Senin, 04 Mei 2009

Surat Tawaran Unisel

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.








Tadi aku tengok peti surat rumah aku. Ada surat tawaran! Surat tawaran dari Unisel rupanya. Aku ingatkan Unisel dah reject permohonan aku sebab lama sangat aku tunggu surat tawaran dorang tu. Kalau bulan lepas masa aku apply Unisel ni aku memang nak sangat masuk situ tapi sekarang ni aku jadi blur dan tak tahu nak masuk ke tak.



Kursus Pengajian: Diploma Industri Multimedia

Fakulti: Fakulti Industri Teknologi Maklumat
Tempoh Pengajian: 2 tahun dan 5 bulan

Kampus Pengajian: Kampus Unisel Bestari Jaya.




Aku tak tahu pun apa tu Industri Multimedia. Aku sebenarnya masih memikirkan nak masuk Unisel ke tak sebab selain Unisel aku ada apply Multimedia University (MMU) dan mengikut gerak hati aku, besar kemungkinan aku akan dapat MMU tu. Aku tak tahu nak masuk MMU ke Unisel. Kalau kat MMU aku apply Diploma Teknologi Maklumat, course yang aku minat sangat-sangat.



Sehingga kini ayah aku tak tahu aku dah dapat surat tawaran dari Unisel sebab kalau dia tahu memang aku dengan kadar segera dimasukkan dalam Unisel tu.haha. Yela. Risau aku tak dapat sambung study kat mana-mana.



So, should I go for Unisel or wait for MMU?:01:


post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar