Senin, 04 Juli 2011

[Troll Perempuan] : Cakap Tak Serupa Bikin.

Tulisan asal dari Terfaktab : Perempuan Cakap Tak Serupa Bikin Sebenarnya. I wrote that entry. Entri ini cuma aku olah semula ayat dia dan beberapa contoh telah ditambah.

Perempuan memang cakap tak serupa bikin. Lelaki bukan cakap tak serupa bikin. Tapi lelaki payah untuk keeps their promises to girls. But girls never say what they really mean dan biarkan lelaki itu wondering and wondering with her words. Yes! Itu lah kuasa seorang perempuan yang boleh sampai menghancurkan hubungan sendiri.

Jangan selalu salahkan lelaki sangat yang tak boleh berjanji. Perempuan pun selalu sangat cakap maksud tersirat. Otak lelaki ni simple je. Mana ada masa dia nak translate maksud tersirat kau. Kalau nak cakap terus terang sahaja ok?

Contohnya tengah gaduh dengan boyfriend :


"I dah fed up dengan perangai you yang macam @#!@$#^%^&^ tu okay. Putus ah cam ni"

Jadi lelaki akan fikir awek dia betul-betul nak putus dengan dia padahal bukan. Perempuan ni hanya akan tuturkan kata-kata putus di kala tengah jiwa kacau dan tengah hati terbakar.

Nanti esok lusa. Bila hati si awek dah sejuk dia akan terlupa terus kata-kata nak putus tu. Dia akan anggap kata-kata tu macam tak wujud dan akan mula berbaik dengan si pakwe. Betul. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku selama 20 tahun menjadi perempuan. haha.

Yang lelaki jangan pula gatal mulut pergi ungkit semula kata-kata putus tu. Mahunya kena pelempang terus. haha.

Contoh keadaan di shopping mall :

"Eh. I nak lah beli bag ni. Lawa sangat ni"

At the end dok membebel pasal beg tu dah puas round satu kedai tu. Last-last "Eh. I tak jadi beli lah. Pergi kedai lain nak?" . Kan macam sengal tu? Sebenarnya perempuan ni ada masalah membuat pilihan dengan tepat dan tangkas lebih-lebih lagi kalau waktu sales. Perempuan jadi rambang mata terus bila waktu sales. Kalau boleh dia nak SEMUA! - haha.

Mula mula perempuan ni dah bertekad akan beli beg tu tunggu gaji bulan depan. Alih alih dia pergi beli barang lain dan terlupa beg tu terus. Perempuan macam budak budak yang mahukan ice-krim pada mulanya. Bila dah diberi gula gula terus dilupakan ice-krim itu.

Contoh keadaan di Facebook :

Status: "I dah nak out ni. Goodnight"

Tapi tak sign out langsung dari Facebook. Kau refresh 5 6 kali lah Facebook tu. Kau still akan nampak perempuan tu masih online kat chat dia. Masih lagi hijau. Bukan bentuk bulan tu okayh. Sebenarnya perempuan tu tengah menanti komen kau orang semua wish dia good night. Takut tak ada orang wish tak dapat tidur plak nanti mimpi kena sorok dengan hantu tetek kononnya.

Contoh keadaan bila perempuan on diet:

"I tengah diet. Tak nak makan nasi seminggu tapi makan makanan jenis sayur je"

Esoknya kau tengok dia melantak sepinggan yang penuh dengan nasi lauk ayam masak merah tambah telur mata tambah air teh tarik gelas besar. Diet katanya kan? Nak makan jenis sayur katanya kan?

Contoh semasa SMS :

Seawal 2AM..

"Baby dah mengantuk?"
"Belum lagi. Mata baby segar bugar ni ha" - padahal mengantuk tahap gajah afrika dah weh. dah terlelap 7 kali dah kot.

Sebenarnya perempuan ni nak jaga hati si pakwe dengan berkata belum mengantuk. Tapi si pakwe tak pernah nak faham. Lalu si pakwe boleh tertidur dengan enaknya padahal si awek sedang menunggu balasan text darinya. Lalu keesokkan paginya, bergaduh lah pakwe dan awek ini perihal kejadian pakwe tertidur.


Jadi awek awek sekalian kau tidur je terus kalau dah mengantuk. HAHA! Apa apa hal besok boleh bincang. Tidur lagi penting tahu? Kalau aku memang tidur terus. zz

Contoh keadaan tengah fed up :

Bila perempuan dalam keadaan yang sangat fed up dengan boyfriend. Segala keputusan dia akan menjadi lain dari keputusan semalam. Contohnya..

"Aku tak jadi ikut kau keluar esok"

lepas beberapa minit bila keadaan dah normal semula.

"Ok. Aku jadi esok ikut kau keluar"

Ha. Ni yang aku selalu buat. Nak buat keputusan punya lah payah. Tak serupa bikin sudah. Kadang-kadang boleh last minute aku baru nak kata ikut padahal awal-awal rancang tak nak langsung keluar rumah.

And the last one explain all when a girls tell you that she's okay but she's not really okay actually..
See. Perempuan memang cakap tak serupa bikin kan? HAHA. Perempuan cepat berubah fikiran tak kira masa. Guys can get annoying on that too.

Cepat bagi tahu aku keadaan apa lagi yang membuatkan perempuan cakap tak serupa bikin. :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar