Rabu, 09 Desember 2009

Hubungan Platonik Memang Wujud

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Entri kali ini membincangkan Hubungan Platonik. Bukan ikan plankton ye pembaca sekalian. Hubungan platonik ni hubungan PERSAHABTAN antara perempuan dengan lelaki yang sangat akrab tanpa wujud perasaan cinta. Pasangan ini selalunya berkongsi rahsia sesama sendiri. Tak kira la dari yang luar dan dalam. Mereka tetap akan berkongsi.


Hubungan platonik juga jarang ditemui. Sebab apa? Mana mungkin tidak wujud sebarang perasaan cinta bila dah bersahabat dengan teman lelaki/perempuan yang dengan rapat. Hubungan sebegini akan wujud bila sesama sendiri sematkan dalam hati yang mereka hanya bersahabat. Tidak lebih dari itu.

Ye. Aku sendiri ada hubungan platonik. Aku boleh je cakap apa aku nak kat dia. Aku boleh je terang-terang cakap "I LOVE YOU" kat dia sebab aku hanya anggap dia sahabat aku. Kadang-kadang aku lebih seronok berkawan dengan lelaki berbanding bercintan-cintun sebab perbuatan aku tidak akan terbatas.

Yela. Bila dah kapel, sure kena kasi komitment. Komitment yang satu itu la aku sukar nak bagi. Jadi lebih elok berkawan je. Memang sukar bila kita dah berkawan lama dengan orang tu, tetiba nak tukar status "Just Friend" kepada "Love". Memang sukar. Dah no feeling love untuk dia. Cam ne nak tukar status. Renungkanlah.

Korang pun ada hubungan sebegini?

post signature


Rejeki

“Habis mas..”, begitu ucap perempuan paruh baya tersebut ketika ada dua pemuda berboncengan motor yang berhenti di depan warung tendanya. Hmm..berarti dada dan kepala ayam yang sedang saya tunggu untuk digoreng itu adalah dagangan terakhirnya. Entah kenapa saya senang mengetahui dagangan perempuan ini habis, bukan..bukan karena dia ada hubungan darah dengan saya, apalagi karena saya ada main

Senin, 07 Desember 2009

[Double Review Novel] Review: Novel Jiwa Merindu. Novel Cinta Datang Lagi #3

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Sejak 3 bulan neh aku suka sangat baca novel. Biarla masa tidak megizinkan aku kerana kesibukan aku dengan study tapi baca novel tetap diutamakan selain bermain Facebook. Baru-baru ni aku baru khatam dua novel. So mood sangat-sangat la jiwang.haha.:001::001:

Macam biasa setiap kali aku habis baca novel, pasti review akan ditulis. Mana la tahu korang berkenan ke sampai nak beli kan.


Novel Jiwa Merindu.



Ditulis oleh Erin Zehanna.
Beliau penulis baru. Jiwa Merindu novel pertama daripada beliau.
Sinopsis:


Petermuan semula dengan Luqman benar-benar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.

Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.

Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka.

Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh dengan curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh-sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.


Komen: Boleh la tahan. Tapi kena Luqman pasrah dah terima penceraiaan dari Natasha? Aku ingatkan kalau lelaki mesti tercabar egonya and fight it. Tambah-tambah masa tu Natasha mengandung. Luqman memang tahu dia ada anak kenapa tak cuba dapatkan hak penjagaan anak dia? mesti lebih menarik kalau ada babak-babak macam tu dalam novel Jiwa Merindu.hehe. Tapi after all, not bad.

Rating: 3 Stars Over 5 Stars.

Novel Cinta Datang Lagi.



Penulis: Bikash Nur Idris.
Beliau dah pernah menghasilkan 3 novel sebelum neh; Sambutlah Cintaku, Ria Qistina dan Kau Sayangku.
Info: Novel Kau Sayangku telah diadaptasi dalam drama Dari Mata Arisa yang pernah ditayangkan di TV2.
Sinopsis:


Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.

Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya mendorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya perngorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?


Komen: Aku memang minat sangat dengan Bikash, penulis muda ni. Agaknya cara penulisan dia memang kena dengan jiwa remaja aku. Dalam Cinta Datang Lagi bukan takat percintaan antara Raisya dengan Fariz, kat dalam tu diterapkan juga kisah percintaan antara Shereen dan Jaspal. Ada sikit kisah rumah tangga Zairy dan Neesa(adik Fariz). Kiranya 3 in 1 la. Namun, aku agak susah nak paham dalam ayat-ayat novel ini. Bukan kebanyakkanya la. Sikit je tak paham.

Rating: 5 Stars Over 5 Stars.

Whats Going On My Life Lately:
Selesai buat review.
Lepas ni kena peningkan pala dengan Final Exam.
Assignment yang dah nak dekat due date.
Dengan..tutorial yang tak siap-siap lagi.
and.. TAK SABARNYA TUNGGU CUTI SEM!!

p/s: Lepas Final, nak terjah novel Ternyata Cinta ditulis oleh Damya Hanna.

Via: MPH, Novel Bni.

post signature


Kamis, 03 Desember 2009

Kenapa Manusia Busuk Hati?

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




*hati busuk nak MAMPUS!*

Satu persoalan: Kenapa Manusia Busuk Hati? Kenapa Tak Boleh Tengok Orang Senang Sikit? haihhh. Aku jarang nak marah-marah kat blog. Susah sangat kan nak tengok aku mengumpat orang kat blog. Bukan apa, aku tak suke tunjukkan kemarahan aku kat blog. Nanti visitor takut nak baca woo.hehe.

Sebenarnya aku tengah ada masalah besar yang tak berapa besar la: Manusia Yang Tak Senang Tengok Aku Senang Hati. Manusia Yang Tak Senang Akan Kehadiran Aku. Manusia tersebut aku gelar SETAN.


Ceritanya begini-begitu la; Aku tak buat apa-apa salah or benda yang menyakitkan hati orang tapi kenapa mesti cari salah aku? Salah aku yang hanya sekecil kuman. Yela kan. Manusia yang busuk hati mana leh tengok orang yang dia MENYAMPAH senang hati. Aku ok je kalau SETAN tu MENYAMPAH dengan aku. Jadi manusia kan ada orang suke, ada orang tak suke. Itu lumrah sebagai seorang manusia beb.

Bila aku dah duduk diam-diam dia masih nak cari pasal dengan aku. Takat pasal benda kecik je dia nak kecoh-kecoh kasi besarkan seolah-olah dia hukum aku macam aku dah buat jenayah besar. Alahai. Sedar la diri tu dah tua, tak kan nak cari pasal dengan budak macam aku. Budak hingusan je pun aku ni.

Kalau rasa diri tu perfect sangat dan selalu betul dalam semua hal kenapa nak lari bila nampak aku? BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. Sebab takut aku serang ko depan-depan ye? Memang aku nak bagi penyepak bila tengok muka ko yang tak cun tu.haihhh. Lagi satu, kalau nak marah, MARAH la depan-depan. Tak payah la nak hantar macam-macam kat aku tunjuk tanda marah ko. Memang AKU TAK LAYAN.

Opsss. Lupa. Makin aku tak layan kereneh ko yang macam budak tapi umur TUA tu makin ko sakit hati kan. Tu yang aku nak. Tak kan la ko nak tiap-tiap hari hidup dalam kebencian dan kemarahan? Tak berkat hidup ko langsung. Yang tak tahannya benda kecik pun nak ko pertikaikan. Tak macam budak-budak ke tu? SEDAR-SEDAR la ko DAH TUA. Tunggu masuk kubur je. Pahala yang ko buat banyak sangat ke? Dah konfem masuk SYURGA?

Aku dah siap mintak maaf dah kat ko segala masalah yang aku bawak kat ko dulu. Tapi ko neh bukan seorang yang pemaaf rupanya ye. Chill la. Masalah aku neh dah lama dah terjadi. Baru neh nak meletup bila dah tak dapat tahan. Lantak la kalau ko terbaca ke apa. Sebab ini la hakikatnya yang terjadi. Hakikat yang KAU MEMANG BUSUK HATI. TAK BOLEH TENGOK AKU SENANG.

FUCK YOU.

post signature


Sabtu, 28 November 2009

Asas: Menggunakan Facebook.

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Entah apa angin aku pepagi buta 4.30am nak updated blog. Hmmmm. Sejak akhir-akhir ini aku asyik fikir je nak tutup blog neh. Yela. Visitor pun aku tengok dah berkurang, tak macam dulu. Agak-agak korang semua memang dah tak minat usha blog ke dari Facebook.hoho.

Ok la. Straight to the point. Mari belajar cara asas menggunakan Facebook bersama amoi.

Apa itu Facebook?
#social networking. Tempat di mana korang senang je leh dapat kawan dalam alam maya neh.
#tempat berkongsi gambar seksi-meksi/blue sopan dan video blue yang menarik.
#tempat untuk mengedik dan memancing ikan 'BESAR' *ayat movie Pisau Cukur.





Sila bulatkan atau buntangkan mata anda untuk melihat print screen di atas ye.
Page utama Facebook terdiri daripada; Kotak updated status, tempat notification, bookmark applications, tempat intai kawan-kawan anda online atau pun tidak (ruangan chat) dan juga News Feed dari kawan-kawan Facebook anda.

Cara short cut untuk anda search profile kawan anda (yang telah di-add)



Contohnya seperti gambar rajah: Aku taip nama Faizah dalam kotak search tersebut maka terkeluar la resultnya seperti gambar di atas. Btw, nak tukar setting Facebook pun boleh. Nak block musuh korang kat situ la tempatnya.haha.

Mari lihat bahagian profile Facebook lak. Contohnya aku amik profile aku:



Aku paling suke part Info sebab kat situ la aku nak korek rahsia info kawan-kawan aku. Sebab dorang maybe tak ingat dah info apa dorang penah tulis kat situ. Silap-silap dorang memang tak tahu langsung ada nombor phone dorang dalam tu.hehe. ;p

Bahagian jumlah gambar kira berapa manusia dah tagged korang dalam gambar tu bukan jumlah gamabr yang korang upload sendiri.

Bahagian Recent Activity (What You Have Do On FB Lately) tunjuk dengan siapa anda berinteraksi. Contohnya: tulis kat wall siapa, komen gambar/video siapa.

Feed tu siapa yang tulis kat wall korang. Korang updated status apa. Korang main Applications apa sampai korang publish dalam tu.

Memang tak kan dapat simpan pape rahsia kat Facebook la. Semua terpampang kat profile melainkan anda tahu tukar setting kat dalam tu ;p. Ye. Memang ada caranya nyah! Facebook tak macam Myspace. Myspace masih ada lagi privacy tapi Facebook is lack of privacy. So, sila berhati-hati semasa menggunakan Facebook.

#kali pertama updated blog menggunakan Google Chrome.haha. Jakun kejap padahal sama je.hehe.
#aku mengambil masa dua hari untuk siapkan entri ini. Semua ni terjadi sebab line tenet aku yang slow macam babeng kat tempat aku. ~_~

post signature


Kamis, 26 November 2009

Quick Update: Saya Menang.

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Macam dah lama tak bukak Blogger. Bukan tak nak bukak or tak nak updated, tenet umah aku macam laknat sikit kalau bab-bab bukak website yang ada kaitan dengan Google. Sedih taw 1. Sekarang ni aku tengok tenet aku berdesup laju so amik peluang ni untuk updated sikit.

Masih ingat aku ada join satu kontest dari Feltwishes yang bernama Giveaway? Aku dah menang dah kontest dia. Walaupun bukan tempat pertama tapi aku tetap suka hadiah yang Haida (admin Feltwishes) berikan. I won the second prize. Mari lihat hadiah apa yang beliau berikan:

Tadaaa ini la dia hadiahnya,



dompet dan juga keychain berbentuk Panda. Sangat cantik sangat cun sangat cumil.

Sedikit tentang Feltwishes:
01. Handmade keychain.
02. Keychain murah.
#sila lawati blog Feltwishes untuk keterangan lebih lanjut.

btw,
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

opss. Jangan terkejut. Ada ultraman versi girl-girl yang nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.haha. Chill.


*gambar dicilok dar Facebook*

Selamat Hari Raya Aidil Adha.


post signature


Jumat, 20 November 2009

Tanda-Tanda Awal Jatuh Cinta / Angau

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Fuhhh. Lama dah kan aku tak updated blog neh. Yela. Aku nak updated la neh. Tak updated sebab dah malas nak bukak Blogger yang super lambat loading neh. Entri kali ni agak ala-ala jiwang sikit. Ikut mood tuan punya blog neh la ;p. Mood tengah angau.haha.:023::023:



Di sini aku sediakan 10 tanda-tanda awal anda menghidap penyakit ANGAU.haha.


1. Kamu melihat ada sesuatu yang berbeza dalam dirinya walaupun orang lain kata tak hensem la, itu la, ini la. (dia bukan Hot Stuff. So aku tak tahu kenapa aku suke sangat dengan dia)
2. Suka senyum-senyum atau ketawa-ketawa sendiri. (bukan gila.hahaha. Aku sedang sengih sorang-sorang)
3. Suka curi-curi pandang ke arah target (betul. nampak dia aritu kat Food Court terus mata ke arah sana)
5. Mengkhayal yang indah-indah tentang kamu dan dia (ini sudah semestinya)
6. Hilang nafsu makan (kenyang lepas tengok si dia, BAHAGIA)
7. Hari-hari dengar lagu jiwangssss (sedang dengar lagu That's When I Love You)
8. Nak tahu semua tentang dia (betul. kalau tak, tak kan hari-hari tengok Facebook dia)
9. Tengok gambarnya hari-hari dalam Facebook ataupun Myspace (perkara ini sudah jadi rutin aku sejak angau padanya)
10. Saat baca artikel ini, kamu jadi teringat pada seseorang. Petanda kamu benar-benar lagi jatuh cinta!!!

Ini kali kedua aku angau. Dulu kapel-kapel tak angau sampai tahap nak tulis nama dia kat nota-nota kuliah aku.haha. Kali pertama aku angau sama je perasaan aku angau sekarang ni. Jangan tiang lampu tepi jalan tu aku ingat dia sudah. Dah kronik namanya. Hati aku tengah berbunga-bunga riang je sekarang ni.:004::004:

Lagu yang sedang aku layan sekarang neh, That's When I Love You by Aslyn.



I LOVE YOU~~:023::023:

post signature