Seronok tak mengenal Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog? Ok. Kali ini mari kita mengenal ciri-ciri blogger yang kemaruk dengan duit nuffnang plak. Ala. Jangan cakap kau tak tahu langsung pasal Nuffnang ni ye. Kalau tak letak iklan Nuffnang dalam blog pun I bet you know jugak lah kan Nuffnang ni company iklan yang kasi earning kat bloggers kalau letak iklan dorang. Got it? Banyak benda aku nak elaborate dengan hujah-hujah ugly truth aku ni. Bahan-bahan explicit pun dah bersedia nak keluar dari kepala otak aku ni.muahahahahaha (evil laugh with evil look)
-muka sanggap duit
Selain Nuffnang banyak lagi company ads yang lain. Tapi lets we focus more on Nuffnang since blogger yang aku maksudkan pun ialah manusia yang laparkan earning nuffnang.kah kah kah. Hidup dia aku rasa 99% semuanya pasal duit dari Nuffnang Nuffnang Nuffnang.
Tayang Buffered Earning(BE) kat blog. Some bloggers really doing this now a days. Dok tayang berapa BE yang dia dapat dari Nuffnang. Lupa nak terangkan BE ni apa. BE ni ialah iklan yang akan selalu keluar kat blog kau nanti. Means makin banyak BE makin mashyuk lah jawabnya duit nuffnang kau tu nanti.
Bila dah dapat BE terus buat satu entri pasal BE dia. Kat entri tu mesti dia tulis dia bersyukur tahap dewa dewi sebab dapat BE lagi hari tu. Kalau hari tu dia dapat iklan Digi. So dia akan tulis pasal iklan Digi tu. Dia akan buat research pasal iklan tu. Dia akan promote baik punya pasal Digi. Percayalah. Ini kes nak mengampu sponsor atau nuffnang? Tamaknya! Bodek kedua pihak. Apa kau ingat pihak-pihak tu akan pandang jenis bodek kau yang murah ni? Tidak sama sekali.kah kah kah.
Cerita panjang-panjang kat blog pasal BE yang kau dapat tapi asal tak print screen sekali BE kau tu ha? Ni mesti kes earning BE kau ciput kan. Tu yang malu nak tayang. Baru BE. Bukan cash out pun tapi dah riak semacam je aku tengok. Cuba kalau sekali cash out, aku syak mesti riak tahap ketinggian gunung everest tu padahal jumlah cash out baru RM50. kah kah kah. Come on. Nak cash out pun biarlah beribu ringgit. Baru bangga sikit kau nak riak segala.
Ada yang suka pagi-pagi bukak mana-mana newspaper online ke apa. Terus baca tajuk utama. Terus up entri pasal tajuk utama tu. Kau ni tak reti dah ke carik bahan explicit sikit kasi orang baca? Nak buat apa kau nak up entri benda yang orang dah baca kat newspaper online tu right? Ouh. Jawapannya mesti lah nak kejar keywords. Bangun pagi tanam niat nak jadi blog pertama yang ada entri pasal tu and ada keywords pasal tu kat Google sana. Ataupun kalau bukan kat newspaper online kau cekau story. Kau mesti carik kat Facebook apa yang tengah panas.
Contohnya kes bapak sakit mental sembelih anak umur 3 tahun tu. Cepat je kau up entri pasal tu. Padahal entri copy paste dari hmetro sana kalau tak pun copy paste dari blog lain. Kalau takat tambah ayat kau kesian kat si mangsa dengan mak dia kat bawah entri kau. Aku rasa tak ada point langsung entri kau. Meaningless entry I mean. Again. Kejar keywords kejar traffic seperti biasa. Isu tu tengah panas macam cendawan goreng. So aku rasa kau mesti expect ramai akan baca kan. Dalam pala otak kau mesti dah plan awal-awal kan entri tu mesti dapat sambutan kan. Aha
Nuffnangers yang aktif join semua contest yang dianjurkan. Ada contest yang best tawarkan hadiah lumayan sikit je terus join. Terus dalam otak merangka-rangka story apa kau nak tulis. Bila Nuffnang tak pilih kau sebagai pemenang terus kau sentap lebih. Dah tak menang tu diam je lah. Buat cara orang kalah. Jangan nak buat cara orang kalah macam cara orang menang. Ada paham maksud aku? Ini tak termasuk lagi segala event Nuffnang mesti dia nak join. Berhajat nak buat personal contact dengan pihak Nuffnang sana denga berharap cara macam tu pihak Nuffnang kasi iklan lebih kat blog kau katakan.kah kah kah.
Aku tak pernah cash out duit Nuffnang aku lagi. Sekali pun tak pernah. Aku tak pernah lagi bersemuka face to face dengan bloggers lain selain Iss, Shu'bah dengan Macha.LOL! Well. Aku low profile punya budak. Rendah diri katakan.muahahaha!
Apa kau dah miskin sangat kah sampai nak jadi kemaruk sangat kejar earning kau tu? Aku cadangkan gini lah. Kau masuk program Bersamamu TV3 tu. Lepas tu jangan lupa promote blog kau sekali dalam program tu. Bukan sahaja kau dapat duit derma free dari orang. Kau dapat traffik free kat blog sekali youuu. Ok tak? kah kah kah!
Aku nak tanya. Kau blogging sebab apa? Sebab nak kejar earning ini semua kah. Kalau semata-mata blog untuk duit aku rasa tak ada point kau kasi blog kau hidup sampai sekarang. Earning dengan traffik je kau rasa penting dalam blog kau sehingga kau abaikan kualiti satu entri tu. Traffik blog tak akan terkejar punya lah sampai bila-bila pun. Bawak-bawaklah berubat penyakit kemaruk kau ni.kah kah kah!
p/s: jom makan satay kajang. aku nak belanja ni pakai duit nuffnang aku. teeeetttt. itu propa sahaja. fikir aku ni murah hati sangat ke? kah kah kah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar