Rabu, 11 Mei 2011

sabun yang berbentuk seperti boleh dimakan.

Creative. This is a soap not an ice-cream ok?

Pernah tengok tak ais krim yang tak boleh dimakan langsung? Kalau makan konfem kau muntah balik. Ini lah dia sabun yang berbentuk ais krim. Woi. Sebijik macam ais krim tahu tak. Direka oleh Debbie Chialtas. Beliau bukan sahaja mereka sabun berbentuk ais krim malah sabun bentuk lain seperti cup cakes turut direka beliau. Kalau kau rasa nak beli boleh lah tengok website beliau ; Soapylove. Boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang. Boleh main sabun dengan sabun rekaan beliau ye tak?

Example of the soap :
Soapylove Candy Carousel Cupcake Bath Bomb
Ini bukan cup cakes!! Kalau ini bukan sabun tapi cup cakes. Dah lama aku ngap woi.

Anyway, entri ni tak nak tayang cupcakes sabun tapi nak tayang beberapa contoh ais krim sabun yang menarik perhatian aku.

1.Soapylove Island Style Soapy Pop
macam ais krim asamboi kan?

2.Soapylove Mint Chip Soapy Pop
woi. macam ada chip coklat dalam sabun tu. homai.
kalaulah boleh makan..


3.Soapylove Candy Carousel Soapy Pop
ais krim rainbow paddle pop?

4.Soapylove Neapolitan Soapy Pop

5.Soapylove Clearly Lovely Soapy Pop
woi. kaler pink!! cantik :D

6.Soapylove Nilla Sammie Soapy Pop
dikatakan ais krim ini ada bau coklat. wahwahwah.

+much more at gallery soapysoap.com

p/s: kalau sabun comel ni ada kat aku. aku akan sayang nak guna. T_T. kasi frame terus sabun sabun ni.

Selasa, 10 Mei 2011

Wordless Wednesday #2 : Sperma

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

Hidung Bercawan Kertas. Mesti Sayang Nak Buang Punya.

Selamat malam semua. Semalam tunjuk cekak telinga kucing yang boleh bergerak mengikut brainwave kita. Agak agak gadis shawl sesuai tak pakai cekak telinga kucing tu? Comel weh. Cekidut tahu entri tu?

Malam ni nak tunjuk benda simple yang selalu ada kat parti buih ke parti besday ke. Iaitu cawan kertas. Kalau kat parti ke jamuan ke. Mesti pakai cawan kertas plain white tu kan? Sangat tak interactive tahu. Tapi cawan kertas yang bakal ditunjukkan ini sangat interactive. Boleh guna untuk hiburkan hati tetamu (lol). Mesti sayang nak buang punya ahh lepas guna.

1. Pick Your Nose Paper Cups $6.40

Itu baru cawan yang ada gambar hidung manusia. Yang kat bawah ni pula cawan yang ada gambar hidung haiwan. Mwahahahaha.

2. Pick Your Nose Animal Paper Cups $10.54



dan beberapa random cawan kertas.




Nota kaki : besok wordless wednesday #2. Jadi tiada updated sepanjang hari rabu. Blog pun nak berehat. Tuan blog pun nak berehat. hehe. Nanti aku blog walk ok? Sekarang mengalami tahap mengantuk tahap nak maki orang boleh? (lol)

Good night.

Senin, 09 Mei 2011

Minda Kita Kawal Telinga Kucing Ini. Hey Comel!

Kalau orang Malaysia kita panggil cekak telinga kucing. Sebab teling kucing ini datang dengan cekak sekali. Lepas tu aku rasa benda ini sangat comel. Bukan setakat comel. Benda ini sangat berguna untuk orang kurang upaya untuk express feeling dorang. Benda ini dinamakan necomimi. Nama pun comel woi. Direka oleh neurowear. GENIUS INVENTION AT HERE!

Cekak necomimi ini akan react ikut brainwave kita. Aku pun tak tahu nak explain benda sains ni. Aku failed sains sains. Don't ask me.HAHA.

Contohnya kalau kau concentrate, telinga kucing tu automatically akan berdiri.


Kalau tengok gambar macam tak real. Cuba tengok iklan untuk cekak ini. Mesti kau akan dapat lihat macam mana cekak ini berfungsi mengikut brainwave kita ini.


Aku tak tahu lah ada tak gadis shawl yang berani pakai cekak ni keluar jenjalan. HAHA. Tapi kalau perempuan Jepun yang pakai memang sangat kawaii (baca : comel)

Trivia : Neco maksudnya cat dan Mimi maksudnya ear = cat ear.

[Tentang 10] Day Ten : 10 Final Words

Tentang 10 mengenai tentang 10 perkara mengenai diri aku. Dan ini akan diadakan selama 10 hari kecuali pada hari Rabu (ada segmen lain aku join dalam blog untuk hari Rabu sahaja)

day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Day Ten : 10 Final Words

#1 Hari ini hari last untuk cabaran #tentang10 kat blog.

#2 Tahu tak mula mula aku buat #tengtang10 aku tak yakin aku akan habiskan sampai hari ke-10. Tak sangka dah habis jua.

#3 Antara semua hari yang paling susah ialah hari ke-7. 10 Important People. Susah woi. Aku ada kurang dari 5 orang yang penting dalam hidup aku ni tahu tak.

#4 Sebab #tentang10 ni lah, aku sungguh sungguh buat video untuk Day Eight : 10 Of My Favourite Songs. Dah reti dah guna movie maker tu. weehuuu

#5 Lepas tu kan. Blog ini aktif sangat updated sejak ada #tentang10 ni. Sehari dua entri. Lepas ni dah tak ada dah ye. :D

#6 kepada Mira Edora, Sherah, Huda dan lelain. Harap harap dapatlah siapkan #tentang10 ni. hehe

#7 Sekarang kau dah tahu kan pasal aku? Kalau belum tahu boleh baca kat Day One : 10 Things About Me.

#8 Nak baca balik semuanya? Boleh baca kat #tentang10 ok!

#9 Tulis 10 final words ini mencabar juga. Sebab I am speechless right now.

#10 Thank god. This challenge is finally over in this blog :p
p/s: komen entri ini surat ini untuk mak mertua aku. Tutup komen kat entri ini sebab dah tak larat nak balas komen semua orang. Malam nanti aku updated lain pula. Thanks tahu? :)

Minggu, 08 Mei 2011

surat ini untuk bakal mak mertua aku

#NotATrueStory
Alert : This post is fucking long.

Situasi : Bakal mak mertua aku itu seorang yang sangat kolot. Sangat mengutamakan tradisi di mana bakal menantu dia ini seorang yang sangat urban fikirannya. Apakah akan bahagia rumah tangga bakal menantunya ini dengan anak lelaki kesayangannya kelak? Jadi demi untuk kepentingan rumah tangga aku, aku telah bertindak agresif dengan menulis surat untuk bakal mak mertua aku ni. Apakah kesudahaan cerita ini? Ikutinya sekarang!



Dear future mother-in-law,

Sebelum saya tulis surat ini, saya sudah check medical report aunty. Saya juga sudah bertanya kepada doktor bagaimanakah kesihatan aunty sekarang. Ternyata aunty masih sihat walafiat. Tiada penyakit sakit jantung atau darah tinggi. Jadi aunty boleh lah baca surat ini sampai habis tanpa serangan sakit jantung ye! Saya khuatir sahaja, aunty tak sempat melihat kami berkahwin awal awal lagi dah ciao. T_T

Sebenarnya aunty. Bukan saya tak suka aunty. Saya suka sangat aunty bila aunty sendiri kata nak buat wedding ala-ala siti nurhaliza dengan dato k tu. Tapi aunty tahu tak dalam hati saya membuak buak mahukan wedding of the year lah aunty. Saya tak nak ala ala macam wedding siti dengan dato k. Saya mahu wedding ala ala macam Prince William dengan Kate Middleton tu aunty!

Saya tahu aunty tak sabar nak timang cucu. Tapi aunty. Umur saya baru 20 lebih. Umur 25 pun belum lagi. Jangan risau aunty. Saya yakin dengan tahap kesuburan saya ini. Saya dah check doktor. Saya subur katanya. Tak tahu plak anak aunty tu. Air mani dia berkualiti gred A kot. Aunty kena lah tunggu dalam 3 hingga 4 tahun lagi baru boleh timang cucu. Saya bukan apa. Anak aunty tu pun payah saya nak jaga. Nampak sahaja perempuan dahi licin sikit, mula lah tu ketiak dia naik miang.

*ini yang akan saya pakai masa kami honeymoon!*

Lagi satu aunty. Kami bila dah kawin. Kami tak akan duduk dengan aunty tahu. Ala aunty ni. Sporting lah sikit. Saya nak berdua-duaan dengan anak aunty tu. Macam mana saya nak ehem ehem dengan anak aunty tu kalau aunty nanti asyik ketuk pintu bilik kami. Jangan risau aunty. Saya tak akan biarkan anak aunty tu jadi si tanggang moden! Saya akan pastikan kami berdua akan pulang melawat aunty sebulan sekali. Bukan jauh pun rumah kita. Dua tiga blok sampai lah rumah aunty.

Lepas tu aunty. Kelak kalau saya dengan anak aunty tu dah ada anak. Saya harap sangat aunty tak masuk campur urusan nak namakan anak kami tu. Itu anak kami aunty. Kami lah yang berhak ke atasnya. Kalau aunty nak bagi nama juga, tolong lah bagi nama yang bunyi futuristic sikit! Baru lah nampak hebat cucu aunty tu nanti.

Kalau aunty nak jaga anak kami tu pun boleh. Saya alu alu kan sangat aunty. Tapi jangan pula aunty minta anak aunty tu suruh saya berhenti kerja. Saya tak nak kerja suri rumah tangga sepenuh masa. Saya ada PHD tahu! Tapi PHD saya bukan dalam kursus ekonomi rumah tangga. Tak elok lah sia siakan sijil PHD saya tu.

Aunty jangan pula ajak saya masuk dalam politk wanita ini semua. Saya tak minat langsung nak join club wanita aunty tu. Sebab situ semua mak mak datin termasuklah aunty pun datin. Saya rasa saya kurang sesuai berada di dalam kolompok bukan dunia saya. Mungkin kena tunggu saya dapat datin dulu baru saya sudi nak join. Aunty lah bagi gelaran datin tu pada saya. Sanggup tak bagi? :p

Kalau aunty sempat telefon saya nak marah marah pasal surat ini, saya bersyukur kepada Tuhan. Maksudnya aunty tak kena serangan sakit jantung lepas baca surat ni. Jangan lah marah aunty. Lagi 3 bulan saya dengan anak aunty tu nak buat wedding of the year. Tak kan nak tengok anak aunty tu jadi bujang terlajak plak kan? Saya sayangkan anak aunty tu sangat sangat!

p/s: aunty pun saya sayang. Tak boleh sayang uncle. Nanti aunty cemburu.

I love you my future mother-in-law. XOXO

Ending of this story : We live happily ever after. #fairytales

[Tentang 10] Day Nine : 10 Ways To Win My Heart

Tentang 10 mengenai tentang 10 perkara mengenai diri aku. Dan ini akan diadakan selama 10 hari kecuali pada hari Rabu (ada segmen lain aku join dalam blog untuk hari Rabu sahaja)


day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Day Nine : 10 Ways To Win My Heart

#1 Have a very good sense of humor because I love to do silly things when in public. Harap harap kamu tak terkejut dengan perkara silly yang saya buat nanti.

#2 Tulis nota cinta untuk saya. Kalau ada diari cinta antara kita pun ok apa :D. Please surprises me! :)

#3 Jujur. Jangan nak puji puji saya sangat kalau saya tak patut dipuji. Be honest.

#4 Kena tahan dengan kegilaan saya pada drama TVB. K-drama. K-pop. Kalau saya boleh faham minat awak terhadap bola dan dota. Kenapa tidak faham minat saya?

#5 Kena faham dengan tweet saya. Jangan cepat salah faham dengan apa saya tweet. Itu semua hanya monolog dalaman seorang gadis macam saya dengan diri sendiri. Jangan cepat nilaikan apa yang saya reblog di Tumblr.

#6 Saya ketagih dengan Internet. Harap awak faham kalau saya tak ada masa nak layan awak. haha.

#7 Tinggi daripada saya please. Saya 157cm. Saya tak selesa lah date dengan lelaki pendek daripada saya.

#8 Seorang yang sanggup temankan saya ke bookstore selama berjam jam. Temankan saya ke salon buat rambut. Temankan saya shopping. Harap kaki kuat. Saya shopping selalu berjam jam padahal beli satu barang sahaja. hehe

#9 Mesti pandai nyanyi. Saya suka secara spontan minta orang nyanyi. So be ready all the time. Hahaha.

#10 Late night and early morning calls and texts ♥ ♥ ♥
Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep.

wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in track pants, who holds your hand in front of his friends, who thinks you're just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU. The one who turns to his friends and says, "that's her".