last-last itu lah hasilnya. Tengok ada patung Snow Man. Aku main masa mat salleh sibuk nak sambut Christmas.hehe.

Dan banyak lagi game Facebook yang pernah aku main..

Korang yang dok addicted dengan game Facebook ni dengar lah nasihat aku ni, tak lama je game yang kau main tu. Nanti developers Facebook tu keluar lagi satu game baru. Lepas tu kau tak menang tangan nak handle banyak game weyh.keh keh keh.

Sila tinggalkan dunia game Facebook dengan kadar segera sebelum kau jadi ketagih macam aku dulu.kah kah kah.

p/s: best gak main respon-respon entri blog orang.keh keh keh

post signature

Jumat, 11 Juni 2010

[Download] Supermario 12 in 1

Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik aku suka benar main game mario ni. Keluarga aku miskin so papa hanya mampu beli game mario yang main kat TV tu. Aku pun tak ingat dah apa nama alat tu. Itu lah yang aku, akak and abang aku tiap-tiap hari layan. Kadang-kadang layan game lawan-lawan tu. Last-last dah rosak alat tu tinggal kenangan sahaja.

Sekarang mana ada alat player yang main kat TV tu dah. Sekarang semua layan playstation kan. And game Mario pun dah banyak version kan. Yang bestnya dah boleh download sebagai PC Games. Itu lah yang aku tengah layan sekarang ni. Addicted siot.

Yang game ni dalam satu installer ada 12 game Mario berlainan version. Tak tahu lah siapa yang create benda ni and extract dalam satu program. Senang sikit. Dari kau nak download satu-satu game Mario kan. Lagipun program ni ringan sahaja. And walaupun program ni dinamakan sebagai autorun, tapi tak ada virus ke trojan ke malware ke and segala-mala jenis virus kat dunia ni.

Kalau kau macam aku juga, peminat fantatik game Mario marilah download :DD
Download SuperMario 12 in 1 (58.06 MB) (mediafire)
Lepas dah download extract semua. And buka file yang bernama AIO_Super_Mario. Tunggu dia loading sekejap. Ini menu utama program tu. Pilih sahaja kau nak main game Mario yang mana satu. Tapi kena pandai lah control keys dia kat mana. Mula-mula kalut gak aku nak cari control keys dia. Caranya, tekan satu-satu butang kat keyboard ni macam orang gila.haha.

Dah. Sila cakap aku macam kekanak riang sebab main Mario. Biar lah. ;))

post signature

Senin, 31 Mei 2010

[Review & Download] Women's Murder Club: Death In Scarlet


Aku sedang menghabiskan cuti sem aku yang masih bersisa selama beberapa hari dengan main game casual.hoho. Mula-mula main game Daytona Sega yang lumba kereta tu. Lepas tu beralih kepada Diner Dash 5. Stuck kat level 28! Then now aku baru habis main game Women's Murder Club: Death In Scarlet. Erk. Panjangnya nama game. Make it short. Lets call it WMC ok.

WMC ni jenis game ala-ala CSI. Kena siasat satu kes pembunuhan. Kena cari hidden object. Kena solve-kan puzzle. Aku mula-mula pun tak minat game genre macam ni. Rasa macam buang masa nak cari hidden object. Tapi bila dah dapat kumpul bukti and suspect macam seronok nak layan sampai habis.

Apa yang aku suka pasal game ni ialah tak ada time limit untuk cari hidden object tu. Kau nak main 5 jam untuk car hidden object pun boleh. Kalau dah tak reti nak solve-kan puzzle, klik je butang SOLVE nanti game tu tolong solve-kan. Senang!
*test blood type

Game ni ada 9 level je. Aku rasa kalau panjang sikit mesti best. Ending-nya memang dah jumpa siapa pembunuhnya tapi ada lagi satu pembunuh yang bunuh pembunuh dalam kes tu. Erk. Ayat yang agak complicated di sini. Kau main dulu baru kau faham apa aku tulis kat sini.

*forensic lab

Kalau Chokilala main game ni siap ada kamus, pen and testpad. Aku pula hanya menggunakan Google. Advanced tak?haha. Aku perlukan Google untuk search image untuk hidden object yang mahu dicari. Kalau dah tahu bentuk hidden object yang nak dicari senang lah sikit kan.

