Kamis, 06 Oktober 2011

Review : Garnier BB Cream.

Itu hari aku ada tanya pendapat readers Terfaktab kat fan page Terfaktab pasal concealer pakai dulu atau pakai foundation powder dulu. And one of them suggest me to try Garnier BB Cream. Ini kali pertama aku dengar pasal Garnier ada keluarkan produk BB Cream. Terus aku terbayangkan muka artis korea yang mulus dan flawless itu.kahkahkah. Aku tak tahu kenapa aku asyik fikir produk Garnier ni hanya untuk lelaki agaknya sebab Fahrin Ahmad pernah jadi duta untuk Garnier dulu. HAHA.

Anyway, lepas tahu pasal produk ni. Read some review pasal BB Cream ni kat blog. Aku pun rasa nak try produk ni. Maka aku pasang niat nak pergi Watson masa kawan-kawan aku sambut besday aku pada 30 Sept itu hari which explain this Wordless Wednesday why it's Sushi. Sambut besday dengan makan sushi jusco sangat rare kan?

Nama penuh BB Cream ni Garnier BB Instant Fairness BB Moisturizer. Harga Garnier BB Cream ni RM15 masa aku beli. Watson masa tu buat promotion. Harga asal RM19.90 - RM22 agaknya. 20ml untuk satu botol. Kalau nak beli BB Cream dari Etude House yang pakai duta Lee Min Ho tu memang tak mampu gamaknya.

Ini ciri-ciri dia:
1. More radiant
2. More even-toned
3. Less dark spots
4. Less visible imperfections
5. Reduce redness
6. Smoother
7. More hydrated
8. Less visible Lines
9. Less visible pores
10.Reveal a healthy glow
*sebesar tapak tangan aku je.huehuehue*

Kemudian aku picit sikit je. Heh. 20ml je ada. Sayang nak picit banyak banyak macam picit ubat gigi tu. Cream dia sangat cair. Tak lah pekat macam cream biasa tu. Lepas tu sapu lah kat muka. Mula dengan dahi, kemudian pipi dan last sekali dagu. Kalau tak puas hati lagi hasil dia, sapu lagi sekali.


Dan ini hasilnya.
Apa yang aku nampak ialah dia kurangkan liang roma aku yang hodoh tu. Lepas tu nampak tak jerawat kat dagu tu yang kaler merah kat gambar Before tu? Yes. Garnier BB Cream mampu cover semua redness kat muka kau. Parut jerawat dia tak dapat cover semua. Cover sikit je. Sebab tu kau akan nampak parut tu lepas sapu. But it does reduces it right?

*ini lepas sapu dia kali. liang roma makin berkurang*

Kau jangan nak harapkan Garnier BB Cream ni boleh jadikan muka kau flawless lepas sapu melainkan jerawat kat muka kau tak seteruk mana pun. Kalau nak flawless lagi pergi letak concealer dengan foundation powder untuk reduces minyak muka kau :D

Aku sangat suka produk ni dan akan beli lagi. Sebab dia REDUCES all the UGLY things on my face. Lepas ni nak try Garnier Overnight Whitening Peeling Cream tu. Nak pakai waktu malam lepas aku pakai facial treatment mask.

Btw, aku tak bertanggungjawab kalau lepas kau pakai BB Cream ni muka kau gatal-gatal and bertambah teruk. Mungkin kulit sensitip. Sila cuba produk lain lah ye~

p/s: Nak hilangkan jerawat? Tips Kecantikan : Buat face treatment sendiri jom!

This is my 600th posts for my blog :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar