Tampilkan postingan dengan label genius. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label genius. Tampilkan semua postingan

Senin, 09 Mei 2011

Minda Kita Kawal Telinga Kucing Ini. Hey Comel!

Kalau orang Malaysia kita panggil cekak telinga kucing. Sebab teling kucing ini datang dengan cekak sekali. Lepas tu aku rasa benda ini sangat comel. Bukan setakat comel. Benda ini sangat berguna untuk orang kurang upaya untuk express feeling dorang. Benda ini dinamakan necomimi. Nama pun comel woi. Direka oleh neurowear. GENIUS INVENTION AT HERE!

Cekak necomimi ini akan react ikut brainwave kita. Aku pun tak tahu nak explain benda sains ni. Aku failed sains sains. Don't ask me.HAHA.

Contohnya kalau kau concentrate, telinga kucing tu automatically akan berdiri.


Kalau tengok gambar macam tak real. Cuba tengok iklan untuk cekak ini. Mesti kau akan dapat lihat macam mana cekak ini berfungsi mengikut brainwave kita ini.


Aku tak tahu lah ada tak gadis shawl yang berani pakai cekak ni keluar jenjalan. HAHA. Tapi kalau perempuan Jepun yang pakai memang sangat kawaii (baca : comel)

Trivia : Neco maksudnya cat dan Mimi maksudnya ear = cat ear.

Minggu, 01 Mei 2011

[Genius Invention] Ice cube berbentuk luar biasa selepas dibekukan dalam acuan ice cube tray yang genius ini.

Selamat hari Isnin semua! Hari ini hari buruh. Semua orang yang bekerja tengah cuti termasuk diri aku ini walaupun aku masih practical di tempat kerja orang. Hey! Seronok woi cuti hari Isnin. Tiada Monday morning blues langsung.

Kalau kat Malaysia, ice cube kita selalunya bentuk petak petak biasa kalau tak pun paling common boleh dapat kat kedai Mamak bentuk ice cube bentuk bulat bulat tu. Tapi kalau kat luar negara sana, aku tak tahu lah dorang ni makan apa sampai otak boleh fikir inovatif macam gini. Ice cube tray pun dorang boleh terfikir untuk reka acuan dia jadi bentuk lain. Bukan takat ice cube tray, pembakar roti punya acuan pun dorang boleh terfikir!

1. Alphabet Ice Cube Tray $17.20 [link]



2. Cool Jazz Ice Cube Tray $6.39 [link]



3. Ice Screams Ice Cube Tray $10.01 [link]



4. Cool Beans Ice Cube Tray $7.29 [link]

Kena letak air kopi dalam ice cube tray tu lepas tu tunggu dia beku. Bila dah beku jadi macam biji kopi. Cara ini sangat genius sebab rasa kopi itu tetap akan kekal walaupun ice cube itu telah cair dalam air kopi.

5. Brain Freeze Ice Cube Tray $8.00 [link]



6. Princess Star-Shaped Ice Cube Tray with Straws $7.07 [link]



7. Gin and Titonic Ice Cube Tray $6.98 [link]

*titanic?*


any of this impressed you?

Minggu, 24 April 2011

[Genius Invention] Roti bakar bercorak comel lepas guna pembakar roti ini.

Selamat Hari Isnin. Macam mana hujung minggu korang?

Bila bercakap pasal pembakar roti. Roti bakar memang my faveret sejak start practical ni. Yang memerlukan aku bangun pagi. Kini aku setiap pagi akan sarapan. Kalau dulu membuta sampai tengah hari. Mana nak sarapan sarapan ni. HAHA. Roti bakar + planta memang sedapppppppppp. Kalau tambah kaya pun sedap gak tu. But I still prefer with planta only.

Design pembakar roti ini merupakan genius invention untuk aku. Kenapa? Sebab bila kau dah bakar roti tu, nanti roti tu keluar corak comel kat atas roti tu nanti. Pembakar roti ini datang dengan macam macam acuan dan acuan tersebut akan diletakkan dalam pembakar roti tu. Nanti bakar, roti tu akan keluar dengan corak yang sangat comel mengikut acuan yang telah dipilih.

Pembakar roti ini dipanggil Pop Art Toasters kat negara luar. Dicipta oleh seorang ibu bernama Linda Carlish pada tahun 2005.

Katanya, beliau mendapat idea begini kerana beliau ingin memberi cara lain untuk ibu ibu di luar sana menarik perhatian anak anak meraka untuk makan roti memandangkan budak budak sangat memilih makanan. Bukan setakat pembakar roti sahaja yang dicipta oleh Linda Carlish. Pembakar sandwich pun ada. Sangat interactive semua pembakar roti ini.

Semua pembakar roti ini ada dijual di website rasmi dia. PopArtToasterStore.com. Harganya berlainan mengikut setiap set pembakar roti.

1. Pop Art Toaster Morning Bytes Gift Set $44.99
Ni siap ada coffee warmer. Pakai USB. Senang lah nanti. Cucuk sahaja kat laptop untuk panaskan kembali kopi.

2. Lusso Chrome Toaster $49.99
Aku tak tahu kenapa dia dinamakan macam itu. Jenis pembakar roti Chrome ini ada 3 jenis. Lusso salah satu jenisnya sahaja.

3. Love Struck Toaster $29.99
Yang ni sangat sesuai untuk pasangan kekasih. Boleh bakar siap siap dulu sebelum bawa pergi picnic. Auw~ Dah lah kaler pink. My faveret kaler. Btw, aku suka picnic. Asyik tengok wayang makan mekdi sahaja. Boring!

4. Stupid Toaster by David & Goliath $29.99

Ini comel. Design pembakar roti dia pun sempoi sahaja :D

5. Creativity Coloring Kit $24.99
Ini yang paling genius. Set pembakar roti ini datang dengan marker warna warni. Sangat interactive kalau bagi budak budak mewarna kat roti tu. Kaler kaler dalam markers tu boleh makan. FDA sebuah badan Health & Human Services kat US tu kata boleh makan. FDA approved!

Kalau nak tengok pembakar roti yang lain boleh tengok kat website dia bahagian Plastic Toasters.

Kalau aku lah, mesti sayang nak makan semua roti yang dibakar guna pembakar roti tu. Comel sangat sampai tak lalu nak gigit. Walau apa pun, kena makan juga dan last last jadi tahi. teeeeeheeee.

p/s: tolong undi untuk blog ini dalam #digiwwwow tahu :D

Jumat, 22 April 2011

Illusi Perempuan Bogel Mandi Dalam Cawan Teh

Sorry kalau entri ni agak panjang dan penuh dengan gambar. Template ni memang bermasalah kalau tang nak buat READ MORE atau JUMP BREAK tu. Pfffftttt~
--------------------------------------------------------
Iklan kejap.
Tolong vote aku dalam #digiwwwwow - Blogger Of The Year. Please please please. Aku tak tahu apa hadiahnya kalau dapat paling banyak voters. Yang aku tahu hadiah dia worth RM5 ribu.

Please please please vote lah (mata bersinar sinar). Nanti aku cium cium secara maya yang vote tu. hehe. Eh korang pun boleh join. Benda ni sponsor by digi.

Cuma tekan gambar bawah ni (sebelum tu login dulu kat Facebook masing masing tahu!) :

Vote. Vote. Vote. Please :)

Boleh vote sekali dalam sehari sahaja. Besok jangan lupa vote lagi tahu!
Terima kasih yang dah vote tu. :)
Ok. Iklan tamat. Jom fokus kepada entri ini.
--------------------------------------------------------

Sejak dua tiga hari ni aku banyak tayang interior design. design rak buku lah. Jamban RM19 ribu lah. Ini caranya sebenarnya untuk biarkan blog berupdate walaupun tak ada cerita best daripada aku sendiri. Aku sebenarnya terinspirasi bila tengok design design macam tu. Apa omputih tu selalu cakap? "I get inspired!" Ha gitu lah bunyiknya.

Kali ini aku nak bagi kau semua tengok tea set yang ada gambar perempuan mandi. Agak lucah tapi tak keterlaluan sangat lah. Kretif betul lah minda orang zaman sekarang. I am so impressed with this tea set! Tea set ini direka oleh Esther Horchner.

Kalau cawan ni tak ada air, agak tak cantik sangat illusi dia. Bila ada air baru nampak macam ada perempuan mandi dalam tu. hehe. Ada 9 jenis gaya mandi! Setiap satu set berharga 29.95 pound. Dalam MYR 148.

The girls are swimming, chilling, and getting comfortable in the interiors, their clothes casually discarded on the saucers, and the more you drink, the more you see. - Refinery






Credit to the designer. Esther Horchner

Nota kaki: Sekarang tengah sibuk siapkan entri untuk Terfaktab. Eh. Berapa ramai antara korang ni yang baca Terfaktab tu? Aku salah seorang penulis tetap dalam tu tahu. Besok sabtu. Tiada entri baru jika hujung minggu. Aku mahu tidur puas puas sebab tak cukup tidur selama 5 hari ni.

Kamis, 21 April 2011

Design Rak Buku Yang Sangat Sesuai Dan Sangat Cool Untuk Ulat Buku Macam Saya

Ulat buku ke aku? Eh tak lah =_________________=

Pernah tak kau rasa buku buku kau bersepah kat atas meja. Kat bawah katil. Kat bawah meja. Even kat dalam almari baju pun ada. Itu yang dialami aku. Kadang kadang aku suka baca baca baca lepas tu lupa nak simpan balik. Lama lama berselerak. Dah lah rak buku aku dah penuh dengan novel novel aku tu. Dalam beg kertas pun ada lagi novel aku.

Jadi bila aku tengok design design rak buku ni buat aku nak beli satu. Tapi rasanya mahal. Ohhh. demm. Terpaksa beli design rak buku yang biasa tu. Boring!

Antara rak buku yang menarik perhatian aku sebab design dia luar biasa.

1. Cave Bookshelf by Sakura Adachi

Ini menjadi pilihan pertama aku. Aku suka kerusi dalam dia tu. Kan aku dah kata aku suka baca atas katil or sofa lepas tu lupa simpan balik. Kadang kadang novel aku bawah sofa pun ada. Jadi aku rasa ini sangat sesuai. Lepas baca aku just letak balik kat rak dia. Sebab rak buku dekat dengan tangan. Tu yang rajin nak letak balik.

Ada jenis untuk normal punya atau jenis untuk budak budak punya. Harga rak buku ni dari Euro 3600 sehingga Euro 5250. Mahalnya. Bayangkan kalau convert kepada MYR. Oh dem~


2. Bookshelf With a Bench by Latvia’s Stanislav Katz

Ok ini pun nampak cosy. Siap ada bantal tu plak. Aku memang suka barang yang 2 in 1. Tengok lah rak buku ni. Hampir sama dengan rak buku pertama tu. Tapi kaler rak buku pink. Cantik. Aku kan suka pink. Aku memang suka berbaring sambil membaca. Lebih selesa tahu. Sebab tu aku tak suka baca novel online. Sakit tengkuk! Kat bahagian bawah rak tu boleh lah aku simpan laptop aku dan barang barang lain :D


3. Circular Walking Bookshelf by David Garcia

Perlukan banyak ruang untuk gerakkan rak buku ini. Tapi tergerak ke rak buku ni kalau rak dah penuh dengan buku?

Tapi tapi tak payah lah susah payah nak gerakkan rak buku ni. Baring je senang. Lepas tu goyang goyangkan rak ni pakai kaki.


4. Bookseat by Fishbol

Ok. Tak berapa berkenan dengan rak ini. Sebab tempat duduk dia kecik. Nak golek golek pun tak dapat. Tapi rak buku macam ni sangat menjimatkan ruang kalau bilik kau sangat kecik. Kalau rak buku ni tak ada kaki dan tinggal cuma bentuk melengkung sebagai tapak dia. Aku rasa aku akan jadikan kerusi malas. hehe!

Setakat ni 4 design ini sahaja yang aku rasa berkenan. Sebenarnya banyak lagi design rak buku yang lebih pelik bentuk rupa dia tapi sangat futuristic.

Antar 4 ni mana yang korang paling suka? Aku awal awal dah cop yang first tu. Homai. Kalau aku ada duit memang aku beli rak buku tu. Dan aku pasti kesemua 4 rak buku ini semuanya tak murah T_________________T

Selasa, 19 April 2011

[Design Pelik] Jamban berharga RM19 ribu. Dipanggil high-tech toilet.

6,400 dollar of America. Kalau convert ke MYR berharga RM19k. Jamban ini dipanggil smart toilet. Kalau kat Jepun kau mungkin dapat tengok jamban macam ni. Orang Jepun sentiasa dengan cipta teknologi terkini. Tapi hanya orang orang kaya jah yang mampu pasang jamban ni kat rumah. Aku rasa kat public toilet tak mungkin ada!

Kalau duduk atas jamban tu, agak agak bontot aku keluar tahi emas tak masa 'melabur saham'? Agak agak bontot aku jadi emas tak kalau duduk duduk kat atas tu?



Siap ada touch screen yo. Nak ada music pun boleh sambil meneran keluarkan tahi. Ada MP3 connection. Ada FM radio. Boleh pilih jenis flush lagi tu. Tak ada lah pengguna boring nanti dengan jenis yang sama je ye tak?

Sebenarnya cover jamban tu, boleh buka pakai remote touchscreen tu. Kalau tak nak kau boleh set kan kepada auto buka. Kalau ada auto paip supaya tak payah cebok pakai tangan memang dah biasa. Aku pernah jumpa kat hotel sekali. hehe. Cuma smart toilet ni kau boleh tentukan suhu air yang kau nak. Nak yang warm? Nak yang cold? Semua boleh!

Seriously, aku rasa jamban ni jadi perhiasaan dalam rumah pun lawa juga tu. Jamban mahal cenggitu rasa sayang pula nak duduk. Tapi bila dah sakit perut, jamban apa pun rembat. Peduli apa jamban tu high tech ke low tech ke. Ye tak?

Dan video bawah ini ialah iklan dia. Boleh lah kau tengok fungsi lain jamban mahal ni. Iklan pun cantik hoi!



All picture credit to Cnet News