Kamis, 30 April 2009

Slot Lagenda- Merah Putih ( TV3 ) [Kau Aku]

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.








Selain drama Filipina A Time For Us, aku ada gak layan drama Melayu. Pelik ke budak cina layan cerita melayu ni? Cita rasa aku ni lain sikit. Sampai drama Bollywood pun aku layan.haha:06:. Aku ni jarang layan drama kat slot Lagenda Tv3 tu sebab banyak hadap komputer petang-petang tapi drama Merah Putih ni menarik perhatian aku untuk ikut cerita ni selama satu jam.



Kalau baca tajuk pun mesti anda terfikirkan drama Bawang Merah Bawang Putih versi Indonesia tu kan? Tapi cerita Merah Putih ni ada kelainan daripada drama Indonesia tu.








Sedikit sinopsis Merah Putih.



Antara kelainan yang ditonjolkan dalam Merah dan Putih mengisahkan dua beradik tiri lelaki yang menyayangi antara satu sama lain. Mak tiri Putih yang berpura-pura menyayangi Putih. Tiada unsur deraan dalam drama ini. Mak tiri Putih iaitu Datin Mastura berhajat mahu menjodohkan Merah dan Anggun tetapi Anggun memilih Putih bukannya Merah. Dengan itu Datin Mastura dan kawan baiknya iaitu Mulan menggunakan pelbagai cara untuk memisahkan Putih dan Anggun termasuk menggunakan sihir ataupun bomoh.



Kalau nak tahu lebih lanjut kisah Merah Putih ni baik anda tengok sendiri di Slot Lagenda kat TV3 dari pukul 4.30 petang sampai 5.30 petang. Syok woiiii tengok cerita ni. Memang buat aku melekat dengan Tv selama sejam layan cerita tu!



Ini antara lagu/ost yang terdapat dalam drama Merah Putih. Aku dengan baik hatinya dah upload lagu-lagu dari drama Merah Putih masuk file hosting untuk anda dengan suka sukinya download masuk komputer anda. Semuanya dalam format MP3. Sila-sila sedut dengan senang hati ya.




Aizat- Kau Aku

Bau-
Anggun

Amylea-
Aku dan Mimpi


Notakaki: Aku suka lagu Kau Aku dengan lagu Anggun.


post signature


Rabu, 29 April 2009

Kembali Semula Pada Blog

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Dah seminggu agaknya aku tak update sebab sibuk cari bahan cerita. Seminggu yang lepas aku dah kekeringan idea untuk tulis blog tapi itu cerita seminggu yang lepas. Seminggu yang lepas aku tak hilangkan diri pun dari blog aku. Walaupun tak update mana mungkin aku nak tinggalkan Peti Menjerit kesayangan aku tu.



Dan kini aku kembali dengan blog aku yang telah bertukar wajah. Kali ni aku guna template 2 kolumn je sebab aku dah mula bosan dengan 3 kolumn. Lagipun blog aku berat kalau kolumn banyak-banyak ni. Aku terasa blog aku kali ni lebih ringan daripada biasa. Aku dapat idea nak tukar blog aku jadi 2 kolumn ni dari blog Biskoot.




Template aku ni dinamakan Friends Forever. Aku download template ni dari blog iEn. Di sini preview design originalnya. Aku dah edit template dari iEn mengikut "nafsu serakah" aku. Tangan aku memang tak boleh duduk diam. Suka edit situ sana sini coding blog ni.



Aku nak kredit kepada Aznoor sebab sudi sumbangkan "tangan" dia untuk header aku kali ini. Sebenarnya tu la tangan dia:06:. Aku cilok gambar dia dari MySpace and edit pakai Photoshop kesayangan aku tu! Macam biasa aku akan pakai Magnetic Lasso Tool pastu pakai Blur Tool untuk hilangkan kesan tampalan pada gambar tangan tu. Sebab mencabar jiwa raga aku ialah aku tak berapa suke pakai Magnetic Lasso Tool dari dulu lagi. Pening woiii masa aku edit tu!:Onion21:



Ini contoh gambar asal "tangan besar" tu:







Aku kagum cara dia amik gambar tangan tu and cara dia edit! Aku harap ada gaya tangan dia yang lain untuk aku edit lagi:16: grrrrr. Thankx pada kamu sebab bagi pinjam "tangan besar" tu. Ada masa saya pulangkan balik.



Notakaki: Lepas ni aku rasa nak buat contest la. Any ideas?:10:


post signature


Jumat, 24 April 2009

Kartu nama blogger

Setelah semakin beranjak dewasa(kalo tidak mau dibilang tua) intensitas pertemuan dengan orang-orang asing diluar lingkungan saya semakin tinggi. Dalam dunia blogosphere misalnya, saya mulai banyak mendapat kesempatan untuk bertemu dengan kawan-kawan blogger dari luar daerah yang selama ini hanya berinteraksi melalui dunia maya saja. Ditambah lagi sedikit demi sedikit saya memasukkan diri saya ke

Rabu, 22 April 2009

Will Stop Blogging For A Moment..

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Seperti sign board kat atas ni aku akan keluar dari dunia blog untuk seketika until ada further notice. Maksudnya aku tak akan update apa-apa buat seketika. Sebab apa aku buat macam ni? Anda tak perlu tahu sebabnya. Biarlah diri aku je yang tahu. Jangan risau aku tetap akan pantau blog ini dan akan follow up message-message dalam Peti Menjerit aku tu dari semasa ke semasa.


Aku akan kembali update tak lama lagi. Diminta harap bersabar.



Harap Maklum.
Peace No War!

post signature

Minggu, 19 April 2009

Mari Lihat Hidden Comments and Friends dalam Myspace!

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Dua tiga hari ni aku macam malas je nak tulis blog sebab aku tak ada mood. Kat shout box pun aku dah malas nak layan dah. Aku masuk blog kejap je sebab takat nak balas komen. Message kat shout box memang tak terlayan aku. Entahlah. Macam nak tutup je blog ni tapi tangan aku masih gatal nak updated blog ni untuk kekalkan rank blog aku tu.haha.



Entri kali ini aku nak tulis cara untuk tengok hidden comments and friends yang disorokan oleh kawan/bf/gf/bini/suami/ex anda itu! Sebelum nak try tutorial aku ni pastikan mangsa Myspace tersebut menggunakan Profile 1.0 bukannya Profile 2.0 yang terbaru tu ya! Sebelum terlupa pastikan anda menggunakan Firefox.



Ayuh kita mulakan penyiasatan kecil ini.ngee.




Profile mangsa aku:



Sila lihat dengan teliti. Contoh profile di bawah ini tiada komen atau kawan-kawan yang ditunjukkan. Sebab pemiliknya telah menyembunyikan dengan menggunakan sejenis code.



Untuk melihat hidden comments dan friends, sila ikuti langkah-langkah di bawah dengan teliti.



Pergi ke Toolbar kemudian klik View > Page Style > No style



Kalau dah klik pada No Style nanti akan keluar page yang berwarna putih. Kalau keluar warna lain aku tak tahu la nak cakap apa. Apa lagi scrol down dan anda akan terjumpa Hidden Comments and Friends pemilik profile tersebut.



Contohnya:



Hidden friends:



Hidden comments:



Untuk mengembalikan kepada keadaan asal pergi semula ke toolbar dan klik View > Page Style > Basic Page Style



Bagaimana? Dapat buat kat mangsa anda tu tak? Lepas ni mangsa anda tak akan terlepas dari mata anda lagi:Onion32:. Jangan risau mangsa anda itu tak akan tahu yang anda curi-curi melihat hidden comments and friends-nya. Lakukan dengan senang hati ya!



-SELAMAT MENCUBA!-:Onion48:


post signature


Sabtu, 18 April 2009

Award~~

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Dah lama sungguh aku tak tulis pasal award ni. Bukan apa aku just malas nak tulis award-award ni and cara sng aku upload masuk dlm entri Award aku tu. Tapi hari ni aku tergerak hati lak nak layan award dari pinat and hunny. Aku siap buat award nak bagi kepada orang tertentu dalam hidup aku. Harus baca sampai habis mana la tahu anda terpilih untuk mendapatkan award yang aku buat tu.



Mula-mula sekali aku nak layan award pinat and hunny. Award mereka sama je so aku satukan. Malas nak tulis double entri sebab isinya sama je. Meh usha award-nya:




Aku dengan kemalasan so aku layan arahan award mereka.
1. Put this badge in your awesome blog






2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the recipients' names here, along with their links.

4. Let them know about this.



arahan pertama: DONE



arahan kedua,ketiga dan keempat: ( biarlah award ni hak milik aku seorang ):Onion32:



Award second ni aku nak bagi kepada:







01. Little Peach (dia la kawan baik aku paling happening dalam blog+YM+MSN+Myspace ). Aku akan rindu kat kau nanti bila kau dah pergi Matrik :White34:.



02. Pinat ( sebagai balasan dari award kau )



03. Hunny ( reason yang sama macam pinat )



04. Zatie ( aku tak pernah bagi kau award )



05. Taty ( Jangan lepaskan peluang masuk Matrik tu )



06. Bbc ( Kita sama-sama nak masuk MMU )



07. Serai ( Yang sentiasa bagi aku nasihat )



08. XoXo ( Sebab dah ajar aku guna PhotoShop )



09. Along ( Teman borak kat shout box aku paling happening )



10. Eriyza ( Suka dengan tutorial dari blog kau )



11. Siapa yang rasa tak malu amik la award tu



Nama yang tersenarai tu amik je award tu. Korang tak yah buat apa. Just letak kat blog korang tu ya.



-Sekian Untuk Entri Kali Ini-:Onion48:


post signature


Kamis, 16 April 2009

Photo Editing Online.

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Di sini aku ingin menulis tentang website yang memberikan perkhidmatan mengedit gambar secara online. Siapa yang tak nak cantikkan gambar betul tak? Aku sendiri kadang-kadang guna efek blur untuk lawakan muka aku dalam gambar:Onion20:. Aku telah menjumpai beberapa website mengedit gambar secara online yang ingin aku kongsikan bersama di entri kali ini. Walaupun tak sehebat Photoshop tapi anda patut mencubanya jika anda tidak mahir atau tiada software Photoshop.





First Choice.
MyTheme.com


Ini merupakan website yang aku gunakan semasa aku belum lagi mengenali apa itu Photoshop. Tools yang berada di website tersebut juga lebih kurang seperti Photoshop. Paling menarik aku suke efek cube 3D. Boleh berpusing dan sebagainya. Bukan tu je, siap ada tutorial cara nak edit gambar menggunakan tools yang disediakan oleh website tersebut.



Second Choice.
Picnik


Aku sangat suka akan website ini sebab ianya mesra pengguna. Dalam website tersebut tedapat pelbagai font dan efek yang menarik dan menakjubkan yang boleh anda gunakan. Amat sesuai digunakan oleh orang seprti aku yang sukakan pelbagai jenis font yang menarik. Kadang-kadang aku terasa nak curi je jenis-jenis font dalam website tersebut tapi apakah daya Hak Cipta Terpelihara.haha.



Third Choice.
FotoFlexer


Website ni pun pernah aku gunakan suatu ketika dulu. Aku sangat sukakan shapes yang disediakan oleh website tersebut. Bila menggunakan website tersebut anda perlu banyak bersabar sebab untuk loading font dan sebagainya mengambil masa yang lama. Cukup menguji kesabaran aku tapi berbaloi aku menunggu.



Fourth Choice.
LonnaPix & PhotoFunia


LonnaPix ni ialah website yang menyediakan pelbagai frames untuk dihiasi pada gambar kita. Photo frames yang disediakan juga sangat menarik. Ada juga Face Effect yang membolehkan kita mengganti wajah artis kepada wajah kita sendiri. Bukan LonnaPix je yang ada perkhidmatan Photo Farmes tapi website Photo Funia mempunyai lebih banyak jenis frames yang boleh kita pilih dari sana.



Last Choice
piZap


Website ni merupakan last choice aku kalau aku dah bosan dengan keempat-empat website di atas. Aku lebih suke stickers yang disediakan oleh website tersebut. Masa untuk loading application pun sangat memuaskan!



Sebenarnya banyak lagi website edit gambar secara online. Kita hanya perlu rajin tanya Pak Cik Google. Yang aku terangkan tu semua website faverat aku bila aku malas nak bukak Photoshop. Lebih suka edit secara segera. Kalau nak software seperti Photoshop tapi tidak perlu bayar, aku cadangkan guna Photoscape ataupun Gimp.




-Sekian Unutk Entri Kali Ini-:Onion48:



post signature


Rabu, 15 April 2009

Entri Aku Yang Berada Dalam First Page Google Search.

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Aku baru check Feed Jit aku. Aku terjumpa satu entri yang pernah aku tulis telah berada kat page pertama dalam Google Search. Bukan semua entri aku ya. Satu entri je yang jadi popular search kat Google tu.



Bukan senang nak tempatkan entri yang kita tulis berada kat page pertama dalam Google Search tu.Aku sangat bersyukur. Aku dah blog selama setahun empat bulan dan inilah hasil yang aku dapat:22:.



Mai tengok entri apa yang terpilih tu:








Bahagian yang aku tandakan ialah entri yang mendapat page pertama dalam Google Search.



Drana A Time For Us tu dah jadi famous ke kat Malaysia ni? Mentang-mentang la Jericho Rosales yang berlakon dalam tu..ahks. Kalau siapa ada tengok drama tu dari awal mesti berpelung dengar Jericho speak malay. Walaupun pelat tapi aku tetap suka. Antara yang Jericho Rosales sebut: AKU CINTAKAN KAMU SELAMANYA dalam bahasa filipina MAHAL KITA.
Ayat lain yang disebut oleh beliau: AKU TIDAK AKAN PENAT MENCINTAI KAMU.



Tak sia-sia aku tulis entri pasal A Time For Us tu dulu. Ingatkan tak kan dapat sambutan tapi ada gak yang search pasal drama tu. Ini la satu-satunya drama Filipina yang mampu buat aku melekat kat TV selama satu jam. Kalau dulu aku tengok dua tiga episode drama Filipina terus aku tak tengok dah.



Kalau nak baca entri aku pasal A Time For Us, mai klik kat sini.



-SEKIAN UNTUK ENTRI KALI IN-:crab1:


post signature


Senin, 13 April 2009

Mister Linky

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Aku terjumpa sesuatu yang menarik kat blog
Eriyza, blog kegemaran aku sampai aku bookmark:Onion18:. Pada asalnya aku nak tulis entri lain tapi aku dulukan post ni sebab aku sangat teruja dengan penemuan yang baru untuk aku tapi mungkin bukan baru untuk anda. Kalau yang tahu apa itu Mister Linky mesti dah boleh agak aku nak tulis pasal apa. Kalau yang nak menumpang keterujaan aku mai la ikuti entri aku ni sampai habis:crab1:.




Pernah tak anda rasa penat bila ada blog minta anda link kan url dia. Mesti anda rasa leceh:Onion44: kan sebab kena cari balik post pasal Link Exchange di blog. Yang letak link kat sidebar pun mesti rasa serabut kan bila tengok link list makin lama makin panjang melainkan anda membuat scrool box pada link list tersebut. Jadi penyelesaiannya letak widget Mister Linky ni. Masih tak faham apa aku tulis ni? Meh tengok print screen ni:



Print Screen ni aku ambil dari post Link Exchange aku.






Kalau nak tengok live masuk link ni. Jadi lepas dah pasang Mister Linky kat blog mesti anda tak rasa leceh nak tukar-tukar link dengan kawan-kawan di blog.



Masuk website Mister Linky untuk tujuan pemasangan. Jangan lupa sign up dulu kat website tu baru anda boleh menggunakannya.


Caranya:
1. Sign in lepas dah sign up kat website Mister Linky.

2. Terus klik pada Wizard.






Kemudian..



1. Pilih jenis blogger.
2. Pliih jenis Mister Linky.

3. Dapatkan code Mister Linky anda!






:Onion53:Dan lagi satu mai tukar link dengan amoi kat sini. Tak kisah la yang pernah tukar link dengan aku sebelum ni ke tak isi je borang Mister Linky tu! Tanpa anda Mister Linky aku tu tak kan penuh. Kerjasama anda amat dihargai:Onion34:.



Notakaki: Sesuai juga untuk Classik Template dan dalam Wordpress. Jagi pengguna Classik Template dan Wordpress usah rasa ketingglan:Onion10:.



-SEKIAN MEMBACA-:Onion48:


post signature


Minggu, 12 April 2009

Suara dari dunia maya

Hingar bingar pemilu legislatif masih hangat menyapa telinga. Perhitungan suara juga belum sepenuhnya selesai dikerjakan oleh KPU. Permasalahan-permasalahan menyangkut pelaksanaan pemilu mulai mencuat diberbagai media massa. Kisruh DPT, dugaan money politic, fenomena golput, dan masih banyak lagi masalah-masalah menyangkut pelaksanaan pemilu.Para netter yang sering kelayapan di dunia maya juga

Sabtu, 11 April 2009

Cari Lagu Menggunakan Google Dengan Lebih Senang

Bagi yang nak cari lagu seperti dalam format MP3 sudah tentu anda sering kali mengalami masalah tidak menjumpai format yang dimahukan ditambah lagi masalah broken link. Aku sering kali mencari lagu di website seperti aimini tetapi kadang-kadang lagu yang aku nak tak ada dalam website tu.

Tetapi adanya search engine Google, kita mampu mencari semula lagu-lagu dalam format MP3 yang tersorok dalam mana-mana laman web dengan lebih mudah dan cepat. Bagaimana caranya?




Dengan menggunakan code berikut anda akan menjumpai lagu yang anda mahukan dengan pantas. Code di bawah ini akan memamparkan senarai directory di mana nama lagu yang kita search tu terdapat di sana:



Code Pertama:



- intitle:index.of + mp3 + "nama artis yang ingin dicari" -html -htm -php -asp -txt -pls




ataupun



Code Kedua:



- "nama lagu anda.mp3" -playlist -filetype:txt




Copy coding di atas dan paste-kan pada ruangan search Google seprti gambar rajah di bawah ini:







Contohnya aku ingin mencari lagu Sebenarnya Cinta dari Letto:



Aku gunakan code yang pertama dan aku pastekan pada ruangan search Google.






Hasilnya akan menjadi seperti berikut:






Bila dah klik akan keluar la serach Index aku pasal lagu Sebenarnya Cinta.






Bila dah klik salah satu pilihan tu, aku akan dibawa masuk ek website MP3 yang ada lagu tersebut.






Kemudian apa lagi klik la DOWNLOAD.



Kalau malas sangat nak copy code di atas, masuk je website Smacki apa yang perlu anda lakukakn ialah taipkan nama artis ataupun nama lagu tersebut di kotak serach pada website tersbut.



Aku sendiri pernah cuba cara-cara di atas dan aku akui keberkesanan hasilnya. Jadi mulai hari ini tak perlu la resah
:Onion44: sebab takut tak jumpa lagu yang dimahukan.



-SELAMAT MENCUBA-:Onion48:



Via: Cari Forum


post signature