Rabu, 08 April 2009

Lesen Memandu Percubaan ( P )

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




:Onion45: Tajuk entri aku ni agak pelik kan? Tetiba lak aku nak cakap pasal lesen ni apa kejadahnya. Sebenarnya aku saje nak tayang Lesen Percubaan yang baru aku dapat ni. Bangga dan teruja dengan lesen kereta aku tu walaupun hanya la Percubaan.



Teringat masa aku mula-mula nak belajar drive. Asyik mati enjin je sebab aku asyik lepaskan clutch. Pening jugak la cikgu yang ajar aku tu. Lepas dah ok dengan clutch aku mula la suka tekan minyak. Rasa seronok siot tekan minyak tu.:15:



Aku ingat lagi macam mana aku kena marah sebab dah belajar punya lama tapi naik bukit masih tak reti. Aku sampai nangis:Onion09: masa tu tapi nangis kat rumah la. Terasa nak putus asa je.





Dan akhirnya aku dah mula mahir nak parking, keluar masuk 3 penjuru dan naik bukit. Masa aku belajar drive kat jalan tak ada masalah pun. Seronok aku menekan minyak masa nak naik bukit tu. Tapi aku masih tak reti nak brek masa kat selekoh. Bak kata cikgu tu "Awak nak drifft kereta ke apa?!". Tu pasal masa aku QTI orang tu tulis kata kertas tu "Tidak Memperlahankan Kenderaan Semasa di Selekoh":Onion71:. But aku lulus gak QTI tu.:Onion44:



6.4.2009- Masa JPJ test la paling horrible sekali. Nak-nak lak aku dapat pegawai JPJ yang test aku kat jalan tu garang:Onion36:. Dok kat sebelah aku komen itu komen ini:01:, marah-marah:Onion06: aku tapi bagi aku lulus gak. Sib baik aku tak melawan masa tu kalau tak lesen P memang aku tak dapat la. Selebihnya berjalan dengan lancar.



:crab1:Aku sebenarnya nak ucapkan TERIMA KASIH kat Encik Latif yang cukup penyabar ajar aku walaupun kadang-kadang dia marah aku tapi sebab dia marah aku la aku boleh ingat cara nak naik bukit tu. Bukan senang nak pandaikan aku
:Onion32:. Kalau cikgu lain rasa-rasa dah cabut lari dah. Dia jugak orang first yang tahu aku lulus QTI dengan JPJ test.Betul-betul terhutang budi kat dia:Onion26:.



:crab1:Lepas dah baca pengalaman aku belajar kereta meh tengok lesen Percubaan aku dengan lesan pra-L aku ni.



Inilah lesen pra-L aku. Gambar skema siot!



Inilah lesen Percubaan aku. Aku memang tak pandai nak senyum. Nak tak nak je aku senyum tu.



-SEKIAN UNTUK ENTRI KALI INI-
:Onion48:


post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar