Senin, 31 Mei 2010

[Review & Download] Women's Murder Club: Death In Scarlet


Aku sedang menghabiskan cuti sem aku yang masih bersisa selama beberapa hari dengan main game casual.hoho. Mula-mula main game Daytona Sega yang lumba kereta tu. Lepas tu beralih kepada Diner Dash 5. Stuck kat level 28! Then now aku baru habis main game Women's Murder Club: Death In Scarlet. Erk. Panjangnya nama game. Make it short. Lets call it WMC ok.

WMC ni jenis game ala-ala CSI. Kena siasat satu kes pembunuhan. Kena cari hidden object. Kena solve-kan puzzle. Aku mula-mula pun tak minat game genre macam ni. Rasa macam buang masa nak cari hidden object. Tapi bila dah dapat kumpul bukti and suspect macam seronok nak layan sampai habis.

Apa yang aku suka pasal game ni ialah tak ada time limit untuk cari hidden object tu. Kau nak main 5 jam untuk car hidden object pun boleh. Kalau dah tak reti nak solve-kan puzzle, klik je butang SOLVE nanti game tu tolong solve-kan. Senang!
*test blood type

Game ni ada 9 level je. Aku rasa kalau panjang sikit mesti best. Ending-nya memang dah jumpa siapa pembunuhnya tapi ada lagi satu pembunuh yang bunuh pembunuh dalam kes tu. Erk. Ayat yang agak complicated di sini. Kau main dulu baru kau faham apa aku tulis kat sini.

*forensic lab

Kalau Chokilala main game ni siap ada kamus, pen and testpad. Aku pula hanya menggunakan Google. Advanced tak?haha. Aku perlukan Google untuk search image untuk hidden object yang mahu dicari. Kalau dah tahu bentuk hidden object yang nak dicari senang lah sikit kan.

*juling mata nak cari hidden object


*the victim

Game ni bukan jenis freeware. Kena beli baru boleh main full. Ala. Crack kan ada. Baca cara nak crack kat bawah ni. Tapi crack ni hanya berkesan kepada game dari Reflexive.com. Harap maklum~

Download Women's Murder Club: Death In Scarlet
Download Reflexive Universal Crack/Keygen/Patch (R.A.A-P.C)

Nota: Install dulu game itu. Jangan main kalau belum crack.
Aku copy paste dari Chokilala.
01.Download & install game daripada Reflexive.com
02. Open R.A.A-P.C.exe & click “Unwrap”
03. Unwrap/pilih file .exe game yang terdapat pada Desktop
04. Program akan tukar nama file dan cuba save sebagai (Game)-unwrapped.exe. Click OK
05. Pergi ke folder game. Akan ada 2 file .exe
06. Rename (Game).exe kepada nama lain seperti (Game)_original.exe. Contohnya, CookingAcademy.exe rename kepada CookingAcademy_original.exe
07. Tukar Game-unwrapped.exe kepada Game.exe. Contohnya,CookingAcademy-unwrapped.exe ditukar kepada CookingAcademy.exe
08. Buka game yang telah di-unwrapped tu. Bukan yang dah ditukar nama kepada 'original' tu tahu.
09. That’s all. Have fun!

p/s: sekarang ni aku main game Women's Murder Club - A Darker Shade Of Grey pula :D

post signature

Sabtu, 29 Mei 2010

Tips Mengatasi Putus Cinta

Bila ada mula mesti ada akhir kan. Macam tu lah perhubungan percintaan. Bila dah couple. Mula-mula manis. Lepas tu gaduh-gaduh. Lepas tu bila dah hilang kesabaran salah seorang akan rasa penat dan minta perpisahan. Bila dah putus baru nak meraung menjerit menangis bagai. Baru sedar kalau bersabar awal-awal dari mula mesti tak kan putus. Masa tu baru nak menyesal tak berkesudahan.

Actually memang banyak sebab kan terjadinya satu perpisahan. Pihak ketiga. Tak bersefahaman. Salah faham dan macam-macam lagi. Tak kisah lah apa sebabnya pun. Jom atasinya! yea!

Masa baru putus, sila lah menangis sepuas-puasnya kalau untuk perempuan lah. Nangis lah semahu yang mungkin. Macam tu akan lebih lega actually. Kalau laki nak sangat tunjuk macho tak nak nangis kan, pergi lepak dengan member tengok bola. Tengok sampai mengantuk. Balik rumah terus tidur. Tak teringat langsung kan bekas kekasih kau tu kan? haha

Belajar lah meluahkan masalah korang yang baru putus kat kawan baik korang. Cerita dari A sampai Z. Tak payah nak tinggal satu pun. Lantak lah kalau dicop membuka pekung di dada. So what?

Kemudian, hubungi bekas kekasih korang balik. Sila maki dan marah bekas kekasih korang tu walaupun sedikit sebanyak korang pun ada salahnya terjadinya perpisahan tu. Lepaskan amarah dalam dada sepuas hatinya.
I HATE YOU SUCKER!

Masa ni paling genting sekali. Aku sarankan delete lah segala gambar bekas kekasih kau tu yang ada kat social network. Untag gambar yang penah bekas kekasih kau tu tag. Delete message berkasih-kasih sayang kat inbox tu. Buat apa simpan lagi kalau dah tak berkasih sayang kan?

Jangan sampai block/remove bekas kekasih kau tu dari social network. Nanti menyesal sebab mana tahu kemudian hari kau dengan dia dah boleh jadi kawan biasa. Tak ke segan nak add balik.

Walaupun dah putus, aku percaya kau tak kan dapat tahan diri dari stalking dia kat internet ni kan? Kat sini kau kena tahan nafsu kau tu sikit. Tahan diri dari stalking. BERHENTI STALK!! Makin stalk kau akan lebih merindui dia.

Kalau dah rindu sangat kat bekas kekasih kau tu, pergi buat aktiviti lain. Pergi marathon tengok wayang. Tapi jangan tengok wayang yang cintan-cintun. Better tengok cerita hantu.haha. Ataupun masuk Facebook dan try kenal dengan orang yang tak pernah kau tegur sebelum ni. Banyak lagi aktiviti yang berfaedah kau boleh buat selain stalking bekas kekasih kau tu.
*stalking dengan penuh khusyuk

Belajarlah
terima kenyataan yang kau dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan cinta selain hubungan kawan. Kalau tak terima kenyataan itu how will you go on with your life? Think about it. Tak kan selamanya nak hidup di bawah bayang-bayang dia? Tak kan selamanya nak hidup dalam kenangan kau dengan dia? MOVE ON!

Ok. Ini lepas 4-5 bulan. Kau dengan bekas kekasih kau tu contact semula. Dan aku percaya kau dah boleh terima kenyataan yang bekas kekasih kau tu dah jadi kawan biasa kau semula. Menangi hatinya semula =)
*kan bagus tak payah masam-masam muka dah.

Ini yang terjadi kepada aku dua tahun yang lepas. Aku dengan bekas kekasih aku tu pernah lah couple balik beberapa kali lepas putus tu. Tapi tak tahan lama. Sampai sekarang kami memilih untuk menjadi kawan. Itu adalah jalan yang terbaik. Kadang-kadang apa yang kita kasihi tu tak kan jadi milik kita selamanya.

Percayalah ada jodoh yang lebih baik untuk dirimu jika perpisahan terjadi :D. Kita akan bertemu dengan orang yang bukan jodoh kita berkali-kali sebelum ditemukan dengan jodoh kita sendiri.

Selamat Hari Jadi Yonna :D

post signature

Kamis, 27 Mei 2010

Selaput Dara Palsu (Artificial Virginity Hymen)

Heh. Isu ni dah lama dah. Tapi rasanya ramai lagi KOT yang tak tahu. Tak tahu lah pula kalau selaput dara palsu ni ada dijual kat Malaysia. Dijual di lorong gelap mungkin?

Mula-mula dijual kat Jepun. Lepas tu mula tersebar ke negara-negara Asia yang lain. Heh. Malaysia pun negara Asia kan? Selaput dara palsu ni tak payah operate-operate bagai. Masukkan sendiri ke dalam vagina sahaja. Cara masukkan? Pakai jari mungkin.

This Adult Sex Toy Feature:

* Easy to use
* Place inside vagina 15-20 minutes before intercourse
* Soluble and expandable at body heat
* Clinically proven non-toxic to human
* No side effects, no pain to use, no allergic reaction
* Made in Japan

Lepas ni perempuan dah boleh "main" dengan seratus lelaki sebab dah ada selaput dara palsu.HAHA. Apa nak takut pecah dara? SELAPUT DARA PALSU kan ada. cis!

Aku tak gila sampai nak beli selaput dara palsu ni. Yang ori masih terpelihara. Chewahh.haha. Erk. Ada ke yang dah beli and try? :D

post signature

Rabu, 26 Mei 2010

Rojakstory Dah Ada Fan Page Facebook

*sewaktu fan page baru di-create

Lepas fan page Geng Berani Mati Gagal Exam yang aku create beberapa bulan yang lepas, kini aku create lagi satu fan page. Fan page kali ini khas untuk blog murahan aku ni.haha.

Sewaktu entri ini ditulis baru 116 orang yang like fan page tu. Belum capai tahap matang lagi :D. Kalau sesiapa yang betul-betul minat dengan blog aku ni boleh lah like dan invite kawan-kawan yang lain. Tiada paksaan untuk like. Kecuali aku telah memaksa Cybernetic like fan page tu kalau tak aku botakkan dia yang dah sedia botak tu.haha.

Oh. Korang masih boleh add Facebook aku. Tapi kadang-kadang aku terlalu takut untuk approve sebab mutual friend tak ramai dengan aku. So kalau korang yang add Facebook aku tanpa mutual friend tu harap maaf aku memang tak kan approve unless awal-awal lagi kau dah maklumkan kat aku kau siapa dengan url blog kau tu.hehe.


Tak kisah lah yang like fan page Geng Berani Mati Gagal Exam ataupun Rojakstory aku tetap nak cakap terima kasih you all ♥♥

post signature

Selasa, 25 Mei 2010

Memasang Blog Kalender Sebagai Blog Archive (blogspot)

*hierarchy blog archive

Ada pembaca request tutorial kalender kat aku. Ini bukan sebarang kalender tahu. Tapi ni kalender khas untuk Blog Archive kita. Sepertimana yang kita tahu, Blogger hanya menyediakn 3 pilihan untuk Blog Archive iaitu dalam bentuk hierarchy,flat list atau dropdown menu.

Tapi aku tak berapa suka nak pasang blog archive sebab interface dia yang kurang menarik perhatian aku. Paling tidak pun aku hanya suka pasang dropdown menu. Bukan apa, kalau dah makin banyak updated nanti hierarchy aku tu panjang berjela-jela kat sidebar tu.haha.

Maka aku dah jumpa solution untuk perkara ini. Aku jumpa tutorial untuk mencantikkan lagi blog archive kepada blog calender tu kat blog Eldy.

*blog archive yang lebih kemas dan cun
Baiklah. Jom start tutorial ni.

01. Login ke dashboard.
02. Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript
03. Copy paste code kat bawah ni ke dalam kotak HTML/Javascript
<div id="blogCalendar"></div>
<script type="text/javascript" src="http://lvchen-recentcomments.googlecode.com/svn/trunk/Calendar/1.0/calendar_pack.js"></script>
<script type="text/javascript">
Calendar.base="http://rojakstory.blogspot.com";
Calendar.timeZone="+08:00";
Calendar.timeZoneCheck = true;
Calendar.drawTable();
</script>
<style>
#blogCalendar {text-align:center;border:0px;background: url(http://jessieshu1984.googlepages.com/blog01-7.jpg) no-repeat top;margin:0;font-family:arial;height:180px;line-height:14px;}
#CalendarCaption a{color:#777;text-decoration:none;margin:auto;font-size:80%;}
#CalendarCaption{width:80%;margin:auto;}
#CalendarTable{height:123px;margin-top:2x;}
#CalendarTable a{font-weight:bold;color: purple;}
#CalendarTable table {width:auto;margin:auto;border: 0px;text-align:center;font-size:80%;padding-top:5px;}
#CalendarTable table th{font-size:85%;}
#CalendarTable table td{border:0px;}
#CalendarTable a:link, #Calendar a:visited, #Calendar a:active{font-weight:bold;Text-decoration:underline;}
#CalendarTable a:hover {text-decoration:none;}
#CalendarMonth{font-size:90%;}
.Today{text-decoration:none;color: darkred;}
.Today a:visited, .Today a:link, .Today a:active, .Today a:hover {text-decoration:none;color: #ddd;}
#CalendarFooter{color:Green;font-size:80%;padding-top:10px;}
#monthTable{background:#eee;}
.yearInput{background:#eee;}
</style>

Merah: Tukarkan URL BLOG aku tu kepada URL BLOG korang k.

04. Save.

Kalau terlebih advanced, boleh edit code tu. Contohnya tukar kepada warna yang korang suka. Boleh tambah background dan sebagainya.

Masuk blog ini atau backup sitenya kat SINI untuk pilih design lain. Sila klik pada ENGLISH untuk lebih paham. Masukkan URL BLOG korang kat kotak yang disediakan. Set-kan time ke GMT+08:00. Lepas tu pilih design yang korang nak kat Present Style tu dan kemudian tekan SHOW CALENDER. Kalau dah berkenan dengan blog calender yang korang pilih tu, tekan INSTALL TO BLOG. Siap!

Senang je kan? Selamat mencuba :D

post signature

Senin, 24 Mei 2010

Blog Yang Mampu Buat Aku Ketawa Kuat-Kuat Seorang Diri Semasa Berduka

Ok. Kali ni aku nak review blog kawan aku ni. Eh. Ini bukan edisi macam Ben Ashaari tu; Jelajah Blog. Bukan. Bukan. Bukan. Tak kuasa! haha. Ini just my personal taste bila tengah sedih aku akan buka satu blog. Blog ini sahaja mampu buat aku ketawa guling golek dan kuat-kuat dalam bilik macam orang yang dah hilang kewarasan diri semasa berduka.lol

*amik kau iss. Print screen dengan wajah kau terpampang.haha.

URL blog: http://isst89.blogspot.com/

Ok. Sumpah kalau korang baca setiap butir perkataan dalam blog budak nama iss ni, memang korang gelak. Korang mesti rasa ayat dia macam sial. Bahasa yang digunakan ialah bahasa ponen. Bahasa yang jarang digunakan dalam majlis-majlis formal mahupun secara tidak formal. Kalau guna gak, terus kena sepak.lol.

Suruhlahh aku baca berjuta kali pun entri yang sama dalam blog itu, sure aku gelak sampai pecah perut mungkin. Btw, aku pernah lahh jumpa iss secara realiti. I mean face to face. Well~ Asal jumpa je kitaorang sure terkekek-kekek ketawa. Sampai nak balik pun masih boleh ketawa padahal tak ada apa yang melucukan.haha.

Korang lak akan mesti baca blog siapa di kala sedang berduka? :D

post signature

Sabtu, 22 Mei 2010

[Download] Portable Photoshop CS5 Extended 66MB

Hari tu aku bising-bising sebab CS4 aku asyik crash manjang. Buka kejap crash. Nak buka file pun payah. CRASHHHHH. Last-last aku fed up, aku try search kat Google nak cari CS5 tapi haruslah dalam versi portable. Tak kuasa ouh nak download yang Master Collection punya. 12 GB dengan 26 part dari Rapidshare. Kalau aku pakai HSBB memang senang lenang aku download. Ni aku pakai Streamyx takat 1mbps ja.haha.

Now dah pakai CS5. Dah boleh berlagak sikit.haha. Well. Ni portable version so function pun sikit je. Tapi rasanya function dia masih tak jauh beza dari Master Collection punya. Pastikan ada function Puppet Wrap sudah. Itu kan salah satu kelebihan dalam CS5?hoho. Sampai sekarang aku tak pandai guna Puppet Wrap tu yang macam dalam YouTube.haha. Biar je lah.

Ok. Asyik membebel. Download link mana? Nah!

Photoshop CS5 Extended - Mediafire (66MB)

Btw, million thanks to Portable Appz for the awesome CS5 portable version. Visit their website for more portable version :D.

Photoshop CS5 ini percuma sepanjang hayat. Ini PORTABLE punya. Fungsi lebih kurang FULL INSTALL tapi mungkin ada setengah plug in tak boleh pakai dalam portable version. Kalau nak pakai full sila dapatkan Full Install.

Nota Tambahan: Kalau dapat message error macam "You are not allowed to write to the registry!!" etc etc cuba kau right click pada Photoshop tu dan pilih option RUN AS. Nanti dia keluar pop up windows. Kau pilih option Administrator.

Aku currently using windows XP.

Jumat, 21 Mei 2010

Bahasa SMS Yang Menggerunkan

Idea untuk tajuk dapat dari blog HudaLuna. Gerunnnn Gerunnnn Gerunnnn. Tapi aku nak tulis pasal Bahasa SMS Yang Menggerunkan. Serius aku gerun kot nak baca.

Mari lihat contoh Bahasa SMS Yang Menggerunkan.

Bahasa SMS yang digunakan untuk updated status Facebook. (gambar cekau dari blog Yonna):D
Setahu aku Facebook tak limitkan berapa patah perkataan boleh ditulis. Ok.Ok. Mungkin kau akan cakap "eh suka hati aku lah. Facebook aku" but tak terfikir ke orang yang baca tu akan salah anggap dengan short form yang kau pakai. Aku mengambil seminit untuk paham apa maksud ayat-ayat di atas. Baca dekat dua tiga kali. Ouh. Baru paham

Bahasa Yahudi digunakan.
Ni penggunaan hurup w kat belakang setiap perkataan. Contohnya "je" jadi "jew". Apa tu? JEWISH - tengah cakap pasal yahudi ke? Nape - napew. Heh. Langsung tak fun apatah lagi comel tulis macam tu. Rosak bahasa wehh. Kena buang segala mala hurup w kat belakang tu baru aku paham.

Istilah maths digunakan.
Contohnya: "dia" di-short formkan menjadi "dy". Aku hanya mengenali dy/dx dalam calculus. Tak tahu pula "dy" tu maksudnya "dia". Hebat heh korang. Istilah maths jadikan Bahasa Melayu. Bravo!

Pernah ke korang pergi mana-mana blog mat salleh tu dia short form-kan English dia? Tak pernah rasanya. Yang tulis short form kat blog tu cuba korang translate-kan blog korang kepada English. Apa jadi? Kucar kacir. Satu patah haram pun tak faham kan. So apa jadi kalau blog korang ada readers asing? Pengsan kot tengok English yang kucar kacir.lol.

Sayangilah Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa.

p/s: Kalau dalam SMS aku boleh considered lagi :D

post signature

Rabu, 19 Mei 2010

Jika Superhero Juga Mempunyai Account Facebook

Satu fenomena sedang melanda dunia iaitu setiap pengguna tegar Internet pasti ada Facebook account. Dah jadi satu budaya dah "eh, kau ada fb tak?".

Tapi kalau superhero dunia yang dalam Marvel Comics tu ada Facebook macam mana pula? Pernah terfikir tak? Mereka meng-updated status dan comment each others. HAHA. Meh aku tunjuk satu contoh superhero yang sedang ber-Facebooking.

Facebook Spider-man

Status yang lain boleh lihat di Superhero Facebook Status Updates.

post signature

Senin, 17 Mei 2010

[Review Novel]: Novel Hot Gimmick (boys over flowers Malaysia) #6


Ini bukan komik manga Hot Gimmick tu. Aku sendiri pernah baca komik manga Hot Gimmick dulu.hoho. Ok. Ini sebuah novel komedi romantik. Dan cerita ini lebih kurang cerita Boys Over Flowers tu. Baca sinopsis yang berada di kulit belakang novel ni pun dah dapat gambaran macam cerita popular Korea BOF tu taw. Dan sebab itu aku membelinya.

Yea. Walaupun serupa dengan cerita Boys Over Flowers tu tapi ada perbezaan di antaranya. Banyak perbezaan ketara. So tak leh cakap cerita Hot Gimmick ni ciplak cerita Boys Over Flowers :D.

Harga novel ni tak mahal. Murah sahaja. RM19 di Semananjung Malaysia dan di Sabah&Sarawak pula harganya RM22. Diterbitkan oleh KakiNovel Enterprice. Penulisnya Shasfa Alyahya.

Ok. Mari baca sinopsis yang aku cekau dari website KakiNovel.

Setelah lima tahun meninggalkan Malaysia, Natasya Shakilla pulang semula ke tanah tempat tumpah darahnya. Kepulangannya telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd sebelum ini.
Kewibawaan Harizd sebagai Ketua Pengawas telah tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah.

Secara terang-terangan Natasya Shakilla memang tidak sebulu dengan Harizd. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak, tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah.

Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan jika Harizd dan Natasya Shakilla berbalah sesama sendiri.Dek terlalu membenci Harizd, Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd.

Hubungan rapat Natasya Shakilla dan Amierul Mukminien telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla hingga hampir-hampir meragut nyawanya. Mujurlah Harizd tiba tepat pada waktunya, menyelamatkan Natsya Shakilla.

Rupa-rupanya tanpa pengetahuan masing-masing, Harizd dan Natasya Shakilla sama-sama ‘berkasih’ semasa mengharungi zaman kanak-kanak dahulu.
Apakah yang bakal meletus sekiranya kisah zaman kanak-kanak mereka dahulu terbongkar? Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?
HOT GIMMICK… akan membuatkan jantung anda berlari laju seperti roller coaster!
Apa yang serupa dengan Boys Over Flowers ialah BOF ada F4. Dan Hot Gimmick ada 3K. 3K yang terdiri daripada Amierul Mukminien, Izuan dan Harizd. Mereka semua belajar kat sekolah swasta dan boleh dikatakan tergolong dalam golongan elit.

Oh. Terus terang aku katakan, aku suka betul watak Amierul tu. Amierul yang taat kepada agamanya. Amierul yang pendiam dan jarang tersenyum seperti Jin Hoo dalam BOF. Tapi Amierul mudah ketawa dan tersenyum bila bersama si heroin; Natasya Shakilla. Watak Izuan lak serupa watak Yi Jung si playboy. Tapi Izuan still tak ada si heroin seperti Yi Jung yang dah ada Ga Eul. Ok. Watak Harizd serupa Gu Jun Pyo. Garang. Dingin. Dan perkataan faveret Harizd ialah "No Excuses!". Damn sarkastik sungguh!

Watak Natasya Shakilla tak serupa langsung dengan Jan Di yang lahir dari keluarga miskin. Natasya Shakilla anak bongsu dari keluarga berada. 5 tahun kat Australia telah menjauhkan dirinya daripada ajaran agama Islam. Bila balik Malaysia dia mula berubah kepada lebih solehah. Sebab itu novel ini banyak diterapkan tentang Islam. Bahasa arab pun ada sikit-sikit terselit dalam novel ni.

Pendapat aku, permulaan cerita dah 5 bintang tapi ending dia macam terburu-buru sangat. Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku lepas habis khatam novel ni. Siapa yang panggil Natasya Shakilla masa kat airport? Perbuatan jahat Adzharina terhadap Natasya Shakilla kat sekolah dan semasa mereka dalam kem masih belum terbongkar. Dan endingnya Natasya Shakilla hilang ingatan. So, apa jadi lepas tu? Heh. Kenapa habis macam tu je? Aku harapkan Harizd dengan Natasya Shakilla ada happy ending.

Sangat berharap ada kesinambungan novel ini. Tak salah ada sambungan untuk novel. Contohnya novel Ombak Rindu dah ada dekat 2 kali sambungan. So, kenapa tidak novel Hot Gimmick kan.

Credit: KakiNovel

post signature

Selasa, 11 Mei 2010

Wanita dan Facebook

Aku terbaca satu artikel menarik kat website AskMen. Website AskMen ni memang khas untuk laki pun untuk dapatkan tips percintaan, grooming dan sebagainya. Asal aku boleh tersesat masuk sana? Sebab aku ingin memahami jiwa seorang lelaki.haha.

Masa tengah syok-syok baca ruangan Dating&Love(ruangan faverat aku.haha) aku terbaca lah artikel ini; Crazy Things Women Do On Facebook. Ok. Memang 60% terkena batang hidung aku. Damn it.haha. Aku ringkaskan kat sini je k. Full article you can read it HERE.

1. Profile palsu
Lepas dah putus dengan boyfriend, perempuan akan remove/blocked bekas kekasih dia tu untuk menunjukkan dia protes akan perpisahan itu. Lepas tu pergi buat profile palsu semata-mata nak stalk Facebook bekas kekasihnya. Ok. Aku terbatuk kejap baca(tengah minum air Coke), aku juga pernah buat macam itu dahulu. Tapi sekarang tidak lagi. Oh mungkin akan berulang lagi.haha.

2. Gambar
Ok. Perempuan suka berposing. Lalu di-upload ke dalam Facebook dan tayangkan kepada satu dunia. Biasannya gambar yang anda lihat kat Facebook-nya tidak serupa dengan di realiti. Ok. Yang ni pun aku buat. Aku tak tahu kenapa korang boleh cakap rupa aku macam Alex Raja Lawak tu. Padahal orang yang pernah jumpa aku tak pernah nak kata muka aku macam Alex Raja Lawak tu.hoho.

3. Status
Perempuan suka updated status mengenai hubungan percintaan dia dengan kekasihnya. Asal gaduh besar je laju je updated. Nak meluahkan perasaan bagai kat status tu. Aku jarang tengok laki nak emo-emo kat status kecuali pasal bola.haha. Nak berbicara tentang awek sendiri kat status pun jarang sekali.

4. Gambar Melampau
Ok. Bukan gambar yang ada 18SX dan sewaktu dengannya. Maksud aku di sini gambar seorang perempuan yang beraksi seperti laga pipi, posing manja dengan lelaki yang bukan kekasihnya sehingga menyebabkan orang yang melihatnya membuat spekulasi sendiri.

5. Relationship Status
Perempaun suka buat relationship status yang palsu. Mereka akan meminta kawan perempuan mereka untuk "ber-relationship kat Facebook" Ini yang sedang berlaku kat aku. Relationship status aku ialah In A Relationship with Nur Afifah. haha. Oh~ Kami bukan lesbian. Kami hanya kawan biasa :D. Aku tak pernah tengok lagi lelaki "ber-relationship" dengan kawan lelaki mereka. Geli kot. pfft.
Amacam? Macam terkena batang hidung sendiri bukan. Tepuk dada tanya selera :D

post signature

Senin, 10 Mei 2010

Derita Merindu (Luahan Rasa Aku)

-selamat pagi 03.36am

Hmmm. Aku masih belum tidur waktu-waktu macam ni. Baru habis study untuk paper pagi ni. Paper last aku dalam Sem ni.

Pernah dengar lagu Derita Merindu tak? Ala lagu Ahli Fiqir yang pernah popular 5 6 bulan lepas tu. Lagu tu sangat sesuai untuk mood aku lagi-lagi liriknya yang mengambarkan apa yang aku sedang lalui.

Kenapa? Biarlahh aku terangkan liriknya menggunakan maksud yang sedang aku lalui. Ini entri luahan perasaan. Kalau rasa meluat nak baca tak yah baca. Boleh baca entri lain dalam blog ni :D


Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

-Janji? Kau pernah berjanji denganku suatu ketika dahulu.
Tapi kau tak pernah tunaikan.
Aku masih menunggu dengan penuh harapan janji itu ditunaikan


Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

-Pabila aku dah mula tak mengenal dirimu
(mungkin kau telah berubah), aku mula membencimu.


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata

-Macam mana nak lupa
kalau aku masih lagi curi-curi tengok Facebook kau.
Aku tiada keberanian nak remove/blocked kau
kerana hati ini menyayangi dirimu.


Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

-Hati aku nekad untuk membenci kau 100%.
Tapi kau tahu tak betapa aku rindukan dirimu.
Benci dalam merindu sangat menyeksa diri, emosi dan mental.


Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku

-Kau mesti tak nak kan jumpa aku.
Aku telah menyebabkan kau menyampah pada diri aku.T.T


Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan

-Kau minta tolong aku hari itu.
Aku tolong. Tapi senang sahaja kau mainkan perasaan ini dengan
kata-kata manismu.


Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku

-Pernahkah dirimu yang merindui ku? 99.99% diri ini mengatakan
TIDAK PERNAH.


Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

-Kau pernah gembirakan hatiku kejap. Kau mengisi kekosongan
jiwa ini dengan kata-katamu. Tapi hanya kejap.
Kenapa tidak memberi aku peluang untuk merasai bahagia
itu lebih lama? Maka..aku nekad membencimu. Membenci dan merindu.


Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Konflict apakah yang terlah berlaku pada diriku? Pandai-pandai lah korang memahami setiap maksud dalam lirik itu. Kalau nak tahu lebih sila pantau tumblr aku tu. Aku banyak updated secara harian kat situ.

Sesungguhnya aku merindui saat kita berkenalan. Waktu itu sangat bahagia rasanya. Andai masa boleh diputar ke saat itu..alangkah seronoknya.

Pesanan buat dia: Memandangkan kau ialah followers aku, mungkin kau sedang membaca entri ini. Kebencian aku pada kau dah 100%. Tunggu lah saat kebencian ini bertukar menjadi sayang semula baru aku tegur kau semula.

~erk. Mungkin kau tidak tahu yang aku membencimu.

post signature

Selasa, 04 Mei 2010

Aku dah ada Tumblr.

Ini entri aku yang ke-400.


Ok. Akhirnya aku dah ada Tumblr.

Ha! Mesti ada yang tertanya kann Tumblr tu apa kejadahnya. Tumblr tu macam blog. Updated je pape dalam tu. But more fun than Blogger.haha. Boleh pilih macam-macam option masa updated tu. Sama ada nak updated quotes, text dan macam-macam lagi lah.

Memang ketagih dengan Tumblr sebab readers kat sana sikit je. Boleh updated pendek-pendek macam updated status Twitter tu.hehe. Siap boleh REBLOG fungsinya sama dengan Retweet. Tekan je nak REBLOG mana-mana entri orang lain, nanti automatik Tumblr kau tu akan di-updated.

Just Tumblr tak ada tempat nak komen macam Blogger dan Wordpress. So, kena pasang third party macam Disqus Comments tu. Kalau terer HTML boleh lah edit coding theme tu. Aku edit sikit supaya Tumblr aku ada identiti sendiri.haha.

p/s: Oh. I am currently so busy with my Final Exam. I will blog walking to your blog soon :D. Love you all ♥♥

-bye.

post signature