Jumat, 24 Juni 2011

mimpi yang tak berapa nak basah. Bukan cerita sex.

Suatu hari tu kan aku terdengar perbualan antara dua jejaka Korea yang sangat hensem orangnya dalam sebuah bilik kuliah ni. Kau orang mana tahu aku pernah join student exchange ke negara Korea Selatan sana selama 6 bulan. Dipendekkan cerita, selama 6 bulan tu ada lah kumpulan lelaki korea yang sangat poyo di pandangan mata aku. Kat sana memang ada group group lelaki korea yang hensem hensem tawww ala ala Boys Over Flowers tu. Itu yang bestnya sekolah kat Korea tu - HAHA.

Masa tu aku sangat nerd. Kawan pun tak ada. Tak sebahasa katakan. Mana reti nak cakap Korea sangat. Dorang pun tak reti sangat nak speaking. Setakat sebut an nyoung ha seh yo dengan saranghae reti lah aku. HAHA.

Ok. Berbalik kepada cerita tadi. Aku tengah kalut cari balik keychain yang aku buat sendiri pakai kain felt tu. Lagi sebulan nak balik Malaysia ni. Sampai satu sekolah tu aku godek. Tak jumpa langsung woi. Maka berpatah balik lah aku kembali ke kelas dengan hati yang kecewa. Masa tu waktu lunch hour. Tak ada orang dalam kelas pun. Semua dah naik atas rooftop main handphone kot. Pastu aku terdengar perbualan antara dua jejaka Korea yang selalu cari pasal dengan aku kat sana.

*sila bayangkan keadaan aku macam ni*

Mata aku tiba tiba terpandang apa yang tangan laki tu pegang. Keychain aku woi kat tangan dia. Celaka apa ni. Aku cari punya lama. Kat dia rupanya. Hey! Sengaja cari pasal betul dia ni. Ni apa kes nak curi keychain aku ni jantan Korea yang perasan ni ha? Marah betul aku. Tapi tapi sebelum aku merempuh pintu kelas tu dengan jayanya..ini antara ayat yang aku dengar :

Dorang cakap dalam bahasa Korea lah. Nasib baik aku boleh lagi dengar dan faham sikit sikit. Meh aku translatekan. Lebih kurang berbunyi macam ni lah..

A: Kawan laki tu.
B: Laki yang perasan curi keychain aku tu!

A: Why her things is at you? I saw her running around this school searching for this kechain.

B: I took it from her.

A: Why doing that to her?

B: Because I fall in love with her. I know this keychain is important for her. I won't let her go back to her country. She must stay with me. I will make her stay with me.

Terpempan kejap aku mendengar kata kata dia. Disebabkan aku terlalu leka mendengar perbualan dorang tu, aku tertolak pintu kelas yang aku sandar dari tadi. OMG. Habislah aku.. Pastu lelaki B tu keluar dari kelas dan merenung aku macam singa yang kelaparan. Takut woi.

*sila bayangkan keadaan kami seperti ini*

Selepas insiden tersebut. Hubungan kitaorang dah boleh dikatakan teman tapi mesra. Dia selalu protect aku dari bitch bitch kat sana. Ya di sangat baik hati. Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia.

Sehari sebelum aku berangkat kembali ke Malaysia. Dan aku pun berkata begini kepada dia pada satu petang senja di sebuah bilik.. "I like you. No matter how hard I try not to like you, no matter how hard I try to erase you… my efforts are so fruitless to the extent that I get angered by it." Lebih kurang macam tu lah. and then apa lagi nak cium mulut woi..

*seperti gambar di atas*

Then belum sempat nak cium. Sekali bunyi alarm phone aku berbunyi suruh aku bangun pergi kelas Moral Studies. HA! Celaka. Rupanya aku bermimpi. Yang diceritakan itu semua mimpi aku pada hari selasa hari tu. Aku tak tahu kenapa sampai sekarang mimpi tu seakan akan betul betul berlaku. Masih fresh dan clear dalam memori aku.

Inilah padahnya baca manga Hot Gimmick sebelum tidur. Masalahnya kenapa scene scene Princess Hours yang masuk dalam mimpi aku itu hari? HAHA! Dan lagi satu lelaki B yang aku mimpikan bukan seperti hero dalam drama Princess Hours. Tetapi aku masih ingat wajah lelaki B itu. Seperti wajah ini.. yang berambut panjang curl curl cenggitu.


Jadi apa relevant nya mimpi aku ni ha? Princess Hours, Hot Gimmick, lelaki wajah seakan akan Bae Yoon Joon dan ayat ayat dari Boys Over Flowers termasuk dalam mimpi aku. ngahahahaha. Semuanya tinggal misteri. Err err apakah entri ini ditulis juga sebuah mimpi?

Aku rasa aku dah boleh tulis skrip drama korea nih. Nak contact pihak sbs.co.kr sekarang jugak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar