Tampilkan postingan dengan label keychain. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label keychain. Tampilkan semua postingan

Jumat, 25 Februari 2011

hasil kerja tangan kasar : keychain felt yang tak berapa nak comel

Rupanya baru aku tahu. keychain felt yang dijahit sangat susah. Selama ini suka benar order felt dari blogshop. Sekarang ini sudah berani terei buat sendiri. Walaupun hasil dia tak secantik mereka yang dah pro. Tapi aku puas hati. Kerana ini hasil tangan kasar daripada aku. Ye. Tangan aku kasar. Tak pakai pun losyen tangan seperti gadis lain. Hanya membasuh tangan menggunakan lifebuoy sudah mencukupi.

Ini felt keychain pertama yang aku hasilkan. Punya excited masa kain felt dah sampai rumah. Dengan bahan yang tak cukup. Benang dah nak habis. Guna sahaja apa yang ada. Akhirnya terhasil keychain bulat ini. Tak kemas sangat.

Lepas tu rehat sekejap. Sebab dah masuk minggu peperiksaan.

Felt gitar merupakan keychain felt kedua yang aku buat. Sangat mencabar buat bentuk gitar ni terutama sekali ketika menjahit. 5 kali aku jahit. Kerana mahu nampak kemas.

Kemudian felt lain yang aku buat sempena minggu peperiksaan dah tamat.



Felt rerama ialah felt yang terakhir aku hasilkan setakat ini. Belum jumpa idea untuk hasilkan bentuk apa pula. Kalau mahu jahit plushies memang jauh lagi gamaknya.

Maaf. Aku tak buat bisnes keychain felt. Felt yang dihasilkan merupakan koleksi peribadi aku.

Mungkin selepas ini akan belajar mengait topi. Sekadar mengisi masa lapang.

Sabtu, 14 November 2009

Feltwishes Giveaway Day

Ini kali pertama aku join kontest jenis macam neh - Giveaway.

Giveaway pasal apa?
Kena tulis pasal item yang akan diberikan oleh Feltwishes.

Syarat untuk join Giveaway:
1- wat entry psl product bru sy nih dan bg komen/cadangan anda. Komen/cadangan gak psl produk sy yg lain.
2- Link kn giveaway nih di blog anda supaya lebih ramai org leh join...
3- tglkn link anda di comment box.

tarikh tutup pd 22 November 2009.


Feltwishes pasal apa?
Blog yang jual aksesori henfon contohnya phone strap, beg telefon bimbit dengan key chain yang cumil-cumil dan MURAH. Semua barangan yang dijual ialah HANDMADE oleh Haida.

Nak bagi item apa?
Ini la dia:



Diberi nama Deco. Deco digunakan untuk gantung kat dinding sebagai perhiasaan. Tu pasal nama dia DECO. Panjang 20cm. Cantik? Yeah~ Ini la barang yang aku akan dapat kalau entri giveaway aku berjaya mencuit hati Haida.hehe.

Pernah order items dari Feltwishes?
Yup. Pernah dua kali setakat ni.

Item pertama yang aku order:





Item kedua yang aku order (hadiah untuk pemenang sagu hati kontest aku):



Kesimpulan untuk item yang pernah saya order: Berkualiti dan murah. Termasuk cun melecun. Item lain yang Haida post kat blog dia menunjukkan beliau seorang yang tersangat la kretif dalam menghasilkan item-item begini. Tapi aku masih belum berkesempatan untuk membeli kesemua item Haida.haha.

Untuk menempah item sila la lawati blog Haida yang diberi nama Feltwishes.

So can i win ur Giveaway? Ewahhh. Nak kasi rasuah sikit.hehe. :001::001:

post signature


Selasa, 29 September 2009

Feltwishes

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Entah dah berapa bulan aku order barang dari Feltwishes baru hari tu aku ada masa nak bank in duit padanya. Yela. Masa order tak de langsung duit. Bila PTPTN dah masuk baru reti nak bank in. Sorry ye Haida sebab bank in lambat. Walau apa pun barang yang aku order tu dah sampai petang tadi. Sangat teruja!23



Sebelum keluar dari plastiknya:



Memperagakannya pada telefon bimbitku yang sekupang:



Sebenarnya aku order banyak lagi. Just segan nak amik gambar-gambar yang lain. Kang ada yang tanya "kenapa ko order untuk budak itu" "kenapa order untuk budak ini". SADAP OKAY :003:!! haha.

#Thanks kepada Haida#
#Rajin-rajin la ke Feltwishes untuk order phone strap korang#

Lepas ni aku tunggu Blowie aku lak dari Ribbon Tales. Oit, Sickchild! Bila kau nak bagi tahu harga Blowie yang aku tempah hari tu? 1

post signature