Hari tu Facebook heboh dengan video lucah budak sekolah. Ala budak sekolah raba meraba tu. Kalau belum tengok memang rugi.HAHA. Sorry. Aku tak download video tu. Tapi aku tak nak pertikaikan isu budak sekolah tu. Aku nak pertikaikan isu video Dosa 24 Jam di Facebook. Aku tak akan berceramah bab agama kat sini. Sebab aku bukan Islam. Kang ada yang rasa budak kafir sekor ni tak layak berceramah agama kan.HAHA. Anyway, aku dah tengok sampai habis video tu yer. Ada dua perkara yang aku perhatikan dalam video tu.
Macam entri aku yang sebelum ini terutama sekali entri Annoying, aku kaji dulu sebelum tulis. Mana boleh tulis ikut suka hati tok nenek moyang aku je kan.kah kah kah. Seperti biasa otak aku akan tune kepada satu sudut alam yang jarang dijejaki oleh pemikiran manusia. Maka terjadi lah kesimpulan ini.
Apa yang aku nampak dalam video tu. 100% DITUJUKAN untuk kaum perempuan. Dan ini sangat tidak adil. Kenapa perlu tujukan kepada perempuan sahaja? Ye. Aku tahu perempuan Islam wajib tutup banyak bahagian. Habis lelaki ni tak ada aurat kah yang patut ditutup? If I am not mistaken aurat seorang lelaki dari pusat ke lutut. And a funny things is aku pernah tengok gambar seorang lelaki kat Facebook sana hanya memakai boxer masa kat air terjun. You all know kan boxer dia cuting macam mana. Pendek mana. Siap nampak bulu-bulu dari betis ke peha lagi oi.
Kenapa video ini hanya ditujukan kepada Facebook? Apa kat dunia tenet ni dah tak ada social network lain ke? Come on dude! Myspace sana tu ha. Lagi banyak gambar perempuan tertonggek sana. Tertonggek sini. Lagi hotttttt gambar perempuan dalam tu dari gambar perempuan dalam Facebook. Gambar perempuan kat Facebook dah kira lagi sopan dari kat Myspace sana. At least aku tak jumpa lagi gambar perempuan Melayu yang pakai bikini dan dipeluk oleh lelaki kat Facebook sana. Kalau kau betul-betul buat research secara mendalam memang dengan social network lain kau akan include.
-Facebook and Mark Zuckerberg The Founder
Aku tahu kenapa hanya ditujukan untuk Facebook. SEBAB FACEBOOK DIMILIKI oleh MARK ZUCKERBERG yang berketurunan Yahudi. LOL. Kau benci Yahudi. Fineee. I know you have a good reason why you hates the jewish. Tapi dengan Facebook sekali kau benci apa halnya? Ouh. Again. Reason sama. SEBAB MARK tu orang Yahudi. Inilah yang dikatakan marahkan nyamuk dengan kilang shieldtox tu sekali dimarahnya. Aku benci Bush tapi aku tak benci all the americans. LOLOLOLOLOL! Kalau Myspace dengan Friendster tu dimilik oleh Yahudi aku rasa tajuk video ni akan bertukar kepada DOSA 24 JAM di MFFB - Myspace Friendster Facebook.HAHA.
Mengapakah begitu mudah kita terperangkap dengan permainan yang dicipta oleh Facebook? - dosa 24 jam di facebook.
Aku syak ni mesti isu konon-konon pihak Israel sana tengah scan profile Facebook semua orang. Pernah tahu pasal kalau kita tulis status yang ada perkataan Israel nanti status kita akan ada kat Fan Page Israel tak? Boleh rujuk fan page Israel untuk paham apa yang aku katakan. Dan orang akan fikir pihak Facebook tengah scan siapa yang anti-Israel sebab Mark tu orang Yahudi.LOL. Ok. Itu kisah manusia yang tak pernah buat research secara mendalam pasal concept Facebook ni.
Actually setiap artikel yang ada kat Wikipedia tu dia akan sync masuk Facebook. Cuba kau tengok fan page rojak. Satu persamaan. Dua-dua pun under Wikipedia. Kau search lah Israel ke atau rojak kat wikipedia sana. Mesti akan keluar artikel yang sama seperti dalam fan page tersebut. So, masih fikir kau orang dalam permainan Facebook atau profile kau sedang di-scan oleh pihak Facebook sana? Kalau staff Facebook nak scan profile kau orang semua, tak adanya pakai cara senang macam tu. There must be a way they doing it and we will not know about it. Top secret. LOL
Kalau kau masih takut-takut dengan privacy and security Facebook sila jangan teragak-agak DELETE account Facebook kau terus. Tak payah nak sedapkan hati dengan deactivate pun dah cukup. Itu hiprokrit. Aik. Kata nak boikot produk Yahudi. Tunjuk lah sikit semangat kau tu nak boikot. DELETE sahaja account Facebook kau tu ok. Tak ada orang amik kisah pun.
Actually kalau kau pandai fikir dengan menggunakan daya kematangan kau yang tinggi, gunakan lah satu produk tu dengan sebaik mungkin tak kira lah produk tu terhasil dari mana. And kau orang pun dah besar panjang. Dah boleh keluar air mani. Dah datang period tiap-tiap bulan. Pandai-pandailah jaga diri bila dedahkan gambar sendiri kat Internet ni. Jangan nak dok camwhore sampai tayang semua.LOL
Jangan amik kira dosa 24 jam di facebook sahaja. Amik kira sekali dosa 24 jam kat dunia realiti ni macam mana. And btw, those yang dah sebarkan link video tu atau dah upload kat mana-mana site bawak-bawaklah remove link/video tu. Ok. Yang buat video ni dah kena tegur dengan seorang yang berpangkat ustaz. And that video pun dah kena remove oleh si pemiliknya kat Youtube tapi dah terlambat. Sebab video tu dah tersebar kat Facebook sana dah.
Aku pernah bersayang-sayang dengan lelaki melayu. Tu pasal aku tahu aurat lelaki dari mana ke mana. Jangan kau fikir aku ni cina yang tak tahu pape pasal bab-bab ni walaupun tak berapa nak expert.LOL. Kadang-kadang baca entri Ugly Truth macam ni boleh menajamkan daya pemikiran daripada setiap masa baca entri yang sedap memandang sahaja.
p/s: Sarcasm helps keep you from telling people what you really think of them.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar