Rabu, 20 Oktober 2010

lost of creativity

Header dah tukar. Aku rasa tak lawa. Tu je yang mampu aku buat. Sedih kan? Aku ingatkan nak tambah kereta api sebagai frame dia. Sekali aku rasa buruk! Aik. Kenapa aku imagine akan jadi lawa and comel? Susah betul kalau aku dah hilang kreatif dalam bab-bab macam ni. Tak tahu lah creativity aku dah pergi ke mana. Pulanglahhh kepada aku cepat!

Aku rasa nak redesign balik template aku ni ha. Tapi tak tahu kenapa. Aku terkial-kial bila bukak Photoshop dengan Illustrator. Apa yang aku edit semua tak jadi. Jadi hamsap. Terus aku delete. Senang-senang pakai Minima template je senang kan. Back to basic. Tapi template ni asal usul memang dari Minima pun. Setelah dah edit sana sini hilang dah wajah keturunan Minima.haha~

Kalau kau nak tahu. Ni header yang entah ke berapa aku upload. Dari petang semalam selama dua jam aku try and error. Reupload punya banyak header. Last-last yang header ni jugak yang terbaik di mata aku walaupun aku tahu tak berapa nak mengancam. Nak buat macam mana lagi. My mind is stuck kat one point ni. Tak dapat nak fikir untuk kretifkan cam mana lagi. Kang kalau hantuk pala kat dinding buat sakit kepala je! Damn.

Aku rasa nak pergi bertapa kat Gua Musang lah. Kenapa mesti Gua Musang? Sebab tu je gua yang aku terfikirkan sekarang ni. Ada gua apa lagi kat Malaysia ni ha? Kalau gua perempuan aku tak hingin. Aku tak fuck dengan perempuan. I am straight lady. Aku nak bertapa untuk panggil semula creativity soul aku kembali. Jangan soul aku tu pergi kat orang lain sudah. Masalah besar ni.

Aku nak packing pergi Gua Musang ni. Nak bawak apa ha kalau nak pergi bertapa ni? Kau orang ada pengalaman tak pergi bertapa? Kau orang tak boleh ikut aku bertapa sekali. Kang kena tangkap basah ke apa macam mana? Naya aku. Doakan aku selamat kembali bersama creativity soul aku yang kacak lagi advanced.

Entri ni sedikit mengarut. Aku tahu. Terima kasih lah sebab baca entri ni sampai habis. Sanggup bertahan dengan keleteh mesra dari aku. So kau orang sila lah komen. Jangan nak tanya kenapa aku tulis macam ni. Sebab aku tengah truma kehilangan creativity aku. Bila-bila masa boleh jadi insane. Kalau boleh report polis pasal ni kan bagus. Tak payah aku susah payah nak pergi bertapa panggil semula soul tu.

Ok bye.

p/s: celaka. Blogger tengah maintenance image uploads. Terpaksa aku tulis dalam esei. Tak ada gambar awek hot and sexy akan menghiasi entri kali ini. Sila salahkan 100% pada Blogger.com.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar