Jumat, 15 Januari 2010

Lee Min Ho Is An Unknown Person Before Acting In Boys Before Flowers. He already have a girlfriend now :)

Kenal manusia dalam gambar tu tak? Nampak macam kenal? Awww. Itu la dia Lee Min Ho tercinta aku yang berlakon dalam drama Boys Over Flowers (BOF)/ Boys Before Flowers (BBF). Beliau memegang watak utama dalam BOF sebagai Gu Jun Pyo.


Disebakan F4 fever is back on me and aku terlampau minat akan Lee Min Ho, so terjumpa la info ni.haha. Yup. Lee Min Ho is an unknown person before acting in Boys Before Flowers(BBF). Ala. Tepuk dada tanya sendiri. Korang kenal tak nama Lee Min Ho sebelum drama BOF ni?? Tak kan. Aku sendiri pun tak kenal siapa beliau sebelum BFF.haha.

Even, Lee Min Ho dah berlakon dalam beberapa drama/movie kalau tak silap maklumat dari Google la kan, beliau masih tidak dikenali. Antara yang beliau pernah berlakon dulu dalam drama Secret Campus. Huh? Aku tak pernah dengar dohhh nama drama tu. Yela kan. Drama tu low bajet dan agak tidak dikenali. Lagipun drama tu bukan dari KBS. So agak susah nak bersinar.hehe.

*Secret Campus


Masa Lee Min Ho berlakon dalam drama Secret Campus, beliau baru berumur 19 (kini sudah 23). So muka beliau dalam Secret Campus nampak muda macam aku yang sekarang ni 19.haha. Kalau 4 tahun yang lepas drama ni tak dikenali tapi sekarang ni makin ramai yang cari drama Secret Campus (termasuk aku) disebakan kepopulariti Lee Min Ho. Dengar khabarnya Mysoju sekarang ni tengah nak letak drama tu. Bagus la tu. Senang kerja aku nak menghayati kekacakkan Lee Min Ho.haha.

Bukan tu je wehhh, semakin beliau popular semakin ramai yang nak tahu latar belakang beliau. Sampaikan gambar Lee Min Ho dengan bekas kekasih beliau (Lee Min Ho berumur 18 tahun) disebar dengan meluas kat Internet. Ini semua aura Lee Min Ho kot.haha.

*Lee Min Ho Girlfriend?


Ok. Lepas ni aku nak try chance berlakon dalam Boys Before Flowers versi Malaysia. Agak-agak mesti meletopppppp kan nanti.wuakakaka. Tak mustahil kan ada nanti Boys Before Flowers versi Malaysia. Memang fakta sesiapa yang berlakon dalam cerita ala-ala Meteor Garden sure akan dikenali dan sangat popular mengalahkan Lady Gaga mungkin.haha.


Contoh yang bagus; Meteor Garden(Taiwan) menyebabkan 4 jejaka tersebut sangat popular pada suatu ketika dahulu. Aku memang die hard fan F4(Taiwan) dulu sampai poster dorang aku masih simpan. Hebat kan? Dah bertahun dah.

Lagi satu, Lee Min Ho ada nyanyi lagu gak.

01. My Everything



Lagu tu dinyanyikan masa Boys Over Flowers After Story. Short story selepas 5 tahun. Episode ada 4 je. Satu episode mengenai kehidupan seorang ahli F4. Sila search kat Youtube 'Boys Over Flowers After Story' untuk tonton.

Ok la. Aku rasa dah cukup panjang aku tulis pasal Lee Min Ho kot.haha. Biasa la wehh. Aura Lee Min Ho menguasai diri aku sekarang ni.haha. Boys Over Flowers kat 8tv dah nak hampir sampai penghujungnya.

Info Tambahan: Lee Min Ho Official Website (dalam tulisan korea je). Tengok gambar pun jadi la! Tak lama lagi Lee Min Ho akan berlakon dalam drama Personal Taste as a GAY.Awww. Dan juga City Hunter!!!

Updated 22 Aug 2011: Sekarang ni Lee Min Ho tengah hangat bercinta dengan Park Min-young. Girlfriend Lee Min Ho yang latest ialah Park Min-young heroin dari cerita City Hunter tu. Yang depa berlakon sama sama. Peeehhh! Untunglah weh siapa yang dapat dating dengan Lee Min Ho. Ohhh shittt. Bila lah turn aku pula ada relationship dengan Lee Min Ho *berangan di siang hari je lah kau amoi* wakakakaka.



Via: DramaBeans

Tidak ada komentar:

Posting Komentar