Kamis, 04 Februari 2010

Block Lagu Dan Gambar Yang Tidak Disukai (Firefox)

Pernah tak korang masuk blog yang ada auto-play lagu? Mesti pernah kan. Memang tak sah la kalau masuk blog under Blogspot tak de lagu kecuali beberapa blog je yang tak pasang lagu termasuk blog ni. Kalau lagu yang dipasang tak de la heavy sangat aku masih boleh terima. Kalau masuk-masuk je, lagu yang buat aku terperanjat beruk kat depan PC memang aku block terus lagu tu occay.

Tak perasan ke blog korang lambat loading sebab ada flash player lagu tu? Selagi player tu tak loading tak payah la korang berharap blog tu nak habis loading.haha.
Trick nak block ni hanya boleh dipratikan kat Firefox sahaja ok. Lain kali aku tulis cara block pakai Chrome lak ;pp.

Memula korang install dulu add-on Adblock Plus(ABP) kat Firefox korang. Lepas tu install lak plugin untuk Adblock Plus tu; Adblock Plus Element Hide Helper. Pastikan dah ada Adblock Plus baru install Adblock Plus Element Hide Helper ok. Kalau tak ikut turutan, memang tak jadi la.

Then, try cari icon ABP kat window Firefox korang tu. Lepas dah jumpa right click pada icon tersebut dan pilih Select Element To Hide.

Contohnya aku nak block flash player mp3: Korang just hover kan pointer mouse korang tu kat flash player tu. Hasilnya, akan menjadi seperti dalam gambar kat atas. Then klik je.

Satu tertingkap akan keluar: Klik Add Fliter Rule. Dan taniah! Korang dah berjaya block lagu tersebut.

So lepas ni, korang masuk je blog tersebut, apa-apa lagu tak kan kedengaran dari blog tu lagi unless dorang tukar player.haha.

Ada lagi satu cara nak block. Lagi senang. Try hover kat player lagu tu. Lepas tu cari perkataan BLOCK kat player tu. Then klik untuk block.Btw, boleh gak block video. Mana tahu kot-kot tak suke video 3gp, boleh la block.haha.

Ada gambar musuh korang yang korang tak suka? Kalau gitu sila block dengan senyap-senyap.haha.

Right click pada gambar tu dan pilih Adblock Plus Image. Secara sutomatiknya gambar tu akan diblock.
Sebenarnya add-on Adblock Plus ni direka untuk block iklan kat website. So, nak block iklan pun boleh. Just follows all the step above.haha. Aku buat tutorial ni, tak bermaksud aku boikot blog yang ada auto-play lagu. Aku still blog walking kat blog jenis macam tu okey. Tak de la dengar je ada lagu kat blog tu, terus tutup. Peace.

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar