Tampilkan postingan dengan label Merepek. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Merepek. Tampilkan semua postingan

Kamis, 17 Februari 2011

mendengar suara perempuan mengerang daripada jiran sebelah

Terjaga daripada tidur.
Credit Picture.
Ini plastic porn kata pemilik gambar ini.

Pukul 11 pagi. Terjaga selepas mendengar suara perempuan mengerang kesakitan. Tahu macam mana perempuan mengerang semasa berasmara? Begitulah bunyinya. Masih tidak tahu bagaimana bunyinya? Aku syorkan baik kau masuk redTube atau youJizz. Di situ ada pelbagai jenis mengerang dari gred A hingga F. Pilih sahaja mana yang berkenan.

Dalam keadaan mamai , masih terbaring di atas katil. Telinga ini cuba mencari dari mana punca suara mengerang itu. Punya lama aku amati suara itu. Rupanya. Bunyi tersebut datangnya daripada jiran cina aku. Sebelah rumah. Ini bukan mencuri dengar. Bunyi itu terlalu kuat.

Aku masih tidak percaya apa yang ku dengari. Semakin diamati diri aku semakin yakin bahawasanya yang jiran aku , lelaki cina sedang menonton video lucah di kala hampir tengah hari. Walaupun berjiran. Bilik kami dekat. Cuma dipisahkan oleh dinding yang bukan kalis bunyi. Jika kalis bunyi sudah tentu aku tidak mendengar apa-apa.

Celaka sungguh! Jerit aku dalam hati.

Ini yang aku bayangkan sepanjang mendengar bunyi tersebut.

Selama 20 minit telinga aku disajikan dengan bunyi perempuan mengerang kesakitan. Sepertinya suara perempuan jepun. Oh. Tak mengapalah. Aku sudah biasa mendengar bermacam-macam bunyi daripada biliknya. Cuma kali ini lain.

Selalunya lagu black metal. Kadang-kadang lagu cina. Kadang-kadang lagu english. Yang akan aku dengar hampir setiap pagi menjelang subuh. Memang nocturnal sungguh jiran aku ini !

Aku tak tahu siapa yang menduduki bilik itu. Aku tidak mengenali mereka. Cuma pernah salah seorang daripada mereka menegur aku di lif apartment.

Habis dengar bunyi mengerang. Baru aku turun daripada katil. Online. Membebel akan perkara ini di Twitter dan Facebook.

Kemudian menjelang 2.00 petang aku pun pergi ke exam terakhir aku untuk semester ini. Ah. Itu nantilah cerita.

Kamis, 02 September 2010

Kaki Gosip

Ada story best ni.
Meyh dengar.
Gosip. Gosip.

Terkena!
tiada sebarang updated buat sekarang.
maybe lepas dua tiga hari baru rajin kembali.
tapi sekarang ni..

MALAS zone.

sebab sibuk dengan game SDO dancer online ni. Sibuk master 4 keys dia ni. So damn!
Sampai sekarang panik nak tekan mana satu keys! Sial.

*dalam bilik SDO.

Sorry lah tajuk lagi gempak dari isi. LOL

p/s: siapa main game ni? boleh join menari dengan aku. Tapi dengan syarat kena level 5 ke bawah baru aku layan. Kah kah kah!

ok. bye.

post signature

Minggu, 15 Agustus 2010

Menyanyi Dalam Jamban Box - Karaoke Jamban

Dulu rumah lama pak cik aku pakai toilet letak kat luar rumah tu. Ingat rumah kampung melayu je ke ada? Rumah pak cik aku satu-satunya rumah cina yang ada toilet luar rumah. Please amazed! HAHA. Lebih kurang begini lah rupa toilet kat rumah lama pak cik aku.


Bila manusia dah terlebih kreatif, design toilet luar rumah ni pun dorang jadikan tempat untuk karaoke. Maka dinamakan karaoke jamban! Dan ini rupa karaoke jamban selepas dimodified.

Semestinya tiada jamban dalam tu! Yang ada TV, mikrofon,player untuk lagu, sofa dengan kerusi. Hardware lain aku tak tahu apa namanya.haha.

Kau mesti pernah masuk karaoke jamban ni kan walaupun sekali? Kecik dan sempit serta gelap di dalamnya. Silap-silap boleh jadi port maksiat dalam tu.LOL.

Lagu dalam karaoke jamban ni tak pernah updated aku rasa. Tahun lepas aku datang and tahun ni aku datang lagi. Lagu yang sama sahaja dalam playlist dorang. Tensen aku. Balik-balik lagu lama. Aku bukan reti pun nyanyi lagu lama dalam playlist dorang pun. Tu pasal setiap kali kawan aku mintak aku pilih lagu, aku jadi manusia paling tensen dan stress tahap gaban sekali. Sebab aku hanya akan pilih lagu dari Peterpan kalau tidak pun lagu Season In The Sky - Westlife. Aku memang minat Peterpan ni dari dulu. Tu pasal aku boleh recognize lagu dorang. Satu CD Album Peterpan pun aku ada taw! keh3.

Mikrofon dalam tu biasanya dah nak terbarai. Biasalah tempat murah. Agak-agak pernah maintenance tak karaoke jamabn tu? HAHA. Memang kacau stim betul kalau aku tengah mood nak melalak sekali suara aku tak keluar dari mic tu. Maka tanpa menggunakan mikrofon dan aku hanya gunakan jeritan batin seorang gadis untuk menyanyi lagu itu. Dan ini menyebabkan karaoke jamban aku tu macam nak pecah bila dah dapat tekanan daripada suara aku yang cukup merdu ini. Serak-serak basah kononnya! Padahal garau mengalahkan lelaki. Eh. Tak lah. Suara aku comel taw! :DD

Lepas tu bila turn aku nak nyanyi je aku kena tukar seat dengan kawan aku yang dekat dengan tempat search lagu tu. Menyusahkan dalam keadaan yang sempit nak change seat sebanyak 3 kali kot kalau ada 10 lagu and ada 4 orang dalam tu. Nak buat macam mana. Tak mampu pergi yang mahal Red Box segala tu. Amik yang murah ni. 10 lagu RM10. Last-last segala kekurangan karaoke jamban tanggung sendiri.keh3. Bila aku pandang jamban sebelah tu, ada akak tengah feel nyanyi duh. Siap ada gaya tangan bagai. Aik. Kak nak masuk AF ke? kah kah kah!

agaknya akak tu tengah bayangkan diri dia tengah nyanyi untuk konsert Lady Gaga yang macam ni kot.

Nyanyi dalam jamban tu plak sorang-sorang. Andaian aku cuma dua sama ada akak tu tengah nak testing vokal dia untuk audition AF atau Mentor akan datang. Ataupun dia baru kena tinggal dengan kekasih. Tu pasal feeling gila. Agak-agak dia nyanyi lagu putus cinta kot. Tak nampak plak dia nyanyi lagu apa masa tu. Cis! Sayang betul. Kalau tak boleh jadi bahan gelak aku masa tu. Jahat gila aku. kah kah kah.

Aku suka buat perangai gila aku dalam karaoke jamban ni. Suka hati aku je tukar irama lagu tu. Terus sengau bunyik dia. Aha. Pedulik apa aku. Aku bayar untuk lagu tu. So aku boleh buat dengan suka hati dengan lagu tu. Aku bab rosakkan lagu nombor satu. Jangan harap aku nak nyanyi lagu tu ikut irama ke melodi ke dengan mimik muka feeling. Tak akan jadi. Karang kawan aku kata aku perasan plak.kah kah kah!

Tingin plak nak melalak dalam karaoke jamban ni lagi. Kali ni aku janji aku akan buat muka feeling masa nyanyi. Jangan caya sangat janji manis dari aku. kah kah kah! Siapa nak teman dan belanja aku? Semestinya kena menadah telinga dengar suara aku yang merdu macam Giant dalam Doraemon.LOL. Mahunya cair tahi telinga kau nanti. Bagus lah. Tak payah pakai putik kapas korek dah! Aku kasi treatment untuk telinga kau free punya.kah kah kah!

p/s: Sarcasm. The ability to insult idiots without them even realizing it.

post signature

Minggu, 18 Juli 2010

Favourite Spot Aku Kalau Pergi Jusco

"Layan Jusco je?"

Damn it.
Kat Melaka ni popular dengan shopping mall Jusco, Tesco dan Mydin. Ouh. Tak lupa jugak Dataran Pahlawan. Giant kurang sikit. Aku tengok Giant tempat aku ni macam tak ada orang pergi je. Tempat parking pun lenggang. Anyway. Nak cakap pasal Jusco. Jusco yang dimaksudkan ialah Jusco Baru Melaka. Ala yang meletup akibat kebocoran gas itu hari sebelum nak rasmi tu.

Tapi aku lebih suka panggil Jusco Besar. Sebab Jusco ni terbesar kat Malaysia. Terbesar dan panjang bangunannya. Shit. Ayat sangat lucah di sana.

Ini antara faveret spot aku untuk bermaksiat jenjalan dan merayau-rayau.

Food Court

Benda first haruslah aku isi perut aku yang dah start berdansa segala ni. Gila kau. Tak kan nak pergi shopping tak makan pape. Kena pakai banyak tenaga beb kalau keluar shopping dengan perempuan ni sebab perempuan masuk satu kedai dah dekat sejam woi. Itu baru bab dia pilih dress. Belum lagi test pakai setiap dress yang dia pilih tu kat fitting room.haha.

Popular Bookstore

Lepas perut dah kenyang. Pergi Popular Bookstore dengan hati yang gembira.lalalalala~ Aku suka masuk kedai Pop ni. Sebab aku nak belek-belek novel dalam tu. Sesiapa yang pernah temankan aku pergi Jusco mesti tahu aku akan habiskan at least 2 jam dalam tu semata-mata nak tengok novel padahal at the end tak beli pape pun. Macam sial kan? HAHA.

Brands Outlet

Pastu, pergi Brands Outlet. 3 helai t-shirt kat dalam tu dah RM50. Kalau nak share dengan kawan, seorang RM16 lebih kurang. Tapi baju formal kat sana bapak mahal. Takat baju hitam putih tu dah RM70 satu set. Tak sanggup mak nak beli.keh keh keh.

Padini

Sebelah Brands Outlet tu ada butik Padini. Padini dengan Brands Outlet kalau tak silap aku under satu company. Tapi butik Padini nampak lebih elegan dan konservatif tempatnya. Dan harga pun 'elegan' sangat. T_T. Takat tengok-tengok boleh lah. Beli jangan harap. Ouh. Ada department kasut Vincci sekali dalam tu. Jlove mesti suka ni.kah kah kah.

Hinode Shop

Lepas dah puas mencuci mata dengan macam-macam jenis dress, pergi kedai hinode lak. Kedai ni jual semua barang RM5 kecuali teddy bear. Ada sekali aku hampir terbeli teddy bear ni. Kawan aku cakap kena tengok betul-betul harga dia dulu. Kalau tak aku akan perhabis RM30 untuk anak patung. Lahanat sungguh!

Lepas tu apa lagi masuk kedai lain lak. Apa kau ingat aku puas ke lepas masuk 5 tempat yang aku mention kat atas ni? LOL. Kalau boleh aku nak masuk setiap kedai kat Jusco tu.kah kah kah. Sampai aku migrain. Sampai kaki pun dah melecet akibat banyak berjalan. Maka aku akan pulang.miahahahahaha~

Nafsu shopping seorang perempuan sukar dibendung.

post signature

Rabu, 30 Juni 2010

Belanja Aku Secret Recipe 10 Kali Ok!

Happy July u'all =p

Ahaks! Aku nak makan Secret Recipe sangat ni (muka sangap) keh keh keh. Sesiapa yang bermurah hati, meyh belanja aku makan kek kat Secret Recipes ni 10 KALI ok! Sekali tak cukup. Demand tinggi lak aku ni.haha.

Kali terakhir aku pergi Secret Recipe dengan akak aku. Meroyan dengan dia makan Secret Recipe. Lepas tu jakun tengok karipap giant dalam peti cermin tu (tak tahu panggil apa peti tu).hahahaha. Seducer betul aku tengok gambar-gambar kek dari Secret Recipe ni. Air liur semakin meleleh. Ahaks! Drooling weyh.



Jom tengok apa menu kek yang ada! (bersedia untuk drooling)









*ini paling mengoda jiwa raga aku. lihat lah coklat dia tu. haishh. nikmatnya kalau cair dalam mulut aku. Mesti mengalahkan nikmat masa aku makan sundae coklat.


and..


*muka aku akan jadi secomel ini kalau ada yang sudi belanja aku makan kek Secret Recipe 10 kali. keh keh keh.

All those picture I got it from Flickr and Google Image Search. (^_^)

p/s: weyh. Bila nak belanja aku Secret Recipe 10 kali? keh keh keh

post signature

Senin, 28 Juni 2010

kenapa aku suka tumblr?


Itu hari kan aku ada heboh kat blog aku dah ada tumblr. Yes. Sampai sekarang aku addicted betul dengan tumblr ni. Blog ni pun dah mula diabaikan sejak aku kenal tumblr.keh keh keh

Kenapa aku suka tumblr?

Sebab kat tumblr sahaja aku boleh updated banyak-banyak photo quotes. Tak caya pi tengok tumblr aku. Sure hampir setiap entri banyak gambar dari tulisan. And those photo quotes resemble my heart the time I updated my tumblr.chewahhhh.

photo quotes yang aku rasa paling style.

Aku rasa kalau aku updated blog ni dengan gambar sahaja tanpa sebarang tulisan mesti semua orang blur apa yang aku cuba sampaikan.haha. Tapi tumblr lain. Kau updated lah sampai berjuta gambar or quotes pun. Tak ada siapa nak pangkah.keh keh keh. Kat tumblr lah aku rasa bebas luahkan perasaan aku melalui quotes even tak ada siapa boleh faham masalah yang aku hadapi saat itu.

Ahh. Aku paling suka tumblr ni boleh reblog. Kau suka dengan entri tu, reblog sahaja. Tak payah fikir kau plagiat ke apa. Bebas weyh tumblr ni.

aku sayang tumblr.

Ouh. Thanks to those yang pernah YM atau FB chat dengan aku bertanya masalah aku and so on. Kalau boleh aku nak cerita full story masalah aku tu kat korang. But sometimes I have my own little secret. Ahh. Baca sahaja tumblr aku and understand those quotes I posted. "everyone of us is a story, and once you read a story, you understand it more"

Siapa ada tumblr? Tinggal link kat komen or just follow my tumblr. Nanti rajin aku buat rombongan cik kiah ke tumblr kau.haha.

post signature

Minggu, 20 Juni 2010

Kalau nak pikat gadis kena bagi lagu

Entah. Ini ajaran sesat dari budak sekor ni. Betul ke? HAHA. Habis aku nak pikat laki nak kasi apa lak? Kasi bunga? lol.haha. Tapi..tapi..kenapa aku suka lagu ni ha? Best lak dengar. Ishh. Budak ni dah lah suka lagu pelik-pelik. Dengan kepala otak aku sekali jadi pelik.haha.

Ini lagu yang dia bagi. Billy Talent - Surrender.
Enjoy!


She reads a book from across the street,
Waiting for someone that she'll never meet.
Talk over coffee for an hour or two,
She wonders why I'm always in a good mood.
Killin' time before she struts her stuff,
She needs support and I've become the crutch.
She'll never know how much she means to me.
I'd play the game but I'm the referee.

Surrender every word, every thought every sound.
Surrender every touch, every smile, every frown.
Surrender all the pain we've endured until now.
Surrender all the hope that I lost you have found.
Surrender yourself to me.

Even though I know what I'm lookin' for,
She's got a brick wall behind her door.
I'd travel time and confess to her,
But I'm afraid she'd shoot the messenger.

Surrender every word, every thought every sound.
Surrender every touch, every smile, every frown.
Surrender all the pain we've endured until now.
Surrender all the hope that I lost you have found.
Surrender yourself to me.

I think I found a flower in a field of weeds,
I think I found a flower in a field of weeds.
Searching until my hands bleed,
This flower don't belong to me.

I think I found a flower in a field of weeds,
I think I found a flower in a field of weeds.
Searching until my hands bleed,
This flower don't belong to me.
This flower don't belong to me.
Why could she belong to me?

Every word, every thought every sound.
Every touch, every smile, every frown.
All the pain we've endured until now.
All the hope that I lost you have found.

Surrender every word, every thought every sound.
Surrender every touch, every smile, every frown.
Surrender all the pain we've endured until now.
Surrender all the hope that I lost you have found.
(Surrender) I never had the nerve to ask,
(Surrender) Has my moment come and passed?
(Surrender) I never had the nerve to ask,
(Surrender) Has my moment come and passed?
(Surrender) I never had the nerve to ask,
(Surrender) Has my moment come and passed?

(Surrender) I never had the nerve to ask.

btw, lagu ini hanya sesuai lelaki yang tujukan untuk gadis ok ♥

siapa budak tu? kang reveal jadi kontroversi lak.miahahahahaha.
Ini satu lagi kes aku tak ada idea nak updated apa. I am lost. No idea anymore. Tutup blog nak? Tak. Tak. Propaganda sahaja. Mana sanggup nak tutup blog murahan aku ni. heeeee

Lyrics sponsored by AzLyrics

post signature

Jumat, 18 Juni 2010

siapa YM dengan aku mesti rasa annoying

Kenapa nak rasa annoying bila YM dengan aku? Sebab..sebab..hahaha. Semalam aku YM dengan Azrie. Dia cakap annoying YM dengan aku. Heh. Bukan dia seorang je tahu yang pernah cakap macam tu. Ramai lagi. Actually kenapa annoying sangat YM dengan aku?

Meh..meh..tengok printscreen kat bawah ni. heeee

Apa yang kau perasan dalam setiap perbualan aku dengan Azrie? Setiap ayat aku mesti diakhiri dengan smiley ini kan: .

Lepas tu. Lepas tu..dia dah start sound aku.

Haha. Tapi aku tetap akan letak smiley tu pada masa akan datang lagi. heeee =p

And last..aku tanya pendapat Hellioz..


Wah. Aku rasa macam tak best pula kalau YM tak ada smiley tu. Mesti akan letak sama ada smiley ataupun . Dah jari aku dah biasa tekan smiley tu nak buat macam mana.hehe. Sorry beb. ;))

Even masa aku tensen pun aku boleh lagi letak smiley tu. Orang tengah cerita masalah kat aku, aku masih boleh letak smiley tu. Heh. Macam tak hormat perasaan orang pula. Tapi ini lah yang jadi kalau aku dah start YM. Habis window YM spam dengan smiley tu.

Ni kes aku tak ada idea nak updated apa. So lately banyak updated pasal personal life aku. Eh. Blog ni memang personal pun walaupun tak berapa nak personal .

Ok bye

post signature

Rabu, 28 April 2010

Diet Itu Apa Ertinya Kepada Kamu?

Ok. Aku percaya korang semua mesti pernah mengamalkan diet kan untuk kelihatan langsing lagi mengancam khususnya kaum perempuan kan. Tapi actually pernah tak korang terfikir cara korang berdiet tu kadang-kala adalah salah. Aku rasa majoriti yang berdiet mengamalkan cara MENAHAN LAPAR.

Sebenarnya cara MENAHAN LAPAR tu salah. Tak adalah salah di sisi undang-undang heh. Apa kau ingat dengan bertahan lapar selama 3 hari 3 malam maka perut buncit kau tu akan hilang lah eh? Tak. Tak. Tak. Kesian badan korang kann, kena seksa sebab mengamalkan cara berdiet yang salah.

Cara berdiet yang betul ialah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Aku malas nak huraikan apa tu pemakanan seimbang. Korang dah cukup besar untuk memikirkannya. Sila lihat piramid makanan yea. Lepas tu dah berdiet tu, dalam seminggu at least 2 kali kena berjogging. Ha. Itu baru dikira diet yang betul. Tak kira lahh kau nak pergi gym angkat berat ke apa ke. Janji ko melakukan senanman. Baru keluar peluh.


Aku cukup tak suka lahh manusia yang berdiet mengamalkan cara tahan lapar ni. Dia ingat tahan lapar kalori dia dalam badan dia terbakar lah heh. Kena lakukakn senanman gak untuk keluarkan peluh. Untuk bakar kalori. Dah lahh tahan lapar. Aku tengok even dia tahan lapar pun, perut buncit dia still size tu juga. Tak pernah kempis. So aku rasa adalah membuang masa kalau tahan lapar ni.

Bayangkan seharian korang tahan lapar. Nanti tengah malam kang korang lapar. Nafsu makan membuak-buak, maka korang pun melantak. Oh~ Sudah gemuk 3 kilo.haha. Aku rasa orang jenis yang tahan lapar ni boleh kalahkan orang yang berpuasa.haha.

Aku? Tak pernah berdiet dalam seumur hidup aku pun. Makan bila lapar. Tu pasal berat badan makin naik. Bukan makin menurun.haha. Tunggu lahh aku dapat hidayah untuk berdiet la yea. Kalau aku dah gembira dengan badan aku sendiri nak buat apa diet-diet ni.hoho.

p/s: Jangan pula makan pil kurus segala tu yea. Merosakkan hati kau je.

post signature

Sabtu, 20 Maret 2010

[Review]: Alice In The Wonderland 3D

Ni bukan la review pasal movie Alice In The Wonderland (AITW). Saje nak share pengalaman tengok cerita 3D. In fact, ni kali pertama aku tengok cerita dalam 3D.hahaha. Agak jakun pada mulanya. Dulu pernah la test 3D ni kat Petrosains KLCC. Tapi tak syiokkk la.heh!


Disebabkan nak sangat tengok cerita 3D ni, aku dengan lin sanggup tunggu dekat 2 jam lebih untuk cerita ni. Asalnya nak beli tiket pukul 3.45pm tapi apakah dayanya, tiket sold out. Mungkin kerana AITW ni dalam 3D tu pasal cepat sold out. Last-last kiteorang decide tengok pukul 6pm je la. Kalau korang cadangkan aku reserved tiket kat website GSC, memang dah FULL.

Aku rasa yang datang tengok cerita AITW 3D ni bukan nak hayati cerita ni tapi mungkin jakun macam aku pasal 3D.hahaha. Mungkin la. Kalau tengok 3D korang mesti tahu kan objek yang kita tengok pakai cermin mata 3D tu akan nampak macam real and dekat sangat dengan mata kita kan. So itu yang berlaku.

Setiap kali ada je babak dia baling barang dekat dengan kamera aku terasa barang yang dia baling tu kena kat mata aku padahal tak pun. Itu yang aku exited sangat.haha. AITW 3D no subtitile. Jadi, untuk orang yang macam aku English tak berapa nak bagus ni agak susah la nak paham apa yang dorang cakapkan. Tapi aku paham cerita tu actually. Certain things je yang aku tak paham.huhu

Tapi kan..kalau cerita AITW ni dari mula sampai akhir 3D aku rasa lagi ok kot. Dia half 3D and half non-3D.hoho. Tapi sememangnya aku enjoy la dengan AITW 3D ni. ^.^

Memang kagum dengan orang yang buat filem 3D. Bukan mudah. Bravo kepada yang bersusah payah hasilkan filem 3D ni.

*sebelum wayang ditayangkan.
Sempat posing dengan cermin mata 3D. Besar dan beratkan batang hidung aku.haha.


post signature


Rabu, 10 Maret 2010

Result SPM 2009 - 11/3/2010

[Scheduled Post]: Hari ni result SPM 2009 keluar kan. Kalau aku silap tarikh maksudnya aku dapat silap info la ni.haha. Mana la aku nak amik tahu lagi pasal SPM dua tahun dah aku tinggalkan zaman SPM aku tu.haha. Cakap pasal result ni aku tingat zaman aku amik dulu. Ala. Result aku kantoi kot masa.heh.

Buat yang kantoi SPM macam aku ni, dah sah-sah IPTA pun susah nak dapat. So bersedialah apply IPTS. Asal ko banyak duit senang je ko dapat contohnya MMU. Aku memula masuk MMU dah habiskan dekat RM2ribu. T________T.

Kalau nak pilih IPTS hati-hati sikit. Silap-silap korang dapat IPTS yang low class means sijil Diploma korang tak diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang membawa kepada korang menjadi penganggur sepenuh masa bila dah habis study. Ala. Rilek la. Bila korang dah masuk IPT tak de seorang manusia pun akan tanya "Ko dapat bape A masa SPM?", sebaliknya mereka akan bertanya "Ko dapat pointer bape sem neh?".

Silap-silap result pointer korang tu lebih menyerlah berbanding result SPM korang tu. Heh. Ini benar-benar terjadi tawww. Kepada result SPM dorang yang agak tak kantoi pergi la apply Scholarship. Apply woi. Apa ko ingat yuran kat IPT murah macam yuran sekolah ke. Mahal. Aku satu sem dah cecah RM2ribu ikut berapa subjek yang aku register dan credit hours.

Yang dapat result cemerlang gemilang tahap cicak gaban tu pergi apply JPA taw. Boleh study kat oversea :D. Kalau tak dapat scholarship apa nak buat apply PTPTN je la. Aku dapat RM16k untuk dua tahun setengah kat MMU. Mahu terberak aku 24 jam nak bayar balik nanti.haha.

So, ini je la nasihat dari Kakak Amoi kali ni.heh. Kepada yang terbaca entri ni, share-share la result SPM korang. Tak kira la SPM batch mana. ;pp.

p/s: aku masih berada di Port Dickson. :D

post signature


Minggu, 07 Maret 2010

Bye. Cuti Seminggu.

Heh. Aku tak tahu nak tulis apa untuk entri kali. Banyak je idea nak tulis tapi nanti-nanti la k. Ehh. Ni scheduled post taww. Masa korang semua baca entri ni, aku dah ada dalam bus nak balik Port Dickson (PD) dan maybe dah sampai dah pun. Cuti beb. Mid Term Break.

Tak sabar nak balik PD woi. Sambil-sambil tu aku nak cari ketenangan kat sana. Aku duduk Melaka tak pernah tenang sebab macam-macam masalah aku kena fikir. T_T. Biasa la kan. Tiada satu manusia kat dunia ni yang tak ada langsung masalah kan.

Bye.

post signature

Kamis, 25 Februari 2010

Mid Term 1 Dah Habis. Hati Lega. :D

*Lee Min Ho lagi ♥

Akhirnya semalam Mid Term 1 Trimester 3/2010 dah habis. Perghhh lega wehhh. Kira dah Merdeka kejap la ni. Lepas ni ada lak Mid Term 2 tapi rasanya lambat lagi. So boleh enjoy lelama.haha.

So blog walking akan berjalan sepeti biasa lepas ni. Dua tiga ari ni (lepas balik dari cuti raya cina) memang aku straight forward Mid Term. Study last minute kot. haha.

Paper Operating System; Memang senang. Masuk chapter teori. So menghafal je. Belajar subjek OS tak bermakna aku belajar cara menghasilkan program Operating System. Gila apa. Level aku tak tinggi tu lagi sampai buat OS sendiri.;pp. Overall subjek ni pasal macam mana OS proses tak kira la dalam XP, Vista atau 7. Huhh. Tak sabar nak tunggu Lab Assignment Linux. Suatu perkara baru untuk aku :D

Paper Maths Techq: BAPAK SUSAH! Aku panggil paper ni Calculus. Memang susah wehh. Macam-macam formula calculus baru yang aku cipta kat atas kertas jawapan. haha.

Paper Program Design: Aku NO KOMEN untuk paper ni. Entah la. Subjek ni pasal tulis coding; C programming. haiahh. Rasa declare salah je. Rasa banyak error. Rasa salah kira. T.T. Tak yakin akan passed paper Mid Term ni.

Ok la. Dah habis merepek. :D

post signature


Selasa, 02 Februari 2010

Aku Cina Yang Pelik

Hahahahaha. Aku memang cina pelik. Cakap melayu tak pernah pelat. Fasih sungguh. Korang yang baca blog aku ni pun mesti pernah terfikir aku ni Melayu kan. Sebernarnya, aku dikatakan cina yang agak pelik sebab aku hanya layan novel cinta Melayu. Jarang kan lihat seorang cina baca novel Melayu. Tapi benar-benar wujud. Itu la aku. ;pp

Jom intai koleksi novel yang aku ada sampai takat ni :D

Aku minat baca novel sejak mula baca novel Ombak Rindu. Sesiapa yang lahir zaman aku mesti tahu cerita tu. Tapi dari aku darjah 6 sampai form 5 aku hanya suka baca novel yang dipinjam dari library sekolah. Aku agak kedekut masa sekolah.haha. Pernah sekali dua je beli novel masa tu.

*<--- Jiwa Merindu, Lakaran Kasih, Sambutlah Cintaku, Horizon Cinta, Andai Itu Takdirnya, Cinta Datang Lagi.--->

dan lagi.. *Ilham Hati, Ternyata Cinta

Sekarang ni aku dalam proses habiskan novel Ternyata Cinta dari Damya Hanna. Aku rasa tak membazir beli novel ni dari beli DVD Original Boys Before Flowers yang berharga ratusan ringgit tu. Download secara pirate sudah.haha.

Novel yang mendapat tempat kat sudut hati aku ni (cewahhh); Sambutlah Cintaku. Aku dah khatam banyak kali. Tak pernah bosan dengan cerita tu even novel tu aku beli time aku Form 1 kot.haha.

Sambil baca novel aku mengenali banyak perkataan baru. Apa kau ingat aku dah fasih cakap melayu, aku paham la ye semua perkataan melayu.hehe. Time SPM dulu BM aku A1 taww. Sesuatu yang boleh dibanggakan sehingga hari neh :D. Not all chinese can get A1 in Malay Language.

Seumur hidup aku kawan aku lebih ramai yang terdiri dari Melayu dari Cina. Why? Jiran aku Malays. Kawan sekolah sampai la kawan kat MMU Malays gak. Cina ada gak la tapi tak berapa nak rapat macam aku rapat dengan kawan Malays aku. Facebook lak ada 3 orang je kot kawan cina aku. Classmates, senior dengan ntah mamat mmu cina mana ntah add aku.wuakakakaka.

1Malaysia okey! :D
Lepas ni nak belajar bahasa Korea lak. Kata nak kawin dengan LEE MIN HO. :D

post signature