Minggu, 24 April 2011

[Genius Invention] Roti bakar bercorak comel lepas guna pembakar roti ini.

Selamat Hari Isnin. Macam mana hujung minggu korang?

Bila bercakap pasal pembakar roti. Roti bakar memang my faveret sejak start practical ni. Yang memerlukan aku bangun pagi. Kini aku setiap pagi akan sarapan. Kalau dulu membuta sampai tengah hari. Mana nak sarapan sarapan ni. HAHA. Roti bakar + planta memang sedapppppppppp. Kalau tambah kaya pun sedap gak tu. But I still prefer with planta only.

Design pembakar roti ini merupakan genius invention untuk aku. Kenapa? Sebab bila kau dah bakar roti tu, nanti roti tu keluar corak comel kat atas roti tu nanti. Pembakar roti ini datang dengan macam macam acuan dan acuan tersebut akan diletakkan dalam pembakar roti tu. Nanti bakar, roti tu akan keluar dengan corak yang sangat comel mengikut acuan yang telah dipilih.

Pembakar roti ini dipanggil Pop Art Toasters kat negara luar. Dicipta oleh seorang ibu bernama Linda Carlish pada tahun 2005.

Katanya, beliau mendapat idea begini kerana beliau ingin memberi cara lain untuk ibu ibu di luar sana menarik perhatian anak anak meraka untuk makan roti memandangkan budak budak sangat memilih makanan. Bukan setakat pembakar roti sahaja yang dicipta oleh Linda Carlish. Pembakar sandwich pun ada. Sangat interactive semua pembakar roti ini.

Semua pembakar roti ini ada dijual di website rasmi dia. PopArtToasterStore.com. Harganya berlainan mengikut setiap set pembakar roti.

1. Pop Art Toaster Morning Bytes Gift Set $44.99
Ni siap ada coffee warmer. Pakai USB. Senang lah nanti. Cucuk sahaja kat laptop untuk panaskan kembali kopi.

2. Lusso Chrome Toaster $49.99
Aku tak tahu kenapa dia dinamakan macam itu. Jenis pembakar roti Chrome ini ada 3 jenis. Lusso salah satu jenisnya sahaja.

3. Love Struck Toaster $29.99
Yang ni sangat sesuai untuk pasangan kekasih. Boleh bakar siap siap dulu sebelum bawa pergi picnic. Auw~ Dah lah kaler pink. My faveret kaler. Btw, aku suka picnic. Asyik tengok wayang makan mekdi sahaja. Boring!

4. Stupid Toaster by David & Goliath $29.99

Ini comel. Design pembakar roti dia pun sempoi sahaja :D

5. Creativity Coloring Kit $24.99
Ini yang paling genius. Set pembakar roti ini datang dengan marker warna warni. Sangat interactive kalau bagi budak budak mewarna kat roti tu. Kaler kaler dalam markers tu boleh makan. FDA sebuah badan Health & Human Services kat US tu kata boleh makan. FDA approved!

Kalau nak tengok pembakar roti yang lain boleh tengok kat website dia bahagian Plastic Toasters.

Kalau aku lah, mesti sayang nak makan semua roti yang dibakar guna pembakar roti tu. Comel sangat sampai tak lalu nak gigit. Walau apa pun, kena makan juga dan last last jadi tahi. teeeeeheeee.

p/s: tolong undi untuk blog ini dalam #digiwwwow tahu :D

2 komentar: