Kamis, 23 Juni 2011

[Sarcasm] Follow blog saya dulu baru awak boleh join contest blog saya.

Jenis contest :
Contest review blog.
Contest blog paling comel dan tercantik dan terkacak bla bla bla.
Contest gambar paling photogenic.
and many more.. tapi menggunakan syarat yang sama.

Syarat: Lepas dah follow blog ini, nanti dalam contest entri awak tu. Kena tampal header saya taw. p/s: jangan lupa tag 3 orang untuk join contest saya ini.

Itu antara syarat syarat yang nampak mudah untuk sertai tapi sangat jengkel kat pandangan aku. First of all, apa relevant nya tempek header dalam entri contest kau tu? Tak kisah lah kalau kau nak link kan entri kau dengan blog orang yang buat contest tu. But why nak tempek header sekali? I don't get it here. Dah backlink kat blog orang tu cukuplah. Ni kena tempek header sekali.

Ini lagi satu hal. Dah join contest tu, kena tag 3 orang untuk join contest tu. Shit? Kau join dah lah. Buat apa nak tag tag ni? I know some of you have tag me for whatsoever contest you have join but I won't even bother to join it lepas baca syarat syarat jengkel kau tu. Bukan sombong sampai tak nak join.

And last. Kalau nak join kena follow blog dulu. Apa ni? Orang nak join nak menang. Sekali syarat dia kena follow dulu baru boleh join. Kalau tak, tak boleh menang lah. Di sini nampak sangat kau nak kumpul followers ribu riban tapi at the end of the day lepas dah habis contest tak ada siapa pun nak baca blog kau tu sebenarnya. Mungkin ada yang akan unfollow terus. HAHA.

Oh. Aku pernah jugak join contest blog ni. Pernah join contest giveaway kat blogshop orang which aku rasa senang sebab aku dah beli product dia masa dia awal awal buat blogshop. Tak ada pun syarat syarat jengkel tu. Baru nampak ikhlas. And I won the giveaway. Kalau rajin cari lah entri contest yang aku buat tu.

I even had my own blog contest. Itu dua tahun lepas lah. Tahun 2009 kalau tak silap. Contest aku senang sahaja. Orang yang tak ada blog pun boleh join asalkan tinggalkan contact information. Iaitu cipta slogan sempena hari jadi aku. Tak payah nak follow blog aku pun aku welcome kau untuk join. Tak payah tempek header woi. Sebab kau cuma komen sahaja entri contest tu dengan slogan kau. See easy. Even mendapat sambutan hangat waktu tu. Walaupun hadiah tak seberapa. tsktsktsk.

Ya. Sebagai manusia biasa, aku pun ada nafsu nak join contest kau tu selepas melihat hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Tapi bila tengok syarat syarat jengkel kau tu, nafsu nak join tu totally gone. I know not only me who thinks this is so annoying in blogsphere now. Azra point lagi banyaaakkk. HAHA. (Read Here)

Mana lagi sekarang ni nak cari blog contest macam tu yang tak ada syarat syarat jengkel yang macam aku mention tu? Tak ada woi. Semua orang sibuk kejar traffik kumpul followers blog melalui buat contest blog. Kalau aku jumpa blog contest yang macam aku buat tu, memang laju laju aku join. Kalau contest teka barang pun best gak :p.

Apa apa pun. Kalau korang jumpa contest blog teka barang jangan lupa inform aku. hihi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar