Selasa, 17 Agustus 2010

Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog

Again. Tulis satu entry yang aku menyampah dengan segelintir bloggers tapi seperti biasa aku tak akan namakan siapakah mangsa itu yer. Sampai sekarang tak ada siapa yang boleh teka siapa yang aku maksudkan dalam entri Camwhore Dalam Blog Sangat Annoying. Fikir aku tulis suka hati je ke. Siapa makan gula dia yang terasa manisnya right?LOL

Hari ini aku nak tulis pasal shoutbox yang kau semua taruk dalam blog kau tu. Hampir 80% blog yang aku pergi mesti ada shoutbox kan. Tapi aku nak cakap pasal shoutbox aku lah. Malas nak kutuk shoutbox blog orang lain padahal shoutbox sendiri pun macam tu gak.LOL.

Aku tak tahu berapa banyak point aku akan isi nanti. Sebab aku tulis ikut apa yang terlintas dari kepala otak aku yang tak berapa betul dua tiga hari ni.HAHA. Tapi yang pasti mesti ada sekor dua lanun yang terasa dengan point aku.muahahahaha! (evil laugh with evil look)


Kalau kau hanya berniat blog walking dan tinggalkan mesaage kat shoutbox aku seperti ini : "hye. Come and visit my blog" etc etc itu semua. Aku tak kisah. Kadang-kadang aku tergerak hati gak nak tahu kau siapa. Bila aku dah masuk blog kau tu. Aku view and scroll from top to bottom. Mana tahu ada entri best dari blog kau aku boleh komen. Tapi tak ada yang menarik perhatian aku.LOL. Bosan-bosan aku ajak kau sembang cik kiah kat shoutbox blog kau :DD.

Lepas dua tiga hari kau masuk lagi blog aku. And you leave the same message again in my shoutbox! *sigh. Dan kau expect aku nak buat apa dengan message kau tu? Masuk blog kau lagi sekali and start over again our conversation? No way! Dari sana aku dah tahu apa motip kau tinggal message yang sama kat shoutbox aku dan jugak shoutbox orang lain. Tak lain dan tak bukan sebab nak kejar traffic kan! Huh.


Sanggup plak duduk depan PC selama 3 jam untuk blog walking and blog walking. Bisul kang bontot kau.kah kah kah. Alasan cuma satu. Nak kasi maintan jumlah visitor dalam sebulan. Penting sangat ke jumlah visitor tu? Masa yang terluang tu baik kau pergi cari bahan untuk updated entry. Kalau entry kau best kau tak payah panggil pun orang masuk blog kau sebab mesti dorang rela nak masuk punya.


Ada lagi satu jenis lanun yang suka membanggakan alexa rank dia kat shoutbox aku tu dulu. Entah apa kes dengan perempuan tu. Dok masuk blog aku mesti ada je kata dia baru updated entry pasal blog rank dia yang dah ke berapa minggu ni. Kau dah kenapa weyh? Aku tak minat langsung nak tahu rank blog kau. Kalau rank blog kau tu lagi tinggi dari blog aku kenapa? Kau fikir aku akan jeles ke? kah kah kah. And obviously aku tak akan masuk langsung jenis blog macam ni. Buat apa nak kasi traffik free kepada traffik lover macam tu. Sila bayar aku sejuta dollar baru hari-hari aku masuk blog kau. Fikir semua nak free je!

Ada lagi ni jenis lanun yang suka inform kat aku yang dia dah click nuffnang aku. So? Kau expect aku akan click nuffnang kau semula ke sebab kau dah tolong click kan? No way ok! Macam aku yang suruh kau click nuffnang aku. Ada ke kat mana-mana dalam blog ni aku tullis "please click my nuffnang. And I will click yours too". TAK ADA kan? Lain kali bukak mata tu besar-besar! Suka hati kau nak click ke tak. Aku tak paksa dan tak kisah. Dan ini mouse aku suka hati aku lah nak click nuffnang kau ke tak. Point ni include untuk lanun dapatwang tu yang suka benar tinggalkan link dapatwang dorang kat shoutbox tu. MENYAMPAH ok.

Dan yang last. Bila dah masuk bulan puasa ni ada je yang datang tulis "Selamat Berpuasa". Ha? Aku tak pernah puasa weyh. Asal kau cakap macam tu. Tak tahu ke penulis blog ni cina? Lagipun benda ni tak payah lah kot. Semua orang dah tahu dah masuk bulan puasa. Lepas tu bila raya akan ada message "Selamat Hari Raya. Puasa penuh tak?". LMAO! Benda ni ikut musim. Bila musim bola. Akan ada message "Sokong team mana malam ni?". Tak payah jadik typical untuk tulis message tu sebagai tanda kau blog walking.

Sebab tu aku remove shoutbox aku terus. Lepas raya aku masukkan balik itu pun aku ingat mana aku campak code shoutbox aku tu.HAHA. Kalau tak nak sembang kat Twitter sana boleh sembang kat shoutbox. Boleh bergosip macam program cik kiah. Bukak kopitiam sendiri. Sembang pasal dunia pun boleh. Kau nak marah-marah aku atau nak carik pasal pun boleh tapi tolong tinggalkan link atau email. Jangan jadi manusia yang hanya tahu menyorok kat belakang batu belah batu bertangkup tu!

Tapi bila ada manusia yang tak reti pakai shoutbox. Jadi macam kes yang aku mention kat atas ni lah. Mungkin jalan penyelesaian yang terbaik ialah adakan kelas Mari Menggunakan Shoutbox dengan Cara Lebih Efektif. Yuran pendaftaran adalah PERCUMA! Siapa nak join sila angkat bulu hidung masing-masing! kah kah kah.

Ok. Itu sahaja point aku untuk kali ini. Ada apa-apa penambahan ke my dear readers? Kalau ada rasa tak puas hati ke apa boleh komen kat bawah ni. Jangan risau. Aku memang baca setiap komen kau orang kat blog ni walaupun aku ada penyakit liat balas komen blog. LOL :D

p/s: I wrote an entry on another blog. If you interested to read it, just visit Fitri's blog :D. Tq.

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar