Kamis, 22 Desember 2011

#2011 cerita drama korea part 1

Agak sibuk sebenarnya sebab tengah burn cerita yang orang nak beli. ekekekeke. Tahun 2011 ni aku rasa tahun kdrama dengan kpop untuk aku. Tahun ni lah aku dah start gila dengan kpop dengan kdrama and sekali dengan variety shows Running Man. Bila dikira kembali aku start tengok kdrama bulan Julai ke August macam gitu sampai lah bulan december. Dah 13 kdrama aku tengok. KAHKAHKAH!

Entri kali ni aku akan review kdrama yang aku dah tengok untuk tahun 2011 ni. Aku tak nak lah review 13 drama tu dalam satu entri. Kang panjang berjela siapa nak baca? Aku kasi short review sajork ikut pendapat dan selera aku sendiri. Jom start~ vrrooommm...

1. The Princess' Man
Aku ada buat full review untuk cerita ni. Boleh lah baca di sini [link]. Aku dulu memang tak suka tengok historical. Tapi hati aku dah terbuka weh dengan historical drama. Not bad sebenarnya. Kau kalau tengok cerita The Princess' Man kau kena sediakan sekotak tisu woi. Lagi lagi kalau sampai ending dia. Wuiiii.. meleleh air mata kau. Cerita dia ala-ala Romeo and Juliet zaman Joseon. Sebab tu aku tengok. Aku suka genre romance macam ni yang mampu buat aku nangis. Aku dah tengok 5-6 kali ending dia.kahkahkah!

*I just love this scene. Ingatkan orang zaman dulu tak ada skin-to-skin touch with different gender. ekekekeke*

Mengikut apa yang aku baca kat wikipedia tang historical tu memang betul lah dia ikut sejarah dalam buku Korea yang Prince SuYang rampas kuasa maharaja dari anak saudara dia tu sendiri. Kisah cinta tu aku rasa betul gak. Sebab dalam Wikipedia ada tulis yang Prince Suyang ni ada dua anak perempuan tapi satu tu dia dah putuskan hubungan tak tahu lah sebab.

Dalam cerita ni plak Prince Suyang tu putuskan hubungan dia dengan anak perempuan dia sebab anak dia tu dah tersuka kat anak musuh ketat dia. Gitu lah ceritanya. Still it's remains unknown sama ada cerita cinta dalam ni kisah benar atau tidak. Misteri nusantara~

Sampai pernah satu ketika yang pendek tu aku fanatik dengan hero cerita ni , Park Si-Hoo. Drama ni memang drama terbaik.

2. City Hunter
Oh. City Hunter jatuh ranking dari hati aku lepas aku tengok The Princess' Man. Kalau bukan sebab abang MinHo berlakon dalam ni aku tak tengok sebenarnya.kehkehkeh. Memula cerita City Hunter dah sedih time bapak Poon Chai (lee min ho) mati kat laut tu.

Sebenarnya tu bukan bapak kandung dia pun. Lepas tu bila dah besar Poon Chai kena balas dendam demi bapak dia yang kena khianat dengan South Korea sebab tu mati kat tengah laut :( . Cuma ending cerita City Hunter bagi aku "eh macam ni je ke ending dia.. mehhh" Aku tak tahu macam mana nak express perasaan bosan aku terhadap ending cerita ni walaupun ianya happy ending. zzz

*Ingatkan ending ni nak hug ke apa. Tapi... -_____- Kau tengok sendiri je lah*

3. Iris
Pembawakan dari City Hunter sebab tetiba suka dengan cerita aksi, aku start tengok cerita Iris yang tayang time 2009 ni. Aku rasa cerita Athena yang spin off Iris tu tak boleh langsung lawan dengan Iris. Athena pun aku belum tengok sebenarnya -___- Aku memang suka Kim Tae Hee dari zaman sekolah lagi. Dia sangat cantik bagi aku. Tak payah lah aku cakap cerita ni pasal apa kan. Kau boleh je kan baca sinopsis dia kat wikipedia? Kahkahkah. Ending cerita ni tinggalkan misteri nusantara betul. Siapa lah yang bunuh hero tu pun tak ada siapa tahu. Tapi dengar khabarnya .. dalam Iris The Movie tu ada tunjuk siapa pembunuh hero tu. Jengjengjeng!

Ura-ura ada kata Iris 2 tak lama lagi tayang. Itu tak tahu lah bilanya~

4. Dream High
*tak ada siapa sangka sebenarnya ini ending untuk Taecyeon. Ada perempuan lain suka kat dia selama ni ^^*

Aku tak akan lupakan drama ni. Drama ni lah buat aku suka dengan 2PM. Memula affection aku jatuh kepada Taecyeon kemudian baru Chansung. haha. Dream High ni best hokayyyy. Song Sam Dong tu sebenarnya hensem kan? Aku tak suka time memula masa rambut dia kerinting tu. Bila dia dah potong rambut macam Taecyeon tu, dia hensem rupanya XD. Cerita ni lebih kurang nak tayang lifestyle trainees and kpop idol sebenarnya. Kalau nak tahu kpop idol tu macam mana baik kau tengok You're Beautiful.

Dream High 2 akan tayang bulan Januari nanti ^^. Haruslah kena tengok bila dah ikut cerita dia dari season 1 kan.

5. Protect The Boss
Cerita ni paling epik aku rasa. KAHKAHKAH. Kau tak tahu cerita ni kelakar hokay. Cerita dia senang je. Tak yah pening pala lah kan. Kisah cinta dia dalam ni pun tak ada halangan sangat. Perempuan bitch yang selalunya jadi pihak ketiga pun tak ada. Paling epik time Na-yun tu boleh jadi kawan baik kepada No Eun Seol sebab Na-Yun dulu ada crush dengan Ji Heon tu. Tapi last-last ending dia Na-Yun dengan Moo Won tu and Eun Seol dengan Ji Heon.

*epik sangat ni. Biasa orang menangis bawah shower tu, tapi engkau menangis tepi shower je. kahkahkah!*

Aku sangat suka bapak Ji Heon sebab bapak dia kelakar. Lagi lagi bapak dia suka buat show simpati kat depan orang bila company dia dalam masalah. kehkehkeh. And and and.. bapak Ji Heon suka gaduh dengan mak Moo Won. Dah tua tua pun nak gaduh macam budak kecik -______- Sebab tu aku cakap cerita ni sangat epik dan lain dari lain :D

6. You're Beautiful
Ahhhh! Cerita lama. Tahun 2009 gak kot? Tak ingat lah. Kemain kau moi. Cerita tahun 2009 kau baru nak tengok tahun 2011. kahkahkah! Starting cerita ni aku sebenarnya tak berkenan langsung dengan hero dia , Jang Geuk Suk yang berlakon. Muka dia macam perempuan. Lepas tu badan dia keding benar aku tengok X_X tapi lelama bila tengok jalan cerita dia makin berkembang aku start suka plak dengan Jang Geuk Suk tu sebenarnya.

*Jang Geuk Suk hensem sebenarnya kalau buat rambut dia spike up macam ni*

Agak tak logik gak kan cerita macam ni. Yela. Park Shin-Hye tu kau dressup kan dia macam lelaki pun still wajah dia nampak perempuan.ekekekeke. Tak logik pun still aku suka tengok sampai habis sebab kelakar time Jang Geuk Suk tu buli Park Shin-Hye. Kes tak ingat nama watak taip je terus nama pelakon tu senang. kahkahkah.

Agak agak dalam kpop industri yang betul ada tak ehh perempuan yang menyamar jadi lelaki pastu join group kpop idol lelaki? ekekekek. Jangan kau sebut Jo Kwon 2AM yang muka dia macam perempuan tu sudah~~ lol

Aku dah habis review Part 1 ni. Part 2 sambung minggu depan lah ye dengan 7 drama yang lain. Cerita pun dah habis burn ni. Agak-agak kau 6 drama yang aku review ni, mana satu kau paling suka?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar