Tampilkan postingan dengan label Amoi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Amoi. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Januari 2011

apa alasan kau kali ni tak updated blog?

dah rasa dua minggu atau seminggu lebih tak updated blog. Dah tak update laju laju macam dulu. Kalau dulu dalam 2 hari mesti sekali aku updated blog kesayangan aku ni. Sekarang ni boleh dibiarkan selama seminggu lebih.

Nak kata aku sibuk sangat sampai tak updated tak jugak. Sebab aku online je 24 jam. Tapi rasa tak tergerak hari nak bukak blog ni ha. Ada comment pending pun malas nak approve. Jahat tak perangai? Ok tak buat lagi.

Tak ada alasan sebenarnya tak updated. Sekarang ni Twitter dah jadi macam blog aku. Semua pasal daily life aku, aku updated sana. Aku terberak dalam seluar ke. Aku terjatuh dalam gaung ke. Semua boleh baca kat sana. Kalau kau orang nak baca apa jadi kat aku setiap hari boleh lah follow @moimori kat Twitter sana. Bajet nama nak jepun kan? kihkihkih.

Kalau rojakstory tak updated langsung. Blog terfaktab lagi lah aku tak updated. Sebenarnya aku ketandusan dan kergersangan idea untuk updated pasal cinta cinta kat sana. Sorry Aqram. Nanti lah lepas aku final exam baru aku updated laju laju.haha.

Oh. FYP Part 1 dah siap 99%. Ha mana 1% tu? Sebab Gantt Chart tak siap lagi.kihkihkih. Website interface dah siap. Interface dia comel macam blog ni jugak.kihkihkih. Elemen pink dan purple perlu ada untuk menambahkan kecomelan website itu. hehe. Tak lama lagi dah kena present Part 1. *_*

Sekarang ni tunggu nak masuk final exam. Exam start 8hb Feb tapi tak study apa apa lagi sebenarnya. Agak kemalasan. Aku sibuk nak balik raya cina je hoi. Benda lain nanti ah fikir. kihkihkih.

p/s: sebenarnya teringin nak tulis tutorial untuk blogspot macam dulu atau tutorial photoshop.

Okbai.

Senin, 01 November 2010

20 Perkara Yang Mungkin Kau Tak Tahu.

Some random stuff about myself.
1. Dia tak suka bawang dengan tomato. - muntah
2. Dia tak pakai anting-anting. - Takut kena tindik.
3. Anak bongsu. - ada satu kakak and satu abang sahaja.
4. Dia suka warna pink dengan biru.
5. Dia seorang yang sangat degil.
6. Dia suka camwhore. - Every girl does it too. Camwhoring !
7. Dia suka dress and legging.
8. Cepat marah. Cepat sejuk.
9. Suka tangguhkan kerja. Buat kerja last minute.
10. Lebih berminat kepada lelaki melayu daripada lelaki cina. - Confession.
11. Lahir tahun 1991.
12. Minat Photoshop. Minat drama Korea. Minat baca novel cinta.
13. Dia bukan dalam kategori perempuan cun.
14. Dia seorang yang mementingkan perfectionist.
15. Dia tak ada life yang best. Hidup dia hanya Twitter, Facebook, Tumblr and Blogger.
16. Seorang yang sangat berterus terang.
17. Tak pandai memasak selain masak meggi ayam tambah telur. - kah kah kah!
18. Tak pandai nak make up.
19. Suka kumpul benda kait contohnya topi kait or handband kait.
20. Sangat kedekut orangnya tapi sangat baik hati terhadap kawan-kawan baiknya (puji diri sendiri).
Sebenarnya banyak lagi to the infinity. Never ends.

Rabu, 06 Januari 2010

Gambar Amoi

*faceless

Ada banyak kali aku nampak keyword tu di-search dalam search engine. Bagaimana aku tahu? Of course la dengan melihat Nuffnang aku tu. Kadang-kadang sampai 3 hit dalam sehari. Aku tak tahu la apa niat orang yang search 'Gambar Amoi' sama ada dia nak cari gambar amoi bogel sebab dah sangap sangat..opsss or nak tahu wajah comel aku ni macam mana kan.haha.


Ok. Untuk yang nak tahu sangat muka/wajah/rupa(semua perkataan aku sumbat) aku macam mana kat dalam blog ini, memang tak kan jumpa la. Hari tu aku ada letak gambar FULL FACE aku dalam blog ni tapi kemudian aku ubah kepada gambar yang ditutup dengan kipas warna-warni tu. Kepada yang berjaya melihat full face aku, kira bertuah la.haha.

Kalau nak sangat tahu muka aku macam mana, sila la add aku kat Facebook. Tapi pastikan korang ada Mutual Friends dengan aku seramai yang mungkin. Kalau langsung tak ada Mutual Friends aku reject terus. Aku bukan tak sudi nak berkawan melalui alam maya ni, tapi suka kah korang kalau berkawan dengan stranger yang tak ada Mutual Friends langsung?

Tu pasal aku set kan profile Facebook aku se-private yang mungkin sejak pihak Facebook dah tukar kan privacy setting dorang. So aku kena set kan secara manual. Dan ini la hasilnya sebelum someone add aku as friend:

*sangat private sampai Friend List pun aku tak kan tunjuk!


Gambar dalam Facebook aku pun aku set-kan ONLY FRIEND can view.haha. Jangan harap la nak view gambar aku tanpa add aku. Betapa aku mementingkan privacy on net. Nasib baik blog ni aku tak privatekan lagi kan. Kalau tak peminat-peminat blog ni kempunan nak baca aku tulis.haha.

Kalau dalm twitter pun sama. Pernah sekali je aku tayang gambar aku kat sana dengan meletakkan gambar tu sebagai avatar twitter aku.haha. Then tak lama lepas tu aku letak gambar cartoon lak. Kalau dalam Tweetphoto sure you will find my picture in there tapi rajinkah anda search gambar aku dalam twitter?haha.

Aku bukan takut nak tayang gambar aku dalam blog ni malah aku berbesar hati sangat tayang gambar aku yang comel-comel gitu tapi takut ada orang sabotaj gambar aku.haha. As u all know la, zaman teknologi sekarang ni terutama sekali Photoshop boleh mengubah satu gambar yang suci dan innocent kepada gambar yang sangat kotor. Jahat kan orang yang buat macam tu. Contohnya kes gambar Mawi bogel. Entah siapa yang gatal tangan ubah gambar Mawi tu jadi bogel.

Ok la. Dah panjang aku merepek ni pasal 'Gambar Amoi'. Kang lari dari tajuk lak.haha. Disebabkan Episode 3 Boys Over Flowers aku dah habis buffer aku rasa nak pergi tengok dulu la dan tamatkan entri ni.haha. Kesian kan. Aku tengok drama pun kena kat PC. Biasa la beb kaki Internet jarang nak tengok TV macam Khai pernah cakap dulu.haha.

opsss. Terlupa. Aku dah upload baru Script Emoticon dalam hosting baru. Walaupun aku hanya mampu menyelamatkan beberapa script sahaja tapi sudah cukup bagus untuk aku dari aku kehilangan semua script emoticon yang penat-penat aku edit kan. Kepada peminat-peminat emoticon kat luar sangat mari la menyedutnya. ;p. Semua comel-comel belaka; Emoticon Di Dalam Kotak Komen, Emoticon Di Dalam Entri [1], Emoticon Di Dalam Entri [2].

Here I Come Boys Over Flowers! 9

post signature