*juling mata nak cari hidden object


*the victim

Game ni bukan jenis freeware. Kena beli baru boleh main full. Ala. Crack kan ada. Baca cara nak crack kat bawah ni. Tapi crack ni hanya berkesan kepada game dari Reflexive.com. Harap maklum~

Download Women's Murder Club: Death In Scarlet
Download Reflexive Universal Crack/Keygen/Patch (R.A.A-P.C)

Nota: Install dulu game itu. Jangan main kalau belum crack.
Aku copy paste dari Chokilala.
01.Download & install game daripada Reflexive.com
02. Open R.A.A-P.C.exe & click “Unwrap”
03. Unwrap/pilih file .exe game yang terdapat pada Desktop
04. Program akan tukar nama file dan cuba save sebagai (Game)-unwrapped.exe. Click OK
05. Pergi ke folder game. Akan ada 2 file .exe
06. Rename (Game).exe kepada nama lain seperti (Game)_original.exe. Contohnya, CookingAcademy.exe rename kepada CookingAcademy_original.exe
07. Tukar Game-unwrapped.exe kepada Game.exe. Contohnya,CookingAcademy-unwrapped.exe ditukar kepada CookingAcademy.exe
08. Buka game yang telah di-unwrapped tu. Bukan yang dah ditukar nama kepada 'original' tu tahu.
09. That’s all. Have fun!

p/s: sekarang ni aku main game Women's Murder Club - A Darker Shade Of Grey pula :D

post signature

Kamis, 18 Maret 2010

Hotel 626 Ada Hantu

[4:55am]: Perghhh. Aku berjaga sampai waktu macam ni untuk main game Hotel 626. Game ni agak scary la jugak. Kalau pertama kali main game ni mesti korang terperanjat beruk dan menjerit mengalahkan hantu dlm game ni punya la.haha.

Kali pertama aku main aku banyak skip sampai ending. Mana tak nya. Aku tak paham cara main dia.hehe. Lepas tu search kat Youtube pasal game ni dan main lagi dan lagi sampai la aku cukup berani main game ni tanpa skip.heh!

Game ni hanya boleh dimain pada pukul 6pm hingga 6am sahaja. Saje nak kasi saspen suruh orang main waktu-waktu macam tu.hahaha. Kalau nak main tapi malas sangat tunggu pukul 6pm, korang adjust je jam kat laptop korang tu ;pp.

Siapa yang ada penyakit jantung atau lemah semangat dan juga akak-akak yang tengah mengandung disarankan jangan la try game ni. Nanti ada side effect.hoho. Tapi kalau nak main jugak, dipersilakan. Sebarang kecelakaan semasa/selepas bermain game ni aku tak kan tanggung.heh!

Jom rasai ketakutan di Hotel 626. Korang boleh either pilih Commit atau Check In. Tapi aku lebih selesa Check In dengan mendaftarkan diri. Commit ni maksudnya korang main game ni pakai akaun Facebook/Twitter korang.

Kalau korang rasa unsecure sangat, tak yah la on web cam. Takat pasang headphone pun dah cukup. Sebab kalau korang pasang web cam nanti game tu secara senyap-senyap amik gambar korang masa muka korang tengah terkejut sampai muka macam alien dan terpampang kat dalam game tu.hahaha!

Paling tak leh blah ketakutan aku ni, masa tengok muka baby ni.
Mak aih. Kali pertama tengok terkejut sampai menjerit. Kali kedua tengok dan seterusnya hmmm dah biasa.haha.

Ni hantu@orang gila yang paling aku menyampah dalam game ni.
Serius aku menyampah gila. Kenapa? Sebab dia bising nak mati sampai aku tak leh dengar apa yang dicakap oleh suara berbisik yang memberitahu klue untuk aku lepaskan diri dari bilik orang gila ni.huh!

Ok. Kalau nak tahu ending game ni macam mana, korang kena la try scary game ni. Game ni boleh la tahan. Sound effect pun bagus. Just muka hantu tu, kasi takut sikit boleh?hehe.

Ok. Aku nak tidur. Maybe nak pergi tengok Alice In The Wonderland 3D punya. Harap-harap tiket masih ada :D.

post signature