
ehem!
Atas ini ialah gambar profile aku yang dilihat menggunakan Photo Theater. Satu lagi fungsi terbaru yang diperkenalkan oleh Facebook. Sebenarnya aku rasa biasa jah fungsi terbaru dia. Smooth jah nak load. Kalau lambat load tu masalah internet kau. kihkihkih.
Kalau kau tak suka atau rasa annoying dengan fungsi baru ni kau boleh disable dengan beberapa cara. Sama ada kau tekan butang F5 masa Photo Theater kau tengah berlari (baca : running). atau install menggunakan userscript. Ataupun kat mouse kau tu, kau tekan butang tengah. Tekan roda kat tengah tu. Nanti gambar tu akan diview menggunakan tab yang baru.
Cara nak pakai userscript kat Firefox. Mula mula kena ada add on monyet ni dulu (Greasemonkey). Install dulu add on monyet ni tau.
Pastikan muka monyet kat bawah kanan Firefox kau tu berwarna. Kalau tak ada kaler maksudnya kau belum on lagi monyet tu. Tekan kat muka monyet tu untuk On. Tekan lagi untuk Off. Kalau yang dah ada add on ni boleh lah laju laju install script untuk disable kan Photo Theater ni.
Install Facebook Photo Theater Killer dulu. Dah install semua baru kau restart Firefox. Login Facebook. Tekan mana mana gambar dalam album. Cuba lihat magik yang berlaku di sana! haha.
Itu kalau pengguna Firefox lah. Kalau pengguna Chrome macam aku ni. Tak payah monyet tu langsung. Kau terus install jah script dia -> Facebook Photo Theater Killer tu.
Kalau browser lain macam Opera ke. Aku tak tahu. Mungkin boleh pakai cara tekan butang F5 atau tekan roller tengah tu. Ataupun enjoy sajork sepenuhnya fungsi terbaru dari pihak Facebook. kihkihkih.
Pastikan setiap URL/Link bermula dengan http://------------.com ye. Kalau bermula dengan www.----------.com nanti tak jadi langsung.










Aku tengah addicted dengan series ni sekarang. Tak boleh langsung tak tengok walaupun aku terlepas kadang kadang setengah jam sebab tertidur. kihkihkih. Sekarang tengah tayang kat NTV7 @ 6PM - 7PM. Aku petang petang tak layan cerita kat slot Akasia tu. Tapi layan cerita Together ni. Best tau.
Kanan gambar dia dalam cerita ni. Nampak retro dengan rambut and baju dia. kihkihkih. Kacak woi. Perasan tak bibir dia macam ada lekuk yang sangat sempurna. Pehhh. Kalau dalam cerita asal ada babak dia je aku mesti perhatikan bibir dia. Cantik.
I am not moving on. the phase is too long. I can't just wipe u away. u mean me a lot.
Harap sangat dah tidur tak payah bangun untuk face dunia realiti yang kau telah keluar dari kamus hidup aku. Mungkin sebab ini lah ramai bunuh diri kerana cinta tak kesampaiaan.