Minggu, 07 Februari 2010

Kan Guo Lai (Look Over Here)

Classmate aku tanya aku apa maksudnya 'Kan Guo Lai' sebab dia terdengar lagu tu kat Youtube. Then aku terfikir satu lagu yang pernah aku dengar masa umur aku 6 tahun. 'Kan Guo Lai' maksudnya Look Over Here. Lagu ni dinyanyikan oleh Richie Ren. Aku masih ingat masa lagu ni tengah HIT aku selalu nyanyi dengan akak aku. Nostalgia sungguh. ^.^. Btw, 'Kan Guo Lai' bukan Ikan Gulai ye walaupun sebutan dia hampir sama. haha.

Ok ini videonya.



Kalau nak tahu maksud lirik lagu tu, boleh la baca Translation Lyrics dia.

post signature


Kamis, 04 Februari 2010

Block Lagu Dan Gambar Yang Tidak Disukai (Firefox)

Pernah tak korang masuk blog yang ada auto-play lagu? Mesti pernah kan. Memang tak sah la kalau masuk blog under Blogspot tak de lagu kecuali beberapa blog je yang tak pasang lagu termasuk blog ni. Kalau lagu yang dipasang tak de la heavy sangat aku masih boleh terima. Kalau masuk-masuk je, lagu yang buat aku terperanjat beruk kat depan PC memang aku block terus lagu tu occay.

Tak perasan ke blog korang lambat loading sebab ada flash player lagu tu? Selagi player tu tak loading tak payah la korang berharap blog tu nak habis loading.haha.
Trick nak block ni hanya boleh dipratikan kat Firefox sahaja ok. Lain kali aku tulis cara block pakai Chrome lak ;pp.

Memula korang install dulu add-on Adblock Plus(ABP) kat Firefox korang. Lepas tu install lak plugin untuk Adblock Plus tu; Adblock Plus Element Hide Helper. Pastikan dah ada Adblock Plus baru install Adblock Plus Element Hide Helper ok. Kalau tak ikut turutan, memang tak jadi la.

Then, try cari icon ABP kat window Firefox korang tu. Lepas dah jumpa right click pada icon tersebut dan pilih Select Element To Hide.

Contohnya aku nak block flash player mp3: Korang just hover kan pointer mouse korang tu kat flash player tu. Hasilnya, akan menjadi seperti dalam gambar kat atas. Then klik je.

Satu tertingkap akan keluar: Klik Add Fliter Rule. Dan taniah! Korang dah berjaya block lagu tersebut.

So lepas ni, korang masuk je blog tersebut, apa-apa lagu tak kan kedengaran dari blog tu lagi unless dorang tukar player.haha.

Ada lagi satu cara nak block. Lagi senang. Try hover kat player lagu tu. Lepas tu cari perkataan BLOCK kat player tu. Then klik untuk block.Btw, boleh gak block video. Mana tahu kot-kot tak suke video 3gp, boleh la block.haha.

Ada gambar musuh korang yang korang tak suka? Kalau gitu sila block dengan senyap-senyap.haha.

Right click pada gambar tu dan pilih Adblock Plus Image. Secara sutomatiknya gambar tu akan diblock.
Sebenarnya add-on Adblock Plus ni direka untuk block iklan kat website. So, nak block iklan pun boleh. Just follows all the step above.haha. Aku buat tutorial ni, tak bermaksud aku boikot blog yang ada auto-play lagu. Aku still blog walking kat blog jenis macam tu okey. Tak de la dengar je ada lagu kat blog tu, terus tutup. Peace.

post signature


Entri Berkunci. Dilarang Membaca.

Ini entri berkunci. Just tak nak the public know about my problem. Hanya kat blog aku boleh luahkan segalanya selain aku luahkan to few pepole I trusted so much. I need privacy too.

Selasa, 02 Februari 2010

Aku Cina Yang Pelik

Hahahahaha. Aku memang cina pelik. Cakap melayu tak pernah pelat. Fasih sungguh. Korang yang baca blog aku ni pun mesti pernah terfikir aku ni Melayu kan. Sebernarnya, aku dikatakan cina yang agak pelik sebab aku hanya layan novel cinta Melayu. Jarang kan lihat seorang cina baca novel Melayu. Tapi benar-benar wujud. Itu la aku. ;pp

Jom intai koleksi novel yang aku ada sampai takat ni :D

Aku minat baca novel sejak mula baca novel Ombak Rindu. Sesiapa yang lahir zaman aku mesti tahu cerita tu. Tapi dari aku darjah 6 sampai form 5 aku hanya suka baca novel yang dipinjam dari library sekolah. Aku agak kedekut masa sekolah.haha. Pernah sekali dua je beli novel masa tu.

*<--- Jiwa Merindu, Lakaran Kasih, Sambutlah Cintaku, Horizon Cinta, Andai Itu Takdirnya, Cinta Datang Lagi.--->

dan lagi.. *Ilham Hati, Ternyata Cinta

Sekarang ni aku dalam proses habiskan novel Ternyata Cinta dari Damya Hanna. Aku rasa tak membazir beli novel ni dari beli DVD Original Boys Before Flowers yang berharga ratusan ringgit tu. Download secara pirate sudah.haha.

Novel yang mendapat tempat kat sudut hati aku ni (cewahhh); Sambutlah Cintaku. Aku dah khatam banyak kali. Tak pernah bosan dengan cerita tu even novel tu aku beli time aku Form 1 kot.haha.

Sambil baca novel aku mengenali banyak perkataan baru. Apa kau ingat aku dah fasih cakap melayu, aku paham la ye semua perkataan melayu.hehe. Time SPM dulu BM aku A1 taww. Sesuatu yang boleh dibanggakan sehingga hari neh :D. Not all chinese can get A1 in Malay Language.

Seumur hidup aku kawan aku lebih ramai yang terdiri dari Melayu dari Cina. Why? Jiran aku Malays. Kawan sekolah sampai la kawan kat MMU Malays gak. Cina ada gak la tapi tak berapa nak rapat macam aku rapat dengan kawan Malays aku. Facebook lak ada 3 orang je kot kawan cina aku. Classmates, senior dengan ntah mamat mmu cina mana ntah add aku.wuakakakaka.

1Malaysia okey! :D
Lepas ni nak belajar bahasa Korea lak. Kata nak kawin dengan LEE MIN HO. :D

post signature


Senin, 01 Februari 2010

Now Is February 2010

Is February okey! Tak de pape spesial thingy things is going happen in my life in this month.haha. Just Valentine and Chinese New Year.

Kehidupan berjalan seperti biasa. Ehhh. Selama ni kehidupan aku berjalan dengan abnormal ke?haha. Btw, sedar tak cepat je kan bulan Januari berlalu. Untuk yang makan gaji, mesti suka kan bulan February. Yela. Bulan February ada 28 atau 29 hari je. Gaji pun masuk cepat.haha. Untuk student tak best. Makin cepat berlalu, makin cepat nak Final, mid term and all kinds of test. >.<

Enjoy Your February Month. Sooner will gone, and we will in March. ^.^ :001:

post signature


Sabtu, 30 Januari 2010

[Entri Bergambar] Mari Melompat. Jump-Jump-Jump.

Ehehehehe. Jom main lompat tinggi-tinggi. Kat sini aku nak tunjuk beberapa gambar LOMPAT yang buat aku amaze. Nice efek okey! Kalau takat lompat biasa, search kat Google pun boleh. Gambar-gambar kat bawah ni aku jumpa kat Photobucket. Tak yah banyak cakap. Lihat sajork okey.



Gambar Pertama:

Gambar Kedua:

Gambar Ketiga:

Gambar Keempat:
Tak tahu la dorang lompat betul-betul atau hanya sekadar gambar yang diedit oleh Photoshop. Tapi mustahil la kan manusia boleh lompat setinggi macam dalam 4 gambar kat atas ni kan. Gambar yang amaze-kan aku sangat-sangat ialah gambar keempat. Efek dia menjadi siot. Aku boleh lihat dalam gambar tu satu kebebasan.

So, apa pendapat korang dengan 4 gambar yang aku tunjukkan tu?

post signature


Jumat, 29 Januari 2010

Anis Punya Blog Template [Done]

Okey.Okey. Berapa hari dah aku buat template ni. Siap jua~ Template ni aku edit untuk kawan aku, Anis. Dia ni suka sangat dengan kaler pink. So this template overall is all pinky la. Aku actually tak ada idea sangat nak buat template untuk orang. Yela kan. Mana la tahu ada some part dalam template tu dia tak berkenan kan.huhu.

Tapi kan.. Kenapa aku lebih suka template Anis ni dari template blog aku sendiri ehh?haha. Okey. Mari lihat hasil 'air tangan' aku ye.haha.

Perghh. Pinky kan? Aku memang suka background dia. Aku cilok dari Photobucket. Header dia tu aku yang edit. Lebih-lebih lagi part mulut tu. Lawa jekk. Suka mak tengok tawww.

Sila lihat tanda arrow yang aku dah lukis tu. Wiwit!! Dah ada gap di antara setiap post dan setiap kotak sidebar tu. Biasanya minima template kan melekat semua. Tapi nak dapatkan kelainan sikit aku buat gap. Kasi nampak lebih clean dan kemas.

Part komen dia. Perghhh. Lain dari lain yang aku punya tawww. Dan ni kali pertama aku edit part komen.haha. Selama ni memang tak berapa reti sangat code untuk komen.huhu.

Overall, template ni tersangat la ringan.

Kalau aku nak edit template, aku prefer Minima Template. Kenapa? Sebab code dia tak serabut macam template adaption from wordpress.hoho. Actually, aku tak kisah Anis nak pakai kena tak template yang aku buat ni. Mana la tahu kan dia dah jumpa template lain yang lebih cantik menarik ko memang da bomb. Yang janji aku puas. Puas sebab dah siapkan template ni. Puas sebab template ni menjadi seperti yang aku plan dalam kepala hotak aku ni.

Opss. Template tu bukan untuk di-download. Sorry guys ;pp. Jangan mintak aku buatkan template korang melainkan aku kenal korang in my real life. Sebab kalau aku kenal korang dan memahami taste korang. Senang la aku nak create one template.hoho.

Ok. Aku dah lalok ni. Baru nak start tidur. ==zz (7.25am)

post signature