Kamis, 09 April 2009

[Review Novel] ♥♥♥ Horizon Cinta ♥♥♥ #1

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





:crab1:Ya! Aku sekarang ni sedang angau dengan someone yang tak sepatutnya sebab tu aku panggil Horizon Cinta. Horizon yang memisahkan dua hati tetapi akan bersatu akhirnya. Siapa la laki "bertuah" yang aku angaukan tu? Dia bukan la manusia:Onion31: dan bukan juga hantu tetapi someone dalam watak novel Horizon Cinta.




Latest Update: 10 April 2009-
Aku dah khatam pun novel tu! Hanya 3 hari je aku baca. Harap ada sambungan Horizon Cinta:White02:. Aku suke bila time Zariz cakap kat Zara " Saya akan ajar awak pasal agama saya. Nanti saya daftarkan awak kat PERKIM pastu kita nikah". Zara dalam Horizon Cinta amoi kacukan Cina-Bugis-Asutralia
.

Aku tak tahu kenapa aku betul-betul sukakan watak Zariz dalam novel tu. Entah wujud entah tidak laki cam tu dalam dunia realiti ni. Kalau wujud aku la perempuan pertama yang akan aku tawan hatinya:Onion32:





Sebenarnya aku tak berapa ingat ni novel yang ke berapa aku beli. Aku sekarang jarang beli novel sebab kualiti cerita sekarang tak berapa sesuai dengan jiwa remaja aku:Onion33:. Kalau aku nak beli novel mesti aku tengok penulis dia siapa. Contohnya Damya Hanna,Fauziah Ashari atau Nia Azalea pasti aku membeli karya meraka.





Novel Horizon Cinta merupakan novel kedua dari Umi Azrini selepas novel Sejujur Hatimu. Aku sedang mencari novel pertama beliau itu; SEJUJUR HATIMU. Siapa nak sponser sila angkat hidung masing-masing.:White02:





Mari ikuti sinopsis novel Horizon Cinta:











ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.




Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.





Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.





Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?






Aku mula suka novel ni masa aku baca dalam Majalah Remaja. Baru baca satu bab dalam majalah tu terus aku ternanti-nanti bab yang seterusnya lalu aku pun membeli novel tersebut.





Aku betul-betul dah mula suka dengan Zariz. Oh! Zariz la laki idaman aku (ter-over lak):13:.
Bila anda membaca novel Horizon Cinta anda akan terasa seperti anda sedang berlayar bersama Zariz. Anda patut cuba membaca novel tersebut!



-SELAMAT MEMBACA-
:Onion48:





Via: MPH



post signature


Rabu, 08 April 2009

Lesen Memandu Percubaan ( P )

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




:Onion45: Tajuk entri aku ni agak pelik kan? Tetiba lak aku nak cakap pasal lesen ni apa kejadahnya. Sebenarnya aku saje nak tayang Lesen Percubaan yang baru aku dapat ni. Bangga dan teruja dengan lesen kereta aku tu walaupun hanya la Percubaan.



Teringat masa aku mula-mula nak belajar drive. Asyik mati enjin je sebab aku asyik lepaskan clutch. Pening jugak la cikgu yang ajar aku tu. Lepas dah ok dengan clutch aku mula la suka tekan minyak. Rasa seronok siot tekan minyak tu.:15:



Aku ingat lagi macam mana aku kena marah sebab dah belajar punya lama tapi naik bukit masih tak reti. Aku sampai nangis:Onion09: masa tu tapi nangis kat rumah la. Terasa nak putus asa je.





Dan akhirnya aku dah mula mahir nak parking, keluar masuk 3 penjuru dan naik bukit. Masa aku belajar drive kat jalan tak ada masalah pun. Seronok aku menekan minyak masa nak naik bukit tu. Tapi aku masih tak reti nak brek masa kat selekoh. Bak kata cikgu tu "Awak nak drifft kereta ke apa?!". Tu pasal masa aku QTI orang tu tulis kata kertas tu "Tidak Memperlahankan Kenderaan Semasa di Selekoh":Onion71:. But aku lulus gak QTI tu.:Onion44:



6.4.2009- Masa JPJ test la paling horrible sekali. Nak-nak lak aku dapat pegawai JPJ yang test aku kat jalan tu garang:Onion36:. Dok kat sebelah aku komen itu komen ini:01:, marah-marah:Onion06: aku tapi bagi aku lulus gak. Sib baik aku tak melawan masa tu kalau tak lesen P memang aku tak dapat la. Selebihnya berjalan dengan lancar.



:crab1:Aku sebenarnya nak ucapkan TERIMA KASIH kat Encik Latif yang cukup penyabar ajar aku walaupun kadang-kadang dia marah aku tapi sebab dia marah aku la aku boleh ingat cara nak naik bukit tu. Bukan senang nak pandaikan aku
:Onion32:. Kalau cikgu lain rasa-rasa dah cabut lari dah. Dia jugak orang first yang tahu aku lulus QTI dengan JPJ test.Betul-betul terhutang budi kat dia:Onion26:.



:crab1:Lepas dah baca pengalaman aku belajar kereta meh tengok lesen Percubaan aku dengan lesan pra-L aku ni.



Inilah lesen pra-L aku. Gambar skema siot!



Inilah lesen Percubaan aku. Aku memang tak pandai nak senyum. Nak tak nak je aku senyum tu.



-SEKIAN UNTUK ENTRI KALI INI-
:Onion48:


post signature


Senin, 06 April 2009

Digsby ( IM + EMAIL + SOCIAL NETWORK )

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.








:24:Pernahkah melihat icon di atas itu? Itu lah Digsby yang boleh log in ke IM, EMAIL dan SOCIAL NETWORK di dalam satu software. Menakjubkan bukan? Aku baru pakai Digsby dan aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Digsby.



Walaupun masa nak install Digsby sangat menyusahkan mungkin di dalam PC aku je kot tapi lepas berjaya di-install, Digsby berjalan dengan lancar di dalam komputer aku ni:Onion73:.



Kalau yang tak pernah dengar:White11: Digsby tu apa, sila lihat screenshots Digsby aku kat bawah ni:




Dalam Digsby tu aku buka 3 email account dan 1 Google Talk dan 1 Yahoo Messenger!




Boleh manage account Email + IM + Social Nertwork lagi.




Bila anda menerima komen seperti dari Myspace ataupun Email, satu notis akan keluar di bawah kanan komputer anda.




Digsby ni sangat sesuai untuk orang macam aku yang banyak sangat email account:Onion32: dan malas nak buka website Myspace sebab server Myspace kat sini tersangat la lambat!:Onion42:



Untuk download Digsby sila klik pada gambar di bawah ini:







Setelah klik anda akan dibawa ke laman web rasmi Digsby, di mana anda sendiri boleh melihat banyak screenshots Digsby dan yang sewaktu denganya. Masa nak download tu sila plih OS anda dengan betul ya!
Setelah install Disgby jangan lupa sign up untuk akaun Digsby anda dan kemudian anda sudah boleh menggunakan Digsby dengan jayannya!.


-SEKIAN-:Onion48:


post signature


Sabtu, 04 April 2009

Threaded Comment Errors (Blogger)

Error yang aku katakan ialah semasa anda dah pasang Threaded Comment kat blog anda tu dan bila anda buat entri baru tapi comment form tak keluar. Bukan salah coding Threaded Comment tu tapi kita perlu jadi peka terhadap coding dia. Bukan pakai copy-paste je tapi perlula Google or tanya sesiapa yang hebat dalam coding.





Setelah aku cuba edit coding Threaded Comment tu tapi tak berjaya akhirnya aku bertanya kepada pengasas Threaded Comment iaitu Shams Mahmood. Aku sampai ber-Google Talk dengan beliu semata-mata nak betulkan coding Threaded Comment:Onion32:.





Mula-mula pasang dulu Threaded Comment tu. Tutorial Threaded Comment boleh didapati
dari blog Marzuki ataupun Shams Mahmood. Kalau anda dah selesai pasang Threaded Comment tapi tak keluar error seperti yang aku katakan baik anda abaikan entri ini sahaja.






Untuk membetulkan coding Threaded Comment, anda perlu mencari ayat ini:
<!-- Include a post comment link before rendering the comments -->.


Dah jumpa sila lihat atas ayat tu ada coding ni:
<b:if cond='data:post.numComments > 0'>.


Apa yang perlu anda buat ialah delete terus coding tu.





Lepas itu jangan lupa delete coding ni pula:
</b:if> yang berada di bawah </p>.



Cthnya:





Coding asal:





<b:if cond='data:post.numComments > 0'>

<!-- Include a post comment link before rendering the comments -->
<p class='comment-footer'>

<b:if cond='data:post.embedCommentForm'>




<b:include data='post' name='comment-form'/>
<b:else/>


<b:if cond='data:post.allowComments'>
<a expr:href='data:post.addCommentUrl'
expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><

data:postCommentMsg/></a>



</b:if>
</b:if>


</p>
</b:if>




Setelah dibaiki:


<!-- Include a post comment link before rendering the comments -->


<p class='comment-footer'>
<b:if cond='data:post.embedCommentForm'>



<b:include data='post' name='comment-form'/>
<b:else/>


<b:if cond='data:post.allowComments'>
<a expr:href='data:post.addCommentUrl'

expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><
data:postCommentMsg/></a>


</b:if>
</b:if>


</p>





Sila lihat perbezaan antara kedua-dua coding tersebut. Delete codes yang dah aku highlight guna kaler hitam tu.

Save template dan lihat hasilnya. Kalau tak berjaya sila cuba banyak kali or tanya aku sendiri kenapa dan mengapa tak dapat buat.




Credit to Shams Mahmood for fix it up the code for me!:crab1:





-SELAMAT MENCUBA-:Onion48:



post signature


Jumat, 03 April 2009

Something From Katrina

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Petang tadi aku telah dikejutkan dengan satu bungkusan yang datangnya dari Katrina iaitu kawan baik aku kat blog+YM+Myspace. Tak kenal maka tak cinta kawan. Kami tak pernah jumpa pun but I fell very close to her.



Aku cukup terkejut:Onion31: sebab aku tak tahu pula dia dah pos bungkusan tu.
Inilah dia bungkusan yang aku katakan tu:



Bungkusan ni dia post dari jauh mai Port Dickson:White12:.



Setelah dibukak, seperti yang aku jangkakan adalah seutas gelang tangan yang dia minta aku pilih hari tu:crab1:.



Sempat aku eksen kat depan cermin tadi :Onion20:



Sebab apa aku dapat hadiah dari Katrina?
Sebab gelang tu tanda frenship kami.

Aku sangat terharu:Onion26:.
Thnkx dear sebab sudi bagi hadiah kat aku and thnkx sebab sudi dengar masalah aku:crab1:.


p/s: Kalau nak hadiah minta la kat Katrina sebab dia pemurah :Onion32:


post signature