Tampilkan postingan dengan label BOF. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label BOF. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Mei 2010

[Review Novel]: Novel Hot Gimmick (boys over flowers Malaysia) #6


Ini bukan komik manga Hot Gimmick tu. Aku sendiri pernah baca komik manga Hot Gimmick dulu.hoho. Ok. Ini sebuah novel komedi romantik. Dan cerita ini lebih kurang cerita Boys Over Flowers tu. Baca sinopsis yang berada di kulit belakang novel ni pun dah dapat gambaran macam cerita popular Korea BOF tu taw. Dan sebab itu aku membelinya.

Yea. Walaupun serupa dengan cerita Boys Over Flowers tu tapi ada perbezaan di antaranya. Banyak perbezaan ketara. So tak leh cakap cerita Hot Gimmick ni ciplak cerita Boys Over Flowers :D.

Harga novel ni tak mahal. Murah sahaja. RM19 di Semananjung Malaysia dan di Sabah&Sarawak pula harganya RM22. Diterbitkan oleh KakiNovel Enterprice. Penulisnya Shasfa Alyahya.

Ok. Mari baca sinopsis yang aku cekau dari website KakiNovel.

Setelah lima tahun meninggalkan Malaysia, Natasya Shakilla pulang semula ke tanah tempat tumpah darahnya. Kepulangannya telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd sebelum ini.
Kewibawaan Harizd sebagai Ketua Pengawas telah tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah.

Secara terang-terangan Natasya Shakilla memang tidak sebulu dengan Harizd. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak, tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah.

Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan jika Harizd dan Natasya Shakilla berbalah sesama sendiri.Dek terlalu membenci Harizd, Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd.

Hubungan rapat Natasya Shakilla dan Amierul Mukminien telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla hingga hampir-hampir meragut nyawanya. Mujurlah Harizd tiba tepat pada waktunya, menyelamatkan Natsya Shakilla.

Rupa-rupanya tanpa pengetahuan masing-masing, Harizd dan Natasya Shakilla sama-sama ‘berkasih’ semasa mengharungi zaman kanak-kanak dahulu.
Apakah yang bakal meletus sekiranya kisah zaman kanak-kanak mereka dahulu terbongkar? Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?
HOT GIMMICK… akan membuatkan jantung anda berlari laju seperti roller coaster!
Apa yang serupa dengan Boys Over Flowers ialah BOF ada F4. Dan Hot Gimmick ada 3K. 3K yang terdiri daripada Amierul Mukminien, Izuan dan Harizd. Mereka semua belajar kat sekolah swasta dan boleh dikatakan tergolong dalam golongan elit.

Oh. Terus terang aku katakan, aku suka betul watak Amierul tu. Amierul yang taat kepada agamanya. Amierul yang pendiam dan jarang tersenyum seperti Jin Hoo dalam BOF. Tapi Amierul mudah ketawa dan tersenyum bila bersama si heroin; Natasya Shakilla. Watak Izuan lak serupa watak Yi Jung si playboy. Tapi Izuan still tak ada si heroin seperti Yi Jung yang dah ada Ga Eul. Ok. Watak Harizd serupa Gu Jun Pyo. Garang. Dingin. Dan perkataan faveret Harizd ialah "No Excuses!". Damn sarkastik sungguh!

Watak Natasya Shakilla tak serupa langsung dengan Jan Di yang lahir dari keluarga miskin. Natasya Shakilla anak bongsu dari keluarga berada. 5 tahun kat Australia telah menjauhkan dirinya daripada ajaran agama Islam. Bila balik Malaysia dia mula berubah kepada lebih solehah. Sebab itu novel ini banyak diterapkan tentang Islam. Bahasa arab pun ada sikit-sikit terselit dalam novel ni.

Pendapat aku, permulaan cerita dah 5 bintang tapi ending dia macam terburu-buru sangat. Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku lepas habis khatam novel ni. Siapa yang panggil Natasya Shakilla masa kat airport? Perbuatan jahat Adzharina terhadap Natasya Shakilla kat sekolah dan semasa mereka dalam kem masih belum terbongkar. Dan endingnya Natasya Shakilla hilang ingatan. So, apa jadi lepas tu? Heh. Kenapa habis macam tu je? Aku harapkan Harizd dengan Natasya Shakilla ada happy ending.

Sangat berharap ada kesinambungan novel ini. Tak salah ada sambungan untuk novel. Contohnya novel Ombak Rindu dah ada dekat 2 kali sambungan. So, kenapa tidak novel Hot Gimmick kan.

Credit: KakiNovel

post signature

Minggu, 24 Januari 2010

Angau Dengan Lee Min Ho

Siapa tak kenal Lee Min Ho, disarankan sila tonton drama Boys Over Flowers. Aku tak tahu kenapa, asal online je pergi jenguk website versi Jepun Lee Min Ho. Walaupun aku tak paham perkataan yang ditulis kat website tu, tapi tujuan aku bukan nak tahu latest news Lee Min Ho tapi nak tengok gambar-gambar beliau.haha.

Memang aku dah terkena aura Lee Min Ho.haha. Tak caya? Ini buktinya:

Sampai gambar profile kat Facebook aku taruk gambar Lee Min Ho.

LeeMinHo
Bukan takat tu je, wallpaper desktop aku pun terkena auranya.

Rantai Boys Over Flowers pun aku sanggup beli (selama ni tak minat beli rantai) haha.

Sib baik aku tak gila sampai buat poster giant Lee Min Ho lagi.haha. Status aku pun banyak sangat pasal Lee Min Ho. Aku asyik share video link pasal video Boys Over Flowers. Asal ada muka Lee Min Ho je, dengan kadar segera aku share. :D

Boleh dikatakan setiap hari aku search pasal Lee Min Ho kat Google.haha. Lepas tu, aku tak sabar nak tengok drama terbaru Lee Min Ho; Personal Taste. Bulan 4 nanti akan ditayangkan kat Korea nun jauh di sana. Of course la aku akan terjah Mysoju nanti.wuuuuuuu~

Kenapa la Lee Min Ho kacak sangat? Lee Min Ho memang kacak kan. Sila puji beliau. Jangan kritik. Kalau krtik aku potong lidah korang.haha.

I Love You Lee Min Ho. :D

post signature


Selasa, 19 Januari 2010

Rantai Boys Over Flowers (BOF) -Kissing Star Necklace

Akhirnya, rantai Boys Over Flowers (BOF)/ Boys Before Flowers (BBF) dah ada kat tangan aku. Gumbiranya hati ini.haha. Nama rantai tu dinamakan Kissing Star. :001:


“the moon Geum Jan Di Tee Ngin Rui that can never escape from the star Goo Jun Pyo“

Maksudnya: The star will always protect the moon. Tu pasal the moon inside the star. \^^/. Thank you Jun Pyo because giving me this necklace. I love you :004::023:

Kalau yang tak pernah tengok Boys Over Flowers memang tak tahu menahu langsung la pasal rantai ni. Tapi kepada peminat tegar drama tu mesti nak kan rantai ni?haha.

Sangat exited bila pakai rantai ni. Harap-harap rantai ni tak calar atau hilang. Mahu meraung aku nanti.haha. Lantak la nak cakap rantai celup ke apa. Janji dari luaran is looks real.hehe.

Ok. Percaya la sangat Jun Pyo yang kasi aku.haha. Aku beli sendiri wehh. Saje gedik nak jadi Geum Jan Di.haha. Boleh tahan mahal gak dalam RM30 termasuk kos penghantaran. Tapi terasa berbaloi-baloi. Aku beli kat Velvet Dream secara online. Kalau nak rantai tu sila minta Velvet Dream restock rantai tu ye.

Via: Velvet Dream

post signature


Jumat, 15 Januari 2010

Lee Min Ho Is An Unknown Person Before Acting In Boys Before Flowers. He already have a girlfriend now :)

Kenal manusia dalam gambar tu tak? Nampak macam kenal? Awww. Itu la dia Lee Min Ho tercinta aku yang berlakon dalam drama Boys Over Flowers (BOF)/ Boys Before Flowers (BBF). Beliau memegang watak utama dalam BOF sebagai Gu Jun Pyo.


Disebakan F4 fever is back on me and aku terlampau minat akan Lee Min Ho, so terjumpa la info ni.haha. Yup. Lee Min Ho is an unknown person before acting in Boys Before Flowers(BBF). Ala. Tepuk dada tanya sendiri. Korang kenal tak nama Lee Min Ho sebelum drama BOF ni?? Tak kan. Aku sendiri pun tak kenal siapa beliau sebelum BFF.haha.

Even, Lee Min Ho dah berlakon dalam beberapa drama/movie kalau tak silap maklumat dari Google la kan, beliau masih tidak dikenali. Antara yang beliau pernah berlakon dulu dalam drama Secret Campus. Huh? Aku tak pernah dengar dohhh nama drama tu. Yela kan. Drama tu low bajet dan agak tidak dikenali. Lagipun drama tu bukan dari KBS. So agak susah nak bersinar.hehe.

*Secret Campus


Masa Lee Min Ho berlakon dalam drama Secret Campus, beliau baru berumur 19 (kini sudah 23). So muka beliau dalam Secret Campus nampak muda macam aku yang sekarang ni 19.haha. Kalau 4 tahun yang lepas drama ni tak dikenali tapi sekarang ni makin ramai yang cari drama Secret Campus (termasuk aku) disebakan kepopulariti Lee Min Ho. Dengar khabarnya Mysoju sekarang ni tengah nak letak drama tu. Bagus la tu. Senang kerja aku nak menghayati kekacakkan Lee Min Ho.haha.

Bukan tu je wehhh, semakin beliau popular semakin ramai yang nak tahu latar belakang beliau. Sampaikan gambar Lee Min Ho dengan bekas kekasih beliau (Lee Min Ho berumur 18 tahun) disebar dengan meluas kat Internet. Ini semua aura Lee Min Ho kot.haha.

*Lee Min Ho Girlfriend?


Ok. Lepas ni aku nak try chance berlakon dalam Boys Before Flowers versi Malaysia. Agak-agak mesti meletopppppp kan nanti.wuakakaka. Tak mustahil kan ada nanti Boys Before Flowers versi Malaysia. Memang fakta sesiapa yang berlakon dalam cerita ala-ala Meteor Garden sure akan dikenali dan sangat popular mengalahkan Lady Gaga mungkin.haha.


Contoh yang bagus; Meteor Garden(Taiwan) menyebabkan 4 jejaka tersebut sangat popular pada suatu ketika dahulu. Aku memang die hard fan F4(Taiwan) dulu sampai poster dorang aku masih simpan. Hebat kan? Dah bertahun dah.

Lagi satu, Lee Min Ho ada nyanyi lagu gak.

01. My Everything



Lagu tu dinyanyikan masa Boys Over Flowers After Story. Short story selepas 5 tahun. Episode ada 4 je. Satu episode mengenai kehidupan seorang ahli F4. Sila search kat Youtube 'Boys Over Flowers After Story' untuk tonton.

Ok la. Aku rasa dah cukup panjang aku tulis pasal Lee Min Ho kot.haha. Biasa la wehh. Aura Lee Min Ho menguasai diri aku sekarang ni.haha. Boys Over Flowers kat 8tv dah nak hampir sampai penghujungnya.

Info Tambahan: Lee Min Ho Official Website (dalam tulisan korea je). Tengok gambar pun jadi la! Tak lama lagi Lee Min Ho akan berlakon dalam drama Personal Taste as a GAY.Awww. Dan juga City Hunter!!!

Updated 22 Aug 2011: Sekarang ni Lee Min Ho tengah hangat bercinta dengan Park Min-young. Girlfriend Lee Min Ho yang latest ialah Park Min-young heroin dari cerita City Hunter tu. Yang depa berlakon sama sama. Peeehhh! Untunglah weh siapa yang dapat dating dengan Lee Min Ho. Ohhh shittt. Bila lah turn aku pula ada relationship dengan Lee Min Ho *berangan di siang hari je lah kau amoi* wakakakaka.



Via: DramaBeans

Selasa, 12 Januari 2010

[Review And Download]: Boys Over Flowers (BOF) / Boys Before Flowers (BBF)

Amaran: Entri kali ini maybe tersangat la panjang dan penuh dengan gambar dan video. So sila baca dengan penuh kesabaran ye sampai habis! (sila scroll ke bawah untuk dapatkan download link)

*boys over flowers/boys before flowers

Finally bertarikh 12 Januari 2010 aku dah habis tengok drama Boys Over Flowers (BOF) ataupun nama lain Boys Before Flowers (BBF) ni. Yeah! Aku dah habiskan sampai episode last. Ohhh. Aku mengambil hampir seminggu untuk habis tengok. Si pengemar cerita Meteor Garden(Taiwan) mesti tengah syok layan cerita ni kat 8tv bukan?hehe


So Yi Jung, Goo Jun Pyo, Geum Jan Di, Yoon Ji Hoo, Song Won Bin

So Yi Jung: Pembuat tembikar yang kaya.
(Hero)Goo Jun Pyo: Pewaris Shinhwa Group.
(Heroin)Geum Jan Di: Gadis biasa yang lahir dari keluarga yang sederhana.
(Soulmate Jan Di)Yoon Ji Hoo: Cucu kepada bekas President Korea.
Song Won Bin: Agak misteri keluarga dia. Tapi dia kaya gak. Orang Macau panggil dia Putera Song.

Memula aku tengok BOF ni kat 8tv (sekarang pun masih ditayangkan lagi). Well. As you all know la, BOF ni kan cerita lebih kurang macam Meteor Garden kan. Siapa tengok? Rugi kalau terlepas tengok Meteor Garden versi Taiwan tu. Maaf, versi Jepun punya aku tak pernah tengok lagi. Jiwa aku tak in dengan cerita Jepun ni.haha.

Aku telah berjanji dengan diri aku sendiri bahawa aku tak kan langsung nak tengok BOF ni sebab takut ketagih. And then.. lepas tengok satu episode tu kat 8tv ada la aku usha kejap kat Mysoju. Aku start dengan tengok episode 1 kat Mysoju. Berjanji palsu lagi. Lepas tengok episode 1 tak nak tengok. Tapi tak sangka aku dah habiskan cerita tu sampai episode 25 kat Mysoju dengan Youtube.haha.

Gu Jun Pyo ♥ Geum Jan Di "Our First Night!"

First night? Haha. Bukan seperti yang korang fikirkan (dirty minds). Itu la kali pertama Jun Pyo dengan Jan Di date kat Nam San Tower.

Episode 9 paling best dan paling bahagia tanpa gangguan plan jahat oleh mak Jun Pyo. Masa tu Jun Pyo offer diri nak bermalam satu malam kat rumah Jan Di.
*dengan keluarga Jan Di, Jun Pro mula mengeri apa itu erti KELUARGA.


Ok. Lepas tu muncul la pulak mak Jun Pyo yang terang-terang menghalang hubungan Jun Pyo dengan Jan Di. Alasannya Jan Di tak setaraf dengan keluarganya. Jun Pyo gelar mak dia sendiri 'si ahli sihir'.haha.

*yang duduk sebelah Jun Pyo tu mak Jun Pyo. Btw, aku memang suka babak ni. Macho siot aku tengok Jun Pyo turun dari kereta dan kiss Jan Di.awwww.



By the way, hubungan Yi Jung dengan Ga Eul pun berkembang sama. Ga Eul kawan baik Jan Di yang jatuh cinta kepada kawan baik Jun Pyo, Yi Jung.

*Ga Eul and Yi Jung

Actually lepas episod 12 (bermain ski), di situla bermulanya keterujaan aku nak tengok sampai habis.

*Saat Jun Pyo bagi rantai kat Jan Di. J♥J.

*episod 12 (aku nangis dohh tengok babak ni)


Babak tersebut ialah babak terakhir Jun Pyo (si-hero) dan Jan Di (si-heroin) akan bertemu. Kenapa? Sebab lepas tu, ayah Jun Pyo disahkan 'meninggal'(ni semua penipuan oleh mak Jun Pyo. Si ahli sihir tu!). Disebabkan ayah Jun Pyo meninggal, so Jun Pyo kena jaga bisnes keluarga dia (Shinhwa Group). Terpaksa la dia tinggalkan Korea dan pergi ke Macau untuk uruskan segala perniagaan keluarga dia kat situ.

"I'll return soon.Wait for me. I love you, Geum Jan Di."

Masa Jun Pyo sedang dalam perjalanan ke Macau, dia sempat hantar message tu kat Jan Di. Lepas satu, satu dugaan mendatang. Lepas episod 12 memang banyak babak yang bermain dengan air mata. Entah dah berapa tong air mata aku keluar. Lebih-lebih lagi bila Jun Pyo nak putuskan hubungan dia dengan Jan Di kat Macau. Sangat-sangat sedih dan kejam.

Sebab Jun Pyo terpaksa putuskan hubungan dia dengan Jan Di ialah Jun Pyo tahu mak dia tak kan lepaskan Jan Di selagi Jan Di ada hubungan dengan dia. Mak Jun Pyo akan buat apa sahaja supaya Jan Di keluar dari hidup Jun Pyo.

Untuk melindungi Jan Di, Jun Pyo terpaksa lupakan perasaan cinta dia kat Jan Di. Dan bertunang dengan Jae Kyung (pilihan hati mak dia). At the end, Jun Pyo dengan Jae Kyung tak jadi kawin. Jae Kyung yang lepaskan Jun Pyo kat Jan Di.

Masalah dorang tak kan selesai walaupun Jae Kyung dah lepaskan Jun Pyo. Selagi mak Jun Pyo tak putus asa nak kacau hubungan dorang, memang dorang banyak masalah. Kali ni mak Jun Pyo buat kejam lagi. Mak dia seksa kehidupan kawan-kawan Jan Di. Jan Di akhirnya terpaksa lepaskan Jun Pyo sebab tak nak kawan-kawan dia terseksa.

*comel kan lukisan tu. Jan Di dengan Jun Pyo berkelah sama-sama. Jan Di nak gembirakan Jun Pyo sebelum dia lepaskan Jun Pyo pergi.


Kemuncaknya, Jun Pyo accident masa nak selamatkan Ji Hoo dari kena langgar kereta. Jun Pyo hilang ingatan. Satu-satunya orang yang dia tak ingat langsung ialah Geum Jan Di.

*selamat lepas accident tapi hilang ingatan. so sad. T.T


Tetiba lak muncul Yu Mi. Jun Pyo kenal Yu Mi masa kat hospital tempat Jun Pyo ditempatkan untuk dirawat. Menyampah aku dengan perempuan tu. Mengambil kesempatan sebab Jun Pyo hilang ingatan.

*Yu Mi.


Jan Di sanggup terjun masuk kolam renang sebab Jun Pyo dah tak ingat kat dia. Masa tu la ingatan dia pada Jan Di dah kembali semula. Padan muka Yu Mi. Melepas la nak belajar sama-sama dengan Jun Pyo kat US.haha.

*Jun Pyo melamar Jan Di. Itu la Nam San Tower; Tempat date Jun Pyo dengan Jan Di for the first time


Tapi masa tu Jan Di tak terima lamaran Jun Pyo lagi. Dia nak Jun Pyo pergi US untuk study kat sana dan kembali lepas 4 tahun dan lamar dia balik.

Lepas 4 tahun Jun Pyo kembali kat Korea. Masa tu siapa tak kenal Jun Pyo sebagai pewaris Shinhwa akan datang. Famous beb! Dan sekali lagi Jun Pyo melamar Jan Di.

*romantik moment

Belum sempat Jan Di jawab lamaran Jun Pyo, muncul la pulak kawan-kawan Jun Pyo. Yi Jung, Ji Hoo dengan Won Bin. Katanya Jun Pyo dengan Jan Di kena minta kebenaran dorang untuk berkahwin.haha. Tinggal misteri sama ada Jan Di terima lamaran Jun Pyo ke tak. Tapi aku rasa mesti dia terima kan. Tak kan la dia nak lepaskan Jun Pyo lagi bila mak Jun Pyo pun dah restui hubungan dorang.

*The End.


Walaupun ramai yang rasa Jan Di dengan Ji Hoo at the end but the hero always win kan? Ji Hoo soulmate Jan Di tapi future husband Jan Di ialah Jun Pyo. At last Jun Pyo and Jan Di. I loikeeee. Aku harap TAK ada Boys Over Flowers Season 2 sebab biarkan la dorang bahagia dan happy. Tak payah la ada season 2 yang penuh dengan dugaan lagi.huhu.

Fyi, ini kali pertama aku tengok cerita korea yang cakap dalam bahasa korea. Selama ni tengok kat TV yang dah dialih bahasa ke mandarin.hehe. Opsss. Teruja kejap masa tulis entri ni. Antara review yang terpanjang aku pernah tulis kot.haha.

p/s: Walaupun skrip dia agak kucar-kacir dan banyak babak yang tak masuk akal tapi aku tetap suka drama ni selain Meteor Garden 1&2.hoho.

*Baca je English Subtitle tu. Sangat bermakna untuk aku (: 'Because I'm Stupid' by SS501.
Boleh dimuat turun video ini dalam format AVI; Because I'm Stupid (mediafire)


Drama ni boleh dimuat turun; Boys Over Flowers (mediafire)or(megaupload)

Kalau nak tengok online; Mysoju. Boleh juga tengok kat YouTube tapi aku tak galakkan sebab dia banyak skip disebabkan isu copyrighted.

*Yes Or No? Still have no answer for that.


The End Of Boys Over Flowers. Rating: 10 stars!

Via: Wordpress Blog

post signature