Tampilkan postingan dengan label HIBURAN. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label HIBURAN. Tampilkan semua postingan

Jumat, 15 Januari 2010

Lee Min Ho Is An Unknown Person Before Acting In Boys Before Flowers. He already have a girlfriend now :)

Kenal manusia dalam gambar tu tak? Nampak macam kenal? Awww. Itu la dia Lee Min Ho tercinta aku yang berlakon dalam drama Boys Over Flowers (BOF)/ Boys Before Flowers (BBF). Beliau memegang watak utama dalam BOF sebagai Gu Jun Pyo.


Disebakan F4 fever is back on me and aku terlampau minat akan Lee Min Ho, so terjumpa la info ni.haha. Yup. Lee Min Ho is an unknown person before acting in Boys Before Flowers(BBF). Ala. Tepuk dada tanya sendiri. Korang kenal tak nama Lee Min Ho sebelum drama BOF ni?? Tak kan. Aku sendiri pun tak kenal siapa beliau sebelum BFF.haha.

Even, Lee Min Ho dah berlakon dalam beberapa drama/movie kalau tak silap maklumat dari Google la kan, beliau masih tidak dikenali. Antara yang beliau pernah berlakon dulu dalam drama Secret Campus. Huh? Aku tak pernah dengar dohhh nama drama tu. Yela kan. Drama tu low bajet dan agak tidak dikenali. Lagipun drama tu bukan dari KBS. So agak susah nak bersinar.hehe.

*Secret Campus


Masa Lee Min Ho berlakon dalam drama Secret Campus, beliau baru berumur 19 (kini sudah 23). So muka beliau dalam Secret Campus nampak muda macam aku yang sekarang ni 19.haha. Kalau 4 tahun yang lepas drama ni tak dikenali tapi sekarang ni makin ramai yang cari drama Secret Campus (termasuk aku) disebakan kepopulariti Lee Min Ho. Dengar khabarnya Mysoju sekarang ni tengah nak letak drama tu. Bagus la tu. Senang kerja aku nak menghayati kekacakkan Lee Min Ho.haha.

Bukan tu je wehhh, semakin beliau popular semakin ramai yang nak tahu latar belakang beliau. Sampaikan gambar Lee Min Ho dengan bekas kekasih beliau (Lee Min Ho berumur 18 tahun) disebar dengan meluas kat Internet. Ini semua aura Lee Min Ho kot.haha.

*Lee Min Ho Girlfriend?


Ok. Lepas ni aku nak try chance berlakon dalam Boys Before Flowers versi Malaysia. Agak-agak mesti meletopppppp kan nanti.wuakakaka. Tak mustahil kan ada nanti Boys Before Flowers versi Malaysia. Memang fakta sesiapa yang berlakon dalam cerita ala-ala Meteor Garden sure akan dikenali dan sangat popular mengalahkan Lady Gaga mungkin.haha.


Contoh yang bagus; Meteor Garden(Taiwan) menyebabkan 4 jejaka tersebut sangat popular pada suatu ketika dahulu. Aku memang die hard fan F4(Taiwan) dulu sampai poster dorang aku masih simpan. Hebat kan? Dah bertahun dah.

Lagi satu, Lee Min Ho ada nyanyi lagu gak.

01. My Everything



Lagu tu dinyanyikan masa Boys Over Flowers After Story. Short story selepas 5 tahun. Episode ada 4 je. Satu episode mengenai kehidupan seorang ahli F4. Sila search kat Youtube 'Boys Over Flowers After Story' untuk tonton.

Ok la. Aku rasa dah cukup panjang aku tulis pasal Lee Min Ho kot.haha. Biasa la wehh. Aura Lee Min Ho menguasai diri aku sekarang ni.haha. Boys Over Flowers kat 8tv dah nak hampir sampai penghujungnya.

Info Tambahan: Lee Min Ho Official Website (dalam tulisan korea je). Tengok gambar pun jadi la! Tak lama lagi Lee Min Ho akan berlakon dalam drama Personal Taste as a GAY.Awww. Dan juga City Hunter!!!

Updated 22 Aug 2011: Sekarang ni Lee Min Ho tengah hangat bercinta dengan Park Min-young. Girlfriend Lee Min Ho yang latest ialah Park Min-young heroin dari cerita City Hunter tu. Yang depa berlakon sama sama. Peeehhh! Untunglah weh siapa yang dapat dating dengan Lee Min Ho. Ohhh shittt. Bila lah turn aku pula ada relationship dengan Lee Min Ho *berangan di siang hari je lah kau amoi* wakakakaka.



Via: DramaBeans

Jumat, 01 Januari 2010

Fahrin Ahmad Ada Scandal Lepas Putus Dengan Scha?


*gambar diambil dari Fahrin Ahmad Facebook Fan Page :004:
Awwww. Kacak sungguh ye abang Fahrin ni.


Satu Malaysia mesti dah tahu kan Fahrin Ahmad dah putus dengan Scha. Aku tak nak komen pasal punca mengapa dan kenapa mereka putus. Let they settle their problems. Kita sebagai orang luar hanya mampu membaca apa yang terjadi pada mereka di laman blog dan majalah.

Apa kes ni? Fahrin Ahmad dah ada scandal baru? Haaa...



*sila klik pada image untuk tahu perkara sebenar


Itu la dia Tee Ngin Rui sebagai diriku dan Nurshafira Mohd Nor sebagai pesaing cinta aku terhadap Fahrin Ahmad.haha. Kami berdua dah lama dah bercakaran kat dalam Facebook untuk dapatkan Fahrin. Awwww. Bercakaran ala-ala manja gitu kan. Sorry guys. Just nak melawak. Sesiapa yang terasa tertipu chill la. Aku gurau je.:001::001:

Apa-apa pun kami berdua terutamanya lah akan sentiasa menyokong Fahrin Ahmad walau pelbagai badai yang melanda hidup beliau.

p/s: peanut, jangan berebut dengan saya. plisss. HAHA.:018:

post signature


Senin, 06 Juli 2009

Kontrak Cinta ( Cerekarama-TV3 )

Updated on 30 July 2010 dengan link baru untuk tengok drama ni :D. Enjoice!

Siapa tengok cerekarama Kontrak Cinta sabtu ( 4 Julai 09 ) kat TV3 pukul 10pm?? Syiokkkkk wehhh cerita tu! Ke aku suka dengan Fahrin Ahmad sebab tu aku cakap best?kekeke..:023::023:



Sinopsis Drama Kontrak Cinta:
Harris, CEO Timur Holdings, adalah seorang jejaka yang tinggi, kacak, bijak, kaya dan masih bujang, pendek kata, THE PERFECT BACHELOR. Namun begitu, ibunya, Datin Mariam tak putus-putus pening memikirkan kenapa anak tunggalnya ini susah sangat nak mencari jodoh. Tinggal 4 tahun je lagi sebelum Harris memulakan hidup dalam alam 40an!

Datin Mariam kepingin untuk menimang cucu. Dia juga takut zuriatnya berakhir di situ saja. Jauh di sanubarinya terdetik perasaan…”adakah anak aku ini tak suka perempuan???”

Bukannya Harris tak nak mendirikan rumahtangga. Bukannya Harris tak ada teman wanita. Bukan setakat itu, Harris juga pernah bercinta dengan kaum yang bernama wanita ini. Komitmen. Satu perkataan yang cukup digeruni Harris (dan juga kaum lelaki secara umum!) Dia takut untuk berkahwin bila tengok mak dan ayahnya…

Ayahnya, Datuk Malik, walaupun tegas di pejabat, tapi bagaikan di cucuk hidung, mengikut apa saja kata ibunya, Datin Mariam. Harris kasihan melihat bagaimana ayahnya dilayan ibu tercinta. Bukannya mereka bergaduh siang malam sampai hendak bercerai-berai, tapi cuma Harris susah memahami kenapa ibunya harus sentiasa mempertikaikan kasih sayang yang ayahnya curahkan selama ini. Harris nampak bagaimana Datuk Malik mencintai Datin Mariam. Namun, Datin Mariam kelihatan seperti tidak pernah puas hati. Begitu juga dengan harta kekayaan. Lalu Datuk Malik bekerja keras untuk memenuhi kehendak hati isteri tercintanya…

Timur Holdings adalah bukti kesungguhan Datuk Malik. Dari syarikat kecil, kini Timur Holdings menjadi salah satu syarikat korporat yang di segani di Ipoh. Mungkin itu hikmahnya di sebalik ketegasan Datin Mariam. Walaubagaimanapun, Harris tidak boleh menerima sikap ibunya itu. Sikap itulah yang di temuinya di dalam setiap wanita yang pernah singgah di dalam hidupnya (setakat ini). Harris selalu berasa bahawa wanita-wanita yang mendekatinya hanya kerana harta, kerana duit. Duit, duit, duit, duit!!

Karmila keresahan. Sejak arwah ayahnya pulang ke Rahmatullah setahun yang lalu, keresahan itu semakin menghimpit dirinya. Mila sayangkan ayahnya. Dia tau betapa pentingnya kedai makan itu kepada ayahnya. Walaupun tidak seberapa, tapi kedai makan itulah yang membesarkan dia dan adik-adiknya. Kerana itu, Karmila membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung usaha ayahnya. Dia nekad untuk mengunakan ilmu yang di timbanya di universiti bagi menaikkan kembali kedai makan yang semakin tenggelam di celah-celah kemunculan begitu banyak restoran makanan segera dan kafe-kafe lengkap Wi-Fi.

Karmila memiliki ijazah di dalam bidang pengurusan hotel dan masakan. Dia juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai chef di hotel. Karmila merancang untuk mengubah kedai makan sederhana milik keluarganya menjadi kedai makan bertaraf coffee house di hotel, tetapi dengan harga yang berpatutan dan pada masa yang sama juga menyediakan khidmat ‘catering’. Karmila mahu menukar rupa dan imej kedai kesayangan arwah ayahnya. Dia sungguh pasti yang usahanya itu pasti memberi impak yang besar…

Tapi masalahnya sekarang, dia tidak ada modal. Tidak ada modal dan pada masa yang sama, dia perlu membayar pinjaman kepada pihak bank. Pihak bank memberi masa sebulan untuk menjelaskan tunggakan pinjaman perniagaan ayahnya yang telah tertangguh hampir setahun. Sukar untuk membayar bank sekiranya perniagaan arwah ayahnya agak uzur. Pelanggan kian hari kian kurang…

Karmila tidak mempunyai simpanan. Simpanan yang ada telah di habiskan untuk meneruskan nyawa kedai makan itu (yang memangnya dah tinggal nyawa-nyawa ikan). Nak minta bantuan dari adik-adiknya, Azman yang bungsu baru tahun pertama di universiti, Salmi pula hanya seorang kerani bank dan baru menjadi isteri orang 3 bulan lepas…

Azman dan Salmi ada meminta Karmila melepaskan kedai itu dan Karmila sedar, sebenarnya itulah jalan yang terbaik. Karmila boleh hidup senang kalau tidak ‘terikat’ dengan kedai itu. Gajinya sebagai seorang chef cukup untuk menampung kehidupannya dan membantu Azman di universiti.

Tapi Karmila tidak dapat melepaskan kedai itu kerana ianya adalah lebih dari hanya sebuah kedai. Kedai itu adalah kedai kesayangan arwah ayahnya. Karmila mahu mempertahankan kedai itu demi kenangan manis bersama ayahnya….

Dalam kekalutan itu, Karmila mendengar tentang Program Skim Bantuan Usahawan Muda yang dianjurkan oleh Timur Holdings Bhd. Satu usaha oleh pihak Timur Holdings untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan ekonomi setempat dimana mereka bersetuju untuk menyuntikkan dana tertentu bagi mereka yang mempunyai cadangan perniagaan yang bagus…

Harris tak dapat tumpukan perhatian pada kerjanya. Mulut Datin Mariam berbunyi lagi. Sepupunya Juliana telah pulang dari London, dan Datin Mariam memang berkenan sangat dengan Juliana yang dirasanya amat sesuai dengan Harris. Juliana cantik, bijak, dan kaya, bak kata orang, ‘bagai pinang dibelah dua, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’.

Itu di mata Datin Mariam, tapi di mata Harris, Juliana saling tak tumpah macam Datin Mariam. Berkahwin dengan Juliana bermakna Harris terpaksa hidup macam bapanya, Datuk Malik. Harris tak sanggup. Dia harus mencari jalan untuk melepaskan diri dari dipaksa berkahwin dengan Juliana…

Karmila muncul di pejabat Harris, dalam keadaan yang terlalu terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menyelamatkan kedai makannya dari di rampas oleh pihak bank, dan juga modal untuk mengubahsuai kedai itu. Setiausaha Harris meminta Karmila datang bulan hadapan tetapi Karmila berjaya menyelinap masuk semasa setiausaha itu keluar. Karmila berkeras memaksa Harris mendengar rancangan perniagaannya, meskipun Harris menghalaunya keluar…

Kemunculan Karmila di depan matanya memang tidak di senangi Harris. Kepalanya sedang berserabut. Bukan serabut kerana masalah syarikat, tetapi serabut kerana malam nanti ibunya nak mengadakan makan malam yang akan melibatkan Juliana dan keluarga Juliana.

Harris syak Datin Mariam sedang merencanakan sesuatu untuk dirinya… Dia perlu mencari jalan bagi mengelakkan dirinya terperangkap dengan ikatan perkahwinan dengan Juliana.

Karmila tidak menyangka bahawa Skim Bantuan Usahawan Muda anjuran Timur Holdings sebenarnya telah dibekukan buat seketika kerana terdapatnya kes penipuan oleh seorang pemohon. Harris enggan melayan seorang lagi ‘penipu’. Harapan Karmila untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pinjaman bawah skim itu hancur berderai…

Ketegasan Karmila memaksa Harris untuk mendengar cadangan perniagaannya menyebabkan Harris terfikirkan sesuatu. Harris bersetuju untuk mendengar pembentangan Karmila, bukan sekarang tetapi malam nanti, ‘over dinner’. Karmila terus saja bersetuju. Harris meminta Karmila berpakaian yang bersesuaian dengan majlis makan malam.

Harris datang menjemput Karmila ‘di rumah’ Karmila, tapi terkejut bila mendapati ianya adalah sebuah kedai makan dan kemudian mendapati Karmila muncul dengan hanya berbaju kurung.

Sepanjang perjalanan mereka bertekak. Karmila menyangka yang Harris menggunakan kedudukkannya untuk mengoda dirinya. Karmila menegaskan bahawa dia tidak akan menjualkan dirinya untuk mendapatkan wang. Harris pulak terkejut bila mendapat tau cadangan perniagaan yang Karmila sibuk katakana siang tadi melibatkan sebuah kedai makan…kedai makan yang baru sahaja ditinggalkan sebentar tadi…

Kemunculan Harris dengan ditemani Karmila memang mengejutkan Datin Mariam dan juga Juliana. Datin Mariam kurang selesa melihat penampilan Karmila yang jelas tidak setaraf dengan mereka. Tetapi tetamu lelaki yang lain terpegun dengan kejelitaan Karmila…

Datin Mariam menegur perbuatan Harris membawa gadis seperti Karmila ke majlis mereka. Teguran Datin Mariam membuatkan Harris (dengan tak sengaja) memberitahu yang dia bercadang untuk berkahwin dengan Karmila…Datin Mariam terus pengsan…

Karmila dan Harris bertekak lagi. Karmila menuduh Harris menggunakannya. Datin Mariam bising. Dia mahu Harris mengahwini Juliana samada Harris setuju atau tidak.

Harris harus bertindak segera. Dia kenal sangat dengan perangai Datin Mariam. Kalau A katanya, maka A lah jadinya. Terdesak, Harris terus saja menawarkan bantuan kewangan kepada Karmila, tapi dengan syarat Karmila haruslah menandatangani “KONTRAK CINTA”.
Untuk yang terlepas tonton drama Kontrak Cinta anda boleh tonton di TV Malaysia secara online. Cara untuk tengok cerita tersebut : Click pada "close to play" kat advertisment dalam video itu dan secara automatik nanti cerita tu akan load dalam 3 saat :D

Lagu tema yang berada dalam drama tersebut:

1. Hanya ingin kau tahu - Republik
Sila la sedut lagu Hanya Ingin Kau Tahu dengan klik pada tajuk lagu tersebut.

Lagu lain terdapat dalam drama tersebut:

1. Pemain cinta - Ada Band
2. Bukan cinta biasa - Afghan
3. Berganti hati - Anggun

-Selamat Menonton Dan Mendengar-:017::017:

Via: Gambar & Sinopsis Di-copy dari Budiey

post signature

Selasa, 26 Mei 2009

Ghost Season 2 (8TV)-Musim 2-

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.






Ghost Season 2 mula ditayangkan pada 19 April 2009 pada setiap Ahad di saluran 8TV. Masa aku tulis entri ni, cerita ni baru masuk episode ke-6. Memang best la cerita ni :Onion73::Onion73:. Aku memang ikut cerita ni dari musim pertama sampai la dah masuk musim ke-2 pun aku still lekat dengan cerita ni. Rasa-rasa ada musim ke-3 tak?:16: Kalau ada mesti bertambah misteri kes pembunuhan dalam cerita Ghost ni.



Sinopsis Ghost Season 2:


Dua tahun berlalu selepas kematian Zack Imran (Nazrudin Habibur Rahman), kerjaya Eza (Cheryl Samad) sebagai wartawan sudah banyak berkembang ketika dia sedang menyiasat kehilangan Alicia Soo (Melissa Campbell), anak perempuan kepada Edmund Soo (Colin Kirton), seorang peguam yang digeruni ramai. Di tengah pencarian misteri ini, Eza bertembung dengan hantu baru yang hanya bergelar Harum (Isma Hanum) dan diminta menyiasat kematian Harum pula. Pada masa yang sama, Edmund menggaji seorang penyiasat persendirian bernama Alam (Anding Indrawani) yang berkebolehan luar biasa.




Opening Montage Ghost Season 2:



Untuk download lagu Masih Jua (Opening Montage) sila klik image DOWNLOAD di bawah ini:



Episode Ringkas:

Episode 1: 19 April 2009= Eza memulakan peneyiasatan kehilangan Alicia Soo. Dia mengunjungi sebuah rumah usang di Jalan Abdullah untuk mencari klu dan bertembung dengan hantu bernama Harum. Pada masa yang sama, seorang penyiasat misteri bernama Alam memperagakan kebolehan luar biasanya di hadapan bapa Alicia.


Episode 2: 26 April 2009= Eza mengenali latar belakang dan pengalaman terakhir hayat Harum, dan perlu bekerjasama dengan Alam. Harum juga cuba mempelajari kebolehan dirinya sebagai hantu. Suspek yang dijejaki ialah Mansur yang pernah membeli dadah dari Harum di hari-hari terakhir hayatnya, maka terancamlah kerjaya dan nyawa Eza.



Episode 3: 3 Mei 2009= Seutas gelang milik Alicia berukir huruf "A&R FOREVER" menjadi klu terbaru. Adakah R ini singkatan Dato' Razak yang pernah cuba melamar Alicia? Alam dan Eza memecah masuk pejabatnya untuk mendapat kepastian. Sementara itu, ada seorang kawan lama Fairuz yang cuba menawan hatinya. Atau huruf R tadi itu milik Ridzuan, seorang pemuzik yang mempunyai seutas lagi gelang yang sama ukirannya?



Episode 4: 10 Mei 2009= Dato' Razak dibunuh, lalu dikudung sebatang jarinya untuk dihantar ke rumah Eza. Sekali lagi Eza menjenguk Ridzuan untuk mendengar lagi kisah, lalu menerima sebilah pembuka botol yang ada kesan darah, sementara Alam berjumpa dengan Zamri yang membawa barang-barang milik Alicia. Zamripula yang menjadi sasaran, sementara Harum datang untuk menengking Ridzuan kerana hubungannya dengan Alicia. Ridzuan yang diperkosa oleh zaman silam bersama Harum cuba membunuh diri, tetapi dihalang oleh Eza dan Alam, lalu dimasukkan ke hospital sambil disiasat oleh polis.



Episode 5: 17 Mei 2009= Edmund pergi ke hospital untuk memaksa Ridzuan untuk menjawab Alicia di mana, hanya untuk mendengar kisah asal-usul Harum yang menggemparkan Edmund sendiri. Eza mendapati Alam rupa-rupanya sedang menyamar sebagai penyiasat dan pernah dihantar ke hospital atas masalah kesihatan mental gara-gara "kebolehan istimewanya". Ridzuan diculik oleh seorang rakan Edmund untuk disoal lagi mengenai Alicia, sementara Eza dan Alam menemui klu lagi dalam foto Edmund bersama ibu Harum.



Episode 6: 24 Mei 2009= Ridzuan dibunuh oleh Wai setelah mengungkitkan hal seorang bernama Romeo ketika diculik. Setelah menggelintar buku diarinya, Harum teringat akan seutas kunci yang membuka sebuah peti rahsia milik Alicia Soo, lalu meminta Eza dan Alam mencarinya. Setelah terbongkarnya rahsia bahawa Alicia dan Harum sama ibunya, maka Edmund bersemuka lagi dengan ibu Harum.




Drama ni dijangka tamat pada 21 Jun 2009. Kalau nak tengok cerita ni sila masuk ke Youtube dan taip "8tv Ghost Season 2" ataupun masuk link ni terus.



Via: Wikipedia | NoorHidayat


post signature


Selasa, 05 Mei 2009

The Decimal Brothers

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Semalam kawan aku MSN aku and dia bagi link untuk video Decimal Brothers tu. Mula-mula aku tengok video yang kawan aku bagi tu memang aku tak faham apa la pasal video tu. Tapi yang perasan The Decimal Brothers tu cute la.haha. Tu pasal aku teruskan tengok video mereka yang lain. Aku kinda like them know. Suka tengok video-video dorang. Ada yang boleh buat aku tergelak dan ada yang agak seram tapi lawak.



Kalau tak percaya apa aku tulis ni sila lihat video-video di bawah ini:09:



Video ni agak scary masa nak star playing tapi at the end jadi lawak. Sebelum terlupa tidak sesuai untuk ditonton oleh mereka yang ada sakit jantung.haha.:20:








dan juga ini yang bisa buat ketawa.haha.:20:







akhirnya aku dah faham apa maksud video ni. Baru la aku boleh tergelak sakan bila tengok video ni.haha.:20:







Kalau nak lihat video lain daripada mereka sila taip The Decimal Brothers masa nak search kat Youtube ok atau yang dah terlampau malas nak search tu boleh je masuk profile The Decimal Brothers kat Youtube.



-SELAMAT MENONTON DAN BERGELAK KETAWA-:Onion48:


post signature


Kamis, 30 April 2009

Slot Lagenda- Merah Putih ( TV3 ) [Kau Aku]

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.








Selain drama Filipina A Time For Us, aku ada gak layan drama Melayu. Pelik ke budak cina layan cerita melayu ni? Cita rasa aku ni lain sikit. Sampai drama Bollywood pun aku layan.haha:06:. Aku ni jarang layan drama kat slot Lagenda Tv3 tu sebab banyak hadap komputer petang-petang tapi drama Merah Putih ni menarik perhatian aku untuk ikut cerita ni selama satu jam.



Kalau baca tajuk pun mesti anda terfikirkan drama Bawang Merah Bawang Putih versi Indonesia tu kan? Tapi cerita Merah Putih ni ada kelainan daripada drama Indonesia tu.








Sedikit sinopsis Merah Putih.



Antara kelainan yang ditonjolkan dalam Merah dan Putih mengisahkan dua beradik tiri lelaki yang menyayangi antara satu sama lain. Mak tiri Putih yang berpura-pura menyayangi Putih. Tiada unsur deraan dalam drama ini. Mak tiri Putih iaitu Datin Mastura berhajat mahu menjodohkan Merah dan Anggun tetapi Anggun memilih Putih bukannya Merah. Dengan itu Datin Mastura dan kawan baiknya iaitu Mulan menggunakan pelbagai cara untuk memisahkan Putih dan Anggun termasuk menggunakan sihir ataupun bomoh.



Kalau nak tahu lebih lanjut kisah Merah Putih ni baik anda tengok sendiri di Slot Lagenda kat TV3 dari pukul 4.30 petang sampai 5.30 petang. Syok woiiii tengok cerita ni. Memang buat aku melekat dengan Tv selama sejam layan cerita tu!



Ini antara lagu/ost yang terdapat dalam drama Merah Putih. Aku dengan baik hatinya dah upload lagu-lagu dari drama Merah Putih masuk file hosting untuk anda dengan suka sukinya download masuk komputer anda. Semuanya dalam format MP3. Sila-sila sedut dengan senang hati ya.




Aizat- Kau Aku

Bau-
Anggun

Amylea-
Aku dan Mimpi


Notakaki: Aku suka lagu Kau Aku dengan lagu Anggun.


post signature


Selasa, 24 Maret 2009

A TIME FOR US / KAHIT ISANG SAGLIT JERICHO ROSALES & CARMEN SOO

Sila BERI KOMEN selepas membaca entri ini supaya penulis tahu kamu suka akan entri ini







Maybe a bit boring about this entry for those who don't like to watch drama televison but I like this drama so much! The drama I means is A TIME FOR US. "Kahit Isang Saglit," aka A TIME FOR US one of the region’s biggest and much-awaited Asianovelas. With Asian hearth-throb Jericho Rosales and one of the brightest young TV stars and models of Malaysia Carmen Soo as topbillers, "Kahit Isang Saglit" is expected to reign over the airwaves here and in Malaysia (where Jericho became a household word via the teleserye "Pangako Sa ‘Yo," which also starred Kristine Hermosa and other countries. "Kahit Isang Saglit" also is ABS-CBN’s first collaboration with a foreign production outfit, Double Vision of Malaysia.








They say love knows no boundaries, and in "Kahit Isang Saglit," Jericho and Carmen play star-crossed lovers in this one-of-a-kind story that transcends culture, class, and the odds in between. Jericho as Rocky Santillan, a Philippine Drug Enforcement Agency (PDEA) agent, is in pursuit of justice for his father’s death, while Carmen as Garie Hang-Li from a rich family is in search of her long-lost father. In their search of their individual goals, they found each other.



I like this drama so much!
For malaysian- You can watch it on RTM 2 every Monday to Thursday at 12.30 PM until 1.30 PM. You should try to watch it. You will fall in love with A TIME FOR US!



-ENJOY-:Onion48:



Via: Celebrything



post signature


Minggu, 18 Januari 2009

ANUGERAH JUARA LAGU 23



MEET UNCLE HUSIN adalah:pompom: band indie kedua yang telah memenangi ANUGERAH JUARA LAGU. Sebelum ni band Estranged yang pernah menjuarai anugerah tersebut kini tiba nasib Meet Uncle Husin. Ini membuktikan bahawa band indie juga hebat dalam industri muzik Malaysia. Mereka mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri sehingga berjaya merangkul ANUGERAH JUARA LAGU tersebut. Dengan kemenangan tersebut pasti lebih banyak lagi band indie yang akan mencuba nasib secara serius dalam industi muzik Malaysia seterusnya ke peringkat antarabangsa.



Keputusan Anugerah Juara Lagu 23

VOKAL TERBAIK: Faizal Tahir ( Sampai Syurga )

PERSEMBAHAN TERBAIK: Faizal Tahir ( Sampai Syurga )

ETNIK KREATIF: Farawahida ( Persoalan Cinta )

POP ROCK: Meet Uncle Husin ( Lagu Untukmu )

BALADA: Faizal Tahir ( Sampai Syurga )

JUARA KESELURUHAN AJL22: Meet Uncle Husin ( Lagu Untukmu )


INDIE MUSIC ROCKS!


MEET UNCLE HUSIN - LAGU UNTUKMU


Notakaki: Mesti ramai yang jangkakan Faizal Tahir yang akan merangkul anugerah tersebut kan??

Kamis, 01 Januari 2009

Titanic 2 ( TRAILER ) ....hahaha...

Masa aku tengah syok main MySpace aku terbaca buletin dari HOME PAGE MySpace aku. Ada seorang pengguna MySpace ni tunjuk la video Titanic 2. Aku pun apa lagi dengan kadar segera aku masuk YOUTUBE untuk tahu lebih lanjut pasal Titanic 2 ni dan rupa-rupanya... tak ada pun Titinic 2 akan ditanyangkan..hahahaha..Terkena aku!:bofu_16: Tapi great job untuk pengarah filem Titanic sebab dia ambil masa 5 tahun untuk buat Trailer Tiatnic 2. Dalam satu Trailer tu dia gabungkan macam-macam filen dan jadi la satu Trailer yang "betul"..hahahaha..
Tak caya korang semua tengok Trailer Titanic 2 ni.
Antara filem yang telah digabungkan dalam Trailer dalam tu : CATCH ME IF YOU CAN ( lakonan hebat Leonardo ) walalalala~


Notakaki : Kalau ada kesinambungan cerita Titanic kan bagus:pandaGeli_09: