Actually tajuk kat sana tak ada kena mengena dengan entry kali ini. Just ada lah sikit. Aku pun tak pasti. Entah.kah kah kah! Gini. Aku baru habis baca satu novel ni. Kisah cinta of course. Dan tajuk novel ini Lafazkan Kalimah Cintamu. Basically, 100% pasal anak orang kaya yang bakal mewarisi semua harta parents. Novel cinta melayu memang typical macam ni. Hero of course mesti kaya sampai 7 keturunan kau pun tak habis makan. kah kah kah. Typical macam mana pun aku tetap baca dan beli novel-novel cinta dari penulis melayu ni. Sebab aku pun nak berfantasi dan berimaginasi duhh.kah kah kah.
Tipulah perempuan tak nak laki yang ada kewangan kukuh dan masa depan cerah benderang right? Aku tak nak hidup susah sepanjang masa dengan kau. Sila beri satu jaminan yang aku akan bahagia dengan kau seumur hidup aku ni. Life of course kena ada gerenti ok! Susah betul nak carik young bachelor yang menepati cita rasa ni. Tu pasal kau sampai sekarang pun single mingle jingle bell.LOL. Shitty. Damn. muahahahahaha! Ok. Tak kelakar langsung. Dah meleret cakap benda lain plak. Ok. Back to the title. Ini entri review novel actually.
Novel Lafazkan Kalimah Cintamu (LKC) ni ada jual kat kedai buku Popular je. Kedai buku lain tak dijual. Tak tahu kenapa. Kalau susah sangat, order online sahaja. Free delivery. Order kat website SR Publication hak milik penuh Siti Rosmizah penulis tu sendiri. Demi novel ni aku terpaksa berjimat selama 3 hari sebab dah perhabis RM30 untuknya. Tambang bas pergi Tesco dan harga buku ni. Agak-agak RM30 lah kot aku habiskan.haha.
Jalan cerita novel LKC masih macam jalan cerita dalam novel yang sebelumnya. Mula-mula jumpa macam anjing dengan kucing. Last-last membawa kepada satu perkahwinan tanpa cinta. At the end terbit bunga-bunga cinta.chewahhh.Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
Ala ni kisah anak-anak orang kaya. Kaya sangat kot. Sampai si Hero, Ryan bawa kereta Lamborghini. Ehe. Kenapa tak describe Ryan bawak kereta BMW je? Bagi aku cool apa kereta tu. Agaknya penulis tu nak cuba bagi watak Ryan yang kaya kot. Padahal tu semua harta bapak dia yang dia bakal warisi nanti lepas bapak dia dah jalan. Tapi tak ada plak kata Ryan ni lupa daratan ke apa. Biasalah hero. Mesti lah baik-baik je di mata pembaca macam aku ni. Yang pasti lelaki jenis Tengku Ryan Ameer tak akan wujud kat dunia fana ni. Oh! Sedih. Kalau lelaki jenis Ryan betul-betul wujud aku perempuan first yang akan pergi tackle dia.muahahahahaha (evil laugh)
Watak Tengku Aqilah sebagai heroin dalam cerita ni. Asyik-asyik dia sahaja yang kena teraniaya. Bila dah teraniaya apa tak reti ke nak lawan balik. Alahai perempuan ni. Tapi kadang-kadang aku suka dengan lawak bodoh si Qila ni. Boleh buat aku sengih sampai ke dahi. Ok itu metafora sahaja. Banyak lah kau boleh senyum ke dahi.keh3. Dalam novel ni Qila sebagai anak terbuang. Sebab papa dia terus-terusan salahkan Qila penyebab isteri tercinta dia mati.
Watak Tengku Natsaha selaku kakak kepada Qila. Tasha ni memang hati busuk dan dengki dengan si Qila. Dah lah dia kekasih kepada Ryan. Sejak Qila balik dari Malaysia, dia tak habis-habis tuduh Qila cuba goda si Ryan. Lepas tu bila Ryan sendiri dah terjatuh cinta dengan Qila, macam-macam plan dia buat supaya dorang terpisah. Sampaikan sanggup buat cerita bohong pasal dia dengan Ryan dan terlanjur. hissh! But at the end, Tasha menyesal dengan tindakan dia dah.
Aku suka betul watak Kak Bong dalam novel tu. Orang gaji papa dia. Ada je lawak bodoh yang Kak Bong akan buat. Sampaikan kadang-kadang aku gelak sorang-sorang masa baca novel ni. Gila ke apa aku ni?haha.
Bagi aku novel ni aku kasi so-so sahaja. Kenapa? Sebab aku dah bosan dengan genre cerita ni dari Siti Rosmizah. Start dari novel Andai Itu Takdirnya yang kisah lebih kurang macam ni gak. Pasal keegoaan seorang lelaki. Pasal kawin paksa. Pasal perempuan yang teraniaya. Dan semestinya ada watak orang yang tak boleh senang dengan si hero dan heroin ni.hoho.
Tapi tapi kan. Novel ni kelakar. Ada part jalan cerita dia kelakar sangat. Terutama sekali part yang ada Kak Bong tu. Lawak ke main ayat dia. Berdekah-dekah aku ketawa tau. Ada part yang paling buat aku terharu bila Ryan duduk bawah hujan. Pasal apa? Tu kena baca sendiri lah woi. Hampir menitis air mata jugak lah baca part terharu tu.
Apa-apa pun korang nilai sendiri LKC ni. Lain orang lain padangannya kan. Lepas ni aku nak try carik novel Cinta Untukmu dari Siti Nur Dhuha :D
Tidak ada komentar:
Posting Komentar