Tampilkan postingan dengan label rojakstory. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rojakstory. Tampilkan semua postingan

Kamis, 15 Desember 2011

4 tahun dah weh!


Hari ini 16.12.2011. Sudah genap 4 tahun kamu. Sobsobsob. Bila tengok balik entri lama-lama dalam blog aku ni, aku rasa aku dah banyak improve dari segi bahasa. Time aku wujudkan blog ni zaman tu aku baru umur 16. Belum capai tahap kematangan lagi.kehkehkeh Bahasa yang digunakan dalam blog ni agak rempit contohnya AkU Nak MAKan. kahkahkah! Kenangan seyh. Agak-agak kalau aku tulis macam gitu sekarang kau kau kau meluat tak? muehehehehe.

Anyway, aku tak sangka dah 4 tahun dah blog ni wujud. Pernah tak nak stop blogging? Banyak kali hokayyyyy aku hampir putus asa dengan blog ni sebab sekarang dah wujud Twitter yang macam diari aku. Facebook yang aku selalu merepek-repek pasal life aku etc etc etc. So blog pun terabai. Bila fikir balik hala tuju aku time buat blog ni dulu, aku ingat nak tulis macam diari je. haha. Kira misi dan visi aku dah terpesong sikit XD

Memang kena berterima kasih lah kat kau kau kau yang selalu jenguk blog ni walaupun aku dah sangat jarang updated. Kadang-kadang tu dua minggu sekali baru nampak ada entri baru. Nampak sangat aku dah anak tirikan blog aku sendiri kan? kahkahkah! Walaupun dah jarang update ni, aku tahu masih ada readers yang selalu datang jenguk. Terharu iols taw!

Aku tahu some of you datang dari Terfaktab kan? Bila fikir balik kan, tak wujud blog ni, memang aku tak wujud dalam Terfaktab tu. Serious! Kalau tanpa blog ni aku tak kenal Aqram dengan bekas kekasih dia tu. Dan bekas kekasih dia tak akan minta aku join Terfaktab tu pun :) Haaa. Itu kisah setahun lepas. Aku pun tak sangka aku boleh sampai tulis buku pasal cinta. rolrol~

Kadang-kadang tu aku tengok pageviews blog ni readers aku datang dari satu dunia ni. Agak-agak yang tak pandai baca Bahasa Melayu apa lah depa usha kat blog aku.kehkehkeh.

Apa-apa pun aku nak ucapkan kamsahamnida , xie-xie, terima kasih, thank you kat korang semua :)

Terimalah lagu Penakut dari Yuna yang telah 'dirosakkan' oleh Penulis.Sahaja (terfaktab) muahahahahaa!


Love, XOXO

Selasa, 19 April 2011

Google nak delete non-gmail akaun Blogger KONONNYA.

Khabar angin sahaja benda itu konon konon Google nak padam semua non-Gmail account on Blogger.

Ya. Blogger.com akan delete akaun tapi cuma akaun yang tak pernah aktif sebelum dan selepas tahun 2007. Yang tak pernah aktif langsung mereka akan padam.

Tahu kenapa aku susah nak percaya dengan khabar angin katanya Blogger.com nak padam semua account yang pakai non-Gmail untuk login ke Dashboard pada 25th June nanti?

Because of this note from Blogger Buzz.


Baca benda yang aku highlight dan tanda merah tu.

Awal awal notes tu dia dah tekankan yang message tu hanya untuk yang tak pernah nak aktif dalam Blogger.com sebelum dan selepas tahun 2007. Yang aktif boleh abaikan message tu. Lepas tu isi notes tu tekankan lagi perkara yang sama.

Lain lah message tu kalau berbunyi :
(This message only applies to a tiny fraction of users who still USING NON-GMAIL ACCOUNT TO LOGIN INTO BLOGGER. If you've using GMAIL to login, you won’t be affected and can disregard this message.)

Aku pernah ada account Blogger tahun 2006. Blog tu pun dah berkubur lama. Username dengan password pun aku dah lupa terus. Aku masih ingat lagi tahun 2006 tu, masa nak login ada dua login form. Satu untuk yang mendaftar sebelum tahun 2006 dan satu lagi yang mendaftar selepas tahun 2006. Kalau tak silap aku lah.

Lepas tu akhir tahun 2007. Aku daftar lagi sekali pakai akaun Yahoo. Dan wujudlah blog ni sampai sekarang. Masa tu aku tak kenal lagi apa apa pasal Gmail selain Hotmail dan Yahoo.

Kalau Google betul nak padam non-gmail account, there will always an official word about that. Tapi aku tak nampak pun kat mana mana lagi. Aku siap check inbox email aku yang ada 21k email unread tu. Spam siap check. Tak ada daripada Blogger pun pasal nak padam account aku sebab aku pakai non-Gmail account untuk login. Yang cuma ada email daripada Facebook.haha.

Dalam notes atas tu pun kata nak hantar email kan kat account yang berkenaan kan? Masih senyap je Blogger ni. Maksudnya non-Gmail account aku tak terkena lah kan sebab aku aktif dalam Blogger.com sejak tahun 2007 sejak aku daftar.


Aku rasa lepas 25th June ni, newbie yang nak daftar Blogger.com dah tak boleh daftar pakai non-Gmail account. Kan dia kata dah tak support lepas 25th June kan. Jadi dia dah tak boleh terima penambahan non-Gmail account. Jangan percaya pendapat aku ni 100%. Just my thoughts based on their words :D

Tak nak percaya lagi ke?
Aku pun daftar baru kat Blogger.com pakai Gmail dan Yahoo.
Lepas tu aku masuk migration page tu. Aku cuba nak migrate lepas tu keluar message User Account Not Found. How come tak jumpa kalau aku baru daftar beberapa saat yang lalu? Bila difikir balik, aku daftar lepas tahun 2007. Mana ada user account aku dalam database dorang tu. Logik kan? Tak apa. Nanti aku create lagi satu account Blogger lepas 25th June. Tengok apa akan jadi.

Kalau kau masih takut takut Google akan padam non-Gmail account Blogger kau. Buat lah backup blog. Tak susah pun backup. Lagipun kita ni bloggers kena pandai pandai buat backup hoi. Kang apa apa jadi kat blog macam Blogger.com tiba tiba remove blog kau ke, masa tu lah bakcup boleh digunakan.

Paling tak boleh blah, ramai yang copy paste copy paste entri yang sama pasal benda ni. Tak ada effort ke nak tulis entri sendiri? Kamon. Sebelum nak spread news tu, siasat dulu perkara tu betul ke tak. Make a few research. Google up for this issue.

Anyway my last word on here to end this entry.
Aku masih menunggu Blogger Buzz untuk updated seterusnya. Kalau dia nak padam non-Gmail account, they should send an email to notify me. Is up to you to believe this rumors or not. I am not going to believe this rumors. Not any unless Blogger Buzz give an official word about non-Gmail account thing.

Trivia : Ada banyak perbezaan antara Google Account dan Gmail Account. Kalau rajin Google apa bezannya jumpa lah jawapannya :) dan segala kekusutan terhadap notes itu akan terungkai if you do understand what is the difference between Google Account and Gmail Account :D

p/s: aku percaya suatu hari nanti, zaman blog akan berakhir macam berakhirnya zaman Myspace tu.

Senin, 28 Februari 2011

makeover blog sikit-sikit

perasan tak side menu kat belah kiri ni? kalau kau bukan pengguna IE cap lembu dapat lah view. kehkehkeh

baru taruk oke. coding of course bukan aku yang tulis. cuma aku ubah sikit sikit ikut citarasa aku. kalau ada masa aku buat tutorial untuk dia.

:D

puas hati.

ingat nak ubah header lagi. dalam proses drawing.

love you all ♥

Selasa, 25 Januari 2011

apa alasan kau kali ni tak updated blog?

dah rasa dua minggu atau seminggu lebih tak updated blog. Dah tak update laju laju macam dulu. Kalau dulu dalam 2 hari mesti sekali aku updated blog kesayangan aku ni. Sekarang ni boleh dibiarkan selama seminggu lebih.

Nak kata aku sibuk sangat sampai tak updated tak jugak. Sebab aku online je 24 jam. Tapi rasa tak tergerak hari nak bukak blog ni ha. Ada comment pending pun malas nak approve. Jahat tak perangai? Ok tak buat lagi.

Tak ada alasan sebenarnya tak updated. Sekarang ni Twitter dah jadi macam blog aku. Semua pasal daily life aku, aku updated sana. Aku terberak dalam seluar ke. Aku terjatuh dalam gaung ke. Semua boleh baca kat sana. Kalau kau orang nak baca apa jadi kat aku setiap hari boleh lah follow @moimori kat Twitter sana. Bajet nama nak jepun kan? kihkihkih.

Kalau rojakstory tak updated langsung. Blog terfaktab lagi lah aku tak updated. Sebenarnya aku ketandusan dan kergersangan idea untuk updated pasal cinta cinta kat sana. Sorry Aqram. Nanti lah lepas aku final exam baru aku updated laju laju.haha.

Oh. FYP Part 1 dah siap 99%. Ha mana 1% tu? Sebab Gantt Chart tak siap lagi.kihkihkih. Website interface dah siap. Interface dia comel macam blog ni jugak.kihkihkih. Elemen pink dan purple perlu ada untuk menambahkan kecomelan website itu. hehe. Tak lama lagi dah kena present Part 1. *_*

Sekarang ni tunggu nak masuk final exam. Exam start 8hb Feb tapi tak study apa apa lagi sebenarnya. Agak kemalasan. Aku sibuk nak balik raya cina je hoi. Benda lain nanti ah fikir. kihkihkih.

p/s: sebenarnya teringin nak tulis tutorial untuk blogspot macam dulu atau tutorial photoshop.

Okbai.

Rabu, 20 Oktober 2010

lost of creativity

Header dah tukar. Aku rasa tak lawa. Tu je yang mampu aku buat. Sedih kan? Aku ingatkan nak tambah kereta api sebagai frame dia. Sekali aku rasa buruk! Aik. Kenapa aku imagine akan jadi lawa and comel? Susah betul kalau aku dah hilang kreatif dalam bab-bab macam ni. Tak tahu lah creativity aku dah pergi ke mana. Pulanglahhh kepada aku cepat!

Aku rasa nak redesign balik template aku ni ha. Tapi tak tahu kenapa. Aku terkial-kial bila bukak Photoshop dengan Illustrator. Apa yang aku edit semua tak jadi. Jadi hamsap. Terus aku delete. Senang-senang pakai Minima template je senang kan. Back to basic. Tapi template ni asal usul memang dari Minima pun. Setelah dah edit sana sini hilang dah wajah keturunan Minima.haha~

Kalau kau nak tahu. Ni header yang entah ke berapa aku upload. Dari petang semalam selama dua jam aku try and error. Reupload punya banyak header. Last-last yang header ni jugak yang terbaik di mata aku walaupun aku tahu tak berapa nak mengancam. Nak buat macam mana lagi. My mind is stuck kat one point ni. Tak dapat nak fikir untuk kretifkan cam mana lagi. Kang kalau hantuk pala kat dinding buat sakit kepala je! Damn.

Aku rasa nak pergi bertapa kat Gua Musang lah. Kenapa mesti Gua Musang? Sebab tu je gua yang aku terfikirkan sekarang ni. Ada gua apa lagi kat Malaysia ni ha? Kalau gua perempuan aku tak hingin. Aku tak fuck dengan perempuan. I am straight lady. Aku nak bertapa untuk panggil semula creativity soul aku kembali. Jangan soul aku tu pergi kat orang lain sudah. Masalah besar ni.

Aku nak packing pergi Gua Musang ni. Nak bawak apa ha kalau nak pergi bertapa ni? Kau orang ada pengalaman tak pergi bertapa? Kau orang tak boleh ikut aku bertapa sekali. Kang kena tangkap basah ke apa macam mana? Naya aku. Doakan aku selamat kembali bersama creativity soul aku yang kacak lagi advanced.

Entri ni sedikit mengarut. Aku tahu. Terima kasih lah sebab baca entri ni sampai habis. Sanggup bertahan dengan keleteh mesra dari aku. So kau orang sila lah komen. Jangan nak tanya kenapa aku tulis macam ni. Sebab aku tengah truma kehilangan creativity aku. Bila-bila masa boleh jadi insane. Kalau boleh report polis pasal ni kan bagus. Tak payah aku susah payah nak pergi bertapa panggil semula soul tu.

Ok bye.

p/s: celaka. Blogger tengah maintenance image uploads. Terpaksa aku tulis dalam esei. Tak ada gambar awek hot and sexy akan menghiasi entri kali ini. Sila salahkan 100% pada Blogger.com.

Selasa, 27 Juli 2010

Hye..

....







Malas nak updated blog. Tapi pe kes kau updated macam ni?
Nak kena senduk ke apa?

Annoying tak dengan entry pendek macam ni?
keh3

bye.

post signature

Jumat, 16 Juli 2010

unknown entry.

"Hey amoi, what the hell with your title entry?"

Ah. Aku tak ada idea nak namakan entri ni apa. Aku paling benci part nak kasi tajuk entri sebab benda ni sangat leceh. Dan perkara ini adalah perkara terakhir akan aku buat lepas habis satu entri. Anyway, aku nak bagi tahu ni..

"Dah nak kawin ke?"
"Dah pregnant ke?"


Belum habis ayat lagi dah ada suara berbisik. Membuat spekulasi sendiri.haha. Baiklah.

Aku dah berjaya uninstall IntenseDebate weyh. Dari semalam try uninstall. Asyik error manjang. Aku dah start menyampah dah tambah-tambah tengah period. Makin cepat touching aku.haha.

Ha. pesal aku uninstall? Tak cukup bagus ke? Bukan tak bagus ke apa. Tapi aku yang cepat bosan dengan sistem komen tu.

Disebabkan aku asyik dapat error masa uninstall pakai cara automatik. Maka aku pakai cara manual. Senang sahaja cara dia. Delete semua code yang ada nama IntenseDebate. Setel! Itupun kena hati-hati masa remove code dia. Takut ter-remove code lain pastu menangis air mata darah.haha.

Semua entri yang pernah korang komen pakai IntenseDebate tu automatik akan hilang dari blog ni. Ala. Tak kisah pun. Sebab komen-komen tu masih ada dalam account IntenseDebate aku.hiks! Bila-bila masa boleh baca balik.

Satu je aku suka pasal IntenseDebate ni. Dia ada bagi sekali IP address si pengkomen. So senang nak detect kau ni siapa walaupun kau pakai username lain.haha. Tapi feature tu tak mampu memikat hati aku untuk stay longer dengan IntenseDebate.

Bila aku mengidam nak IntenseDebate, nanti aku pasang lah balik. Bila dah bosan-bosan sikit uninstall balik. Apa susah kan~

Kesimpulannya, aku hanya mampu pakai IntenseDebate selama sebulan sahaja.HAHA.

Ok. Bye.

post signature

Jumat, 25 Juni 2010

Kisah aku zaman mula-mula blogging dulu

Aku start blogging tahun 2007. Akhir tahun 2007 terciptalah blog ni. Kira dah 2 tahun setengah sempoi je pakai blogspot sampai hari ini. HAHA. Tahun 2007 masa tu aku kenal dua manusia dari blog je. Iaitu Chokilala dengan Topotato. Masa tu aku tengah gian dengan Myspace lagi. So blog malas nak layan sangat.miahahahahaha.

Kau fikir aku start blogging terus pandai ke edit-edit ini semua? Tidak yer. Aku sangat noob masa tu.hahaha.

Template blog aku masa tu dari Pyzam je pun. Mana nak kenal lagi template yang adaption dari Wordpress itu semua. Memang berterabur lah template aku masa tu. Macam template tak siap pun ada. Tapi aku masa tu tak kisah langsung hiasan blog aku. Lantak lah. Readers pun tak ada langsung masa tu kot.miahahahahaha.

Header pun aku tak reti nak buat masa tu. Aku mana reti weyhh nak edit pakai Photoshop. Photoshop pun benci dengan aku masa tu. LOL. Photoscape? Haha. Tak tahu langsung kewujudan Photoscape masa tu.lol.

Syafiq yang tolong buatkan banner untuk blog ni. Banner tu sampai sekarang aku pakai ok. Malas ahh nak buat banner sendiri walaupun sekarang dah terer kan buat banner.heee

Dulu entri aku pendek-pendek je. Tulis dua tiga ayat dalam satu perenggan dan semuanya aku taruk center terus publish. Apa lagi? Ha. Font pun sama. Warna warni aku taruk sampai orang yang baca pun pening. Eh mana ada banyak readers dulu. T.T.

Kalau sekarang aku tak suka betul kalau blog ada autoplay lagu, dulu aku pun pernah taruk weyh. Tak ada langsung butang nak pause ke apa. Lagi teruk kan? hahahaha.

Sumpah geli kalau aku ingat balik zaman mula-mula blogging. Nak baca balik entri lama-lama aku tak sanggup ouh. Kenapa? Takut sawan bak kata yonna. Macam tak caya je aku yang tulis. Siapa sanggup khatam blog ni yang ada 415 posts? Silakan ok. Gwa salut kat lu kalau sanggup khatam blog ni sampai habis! yey!

Lepas tu aku dah mula kenal Blog Menjerit. Ah. Blog tu dah lama terkubur dah dari dunia blogging ni. Dari sana aku belajar edit template secara perlahan-lahan. Dan hasilnya ta daaaa template blog ni pun dah makin kemas kan. Itulah hasil titik peluh aku selama 2 tahun setengah aku blogging.

Bukan mudah nak belajar dari bawah edit template itu semua. Tu semua kena ada dedikasi yang tinggi. Kalau mudah putus asa lepas dapat error baik tak payah belajar edit ok.

post signature

Minggu, 13 Juni 2010

Blog ni dah pakai IntenseDebate

Ok. Aku dah pasang third party comment form ni iaitu IntenseDebate.

Ini semua pengaruh daripada Iss. Cemburu melihat blog dia yang pasang widget ni. Aku pun nak try!haha. Lagipun katanya laju je loading. Sebab Iss ni hanya sukakan blog yang ringan-ringan. Yang berat-berat dia pangkah. So aku percaya lah kalau tenet kau slow ke apa, comment form aku ni mesti loading kan.

Ni masih dalam tempoh percubaan aku pasang IntenseDebate. Kalau lepas seminggu aku rasa tak best langsung, aku akan uninstall widget ni. Ini juga salah satu cara mencegah aku dari malas nak reply komen korang semua.haha. Tapi entri lama-lama masih menggunakan comment form dari Blogger. :DD

So apa kata korang? I need your feedback :DD

post signature

Rabu, 26 Mei 2010

Rojakstory Dah Ada Fan Page Facebook

*sewaktu fan page baru di-create

Lepas fan page Geng Berani Mati Gagal Exam yang aku create beberapa bulan yang lepas, kini aku create lagi satu fan page. Fan page kali ini khas untuk blog murahan aku ni.haha.

Sewaktu entri ini ditulis baru 116 orang yang like fan page tu. Belum capai tahap matang lagi :D. Kalau sesiapa yang betul-betul minat dengan blog aku ni boleh lah like dan invite kawan-kawan yang lain. Tiada paksaan untuk like. Kecuali aku telah memaksa Cybernetic like fan page tu kalau tak aku botakkan dia yang dah sedia botak tu.haha.

Oh. Korang masih boleh add Facebook aku. Tapi kadang-kadang aku terlalu takut untuk approve sebab mutual friend tak ramai dengan aku. So kalau korang yang add Facebook aku tanpa mutual friend tu harap maaf aku memang tak kan approve unless awal-awal lagi kau dah maklumkan kat aku kau siapa dengan url blog kau tu.hehe.


Tak kisah lah yang like fan page Geng Berani Mati Gagal Exam ataupun Rojakstory aku tetap nak cakap terima kasih you all ♥♥

post signature

Selasa, 04 Mei 2010

Aku dah ada Tumblr.

Ini entri aku yang ke-400.


Ok. Akhirnya aku dah ada Tumblr.

Ha! Mesti ada yang tertanya kann Tumblr tu apa kejadahnya. Tumblr tu macam blog. Updated je pape dalam tu. But more fun than Blogger.haha. Boleh pilih macam-macam option masa updated tu. Sama ada nak updated quotes, text dan macam-macam lagi lah.

Memang ketagih dengan Tumblr sebab readers kat sana sikit je. Boleh updated pendek-pendek macam updated status Twitter tu.hehe. Siap boleh REBLOG fungsinya sama dengan Retweet. Tekan je nak REBLOG mana-mana entri orang lain, nanti automatik Tumblr kau tu akan di-updated.

Just Tumblr tak ada tempat nak komen macam Blogger dan Wordpress. So, kena pasang third party macam Disqus Comments tu. Kalau terer HTML boleh lah edit coding theme tu. Aku edit sikit supaya Tumblr aku ada identiti sendiri.haha.

p/s: Oh. I am currently so busy with my Final Exam. I will blog walking to your blog soon :D. Love you all ♥♥

-bye.

post signature

Senin, 04 Januari 2010

Ini Bukan Blog Lollipop Tapi Ini Blog Budak Comel



Jangan salah faham. Aku tak tukar langsung template blog aku tapi aku edit sikit je. Sikit je tawwwwwwwwwwwww. Kira aku tukar theme blog aku yang dulu pakai theme Coklat+Hitam. YEAH!

Seperti yang korang lihat sekarang ni, aku dah pakai theme Lollipop. Comel kan? Sebagaimana comelnya tuan blog ini.ehehehe (*perasan). Aku memgambil 5 jam (3pm-8pm) untuk siapkan theme lollipop ni. Sakit belakang woooo. Ehh. Main Facebook 25 jam tak pernah lak mengadu sakit belakang.haha. Sila jangan kritik walaupun korang agak tak puas hati bila blog aku lebih comel dari korang.ehehehe.



Ini screenshot theme blog aku yang lama:


*agak emosional kan theme Coklat+Hitam

Dan kini telah berubah wajah:


*macam kanak-kanak riang.YEAH!

Aplikasi yang digunakan sepanjang megedit blog ialah Photoshop dan Photoscape serta sedikit ilmu tentang code HTML.awwww.

Memulanya aku ingatkan takat tukar background blog aku sudah cukup. Tapi fikir punya fikir untuk satu malam, lebih baik aku jadikan blog aku comel dari jadi separuh comel separuh emosional.haha. Ahhh. Thanks to Syin la sebab beliau inspirasi aku untuk jadikan blog aku bertema lollipop. Macam blog perempuan kan padahal beliau adalah seorang lelaki. ;p

Kenapa pilih lollipop?
Sebab aku jarang lihat mana-mana bloggers pakai theme lollipop. Kang aku pakai theme love-love macam aku terlebih jiwangssssssss lak.haha. Jiwa aku agak comel semenjak akhir-akhir ini. So, blog ini pun terikut-ikut akan kecomelan jiwa aku. Opsss.. Aku tak kata aku yang comel tapi jiwa yang comel.haha.

#Segala gambar lollipop dalam blog ni aku jumpa kat Google Image Search. So, jangan claim tu gambar lollipop korang.hoho. Lollipop is universal picture.YEAH!

#Jika terdapat font warna kat entri lain yang korang tak dapat baca sila highlight keseluruhan text tersebut untuk baca. Yela. Sebelum ni pakai theme coklat+hitam so takut-takut ada font kaler yang tak berapa sesuai dengan theme lollipop ni kan (kes malas nak edit entri)haha.

Ok. Sebagai penuntup acara perasmiaan theme blog yang baru, mari sama-sama dengarkan lagu Sang Mantan dari Nidji. Maaflah, tiada lagu comel untuk disajikan.haha.





Download link di sini: Sang Mantan (mediafire)

Enjoy my new theme ^.^

post signature


Senin, 21 Desember 2009

RojakStory: 27,900 searches

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Yeah. Tak yah cerita panjang-panjang. Sila tengok gambar di atas ye. 27,900 manusia search my blog. Ini yang bikin semangat nak tulis blog macam dulu balik. HAHA.! I proud of it walaupun tak sebanyak website SK or Chokilala.


Korang pun boleh try search nama blog korang tu untuk tahu results berapa ramai makhluk Tuhan yang search ur blog. Aku tahu blog aku masih berada di bawah kalau dalam Google[dot]com tapi memandai la dalam Google[dot]com[dot]my. Yeah! 16

currently: Sitting for my final exam! e-commerce done. Only Computer System Architecture left. Yeah! 22

post signature


Selasa, 15 Desember 2009

16/12/2009: Tahun Kedua Rojakstory Bertapak Di Blogger

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





I have nothing to say since u all can read what I wrote on the picture above. Can read right? Yeah. My blog have already 2 years now since 16/12/2007.


Dah dua tahun blog aku bertapak di laman Blogger. Tak sangka masih hidup lagi sampai sekarang.hoho. Tak sangka beb rojakStory mampu bertahan sehingga dua tahun. Sebab masa mula-mula aku wujudkan blog ni sebab main-main. Nothing is serious I thought that day I create this blog.

Masa mula-mula blog ni, SUMPAH blog ni tak semegah macam sekarang. My blog is blank 2 years ago. With NOTHING inside here. 2 years ago I used Amoi's Story as my tagline of my blog then when my blog become more mature and mature,haha (mature) I never use that tagline anymore. Those who really read my blog from the beginning they will now how big transformation my blog have been through.hehe.

Yeah. When I started writing blog I never know how to use the HTML code to design my blog. I learn from Chokilala and also Juki.hoho. They are my favorite blog until now. I have wrote a lot of blogger tutorial and have been stop writing it since hell yeah. I don't even remember when I stop writing about tutorial.

Least but not less, I have knows a lot of people from blog. From annoying people to non-annoying people.haha. I still can't manage those who are annoying or envy with my blog but who's care right? I write what I feel. I says what I want. That's my words until now.hehe.

Ok. Now I want to stop my English crap. I know my grammar are suck.haha.

"Aku berharap blog ini mampu bertahan untuk tahun yang seterusnya sebab aku tahu disebabkan kesibukan aku melayan fans aku kat Facebook,haha aku sampai abaikan blog ni. Dah tak semeriah dulu dah kan blog ni. Really sorry guys. I too addicted to Facebook now" (I will keep writing on this blog. Can not let go my blog easily)

3232


Happy Birthday RojakStory.
from,
amoi the founder of rojakstory.

post signature


Sabtu, 12 Desember 2009

Too Busy

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



11


Yes. I am too busy now days. Really BUSY. I have no times to read all your comments and all the message in my shoutbox. I am busy with my Final Exam is coming soon. Busy playing comments and application games in Facebook. And my connection for BLOGGER website is so suck. Sorry readers if I don't have time to entertain u.

But don't worry, I will reply ALL the comments when I am semester break for 3 weeks. Hopefully ;p.

Coming Soon:
16/12/2009 = Is the 2nd years for my blog.

post signature

Selasa, 20 Oktober 2009

"U Follow I, I Follow U"

picture is loading


Ok. Nak tulis entri yang agak pedas sikit kai neh. Lepas baca siapa yang terasa sila jangan terasa okay. Cakap pasal "U Follow I, I Follow U" ataupun "I Follow U, U Follow I" macam pernah dengar je kan ayat-ayat tu walaupun ada perbezaan sikit.hehe. Actually adat neh dah lama muncul sejak Google perkenalkan Follower widget kat Blogger. Singgah mana-mana blog dah jadi adat kena follow blog tu walaupun baru sekali je kunjung blog tu. Persoalaannya perlu ke "U Follow I, I Follow U"?


picture is loading


Aku tak kisah kau nak follow ke tak blog neh. Tapi perlu ke suruh aku follow balik? Kau follow blog aku semata-mata nak aku follow balik je kan? Itu motipnya. Aku tak amalkan adat "U Follow I, I Follow U" sebab rasa macam hiprokrit pun ada. Yela. Follow blog tu sebab dia dah follow aku. Aku bukan tak nak follow. Tapi aku tak nak semakkan Google Reader aku je dengan entri yang aku tak minat nak baca pun.

Aku hanya akan follow blog rakan-rakan aku atau blog yang penuh dengan entri yang sangat menarik perhatian aku. Kadang-kadang aku ada gak follow blog artis.hehe. Ada gak blog yang aku just bookmark kat Firefox aku. So, lepas neh harap maklum la. Jangan nak suruh aku follow balik lak blog kau tu semata-mata kau dah follow blog aku ni. Aku tak suka jadi hiprokrit =(

Btw, thanks kepada yang sudi follow blog aku neh. Kau follow blog ni sebab apa ha?

Lepas ni yang followers hiprokrit mesti terus pangkah blog ni.keh keh keh.


post signature


Senin, 14 September 2009

Pembabitan Awal Semasa Aku Menulis Blog

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Membaca entri Saffa aku jadi terkenang semasa mula-mula aku terbabit dengan blog. Aku tak tipu. Kepada yang memang ikut blog aku dari hari pertama aku buat blog sampai la sekarang neh mesti tahu bagaimana rupa blog aku masa mula-mula dulu.hoho. Ini dituju khas untuk Pinat UNITEN. Dia la yang pencetus aku wujudkan blog neh. Dia la orang pertama yang follow blog aku. Tak gitu Pinat?hehe.:018::018:


Memula ada blog, aku pakai template dari Pyzam je. Untuk beginner memang rasa template kat situ cantek tahap dewa dewi. Pastu bila dah bosan sikit aku tukar. Aku mula pakai template dari bTemplates. Ha! Situ terkumpulnya segala template yang paling huduh sampai la cantek-mantek-mantap korang boleh pilih. Oh ye. Aku mengambil Diploma IT kat MMU sekarang neh. Aku amik IT sebab ada kena mengena dengan blog aku gak. Tak caya? Teruskan membaca..blogger-emoticon.blogspot.com

Then aku mula kenal blog Chokilala yang dulu bermastautin kat blogspot and kini Wordpress. Masa tu blog chokis banyak emoticon yang aku sedut dengan sesuka hati aku. Tak gitu Chokis??haha.

Bila dah kenal Chokis, aku mula kenal blog Menjerit yang dah berkubur dalam tanah dah milik Marzuki Bulu.haha :018:. Dari situ aku mula mempelajari coding HTML and berjaya design satu template. Disebabkan aku minat gler-gler-gler akan HTML aku pung amik keputusan nak kembangkan pada masa akan datang. That's why aku amik IT kat MMU sekarang neh. HTML neh dah lama aku tinggalkan dan kini belajar Programming lak. Aku dah hampir lupa cara edit HTML tapi masih boleh ingat sikit-sikit. Belum nyanyuk ye.haha.:013::013:

Oh terlupa! Aku mula menulis blog pada 16/12/2007. Tak lama lagi anniversary blog aku yang ke-2. Masih lagi macam baby blog. Masih perlu pakai pampers and sedang belajar berjalan.hoho :16:. Masa memula aku tulis blog, aku lebih suke tulis hal-hal personal life aku. Yela. Masa tu aku ingat blog neh macam secret diary. What innecent thought is that kan :16:.haha. Then bila dah sedar akan realiti kehidupan sebenar blogging neh aku dah tak tulis sangat pasal personal life aku but yet still tulis and not too very personal uols.

Bagi aku..tak apa kalau blog korang tak fancy macam blog orang lain so what kan? Janji entri penuh dengan info yang bermanfaat untuk disajikan untuk pembaca yang lain. Kalau blog cantek tapi entri penuh dengan busuk hati baek tak yah tulis blog. Kan tak best hari-hari hidup dengan penuh busuk hati dan kebencian. Blog yang paling aku suke blog yang penuh dengan ayat-ayat lawak even dia tengah tulis blog dengan penuh perasaan marah (ditujukan untuk seseorang)^^.blogger-emoticon.blogspot.com

So, bukan mudah untuk menjadikan blog kita berada di tahap yang tinggi. Kena melalui banyak pekara yang sukar sebagai ujian sebelum kita berjaya dalam sesuatu perkara itu. Kalau blog kita berada di tahap tinggi sekalipun, sure ada blog lain yang akan berada di atasnya. Dan inilah hasilnya, hampir setahun lebih berblog, ada keyword dari blog aku berjaya mendapat tempat di page pertama dalam hasil carian Google.

Lastly, sila doakan aku berjaya mengharungi Final Exam aku yang makin dekat neh.hoho. (tiada kena-mengena) =_="

post signature


Jumat, 28 Agustus 2009

Banner

Sila pilih salah satu.

Banner:
rojakStory

ataupun

rojakStory


email : amoi.rojak.story@gmail.com

Thank You (:


post signature

Senin, 06 Juli 2009

Kerana Kontrak Cinta

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Sila lihat review drama Kontrak Cinta di sini yek untuk dapatkan lagu tema dan di mana anda bisa tonton online drama tersebut.heeee~~

Sekali lagi blog aku berada di page pertama dalam engine carian Google. Tak caya? Lihat Print Screen yang aku buat ni:








Kerana drama Kontrak Cinta blog aku melonjak naik dari uniques visitor yang kurang dari 100 dari hari pertama aku tulis blog menjadi 182 uniques visitor pada hari ini :010::010: . Satu lagi kejayaan blog ini selepas berjaya mendapat tempat di page pertama Google untuk carian "A TIME FOR US"

Aku tahu mende tu semua tak kan bertahan lama tapi aku tetap berbangga. wulaaaaakk~~:010::010:


post signature