Sabtu, 30 April 2011

[Tentang 10] Day Two : 10 Things I Love

Tentang 10 mengenai tentang 10 perkara mengenai diri aku. Dan ini akan diadakan selama 10 hari kecuali pada hari Rabu (ada segmen lain aku join dalam blog untuk hari Rabu sahaja)


day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Day Two : 10 Things I Love

#1 Kau bukan orang Malaysia kalau tak suka durian.

#2 Facebook aku sentiasa on selama mana aku menghadap laptop.

#3 Aku tak suka keluar rumah shopping. Aku suka depan laptop sambil tengok blogshop. Shopping online!

#4 Aku suka ikut fashion korea. Aku tak takut langsung pakai macam korean chick kat Malaysia. Panggil lah aku korean wannabe. Peduli apa aku.

#5 Tidur itu nikmat. Ada kebolehan membuta sampai petang.

#6 Sangat suka mencari idea baru untuk design dan edit gambar gambar. Tengah buat satu project dipanggil Project Typography Design.

#7 Apa apa jadi kat life aku, aku akan bagi tahu kat sana. Terberak dalam seluar pun sempat lagi tulis.

#8 Aku sangat suka flat shoes. Aku tak suka langsung jenis kasut tinggi. Sandal pun boleh terima lagi.

#9 Dress! Dress! Dress! Dalam almari aku penuh dengan dress. Macam banyak dinner plak kena pergi sampai banyak dress. Pergi kelas pun aku pakai dress. Tak banyak t-shirt.

#10 Hair clip. Sangat suka hair clip yang kawaii macam gambar atas ni. Cekak comel comel pun suka. Ada banyakkkkkkkk!
Mujur sempat nak updated day two ni. Aku sakit kepala sejak balik dari kenduri kawin kawan aku, Basirah and Zarith Wedding. Sakit kepala sampai muntah muntah. Apa petanda itu? Sekarang dah sembuh. :D

Jumat, 29 April 2011

Aksi panas daripada rangka manusia. Eh ini sesuai untuk pendidikan sex.

Hari ini 29 April 2011. Hari ini #royalwedding Prince William dengan Kate Middleton. Aku ada tengok kat TV tadi. Dari pukul 5PM lepas tu gigih tunggu dorang buat royal kiss pukul 830PM. Hey! Gaun pengantin perempuan sangat stunning. Gorgeous woi. Bertuahnya badan Kate dapat kawin dengan kerabat diraja. Besok dah ada anak. Anak dia tak payah kerja langsung woi. Fuh!

Tapi entri ni aku tak nak updated pasal #royalwedding tu. Sebab aku tahu mesti kau semua dah baca banyak kali kat blog orang lain kan? Ceritanya pun hampir serupa. Semua gambar #royalwedding tu pun gambar dari source yang sama. Jadi tak payah lah cerita kat sini. hehe.

Ni aku nak bagi tengok gambar tulang tulang manusia yang buat aksi panas di ranjang tu. Bukan lucah mana pun. Tak payah nak sensor. Sebab ini cuma rangka manusia. Nak aku sensor tang mana woi? hehe. Gambar gambar ini semua dah dimanipulasi oleh Photoshop. Hebat Photoshop! Macam macam benda boleh buat dengannya. Sebab tu aku pernah berkata "You Don't Use Paint If You Already Have Photoshop". Yeah! Make sense kan? Gambar gambar ini design by Guillermo Vega. Enjoy!






Tak rasa sesuai ke digunakan untuk pendidikan sex bersama sama dengan video ini? Lagipun rangka rangka manusia ni semua, memang ada kat makmal sains kan? :D

Kamis, 28 April 2011

[Tentang 10] Day One : 10 Things About Me

Setiap siang dan setiap hari kecuali hari Rabu (ada segmen lain aku join dalam blog) aku akan mengadakan satu segmen khas dalam blog ini. Iaitu Tentang 10. Tentang 10 mengenai tentang 10 perkara mengenai diri aku. Dan ini akan diadakan selama 10 hari.

Terpengaruh dengan blog Huda Luna dan Mira Edora. Jadi aku pun nak join. Lagipun benda ni bagus. Sekurangnya segmen macam ni tak kejar traffik macam segmen daripada seorang blogger tu :p. Dan pembaca blog ni boleh mengenali diri ini lebih dekat. Korang nak join pun boleh. Tapi ini bukan contest tahu. Suka suka sahaja :)


day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Jadi hari ini akan dimulakan dengan Day One : 10 Things About Me.

1. Nama penuh Tee Ngin Rui.
2. Kawan kawan kampus panggil amoi. Kawan kawan sekolah panggil Tee. Family panggil Rui-Rui. Kakak abang panggil Ah Mei (adik).
3. Tak suka bawang dan sayur.
4. Tak reti nak tepati masa.
5. Dulu sekolah kebangsaan. Sebab tu fasih cakap melayu.
6. Tak pernah bercinta dengan lelaki cina lagi. Lelaki melayu banyak menjadi scandal dan juga boyfriend.
7. Takut dengan api.
8. Benci dengan aktiviti lasak. Tak suka! p/s: mujur tak dapat PLKN :)
9. Seorang stalker.
10. Seorang yang tak pedulikan hal sekeliling. Ignorant? Maybe. Sebab aku dah cipta dunia aku sendiri.
Kalau nak entri design design unik, tunggu malam eh. Sedang sibuk dengan satu project yang dianjurkan oleh diri sendiri dan yang join pun diri sendiri iaitu design typography. Ada masa aku tunjuk hasil rekaan aku :p

[Video] Proses Lelaki Menjadi Matang


Faham?

Video selama seminit 41 saat ini pasal proses seorang lelaki dari menjadi budak lepas tu jadi remaja/akil baligh. kemudian melalui saat matang. Aku suka animation yang dibuat olehnya. Ini kira kalau ada orang tu tak faham apa tu puberty atau akil baligh, boleh lah tayang video ni kat dorang tu. hehe

Summary:

Mula mula video tunjuk budak lelaki yang tumbuh jerawat. Kaki mula berbulu. Tangan dengan kaki jadi panjang. Kemaluan mula bersaiz lain (?). Menjadi sangat hyperaktif.

Lepas tu mula terlibat dengan gejala social. Merokok, minum arak etc.

Mula mengerti apa itu sex.

Lepas tu melalui zaman menjadi lelaki matang.

Akhir video ini tayang muka budak lelaki tu menjadi matang.

Begitu lah videonya.

Aku tahu ramai tak nak tengok. Ala tengok je lah. Seminit 41 saat je pun. Dah lah animation dia cool! Dari kau bazir masa dengan vlog yang tak hape hape tu baik tengok animation ni. :p

Rabu, 27 April 2011

Apron Sexy Untuk Manja Manja Kat Dapur

#NSFW - Not Safe For Work. Kalau agak agak nak tengok kat opis tu, baik lupakan niat itu. Takut dengan bos sekali bertenggek tengok. hehe.

Apron ini semua ada dijual di Amazon.com. Kalau nak beli, boleh cuba usha kat sana. Aku tahu mesti ada antara korang yang teruja nak belinya. Apron ini semua pattern dia sexy. Kalau agak agak nak sedapkan makanan yang dimasak itu, elok benar lah pakai apron ini ketika memasak. Pastikan anak anak anda tiada di dapur. Cuma suami kau sahaja yang perlu ada di dapur. hehe. Kalau nak beli, boleh cekidut akaun user Amazon.com ni untuk order : Incredible Gifts

1. Bodyguard Sexy Kitchen Cooking Apron


2. Eve Apron Sexy Kitchen Cooking Apron


3. Camera Guy Sexy Kitchen Cooking Apron


4. Sexy Nurse Sexy Kitchen Cooking Apron
Boleh main doktor doktor kat dapur sambil memasak makanan berkhasiat.

5. Fisherman's Friend Sexy Kitchen Cooking Apron
Dah dah aku hanya mampu tayang 5 contoh apron kat sini. Nak tengok lebih pergi kat Amazon nun sana. Kau ingat blog aku ni tempat pancut air mani sepah sepah kat screen laptop ke apa? hahaha~

Sorry. Tak ada masa nak blogwalk. Agak penat hari ini.

p/s: tolong undi untuk blog ini dalam #digiwwwow tahu :D

Selasa, 26 April 2011

Perabot bentuk-bentuk pelik. Kau rasa pelik tak?

Hohoi! Apa khabar semua? Sihat?
Hari ini nak tunjuk lagi apa apa design yang sangat unik di mata. Yang sangat tak biasa di Malaysia. Kalau kau nak submit apa apa artikel contohnya design or whatever yang masih consider unik. Boleh sahaja email kat amoi.rojak.story@gmail.com. Nanti aku kasi credit pada awak dan website designer tu :D.

Entri kali ini nak bagi tengok perabut yang berbentuk pelik. Selalu perabut kat rumah tu bentuk kotak, petak or bentuk yang biasa kita tengok. Tapi perabut yang aku jumpa ni sangat pelik bentuk dia. Teruja tahu tak tengok gambar gambar perabut ini yang direka oleh Straight Line Design, Founder Judson Beaumon. Aku suka yang nombor 9 tu tahu tak. Boleh conteng conteng perabut. :D

1. Boom! Cabinet


2. Oops! Cabinet


3. Raymond


4. Accordian


5. Bad Table


6. Mrs.Pearson


7. Sobey


8. Beaver


9. Crayola


Semua perabut ini direka seperti hidup. Menakutkan kalau tengah tengah malam tenung perabut ni. HAHAHAHAHA. T________________T

p/s: tolong vote untuk blog ini dalam #digiwwwow tahu :D

Minggu, 24 April 2011

[Genius Invention] Roti bakar bercorak comel lepas guna pembakar roti ini.

Selamat Hari Isnin. Macam mana hujung minggu korang?

Bila bercakap pasal pembakar roti. Roti bakar memang my faveret sejak start practical ni. Yang memerlukan aku bangun pagi. Kini aku setiap pagi akan sarapan. Kalau dulu membuta sampai tengah hari. Mana nak sarapan sarapan ni. HAHA. Roti bakar + planta memang sedapppppppppp. Kalau tambah kaya pun sedap gak tu. But I still prefer with planta only.

Design pembakar roti ini merupakan genius invention untuk aku. Kenapa? Sebab bila kau dah bakar roti tu, nanti roti tu keluar corak comel kat atas roti tu nanti. Pembakar roti ini datang dengan macam macam acuan dan acuan tersebut akan diletakkan dalam pembakar roti tu. Nanti bakar, roti tu akan keluar dengan corak yang sangat comel mengikut acuan yang telah dipilih.

Pembakar roti ini dipanggil Pop Art Toasters kat negara luar. Dicipta oleh seorang ibu bernama Linda Carlish pada tahun 2005.

Katanya, beliau mendapat idea begini kerana beliau ingin memberi cara lain untuk ibu ibu di luar sana menarik perhatian anak anak meraka untuk makan roti memandangkan budak budak sangat memilih makanan. Bukan setakat pembakar roti sahaja yang dicipta oleh Linda Carlish. Pembakar sandwich pun ada. Sangat interactive semua pembakar roti ini.

Semua pembakar roti ini ada dijual di website rasmi dia. PopArtToasterStore.com. Harganya berlainan mengikut setiap set pembakar roti.

1. Pop Art Toaster Morning Bytes Gift Set $44.99
Ni siap ada coffee warmer. Pakai USB. Senang lah nanti. Cucuk sahaja kat laptop untuk panaskan kembali kopi.

2. Lusso Chrome Toaster $49.99
Aku tak tahu kenapa dia dinamakan macam itu. Jenis pembakar roti Chrome ini ada 3 jenis. Lusso salah satu jenisnya sahaja.

3. Love Struck Toaster $29.99
Yang ni sangat sesuai untuk pasangan kekasih. Boleh bakar siap siap dulu sebelum bawa pergi picnic. Auw~ Dah lah kaler pink. My faveret kaler. Btw, aku suka picnic. Asyik tengok wayang makan mekdi sahaja. Boring!

4. Stupid Toaster by David & Goliath $29.99

Ini comel. Design pembakar roti dia pun sempoi sahaja :D

5. Creativity Coloring Kit $24.99
Ini yang paling genius. Set pembakar roti ini datang dengan marker warna warni. Sangat interactive kalau bagi budak budak mewarna kat roti tu. Kaler kaler dalam markers tu boleh makan. FDA sebuah badan Health & Human Services kat US tu kata boleh makan. FDA approved!

Kalau nak tengok pembakar roti yang lain boleh tengok kat website dia bahagian Plastic Toasters.

Kalau aku lah, mesti sayang nak makan semua roti yang dibakar guna pembakar roti tu. Comel sangat sampai tak lalu nak gigit. Walau apa pun, kena makan juga dan last last jadi tahi. teeeeeheeee.

p/s: tolong undi untuk blog ini dalam #digiwwwow tahu :D

Jumat, 22 April 2011

Illusi Perempuan Bogel Mandi Dalam Cawan Teh

Sorry kalau entri ni agak panjang dan penuh dengan gambar. Template ni memang bermasalah kalau tang nak buat READ MORE atau JUMP BREAK tu. Pfffftttt~
--------------------------------------------------------
Iklan kejap.
Tolong vote aku dalam #digiwwwwow - Blogger Of The Year. Please please please. Aku tak tahu apa hadiahnya kalau dapat paling banyak voters. Yang aku tahu hadiah dia worth RM5 ribu.

Please please please vote lah (mata bersinar sinar). Nanti aku cium cium secara maya yang vote tu. hehe. Eh korang pun boleh join. Benda ni sponsor by digi.

Cuma tekan gambar bawah ni (sebelum tu login dulu kat Facebook masing masing tahu!) :

Vote. Vote. Vote. Please :)

Boleh vote sekali dalam sehari sahaja. Besok jangan lupa vote lagi tahu!
Terima kasih yang dah vote tu. :)
Ok. Iklan tamat. Jom fokus kepada entri ini.
--------------------------------------------------------

Sejak dua tiga hari ni aku banyak tayang interior design. design rak buku lah. Jamban RM19 ribu lah. Ini caranya sebenarnya untuk biarkan blog berupdate walaupun tak ada cerita best daripada aku sendiri. Aku sebenarnya terinspirasi bila tengok design design macam tu. Apa omputih tu selalu cakap? "I get inspired!" Ha gitu lah bunyiknya.

Kali ini aku nak bagi kau semua tengok tea set yang ada gambar perempuan mandi. Agak lucah tapi tak keterlaluan sangat lah. Kretif betul lah minda orang zaman sekarang. I am so impressed with this tea set! Tea set ini direka oleh Esther Horchner.

Kalau cawan ni tak ada air, agak tak cantik sangat illusi dia. Bila ada air baru nampak macam ada perempuan mandi dalam tu. hehe. Ada 9 jenis gaya mandi! Setiap satu set berharga 29.95 pound. Dalam MYR 148.

The girls are swimming, chilling, and getting comfortable in the interiors, their clothes casually discarded on the saucers, and the more you drink, the more you see. - Refinery






Credit to the designer. Esther Horchner

Nota kaki: Sekarang tengah sibuk siapkan entri untuk Terfaktab. Eh. Berapa ramai antara korang ni yang baca Terfaktab tu? Aku salah seorang penulis tetap dalam tu tahu. Besok sabtu. Tiada entri baru jika hujung minggu. Aku mahu tidur puas puas sebab tak cukup tidur selama 5 hari ni.

Kamis, 21 April 2011

Design Rak Buku Yang Sangat Sesuai Dan Sangat Cool Untuk Ulat Buku Macam Saya

Ulat buku ke aku? Eh tak lah =_________________=

Pernah tak kau rasa buku buku kau bersepah kat atas meja. Kat bawah katil. Kat bawah meja. Even kat dalam almari baju pun ada. Itu yang dialami aku. Kadang kadang aku suka baca baca baca lepas tu lupa nak simpan balik. Lama lama berselerak. Dah lah rak buku aku dah penuh dengan novel novel aku tu. Dalam beg kertas pun ada lagi novel aku.

Jadi bila aku tengok design design rak buku ni buat aku nak beli satu. Tapi rasanya mahal. Ohhh. demm. Terpaksa beli design rak buku yang biasa tu. Boring!

Antara rak buku yang menarik perhatian aku sebab design dia luar biasa.

1. Cave Bookshelf by Sakura Adachi

Ini menjadi pilihan pertama aku. Aku suka kerusi dalam dia tu. Kan aku dah kata aku suka baca atas katil or sofa lepas tu lupa simpan balik. Kadang kadang novel aku bawah sofa pun ada. Jadi aku rasa ini sangat sesuai. Lepas baca aku just letak balik kat rak dia. Sebab rak buku dekat dengan tangan. Tu yang rajin nak letak balik.

Ada jenis untuk normal punya atau jenis untuk budak budak punya. Harga rak buku ni dari Euro 3600 sehingga Euro 5250. Mahalnya. Bayangkan kalau convert kepada MYR. Oh dem~


2. Bookshelf With a Bench by Latvia’s Stanislav Katz

Ok ini pun nampak cosy. Siap ada bantal tu plak. Aku memang suka barang yang 2 in 1. Tengok lah rak buku ni. Hampir sama dengan rak buku pertama tu. Tapi kaler rak buku pink. Cantik. Aku kan suka pink. Aku memang suka berbaring sambil membaca. Lebih selesa tahu. Sebab tu aku tak suka baca novel online. Sakit tengkuk! Kat bahagian bawah rak tu boleh lah aku simpan laptop aku dan barang barang lain :D


3. Circular Walking Bookshelf by David Garcia

Perlukan banyak ruang untuk gerakkan rak buku ini. Tapi tergerak ke rak buku ni kalau rak dah penuh dengan buku?

Tapi tapi tak payah lah susah payah nak gerakkan rak buku ni. Baring je senang. Lepas tu goyang goyangkan rak ni pakai kaki.


4. Bookseat by Fishbol

Ok. Tak berapa berkenan dengan rak ini. Sebab tempat duduk dia kecik. Nak golek golek pun tak dapat. Tapi rak buku macam ni sangat menjimatkan ruang kalau bilik kau sangat kecik. Kalau rak buku ni tak ada kaki dan tinggal cuma bentuk melengkung sebagai tapak dia. Aku rasa aku akan jadikan kerusi malas. hehe!

Setakat ni 4 design ini sahaja yang aku rasa berkenan. Sebenarnya banyak lagi design rak buku yang lebih pelik bentuk rupa dia tapi sangat futuristic.

Antar 4 ni mana yang korang paling suka? Aku awal awal dah cop yang first tu. Homai. Kalau aku ada duit memang aku beli rak buku tu. Dan aku pasti kesemua 4 rak buku ini semuanya tak murah T_________________T

Selasa, 19 April 2011

[Design Pelik] Jamban berharga RM19 ribu. Dipanggil high-tech toilet.

6,400 dollar of America. Kalau convert ke MYR berharga RM19k. Jamban ini dipanggil smart toilet. Kalau kat Jepun kau mungkin dapat tengok jamban macam ni. Orang Jepun sentiasa dengan cipta teknologi terkini. Tapi hanya orang orang kaya jah yang mampu pasang jamban ni kat rumah. Aku rasa kat public toilet tak mungkin ada!

Kalau duduk atas jamban tu, agak agak bontot aku keluar tahi emas tak masa 'melabur saham'? Agak agak bontot aku jadi emas tak kalau duduk duduk kat atas tu?



Siap ada touch screen yo. Nak ada music pun boleh sambil meneran keluarkan tahi. Ada MP3 connection. Ada FM radio. Boleh pilih jenis flush lagi tu. Tak ada lah pengguna boring nanti dengan jenis yang sama je ye tak?

Sebenarnya cover jamban tu, boleh buka pakai remote touchscreen tu. Kalau tak nak kau boleh set kan kepada auto buka. Kalau ada auto paip supaya tak payah cebok pakai tangan memang dah biasa. Aku pernah jumpa kat hotel sekali. hehe. Cuma smart toilet ni kau boleh tentukan suhu air yang kau nak. Nak yang warm? Nak yang cold? Semua boleh!

Seriously, aku rasa jamban ni jadi perhiasaan dalam rumah pun lawa juga tu. Jamban mahal cenggitu rasa sayang pula nak duduk. Tapi bila dah sakit perut, jamban apa pun rembat. Peduli apa jamban tu high tech ke low tech ke. Ye tak?

Dan video bawah ini ialah iklan dia. Boleh lah kau tengok fungsi lain jamban mahal ni. Iklan pun cantik hoi!



All picture credit to Cnet News

Google nak delete non-gmail akaun Blogger KONONNYA.

Khabar angin sahaja benda itu konon konon Google nak padam semua non-Gmail account on Blogger.

Ya. Blogger.com akan delete akaun tapi cuma akaun yang tak pernah aktif sebelum dan selepas tahun 2007. Yang tak pernah aktif langsung mereka akan padam.

Tahu kenapa aku susah nak percaya dengan khabar angin katanya Blogger.com nak padam semua account yang pakai non-Gmail untuk login ke Dashboard pada 25th June nanti?

Because of this note from Blogger Buzz.


Baca benda yang aku highlight dan tanda merah tu.

Awal awal notes tu dia dah tekankan yang message tu hanya untuk yang tak pernah nak aktif dalam Blogger.com sebelum dan selepas tahun 2007. Yang aktif boleh abaikan message tu. Lepas tu isi notes tu tekankan lagi perkara yang sama.

Lain lah message tu kalau berbunyi :
(This message only applies to a tiny fraction of users who still USING NON-GMAIL ACCOUNT TO LOGIN INTO BLOGGER. If you've using GMAIL to login, you won’t be affected and can disregard this message.)

Aku pernah ada account Blogger tahun 2006. Blog tu pun dah berkubur lama. Username dengan password pun aku dah lupa terus. Aku masih ingat lagi tahun 2006 tu, masa nak login ada dua login form. Satu untuk yang mendaftar sebelum tahun 2006 dan satu lagi yang mendaftar selepas tahun 2006. Kalau tak silap aku lah.

Lepas tu akhir tahun 2007. Aku daftar lagi sekali pakai akaun Yahoo. Dan wujudlah blog ni sampai sekarang. Masa tu aku tak kenal lagi apa apa pasal Gmail selain Hotmail dan Yahoo.

Kalau Google betul nak padam non-gmail account, there will always an official word about that. Tapi aku tak nampak pun kat mana mana lagi. Aku siap check inbox email aku yang ada 21k email unread tu. Spam siap check. Tak ada daripada Blogger pun pasal nak padam account aku sebab aku pakai non-Gmail account untuk login. Yang cuma ada email daripada Facebook.haha.

Dalam notes atas tu pun kata nak hantar email kan kat account yang berkenaan kan? Masih senyap je Blogger ni. Maksudnya non-Gmail account aku tak terkena lah kan sebab aku aktif dalam Blogger.com sejak tahun 2007 sejak aku daftar.


Aku rasa lepas 25th June ni, newbie yang nak daftar Blogger.com dah tak boleh daftar pakai non-Gmail account. Kan dia kata dah tak support lepas 25th June kan. Jadi dia dah tak boleh terima penambahan non-Gmail account. Jangan percaya pendapat aku ni 100%. Just my thoughts based on their words :D

Tak nak percaya lagi ke?
Aku pun daftar baru kat Blogger.com pakai Gmail dan Yahoo.
Lepas tu aku masuk migration page tu. Aku cuba nak migrate lepas tu keluar message User Account Not Found. How come tak jumpa kalau aku baru daftar beberapa saat yang lalu? Bila difikir balik, aku daftar lepas tahun 2007. Mana ada user account aku dalam database dorang tu. Logik kan? Tak apa. Nanti aku create lagi satu account Blogger lepas 25th June. Tengok apa akan jadi.

Kalau kau masih takut takut Google akan padam non-Gmail account Blogger kau. Buat lah backup blog. Tak susah pun backup. Lagipun kita ni bloggers kena pandai pandai buat backup hoi. Kang apa apa jadi kat blog macam Blogger.com tiba tiba remove blog kau ke, masa tu lah bakcup boleh digunakan.

Paling tak boleh blah, ramai yang copy paste copy paste entri yang sama pasal benda ni. Tak ada effort ke nak tulis entri sendiri? Kamon. Sebelum nak spread news tu, siasat dulu perkara tu betul ke tak. Make a few research. Google up for this issue.

Anyway my last word on here to end this entry.
Aku masih menunggu Blogger Buzz untuk updated seterusnya. Kalau dia nak padam non-Gmail account, they should send an email to notify me. Is up to you to believe this rumors or not. I am not going to believe this rumors. Not any unless Blogger Buzz give an official word about non-Gmail account thing.

Trivia : Ada banyak perbezaan antara Google Account dan Gmail Account. Kalau rajin Google apa bezannya jumpa lah jawapannya :) dan segala kekusutan terhadap notes itu akan terungkai if you do understand what is the difference between Google Account and Gmail Account :D

p/s: aku percaya suatu hari nanti, zaman blog akan berakhir macam berakhirnya zaman Myspace tu.

Senin, 18 April 2011

[Entri Bergambar] apa tengok-tengok tetek orang?

#NSFW - Not Safe For Work!

Kahkahkah. Ini entri berat berat sebab berat dengan gambar.
Bila aku tengok gambar gambar bawah ni, lelaki kalau snap gambar mata mesti terarah kepada buah dada orang perempuan. Cuba kau tengok contoh gambar bawah ni. (masih gelak)

Lelaki sekalian, jaga jaga sikit mata tu bila kat public. Silap silap ada paparazi yang ter-snap gambar kamu macam kat bawah ni. Tak pasal pasal jadi bahan ketawa. Nak kata pervert tak boleh plak. Sebab naluri lelaki kan memang pervert. Cuma bezanya berapa peratus pervert dalam diri laki tu sahaja. kehkehkeh. Even perempuan pun tengok tetek perempuan lain untuk bezakannya dengan tetek sendiri mungkin.

Yang besar juga yang menjadi idaman hati...

"Oh demmm. Besarnya boobs dia ni!"

spongebob pun mahu tengok!

"eheeemm..cantik boobs dia ni"

"Homaiiiiiiiiii. Tetek dia buat aku nak membesar dengan cepat!"

"Tak boleh langsung lawan tetek aku. Tetek aku lagi hebat rasanya!"

terbeliak mata kau nyah! mulut terngaga siap!

"pewitttt! cantik bentuk bontot" kata Obama dalam hati.
"obama tolong jaga kelakuan tu sikit. ni public" kata lelaki sebelah obama.


cari apa tu dik? tak ada kereta mainan kau dalam skirt tu lah..

and...

50 gambar lagi di BannedinHollywood

ha. ketawa lah puas puas tengok gambar gambar tu. (masih lagi gelak)
kahkahkah